Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN

MAJLIS PELANTIKAN
KETUA TINGKATAN
PENOLONG KETUA TINGKATAN
DAN
SKUAD BEBAS DENGGI
2017
Terima kasih pengacara majlis.
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terlebih dahulu, saya mengucapkan kesyukuran kepada Allah S.W.T
kerana dengan limpah inayah-Nya, kita semua dapat berkumpul dalam
majlis pelantikan Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan dan
Skuad Bebas Denggi pada pagi ini.
Hadirin yang dihormati,
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua Ketua Tingkatan,
Penolong Ketua Tingkatan dan Skuad Bebas Denggi yang bakal
menerima watikah pelantikan sebentar lagi. Saya dimaklumkan majlis
pelantikan ini julung-julung kali diadakan secara rasmi sejak sekolah kita
beroperasi.
Majlis yang dianjurkan pada hari ini sebagai tanda
penghargaan dan pengiktirafan pihak sekolah kepada murid-murid yang
telah dipilih dan dilantik oleh guru-guru dan murid-murid yang lain dalam
setiap kelas.
Saya yakin, setiap murid yang telah dipilih untuk
menyandang jawatan ini sudah melalui satu proses pemilihan yang rapi
agar mereka yang terpilih ini mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan
mempunyai komitmen tinggi bagi membantu guru-guru serta
membimbing rakan-rakan yang lain. Selain itu, murid-murid yang
dilantik ini juga dapat berganding bahu bersama-sama guru
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Justeru, saya
menyeru supaya murid-murid yang terpilih pada hari ini dapat memikul
tugas dan tanggungjawab dengan amanah, jujur, ikhlas dan
bertanggungjawab.

Hadirin sekalian,
Saya juga ingin menasihatkan semua murid sekolah ini agar
mengutamakan pelajaran. Hal ini kerana. dengan berbekalkan ilmu
pengetahuan dan sahsiah yang terpuji sahajalah kehidupan masa akan
datang akan terjamin. Sesungguhnya pengetahuan itu kuasa
(knowledge is power). Ilmu dan pengetahuan yang kita ada boleh
memudahkan kita membezakan perkara yang baik atau yang buruk.
Berdisiplin dan fokus ketika belajar harus dijadikan amalan oleh setiap
murid.
Harapan saya semoga sekolah kita ini sentiasa mendapat kerahmatan
dan diberi perlindungan agar sentiasa berpotensi melahirkan insan-insan
berguna yang boleh dibanggakan pada masa akan datang. Saya juga
berharap, para pentadbir dan guru-guru sekolah ini tidak jemu-jemu
melipatgandakan usaha dan ikhtiar bagi membentuk nilai-nilai murni dan
sahsiah dalam diri setiap murid. Kepada murid-murid yang akan dilantik,
jalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan komited.
Tahniah kepada semua murid yang dilantik. Kepada Penyelaras Majlis,
Pn. Neesa bt. Ramli dan semua JK Pelaksana di bawah Unit HEM,
tahniah dan syabas saya ucapkan kerana berjaya merealisasikan majlis
kita pada hari ini.
Sebagai akhir bicara, bersama-samalah kita berdoa agar sekolah ini
cemerlang dalam semua bidang sama ada dalam bidang akademik,
kokurikulum dan sahsiah agar dapat menjadi menjadi sekolah contoh di
Kuala Lumpur ini.
Dengan lafaz yang mulia Bismillahirrahmaniirahim, saya merasmikan
Majlis Pelantikan Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan dan
Skuad Bebas Denggi SMK Orkid Desa bagi tahun 2017.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai