Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN YDP PIBG

Bismillahirrahmanirrahim,
Yang Berusaha Pn Hjh Rosmawati bt Mohamed,
Guru Besar SK(P) Sultan Ibrahim
Yang Dihormati,
Encik Junaid Izudin bin Abdul Aziz,
Timbalan Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Negeri
Johor selaku wakil rasmi Pengarah MKN Negeri Johor.
Yang dihormati,
Detektif Sarjan Norhayati bt Abdullah,
Pegawai Perhubungan Sekolah,
Barisan guru-guru penolong kanan.
Para guru disiplin, para pemimpin cilik seterusnya ibu
bapa yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum w.b.t
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya memberi
sepatah dua kata dan saya amat berbangga kerana
pada tahun ini sekali lagi Unit Disiplin di bawah bidang
Hal Ehwal Murid telah berjaya menganjurkan Majlis
Apresiasi Pemimpin sesi 2023/2024.
Pertama sekali saya ingin merakamkan ribuan
terima kasih kepada pihak sekolah yang menjemput
saya untuk sama-sama memeriahkan Majlis Apresiasi
Pemimpin ini. Saya mewakili PIBG sekolah ini
mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua
guru-guru disiplin khususnya yang tidak jemu mendidik
anak-anak kami sehingga berjaya seperti hari ini.
Gandingan yang baik di antara Ibu Bapa dan semua
guru-guru serta kakitangan sekolah pemangkin
kejayaan anak-anak ini. Semoga penghargaan ini akan
meniup semangat yang lebih kepada murid-murid yang
berjaya khasnya dan kepada semua murid-murid di
sekolah ini umumnya.

Majlis Apresiasi Pemimpin adalah kayu ukur


kepada prestasi pencapaian para pemimpin. Bagi
pemimpin yang berjaya meraih anugerah cemerlang,
pihak PIBG ingin mengucapkan syabas dan tahniah dan
bagi para pemimpin yang lain saya harapkan kalian
tetap terus komited dalam membantu guru mengawal
hal disiplin rakan-rakan di sekolah.
Di samping kemajuan akademik, PIBG juga
sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam
memastikan pembangunan sahsiah pelajar agar anak-
anak kita selamat meneruskan kehidupan mereka dalam
era kecanggihan teknologi yang penuh dengan cabaran.
Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk
melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang
tercapai selaras dengan visi dan misi SK(P) Sultan
Ibrahim.
Syabas kepada semua guru-guru disiplin dan para
pemimpin yang telah bekerja keras untuk memastikan
kejayaan dan kelancaran Majlis Apresiasi Pemimpin ini.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk
mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG
yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu
pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya mewakili
semua AJK PIBG akan terus menyokong segala
program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi
memacu kecemerlangan pelajar.
Akhir kalam, sebelum saya menutup ucapan ini,
saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada
semua pihak terutama kepada para pentadbir sekolah,
guru-guru dan para pemimpin atas kerjasama padu
kalian dalam menjaga nama baik sekolah sepanjang
sesi 2023/2024. Terima kasih yang tidak terhingga saya
kepada Yang Dihormati Encik Junaid Izudin kerana sudi
singgah kemari untuk merasmikan Majlis Apresiasi
Pemimpin bagi sesi 2023/2024. Saya tinggalkan
tuan-puan dengan serangkap pantun buat renungan
semua, semoga menjadi panduan dalam kita berusaha
mendidik anak-anak kita menuju kecemerlangan
akademik dan sahsiah.

Sampan kotak hilir mudik,


Dayung patah galah sebatang;
Ikhtiar tidak datang bergolek,
Akal tidak datang melayang .

Anda mungkin juga menyukai