Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR

Asslamualaikum dan selamat sejahtera

Terima kasih pengerusi majlis,


Yang berusaha, encik yusri bin yasin, pengetua smk kalumpang,

Yang dihormati, (nama tetamu)

barisan guru-guru penolong kanan dan guru-guru yang dihormati,

Yang dikasihi lagi disayangi rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Ucapan jutaan terima kasih dan rakaman penghargaan ini saya tujukan khusus kepada pihak jawatankuasa kerja
majlis graduasi 2023, kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada saya, mohamad darwisy bin mohamad rizal
azuan dari kelas 5 sains untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis penuh makna yang dianjurkan khusus
buat kami ini.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Meskipun saban tahun seumpama ini diadakan, namun setiap penganjuran majlis tersebut mempunyai
keistimewaan yang tersendiri. Bagi kami, majlis graduasi ini merupakan hari yang kami nantikan dengan perasaan
yang bercampur baur. Gembira kerana kami sudah hampir ke garisan penamat dan sedih kerana dalam masa 2 bulan
selepas ini, kami tidak lagi akan menjadi sebahagian daripada keluarga besar SMK KALUMPANG.

Dalam pada itu, majlis graduasi ini juga merupakan bukti keikhlasan dan komitmen para guru dalam menjalankan
tanggungjawab mereka sebagai jentera pendidikan dalam menyampaikan ilmu dan pengajaran demi masa hadapan
anak bangsa,

Guru-guru yang kami sanjungi,

Kami sedar bahawa dalam usaha untuk memanusiakan pelajar-pelajar seperti kami, guru-guru sering kali
berhadapan dengan pelbagi karenah dan cabaran ; ada yang menyakitkan hati, ada yang menggembirakan, ada yang
melucukan dan ada yang menyeronokkan.

Segala pengalaman pahit manis ditelan dengan penuh sabar, sehingga kami dapat merasakan bahawa guru-guru di
sekolah ini bukan sekadar guru biasa, malah ada yang berperanan sebagai ibu dan bapa kepada kami.

Terima kasih cikgu! Halalkan segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan. Restuilah kami dan doakanlah kejayaan
kami dalam peperiksaan SPM yang akan menjelang beberapa minggu lagi.

Kepada rakan-rakan seperjuangan, tahniah atas graduasi pada hari ini, tetapi perjuangan kita masih belum selesai.
Gunakanlah masa yang berbaki ini untuk berusaha dan belajar bersungguh-sungguh supaya kita dapat melakukan
yang terbaik dalam peperiksaan SPM nanti

Akhir kata, sebelum saya menyerahkan majlis ke pengerusi majlis, saya selaku wakil pelajar tingkatan 5 bagi tahun
2023 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para guru yang telah sudi menabur bakti demi kecemerlangan
hidup kami.

Sekian wabillahitaufiq walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai