Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih saudari pengacara majlis.

Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah rabbil alamin wassolatuwassolamu ala ashrafil
anbiyar iwar nursolin waala alihi wasibihi aj’main.
Assalamualaikum wb.t. dan selamat sejahtera.

Yang berusaha
Pn. Low Swee Yuen
GPK Pentadbiran
Yang berusaha
En. Zahari bin Zakaria
GPK HEM
Yang berusaha
Pn. Ruzana binti Abidin
GPK Tingkatan 6
Yang berusaha
En. Zaki bin Awang
GPK Pendidikan Khas.
Guru-guru kana mata pelajaran, Kaunselor sekolah, guru-guru
serta para pelajar, bunga bangsa sekalian.

Terlebih dahulu, saya mengucapkan seribu kesyukuran kepada


Allah s.w.t kerana dengan limpah hinayah-Nya, maka kita semua
dapat berkumpul meraikan majlis nan berbahagia pada pagi ini.

Guru-guru dan pelajar sekalian,


Saya mengucapkan syabas kepada semua pengawas sekolah,
yang bakal menerima watikah pelantikan sebentar sahaja lagi.
Saya yakin, setiap antara mereka yang terpilih ini sudah melalui
satu proses pemilihan yang rapi agar mereka yang terpilih ini
mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan komitmen tinggi bagi
membimbing rakan-rakan yang lain. Selain itu, dapat berganding
bahu bersama-sama guru melunaskan tugas dan tanggungjawab
dalam segenap perkara yang dijalankan. Justeru, saya menyeru
supaya memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan dan sentiasa
mengingatinya semasa memikul tugas dan tanggungjawab itu
nanti. Amanah, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab perlulah sebati
dalam sanubari. Itulah resepi pengawas yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.
Bagi murid-murid lain pula, saya ingin menyampaikan amanat,
sentiasalah memberi kerjasama kepada semua pengawas yang
dilantik. Patuhilah segala peraturan dan pesanan guru agar
tumpuan penuh dapat diberikan kepada usaha membangunkan
infrastruktur dan fasilitas sekolah serta peningkatan akademik
bagi meletakkan kecemerlangan sekolah pada platform yang
lebih tinggi.

Saya juga mengambil kesempatan ini menasihatkan semua murid


sekolah ini mengutamakan pelajaran. Dengan berbekalkan ilmu
pengetahuan dan sahsiah yang terpuji sahajalah kehidupan masa
akan datang akan terjamin. Sesungguhnya ‘pengetahuan itu
kuasa’ (knowledge is power).
Pengetahuan sedia ada boleh memudahkan kita membezakan
perkara yang baik dan buruk. Berdisipin ketika belajar harus
dijadikan amalan.
Saya berdoa semoga SMK Tunku Ismail ini sentiasa mendapat
kerahmatan dan diberi perlindungan agar sentiasa berpotensi
melahirkan insan-insan berguna yang boleh dibanggakan pada
masa akan datang. Saya berharap juga, para pentadbir dan guru-
guru tidak jemu meneropong ikhtiar melipatgandakan usaha
menbetuk nilai-nilai insan dalam diri setiap murid. Kepada murid-
murid juga saya mendoakan supaya berjaya dalam setiap
peperiksaan yang dijalani.
Sebagai akhir bicara, bersama-samalah berdoa agar sekolah ini
cemerlang dalam segala aktiviti akademik, kokurikulum dan
mungkin menjadi sekolah contoh di dalam negeri Kedah ini.

Jadi, dengan lafaz Bismillahirrahmaniirahim, saya merasmikan


Majlis Pelantikan Pemimpin Murid SMK Tunku Ismail bagi tahun
2019. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai