Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih saudari pengacara majlis.

bismillahirrahmanirrahim, alhamdullilahi rabbil alamin wassolatu wassolamu ala ashrafil anbiyar iwar mursolin waala alihi wasibihi ajmain. Yang berusaha ______________________________________________, ppd machang, yang dihormati pn. Hjh haripah bt omar, penolong kanan hem, tn hj sayed hassan b sayed ali, penolong kanan ko-kurikulum, tuan hj shamsudin b hussin. Guru penolong kanan pendidikan khas Yang dihormati guru-guru sktb, barisan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, pengawas skim pinjaman buku teks, ketua dan penolong ketua Sekolah Kebangsaan Tok Bok, serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia.

Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat izin dan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama hadir bagi meraikan sebuah majlis yang amat bermakna, iaitu Majlis Perasmian Penutupan Bulan Disiplin 2014. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada PK HEM dan jawatankuasa badan disiplin kerana berjaya menjalankan Program Bulan Disiplin 2014. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Program ini seperti sportcheck, guru penyayang, i-hadir adalah untuk memenuhi KPI HEM iaitu kehadiran murid 95% Ponteng 0% Penghayatan nilai murni 95%

Murid-murid SKTB yang dikasihi sekalian, Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, pengawas spbt ketua dan penolong ketua diatas perlantikan mereka pada hari ini. Saya yakin pengawas-pengawas yang dilantik pada hari ini telah melalui satu proses pemilihan yang rapi agar mereka yang terpilih memiliki ciri-ciri kepimpinan untuk membimbing rakan-rakan mereka di sekolah serta dapat membantu guru-guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka memberi pendidikan yang berkualiti. Hanya dengan pendidikan yang berkualiti sahaja dapat melahirkan warganegara yang efisen dan menjadi modal insan negara yang produktif. Sesungguhnya pengawaspengawas yang dilantik harus berasa bertuah dengan perlantikan ini. Saya memohon kepada mereka agar berasa syukur kepada Allah dan sentiasa

mengingatinya semasa memikul tugas dan tanggungjawab itu nanti. Sehubungan itu, pada hari yang bersejarah ini mereka patut diraikan. Apakah peranan pengawas? Pegawas adalah pemimpin kecil yang dipilih untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab membantu guru dan pentadbir sekolah agar dapat mewujudkan satu persekitaran sekolah yang kemas dan teratur. Persekitaran yang dimaksudkan adalah menentukan suasana yang damai, situasi yang terkawal dan menumpukan kepada fungsi utama sebuah sekolah - melahirkan murid-murid yang berpotensi menjadi pemimpin negara masa hadapan dan tunggak pembangunan negara dalam apa jua bidang yang mereka minati. Saya berharap pengawas-pengawas yang dilantik pada hari ini dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh amanah, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab. Saya ingin mengunjurkan sifat-sifat asmaul husna iaitu 99 sifat Allah perlu sebati didalam hati sanubari tiap-tiap pengawas agar sentiasa mendapat petunjuk dan perlindungan dari Yang Maha Esa dan sentiasa tenang melaksanakan tugas. Saya juga ingin memberi ingatan agar pengawas memelihara solat dan sentiasa berdoa kepada Allah serta meminta kepadanya agar urusan harian kita mendapat pahala yang amat besar dan diberkati kehidupankita. Itu janji Allah. Pada masa yang sama, saya berharap pengawas tidak mengabaikan pelajaran akademik sendiri di dalam darjah. Pengawas sepatutnya menjadi contoh dan teladan yang baik kepada semua murid yang lain. Keperipadian seorang pengawas harus memiliki sifat-sifat terpuji seorang khalifah kecil bersifat mulia, ketrampilan yang kemas dan bijak mengurus masa untuk diri sendiri dan tanggungjawab sekolah. Saya juga mahukan pengawas sentiasa bersifat insaf dan bermuhasabah diri semasa melaksanakan tugas seorang pengawas. Jadilah seorang pengawas yang disegani.

Murid-murid skbb yang dikasihi sekalian, dikesempatan ini, saya berdoa agar SKTB sentiasa mendapat kerahmatan Allah dan diberi perlindungan agar sentiasa berupaya melahirkan insan-insan yang menjadi kebanggaan negara dan dijauhi dari segala bencana atau musibah. Saya berharap agar warga sekolah melipatgandakan usaha dalam membentuk dan memberi pelajaran kepada semua murid sekolah ini.

Akhirkata, marilah kita bersama-sama berdoa agar SKTB sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang dalam aktiviti akademik dan ko-kurikulum. Saya juga berdoa agar murid-murid sekelian mendapat kejayaan dalam menghadapi urusan persekolahan.

Akhirkata, saya ingin mengungkapkan bait-bait pantun, Begini bunyinya:

Pohon berangan tempat bertemu, Girangnya rasa si anak dara; Baliklah tuan membawa ilmu, Binalah bangsa bangunkan negara.

Dari Kedah ke pekan sari, Beli suasa di Kota Tinggi; Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi.

Sekian, terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai