Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih saudari pengacara majlis.

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdullilahi rabbil alamin wassolatu wassolamu ala ashrafil


anbiyar iwarmursolin waala alihi wasibihi aj’main.
Yang berusaha Cikgu Mohd Ridzuan bin Hussin,Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Kuala Abang, yang dihormati Cikgu Mohd Fauzi bin Ismail, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, Yang dihormati Cikgu Mohd Zubir bin Hassan,Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid&orjanah Binti $uhadi, gurupenolong kanan hal ehwal murid, Yang
dihormati Cikgu Noraida binti Ismail,Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru-guru,
barisan pemimpin pelajar sekolah, pemimpin pelajar pusat sumber sekolah, ketua dan
penolong kelas, Briged ICT,Pembimbing Rakan Sebaya serta murid-murid yang dikasihi
sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Madani,Terlebih dahulu
izinkan saya memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan
inayahnya dapat saya bersama dengan guru-guru dan murid-murid SK Kuala Abang
pada hari ini sempena majlis perasmian watikah pelantikan barisan pemimpin pelajar
SK Kuala Abang. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan guru besar
dan pihak pentadbir sekolah yang sudi menjemput saya untuk merasmikan majlis ini.

Murid-murid yang dikasihi sekalian,di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk
mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemimpin pelajar sekolah,
pemimpin pelajar pusat sumber sekolahketua dan penolong kelas,Briged ICT serta
Pembimbing Rakan Sebaya atas perlantikan pada hari ini. Saya yakin pemimpin pelajar
yang dilantik pada hari ini telah melalui satu proses pemilihan yang rapi agar mereka
yang terpilih memiliki ciri-ciri kepimpinan untuk membimbing rakan-rakan mereka di
sekolah serta dapat membantu guru-guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab
mereka memberi pendidikan yang berkualiti. Hanya dengan pendidikan yang berkualiti
sahaja dapat melahirkan warganegara yang efisen dan menjadi modal insan negara
yang produktif.Sesungguhnya pemimpin pelajar yang dilantik harus berasa bertuah
dengan perlantikan ini. Saya memohon kepada mereka agar berasa syukur kepada
Allah dan sentiasa mengingatinya semasa memikul tugas dan tanggungjawab itu nanti.
Sehubungan itu, pada hari yang bersejarah ini mereka patut diraikan.

Apakah ekspektasi guru-guru dan pelajar-pelajar terhadap pemimpin pelajar?


Sepatutnya, pemimpin pelajar menjadi contoh dan teladan yang baik kepada semua
pelajar yang lain. Keperibadian seorang pemimpin pelajar harus memiliki sifat-sifat
terpuji seorang khalifah kecil - bersifat mulia, ketrampilan yang kemas dan bijak
mengurus masa untuk diri sendiri dan tanggungjawab sekolah. Saya juga mahukan
pemimpin pelajar sentiasa bersifat insaf dan bermuhasabah diri semasa melaksanakan
tugas seorang pemimpin pelajar. Jadilah seorang pemimpin pelajar yang disegani.

Bagi pelajar-pelajar lain pula, saya ingin berpesan agar sentiasa memberi kerjasama
kepada semua pemimpin pelajar yang dilantik. Saya ingin menasihati pelajar-pelajar
agar mematuhi dan menghayati peraturan sekolah supaya guru-guru dan pentadbir
sekolah dapat menumpukan kepad ausaha dalam membangunkan infrastruktur dan
fasilitas sekolah serta pembangunan akademik bagi menentukan kecemerlangan dan
kegemilangan sekolah dapat dipertingkatkan. Pelajar-pelajar perlu menghormati
pemimpin pelajar jauhi sikap negatif seperti perbuatan merosakkan fasilitas
sekolah,perbuatan membuli dan bergaduh serta tidak menghormati guru-guru dan
kawan-kawan sekolah.

Saya juga ingin menasihatkan pelajar-pelajar agar mengutamakan pelajaran di sekolah.


Hanya dengan memiliki pengetahuan dan kelulusan yang tinggi sahaja dapat menjamin
kehidupan kita pada masa hadapan. Sesungguhnya ‘pengetahuan itu kuasa’
(knowledge is power). Ianya sungguh penting dalam kehidupan. Pengetahuan
membolehkan kita mendekati Allah s.w.t, pengetahuan dapat mengubah taraf hidup
sesebuah keluarga, pengetahuan dapat memenuhi apa yang kita cita-
citakan,pengetahuan dapat membezakan yang baik dengan buruk. Untuk memperolehi
pengetahuan, murid-murid harus belajar bersungguh-sungguh, berdisiplin ketika belajar
kerana disiplin asas kejayaan,sentiasa berusaha tanpa mengenal putus asa dan yang
penting sekali memohon kepada Allah agar diterangkan hati supaya mudah menerima
dan menggunakan pengetahuan untuk membuat kebaikan di bumi Allah ini.
Murid-murid SKeKA yang dikasihi sekalian,

Dikesempatan ini, saya berdoa agar semua murid SKeKA sentiasa mendapat
kerahmatan Allah dan diberi perlindungan agar sentiasa berupaya melahirkan insan-
insan yang menjadi kebanggaan negara dan dijauhi dari segala bencana atau musibah.
Saya berharap guru-guru dan pentadbir sekolah akan melipatgandakan usaha mereka
dalam membentuk dan memberi pelajaran kepada semua murid sekolah ini. Saya juga
berdoa agar murid-murid sekolah ini sentiasa beroleh kejayaan di dalam pelajaran dan
peperiksaan yang mereka bakal hadapi. Akhir kata, marilah kita Bersama-sama berdoa
agar SK Kuala Abang sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang dalam aktiviti
akademik dan kokurikulum. Saya juga berdoa agar murid-murid sekelian mendapat
kejayaan dalam menghadapi urusan persekolahan.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan majlis perlantikan barisan


pemimpin pelajar Sekolah Kebangsaan Kuala Abang bagi tahun 2023.

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai