Anda di halaman 1dari 41

1

KEPENTINGAN MENGUASAI BAHASA KEBANGSAAN


Dalam kerancakan penduduk jagat raya menari-nari bersama bayang-bayang
pemodenan, kerajaan yang diumpamakan sebagai jantung negara mestilah
menjalankan langkah proaktif bagi mengatasi setiap kemelut yang melanda negara kita.
Seperti yang kita ketahui, slogan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ acap kali di wara-warakan di
dada-dada akhbar, di corong-corong radio dan televisyen serta galakan daripada tokoh-
tokoh terkemuka di negara kita sendiri. Namun begitu, masih ada lagi insan yang tidak
menghargai bahasa kebangsaan sebaliknya mengagung-agungkan bahasa-bahasa lain
terutama bahasa Inggeris dan sebagainya. Lantaran itu, setiap individu tidak
sewajarnya memandang enteng terhadap perkara ini. Setiap pihak harus
menggembleng tenaga dalam memartabatkan bahasa kebangsaan supaya bumi emas
Malaysia dapat ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’ setaraf dengan negara-negara
membangun yang lain. Bahasa kebangsaan mempunyai pelbagai kepentingan
terutamanya kepada masyarakat pelbagai kaum, yang berbumbungkan langit yang
sama, dan bertanahkan bumi Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu.
Pada zaman milenium ini, bahasa sudah biasa dijadikan sebagai cerucuk utama
dalam melambangkan sesuatu bangsa dan negara. Bahasa merupakan satu simbolik
perdana dalam menentukan martabat bangsa dan negara. Bahasa kebangsaan iaitu
bahasa Melayu dapat mengharumkan nama negara di seantero jagat ini. Sebagai
contoh, ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka, Tanah Melayu telah menjadi
palabuhan entreport yang penting. Rentetan daripada itu, bahasa Melayu telah
dijadikan bahasa perhubungan atau lingua franca di Asia Tenggara. Jelaslah di sini
bahawa bahasa kebangsaan akan dipandang tinggi jika setiap rakyat berusaha
menghargainya.
Peribahasa ada mengatakan, ‘tak kenal maka tak cinta’, yang jelas menunjukkan
bahawa perlunya proses mengenali sebelum mencintai sesuatu. Begitu juga dengan
bahasa kita. Dengan mengenali bahasa kebangsaan kita, kita sentiasa dapat menyemai
sikap cintakan negara walau ke pulau manapun kita dicampak. Sebagai contoh, jika kita
ditakdirkan menyambung pengajian di negara Barat, kita seharusnya memperkenalkan
bahasa Melayu dan berbangga apabila bertutur dalam bahasa ini. Jika kita sudah
terbiasa bertutur dalam bahasa Melayu, kita akan menjadi ‘alah bisa, tegal biasa’.
Terbuktilah bahawa penghargaan kita terhadap bahasa kebangsaan mampu
menjadikan kita memartabatkan negara kita sendiri.
Ketika zaman penjajahan British, orang-orang Melayu ditindas, dan ekonomi
orang Melayu tidak memberangsangkan, lantaran itu, sifat British yang sering
‘menanam tebu di bibir mulut’ telah berjaya membawa masuk imigran Cina dan India
sehingga melahirkan masyarakat majmuk di negara ini. Lantaran itu, bahasa
kebangsaan amat penting sebagai ejen penyatuan dan perpaduan antara kaum di
Malaysia. Bahasa Melayu juga telah dijadikan sebagai bahasa rasmi di negara kita. Kita
2

dapat melihat semua bangsa Malaysia pada era ini menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa pertuturan. Sebagai contoh, semua sekolah kebangsaan telah diseragamkan
dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Hal ini bagi
mengelakkan persengketaan antara kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 daripada
berlaku lagi. Tegasnya, bahasa Kebangsaa mampu menjadikan setiap kaum di negara
kita bersatu-padu persis kata mutiara, ‘ bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.
Dasawarsa ini, setiap negara sedang bersaing bagi menguasai alam jagat ini.
Negara Malaysia pula sedang berusaha bagi merealisasikan Wawasan 2020. Dalam
menjayakan wawasan ini, kita seharusnya mempunyai identiti sendiri yang mampu
menaikkan nama negara di mata dunia. Warganegara Malaysia yang memasuki
pertandingan atau perlawanan sukan hingga ke peringkat antarabangsa seharusnya
memperkenalkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita. Sebagai
contohnya, Datuk Lee Chong Wei yang telah menjadi Juara Badminton Dunia akan
dikenali di seluruh dunia, dan sudah semestinya membawa sekali identiti Malaysia
bersama-sama kejayaannya. Dengan itu, bahasa Melayu akan mula dikenali dari
semasa ke semasa. Sebagai intihanya, bahasa Melayu mencerminkan identiti negara
yang masyhur di persada dunia.
Tanpa kita sedari, bahasa kebangsaan dapat meningkatkan taraf ekonomi di
negara kita. Dalam mendepani arus globalisasi, rakyat di negara kita sedang
menggembleng tenaga bagi mencapai kecemerlangan dalam kehidupan. Jika semua
kaum dapat menjalankan aktiviti ekonomi dengan menggunakan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa perantaraan, kita semua dapat bersatu untuk saling melengkapi.
Masyarakat Melayu, Cina, dan India sentiasa berbincang dan bertukar fikiran tentang
ekonomi dengan menggunakan satu bahasa. Justeru, setiap pihak akan jelas dan dapat
merealisasikan matlamat negara kita iaitu untuk mencapai Wawasan 2020 yang berbaki
lapan tahun lagi. Kita seharusnya bekerjasama persis peribahasa, ‘berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing’, namun begitu, tidak boleh ada kaum yang ‘bagai enau di dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing’. Percayalah bahawa bahasa kebangsaan
mampu dijadikan wadah dalam meningkatkan taraf ekonomi negara Malaysia bagi
menuju visi dan matlamat Wawasan 2020.
Bahasa kebangsaan membawa pelbagai kemaslahatan kepada bangsa dan
negara. Ada pepatah yang mengatakan, ‘hilang bahasa, lenyaplah bangsa’. Di sini
jelaslah pada kita bahawa bahasa amat penting untuk mengekalkan keamanan negara.
Memandangkan kita hidup dalam kelompok masyarakat majmuk, kita seharusnya
mengutamakan bahasa Melayu, kerana bahasa kebangsaan inilah yang mengikat
perpaduan antara kaum. Apabila semua masyarakat bertutur dalam bahasa Melayu,
maka ‘alah bisa tegal biasa’ dan akan bercambah rasa cinta akan negara.
Sesungguhnya bahasa kebangsaan mampu membawa keamanan antara kaum di
Malaysia.
3

“Kita satu bangsa, kita satu negara, kita satu matlamat…” Begitulah sedikit bait-
bait lirik lagu patriotik yang sering berkumandang di corong-corong radio dan di
televisyen. Kesimpulannya, setiap pihak mestilah memainkan peranan penting dalam
memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita. Hal ini dapat mendorong kita
mencapai matlamat Wawasan 2020 seterusnya melahirkan masyarakat mawaddah dan
sakinah. Namun begitu, hal ini hanya mampu direalisasikan sekiranya setiap
warganegara Malaysia mencintai dan berusaha menaikkan nama Malaysia di seantero
dunia. Jelaslah bahawa bahasa kebangsaan mempunyai kepentingan yang jitu untuk
semua kaum di negara ini.

USAHA-USAHA MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI


Anak-anak ataupun digelar sebagai remaja ini mampu membangunkan sesebuah
negara jika mereka mempunyai sahsiah yang mulia dalam diri mereka. Perkara ini
sering menjadi bahan perbincangan dalam kalangan ibu bapa dan pemimpin
negara. Dalam era milineum yang kian mencabar ini, pelbagai episod sedih dan malang
terpapar di dada-dada akhbar malah sering kita terdengar di corong-corong radio.
Acapkali kita tersentak dengan masalah kebejatan akhlak remaja yang berlaku di
negara kita. Ada yang sanggup merogol remaja wanita kerana perasaan cemburu
butanya sehingga remaja malang tersebut meninggal dunia akibat dikelar oleh manusia
yang bersifat kebinatangan ini. Isu-isu seumpama ini sudah tentu akan merencatkan
ketamadunan bangsa malah akan turut mencemarkan imej negara di mata
dunia. Masalah ini tidak seharusnya dipandang enteng. Langkah-langkah pencegahan
perlu diambil demi kesejahteraan hidup sejagat dan menjamin pembangunan negara.
Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing kerana bertepuk
sebelah tangan takkan berbunyi.
Salah satu peranan yang harus dilaksanakan oleh ibu bapa adalah dengan
menjadi suri teladan kepada anak-anak kerana ibu bapa yang mencerminkan sahsiah
peribadi anak-anak. Seseorang ibu bapa itu haruslah menunjukkan sikap yang positif
kepada anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa perlulah bertutur dengan bahasa yang
sopan, tidak bergaduh antara suami isteri di hadapan anak-anak, tidak merokok di
hadapan anak-anak dan sebagainya. Dengan berbuat demikian, anak-anak pasti akan
mengikut dan menjadikan ibu bapa mereka sebagai suri teladan kepada mereka. Hal ini
persis dengan kata pepatah, “bagaimana acuan, begitulah kuihnya” yang membawa
maksud seseorang anak akan meniru perangai dan kelakuan ibu bapa mereka. Dengan
ini, usaha untuk merealisasikan pembangunan negara dapat dijayakan dengan lahirnya
remaja yang bersahsiah mulia. Tegasnya, sahsiah mulia anak-anak dapat dibentuk
melalui sahsiah ibu bapa kerana sikap anak-anak merupakan cerminan sikap ibu
bapanya.
4

Selain itu, ibu bapa juga dapat memainkan peranan mereka dengan memberikan
dirikan agama yang mantap kepada golongan remaja. Allahyarham Tan Sri P. Ramli
ada menegaskan bahawa irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. Jika dipisahkan maka
pincanglah karya tersebut. Hal ini bertepatan dengan konsep remaja dan didikan
agama. Mereka akan pincang sekiranya ibu bapa memandang enteng dalam soal
memberikan didikan agama kepada remaja. Pembentukan sahsiah remaja ini akan
telus dan lancar jika mereka diberi didikan agama yang sempurna. Hal ini dikatakan
demikian kerana dengan didikan agama yang utuh, anak-anak akan dapat
membezakan antara intan dengan kaca, antara batu dengan permata serta mampu
untuk menangkis segala hasutan manusia yang bertopengkan syaitan. Sebagai contoh,
remaja akan sentiasa mengamalkan akhlak terpuji dan bertindak mengikut hukum
syariat Islam mahupun mengikut kefahaman agama masing-masing tanpa paksaan
atau menerima tempias masalah sosial yang kian membarah seperti kes pembuangan
bayi. Sekiranya remaja memiliki nilai kegamaan yang teguh maka teguhlah
pembangunan sesebuah negara itu. Jelaslah bahawa suntikan didikan agama ke dalam
jiwa setiap remaja kerana kedangkalan didikan agama akan melahirkan remaja yang
bersikap negatif dan tersasar dari landasan ibarat kapal hilang nakhoda, karam di
tengah laut.
Jika dilihat dari dimensi yang berbeza, pihak kerajaan juga berperanan dengan
mengadakan satu kempen kesedaran yang efektif. Kempen kesedaran ini boleh
menggunakan kecanggihan media massa yang wujud di negara ini untuk mencapai
tahap keberksanan yang sebaik mungkin. Kempen seperti ‘Kami Prihatin’ dan ‘Budi
Bahasa Budaya Kita’ haruslah dilakukan secara berterusan dan janganlah
sekadar hangat-hangat tahi ayam kerana akan menyebabkan kerugian kepada negara
kita sendiri. Kempen yang dirangka dengan baik dan dilaksanakan sepanjang tahun
berupaya untuk membentuk satu kesedaran dalam naluri masyarakat kita terutamanya
remaja yang sememangnya dahaga akan kesedaran sejati itu. Kerajaan perlu
mengadakan kempen-kempen kesedaran kepada masyarakat sama ada di desa
ataupun di bandar-bandar besar yang sedang mengalami proses pembangunan
ekonomi. Jika inisiatif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri masyarakat tidak
dilakukan oleh pihak kerajaan maka masyarakat pada hari ini akan terus hanyut dalam
dunia modenisasi ini. Oleh itu, peranan pihak kerajaan untuk mengadakan kempen ini
dapat memastikan golongan yang disandarkan harapan pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara ini akan terus dibasahi sahsiah-sahsiah yang mulia segali gus
dapat membangunkan negara pada masa hadapan.
Seperkara lagi, guru juga memainkan peranan yang penting dalam usaha
melahirkan remaja yang bersahsiah mulia untuk membangunkan negara. Kebanyakan
remaja kita merupakan golongan pelajar. Mereka banyak menghabiskan masa di
sekolah selain di rumah. Guru juga merupakan ibu bapa mereka di sekolah. Jadi, tidak
5

hairanlah jika dikatakan guru mampu membentuk sahsiah seseorang remaja itu. Guru
perlu
mengajar murid tentang kepentingan bersahsiah mulia. Guru tidak seharusnya leka
dalam menjalankan obligasi mereka sebagai pendidik yang berkesan kerana setiap
ajaran guru akan melekat dalam sukma pelajar dan akan diaplikasikan dalam
kehidupan mereka. Sehubungan dengan itu, guru perlu menitikberatkan aspek
pembentukan insan yang kamil dan holistik di dalam kelas di samping menekankan
kepentingan berperibadi mulia untuk membangunkan negara. Mata pelajaran
Pendidikan Moral dan Pendidikan Agama Islam perlu diajar oleh guru-guru dengan
pengisian aktiviti pembelajaran yang menarik dan berkesan supaya objektif yang
dirancang tidak tersasar. Izharlah bahawa peranan yang dijalankan dengan penuh
istiqamah ini sudah pasti dapat melahirkan remaja yang bersahsiah mulia.
Bukan itu sahaja, sebagai anggota masyarakat, kita juga tidak harus mengambil
langkah lepas tangan untuk memainkan peranan dalam pembentukan sahsiah remaja
yang syumul. Kita seharusnya peka terhadap keruntuhan akhlak yang berlaku seperti
gejala lepak, ponteng, penagihan dadah yang dilakukan oleh remaja kita. Ada masanya
kita harus menjaga tepi kain orang dalam usaha untuk mewujudkan golongan remaja
yang lebih baik seperti menegur tingkah laku yang kurang memuaskan serta
melaporkan gejala sosial yang serius kepada pihak yang sepatutnya agar hal ini tidak
menjadi kudis yang seterusnya bernanah dalam masyarakat kita. Sifat ambil peduli
masyarakat merupakan penawar kepada masyarakat yang mendokong nilai-nilai murni.
Seterusnya, usaha menerapkan nilai-nilai murni seperti menghormati orang tua,
menjaga kesopanan di khalayak ramai, mengunjungi rumah jiran, dan berinteraksi
antara kaum mampu melahirkan satu bangsa Malaysia yang moden tetapi penuh
budaya tersendiri. Usaha ini harus diteruskan kerana generasi muda sering berubah
dan keadaan turut berubah tetapi nilai murni akan terus kekal seperti tak lekang dek
panas, tak lapuk dek hujan. Ringkasnya, dengan adanya sokongan dan kerjasama
daripada pihak komuniti maka golongan remaja kita dapat membangunkan negara
sekiranya mereka memiliki sahsiah yang mulia.
Sebagai intihanya, bayang kian jelas bahawa semua pihak berwajib perlulah
memikul dan melaksanakan obligasi masing-masing dengan sempurna. Hal ini kerana
usaha daripada satu pihak sahaja tidak akan mendatangkan apa-apa hasil, seperti kata
pepatah bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Kerjasama dan usaha
bersungguh-sungguh perlulah dilakukan secara bersungguh-sungguh, bukannya
sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Tanpa kerjasama yang menyeluruh,
usaha untuk melahirkan remaja yang bersahsiah mulia akan menjadi sia-
sia seperti menabur garam ke laut. Oleh itu, setiap lapisan rakyat perlu bersinergi bagai
aur dengan tebing dan mengamalkan sikap berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing untuk membangunkan negara. Sesungguhnya, kita mampu untuk
6

melakukannya kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pelbagai pihak perlulah
memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing kerana kalau tidak dipecahkan
ruyung manakan dapat sagunya. Ayuh, singkirkan semua bicara, kumpulkan tenaga
raksasa, tiba saat berbunga merah, serentak kita bersama ke arah masyarakat yang
mendokong nilai-nilai murni.

KEPENTINGAN DAN CARA MELAHIRKAN RAKYAT BERMINDA KELAS


PERTAMA
Marcapada ini ,masyarakat pembangun modal insan berazam dan berusaha untuk
melahirkan lebih ramai modal insan kelas pertama yang akan menjanjikan sebuah
tamadun yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.‘Minda Kelas Pertama’ merupakan
modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga,
masyarakat, negara dan dunia yang merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi,
sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan
pembangunan yang bersifat holistik.‘Minda Kelas Pertama’ memerlukan segenap usaha
serta komitmen daripada setiap peringkat masyarakat untuk melahirkan modal insan.
Setiap etnik, kelas sosial, komuniti dan institusi perlu mengambil bahagian dalam
merealisasikan misi ini.Terdapat beberapa kepentingan modal insan dan langkah-
langkah untuk melahirkannya.

Kepentingan yang pertama adalah untuk menjadikan negara Malaysia sebagai


negara yang mampu berdaya saing dan berdaya maju dengan negara-negara
membangun yang lain agar mampu dijadikan contoh oleh negara-negara di rantau
Asia.Hal ini kerana modal insan kelas pertama adalah merupakan golongan tenaga
muda yang mempunyai potensi yang amat bernilai untuk dibangunkan bagi memajukan
lagi segala sektor-sektor yang penting di Malaysia .Golongan ini menjadi tulang
belakang bagi memastikan negara Malaysia akan sentiasa membangun seiring dengan
negara-negara maju yang lain.Golongan ini juga dianggap sebagai benteng harapan
untuk maju ke hadapan dan sebagai sumber penting bagi membentuk kemajuan
negara.

Kedua, modal insan kelas pertama amat penting untuk menjana kemajuan negara
Malaysia dalam semua bidang agar mampu menempa kemajuan serta perubahan
keatas negara Malaysia dari pelbagai aspek penting.Hal ini terbukti apabila golongan
minda kelas pertama ini telah mencuba untuk melakukan tranformasi secara total atau
perubahan drastik yang menyeluruh terhadap cara dan gaya hidup,adat resam,
budaya,dominasi ekonomi dan kewangan,perkembangan ilmu pengetahuan dan
pendidikan,teknologi maklumat,media cetak dan eletronik terhadap masyarakat dalam
7

kalangan rakyat Malaysia.Tindakan golongan ini melakukan tranformasi adalah


bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia agar selaras dengan taraf
hidup masyarakat di negara-negara membangun yang lain.

Strategi untuk melahirkan modal insan kelas pertama adalah melalui pendedahan
meluas terhadap penguasaan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang oleh golongan
modal insan.Hal ini menunjukkan bahawa golongan ini perlu menyediakan diri dengan
memiliki kemantapan informasi serta kemahiran dalam pelbagai bidang untuk
melahirkan golongan modan insan kelas pertama.Melalui penguasaan ilmu
pengetahuan ini,kita dapat mendedahkan bidang sains dan teknologi kepada seantero
masyarakat Malaysia.Tindakan ini merupakan cara bagi melahirkan modal insan kelas
pertama.Perkembangan era globalisasi adalah merupakan satu cabaran yang perlu
dihadapi oleh modal insan agar mampu menghasilkan modal insan kelas pertama yang
berpengetahuan,berinovasi serta berkualiti tinggi.

Seterusnya,melalui pengenalan Dasar 1 Murid 1 Sukan juga dapat melahirkan


modal insan kelas pertama yang memiliki keseimbangan antara keperluan akademik
dan keperluan fizikal.Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan
modal insan berminda kelas pertama bukan sahaja melalui pencapaian akademik
malah melalui pencapaian dalam bidang sukan. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara
tidak langsung dapat melahirkan modal insan yang seimbang dari segi
jasmani,emosi,rohani dan intelek. Melalui dasar ini juga kerajaan mahu membina dan
menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui bidang sukan.

Selain itu,Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga dapat menghasilkan modal
insan yang menjadi tunggak utama kepada pembangunan negara pada masa akan
datang.Melalui program ini,modal insan dapat dibentuk menjadi insan yang
bertanggungjawab serta mampu melakukan sesuatu perkara dengan usaha yang
bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan.Golongan yang menyertai PLKN ini
adalah golongan sasaran utama bagi melahirkan modal insan disebabkan oleh daya
pemikiran yang dinamik,progresif dan eksklusif yang ada pada mereka. Dengan
itu,mereka telah diletakkan sebagai generasi pelapis yang mampu mewarisi tampuk
pemerintahan negara suatu hari nanti berdasarkan corak dan acuan modul kerajaan.

Kesimpulannya,dapatlah dirumuskan bahawa pembangunan modal insan


bermindakan kelas pertama amat penting bagi menjadikan Malaysia bukan sahaja
negara maju yang beridentitikan diri sendiri,malah akan menjadi contoh bagi negara-
negara di seluruh pelosok dunia . Dalam konteks dunia global hari ini, modal insan yang
benar-benar berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan dan
kemegahan. Oleh itu,bersama-samalah kita melangkah maju ke hadapan berpaksikan
pengetahuan serta bukan sahaja sekadar semata-mata ingin menjadi negara maju
8

tetapi negara maju yang mempunyai identitinya sendiri serta mampu melahirkan lebih
ramai lagi modal insan kelas pertama.

LANGKAH MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN

Ketika mengharungi arus globalisasi dan modenisasi, negara kita telah mengalami
pembangunan yang pesat, terutamanya dalam sektor perindustrian. Rentetan daripada
itu, sektor pertanian telah dikesisikan dalam arus pembangunan sejak 1980-an.
Bagaimanapun di bawah Misi Nasional, kerajaan telah meningkatkan kedudukan sektor
ini semula dalam pelan pembangunan negara kita iaitu Rancangan Malaysia
Kesembilan. Hal ini demikian kerana ketika dilanda kegawatan ekonomi pada tahun
1997 dan 1998, minyak kelapa sawit bertindak sebagai “penyelamat” ekonomi negara
kita. Selain itu kerajaan juga mendapati bahawa negara kita memperuntukkan berbilion-
bilion ringgit untuk mengimport makanan sehingga meningkatkan defisit ekonomi
negara kita. Sesungguhnya, banyak makanan dapat dihasilkan di negara kita melalui
sektor pertanian. Persoalan, bagaimanakah kita dapat meningkatkan sektor pertanian?
Kata orang tua-tua, “genggam bara api biarlah sampai jadi arang”, semua pihak yang
terbabit perlu menggembleng tenaga untuk menjanakan sektor pertanian di tanah air.

Untuk memajukan sektor pertanian, kaum petani kita perlu memiliki prakarsa untuk
membuat perubahan atau sedia membuat reformasi terhadap sektor pertanian. Jika
kaum petani masih mengekalkan cara tradisional untuk mengusahakan petanian,
nescaya hasil tanaman atau ternakan mereka hanya sekadar sara diri. Mereka akan
terus dibelenggu oleh kemiskinan. Untuk mengikut rentak perkembangan sektor
industri, petani moden kita perlu menggunakan ilmu sains dan teknologi yang canggih
demi meningkatkan produktiviti, iaitu menjimatkan penggunaan tenaga dan
meninggikan hasil tanaman yang berkualiti dan berkuantiti. Sebagai contoh, ilmu
genetik perlu digunakan untuk mencari baka benih yang dapat menjamin hasil tanaman
yang bermutu, seperti “padi hibird” dapat menjamin penghasilan padi yang banyak dan
berkualiti. Secara holistiknya, kaum petani perlu disuntik semangat transformasi untuk
menggunakan bioteknologi dalam sektor pertanian.

Tidak dapat dinafikan bahawa Kementerian Pertanian dan sektor swasta perlu
menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap sektor pertanian kita.
Jurusan Pertanian di Pusat Pengajian Tinggi (IPT) dan pakar pertanian perlu
berkomitmen untuk mengkaji penggunaan ilmu sains dan teknologi dalam sektor
pertanian dan penternakan. Mereka hendak memastikan bahawa industri hilir dalam
pertanian dapat dimajukan untuk meningkatkan pendapatan kaum petani seperti lada
dapat dijadikan sos cili, ubat pelangsing dan ubat kesakitan sendi. Sengkuang telah
diproses sebagai bahan kosmetik dan sebagainya. Hal ini selaras dengan peribahasa
Melayu, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.” Pegawai Kementerian Pertanian
9

terutamanya MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia )


sewajarnya menawarkan bengkel atau kursus untuk memberikan khidmat nasihat serta
membekalkan baka benih yang bermutu kepada petani kita untuk menggunakan
bioteknologi yang canggih.

Untuk menjalankan pertanian secara besar-besaran dan komersial, skim pinjaman


yang berkadar faedah rendah perlu disediakan oleh bank, terutamanya Bank Agro
untuk pekebun kecil . Dengan modal yang mencukupi, pekebun kita baru dapat
membeli mesin yang canggih dan bahan racun serangga serta baja kimia untuk
menjalankan pertanian mereka. Sebagai contoh, Bank Agro telah menawarkan Modal
Usahawan 1 Malaysia kepada petani kita untuk mengusahakan industri kecil dan
sederhana (IKS) yang berasaskan pertanian. Bak kata peribahasa, “ada padi semua
kerja jadi; ada beras semua kerja deras,” oleh itu, dengan pinjaman skim mikro,
pekebun kecil kita dapat mengusahakankan pertanian atau penternakan secara
komersial dan saintifik malah berupaya menjalankan IKS. Walhasilnya, kaum petani
tidak akan digelar sebagai golongan miskin tetapi akan berperanan sebagai usahawan.

Selain itu, sistem pengagihan yang kamil perlu disediakan oleh pihak berkuasa
supaya kaum petani kita tidak lagi dianiayai oleh orang tengah yang bersikap tamak
haloba. Penubuhan koperasi peladang digalakkan untuk memainkan peranan sebagai
pemborong dan pembekal kepada kaum petani. Petani kita juga digalakkan menyertai
Pasar Tani untuk meningkatkan pendapatan mereka. Sehubungan dengan itu,
pengguna juga dapat membeli hasil tanaman dan ternakan yang segar dengan harga
yang berpatutan. Tindakan ini dapat memberikan manfaat kepada pihak petani dan
pengguna, seperti peribahasa “serampang dua mata.” Rentetan daripada itu, pihak
FAMA(Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) harus mengaturkan strategi yang
bersepadu dan bijaksana bagai menarik rambut dalam tepung untuk menjamin
pemasaran produk pertanian kita. Sistem pengagihan yang teratur dapat memantapkan
harga produk pertanian. Antaranya Kementerian Kebudayaan telah mengadakan laman
web tentang harga borong produk pertanian supaya kaum petani tidak lagi ditipu oleh
pemborong yang tidak bertanggungjawab.

Sementelahan, agropelancongan merupakan bidang yang patut dikembangkan


dalam sektor pertanian. Kaum petani seyogianya memperkasakan kemudahan yang
tersedia dalam ladang mereka untuk memajukan sektor pelancongan. Tindakan dapat
menjamin pendapatan yang lumayan. Penginapan yang lengkap seperti bilik yang
selesa perlu disediakan kepada pelancong, khasnya dari bandar. Selain menghayati
penghidupan kaum petani, pelancong dapat menikmati buah-buahan tempatan yang
lazat, memancing ikan dalam kolam ikan ternakan, menikmati lauk ala kampung serta
berpeluang untuk mencucuk tanah di samping melegakan fikiran yang kusut. Hal ini
bagai menyelam sambil minum air. Bagaimanapun, pakej agropelancongan perlu
10

mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia, seperti


menyeranaikan pengusaha agropelancongan yang beramanah dalam laman web
kementerian berkenaan. Secara realitinya, inap desa semakin menarik perhatian
pelancong domestik dan luar negara.

Natijahnya, sektor pertanian perlu mengalami revolusi supaya sektor ini berprestij
kepada generasi muda. Pembangunan sektor dapat mengurangkan import makanan
dari luar negeri dan dapat mengelakkan penduduk kampung berhijrah ke bandar.
Tampaknya, perkembangan pertanian mengundang seribu satu kebaikan kepada
negara kita. Masyarakat kita juga perlu menyedari sumbangan, jasa dan pengorbanan
kaum petani kita. Sebaliknya kaum petani kita perlu mengalami transformasi untuk
menjanakan 1 Malaysia.

BENTUK-BENTUK SUMBANGAN KEPADA MANGSA BENCANA ALAM

Rantau Asia Tenggara merupakan kawasan yang tidak sunyi daripada kejadian
bencana alam yang besar. Bencana alam seperti gempa bumi, kebakaran hutan,
tsunami dan ribut taufan serta letupan gunung berapi menjadi sesuatu yang biasa pula
di rantau ini terutama di Indonesia, Filipina dan Vietnam. Kekerapan kejadian ini
menyebabkan banyak nyawa melayang dan tidak kurang juga kemusnahan harga
benda berlaku dengan tinggi. Oleh itu, sebagai sebuah negara jiran yang
bertanggungjawab, Malaysia telah banyak menghulurkan pelbagai sumbangan bantuan
yang mampu untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh negara jiran itu.

Sumbangan yang paling mudah dan efektif ialah bantuan kewangan terutama
dalam memenuhi keperluan asas seperti makanan dan minuman. Malaysia sudah
beberapa kali menghulurkan bantuan kewangan baik dalam bentuk pinjaman mahupun
wang tunai ke Indonesia dan Filipina ketika negara itu dilanda bencana alam. Bantuan
ini berupaya memudahkan rakyat kedua-dua negara itu untuk meneruskan kehidupan
setelah kehilangan rumah dan pekerjaan mereka akibat kejadian fenomena alam itu.
Justeru, bantuan kewangan menjadi bantuan yang paling penting dihulurkan oleh
Malaysia kepada negara jirannya yang mengalami bencana alam.

Selain itu, negara kita juga ada menghantar pakar-pakar yang boleh membuat
penilaian dan memberikan idea untuk membangunkan semula kawasan yang dilanda
bencana alam itu. Kejadian gempa bumi dan tsunami mampu memusnahkan kawasan
rumah dan bangunan yang memerlukan kemahiran pakar-pakar untuk membinanya
semula dengan segera. Kehadiran pakar-pakar ini juga memberikan suntikan keyakinan
kepada mangsa-mangsa bencana alam itu untuk membina semula rumah mereka yang
11

sudah tiada tersebut. Lantaran itu, penghantaran pakar-pakar ke negara yang dilanda
bencana berupaya memastikan proses pembangunan semula berjalan lancar.
Pada masa yang sama bekalan perubatan juga menjadi sumbangan penting dari
Malaysia ke negara jiran yang dilanda bencana alam itu. Banyak pertubuhan sukarela
negara ini yang menghantar pasukan perubatan mereka dengan segera ke tempat
bencana alam untuk memastikan tahap kesihatan di sana terjamin untuk memastikan
penularan wabak penyakit seperti taun dan demam tidak berlaku pula. Mangsa-mangsa
yang mengalami kecederaan juga boleh dirawat oleh pasukan perubatan yang dihantar
oleh pertubuhan bukan kerajaan itu. Jelaslah, sumbangan dalam bentuk perubatan
memberikan satu harapan baru kepada negara-negara jiran kita yang dilanda musibah
alam itu.

Malah, Malaysia juga membuat kerjasama yang lebih luas dengan bersetuju
untuk membuat pengawasan dan memperkenalkan dasar-dasar mencegah bencana
alam. Kejadian tsunami beberapa tahun lalu telah menyebabkan Malaysia dan negara-
negara jiran memasang sistem pengesan amaran awal tsunami di kawasan perairan
masing-masing yang kemudiannya boleh dikongsi maklumat itu ke seluruh negara pula.
Konsep kerjasama sebegini memastikan sebarang kejadian tsunami atau gempa bumi
bawah laut boleh diketahui dengan lebih cepat dan teratur oleh negara-negara di rantau
ini lalu mengurangkan risiko kematian pula. Maka, negara kita telah memberikan
kerjasama yang jitu dan jujur dalam usaha untuk menangani kejadian bencana alam ini.

Konklusinya, semua sumbangan yang diberikan oleh negara itu telah dilakukan,
sedang dan akan terus dilaksanakan pada masa hadapan. Sikap sebeginilah yang telah
menyebabkan imej negara terus dihormati oleh negara-negara jiran kerana sanggup
berkorban demi kebajikan rakyat negara lain. Walaupun Malaysia jarang dilanda
bencana alam yang mengorbankan ribuan rakyatnya tetapi kita menyedari
kesengsaraan yang dialami itu. Semoga sikap positif sebegini akan berterusan selama-
lamanya.
12

MANFAAT AKTIVITI REKREASI SEPERTI MELANCONG, BERKELAH DAN


BERSENAM
Dalam melangkah ke era modenisasi, masyarakat sejagat terlalu sibuk berlumba-lumba
mengejar kemewahan duniawi lantas sering mengabaikan amalan gaya hidup sihat
khususnya amalan rekreasi. Hal ini demikian kerana tanggapan kekayaan merupakan
kunci kepada segala kesenangan sudah sebati dalam kehidupan mereka sehingga
mereka alpa akan kepentingan aktiviti rekreasi yang menjadi antara amalan dalam
mempratikkan gaya hidup sihat. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, aktiviti
rekreasi dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dilakukan pada waktu senggang
untuk menyihatkan tubuh badan dan menyegarkanminda. Jika diteliti dengan lebih
mendalam, aktiviti rekreasi merupakan elemen yang prioriti dalam menjayakan semua
aktiviti dalam kehidupan seharian kita. Menurut pandangan saya, aktiviti rekreasi
memang sewajarnya diamalkan oleh semua orang tanpa mengira usia, pangkat dan
asal usul. Fenomena ini selaras dengan kata-kata William J.Siegel, “Manusia tidak
merancang untuk gagal, tetapi mereka gagal kerana merancang.” Memang tidak dapat
dinafikan bahawa aktiviti rekreasi banyak memberikan maslahat dalam kehidupan
setiap insan. Persoalan yang bermain di ruang legar minda kita, mengapakah setiap
insan di dunia ini perlu mengamalkan aktiviti rekreasi? Oleh hal yang demikian,
kepentingan aktiviti rekreasi yang mewarnai fokus perbincangan akan dikupas dengan
lebih terperinci sehingga ke peringkat akar umbi demi kebaikan kita bersama.
Kebaikan dominan yang menyumbang kepada aktiviti rekreasi ialah dapat
mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila
kita beriadah, kadar lemak yang terkumpul di dalam tubuh badan dapat dikurangkan
malahan kadar metabolisme yang baik untuk tubuh juga dapat dipertingkatkan.
Tamsilnya, kita boleh melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti seperti bersenam, berkelah,
berkayak dan sebagainya. Dengan ini, daya tahan kardiovaskular dapat dipertingkatkan
serta jantung dapat mengepam darah dengan lancar. Hal ini secara tidak langsung,
dapat meningkatkan imuniti badan kita daripada sebarang jangkitan penyakit seperti
deman, selesema dan batuk. Dalam konteks ini, aktiviti rekreasi berupaya kita
melaksanakan aktiviti harian secara efektif kerana badan cergas, otak cerdas. Lanjutan
daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, apabila kita memanfaatkan masa kita
dengan aktiviti rekreasi yang kita gemari dapat mengurangkan stres. Hal ini dikatakan
demikian kerana apabila kita mengamalkan aktiviti rekreasi, kita akan menumpukan
sepenuh perhatian terhadap aktiviti tersebut dan bukannya memikirkan masalah
kehidupan yang kalang kala membebankan minda kita. Dengan ini, masalah yang
membelenggu sukma dapat dilupakan seketika. Deduksinya, kita perlu menjadikan
13

aktiviti rekreasi sebagai agenda harian supaya kesihatan badan yang hakiki dapat
dinikmati dan membebaskan diri daripada sebarang masalah yang menghimpit kalbu
kerana mencegah lebih baik daripada merawat.
Sementelahan, kepentingan aktiviti rekreasi juga dapat mengeratkan hubungan
silaturahim antara sesama insan. Aktiviti rekreasi bukan rekadar dalam lingkungan
dunia individu sahaja malah dapat dilakukan secara berkumpulan. Tamsilnya, aktiviti
rekreasi yang boleh dilakukan secara berkumpulan seperti melancong, mendaki
gunung, senamrobik dan sebagainya. Melalui komunikasi dua hala, secara tidak
langsung bukan sahaja dapat merapatkan hubungan silaturahim malahan juga dapat
mewujudkan kemesraan lantas memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain
seperti serumpun bagai serai, selubang bagai tebu. Dalam konteks ini, nilai saling
membantu dan bekerjasama yang termaktub sebagai nilai ke-35 dalam Pendidikan
Moral dapat dipraktikkan. Perpaduan turut dapat dilahirkan apabila masyarakat yang
terdiri daripada multietnik terlibat dalam aktiviti rekreasi yang sama, visi kudsi Wawasan
2020 & Gagasan 1Malaysia sudah pasti dapat direalisasikan. Tuntasnya, aktiviti
rekreasi mendatangkan manfaat yang amat bermakna dalam mengakrabkan
perhubungan antara sesama insan.
Sehubungan dengan itu, aktiviti rekreasi juga dapat membentuk integrasi kaum.
Marcapada ini, kita acap kali melihat pelbagai aktiviti rekreasi yang melibatkan
penyertaan pelbagai kaum khususnya aktiviti yang berkaitan dengan Program Latihan
Khidmat Negara. Antara adalah seperti aktiviti berkayak, mendaki gunung dan
meluncur. Program tersebut telah memanifestasikan elemen kesepakatan dalam
kumpulan masing-masing. Sesungguhnya, muafakat merupakan inti pati kepada
perpaduan. Melalui pergaulan dua hala, aktiviti rekreasi mampu menggalakkan
pertukaran idea atau buah fikiran dalam kalangan masyarakat. Pada waktu yang
sama, pertukaran idea yang bernas mampu mematangkan tahap pemikiran
masyarakat. Misalnya, melalui diskusi secara ringkas dalam kalangan masyarakat,
semangat individualisme dapat dihapuskan dan semangat perpaduan yang ampuh
dapat dilakar. Natijahnya, jelaslah bahawa aktiviti rekreasi mampu membendung
masyarakat yang bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing dan menjadikan wahana ke arah pembentukan integrasi kaum.
Dalam pada itu, kita sewajarnya mengamalkan aktiviti rekreasi untuk mengisi
masa lapang dengan aktiviti yang bermaslahat. Bertitik tolak daripada itu, kita patut
menggunakan masa senggang untuk menjalankan aktiviti rekreasi seperti berjoging,
bersenam, berkelah dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung menghindarkan diri
daripada aktiviti kurang sihat dan bergaul dengan rakan yang terlibat dalam masalah
sosial. Amsalnya, aktiviti yang boleh diketengahkan ialah remaja yang sedang mencari
identiti diri dan mengalami kecelaruan jiwa akan mudah terjerumus dalam aktiviti
merempit, melepak dan pergaulan bebas kerana matlamat mereka seperti layang-
14

layang yang terputus talinya. Dalam konteks ini, dengan amalan rekreasi, masa kita
tidak disia-siakan dan tidak terbiar begitu sahaja kerana masa itu emas yang perlu diisi
dengan aktiviti yang berfaedah. Bukan itu sahaja, dengan menjalankan aktiviti rekreasi
dapat mengelakkan diri daripada berasa bosan dan letih dalam mengharungi kehidupan
seharian di alam fana ini. Hal ini selaras dengan kata-kata El Leseur, “ Tanpa semangat
tidak ada pekerjaan besar yang dapat dilakukan.” Izharnya, aktiviti rekreasi mampu
memenuhi masa senggang kita dengan pelbagai aktiviti yang bermaslahat demi
memantapkan semangat dan disiplin diri.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa aktiviti rekreasi membawa seribu satu
kelebihan kepada segenap strata masyarakat. Oleh hal yang demikian, kita berperanan
untuk berwaspada seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus tepung
tidak berselerak dengan menguruskan masa untuk aktiviti rekreasi, kerjaya atau
pelajaran kita secara bijaksana. Selanjutnya, kita perlu menjadikan amalan rekreasi
sebagai budaya hidup moden mutakhir ini dan mengelakkan diri daripada laman
sesawang yang berunsur negatif supaya mental dan jiwa kita tidak goyah dek nafsu
yang bermaharajalela. Janganlah kita menolak amalan rekreasi kerana amalan ini amat
bertentangan dengan apa-apa agama sekalipun. Ironinya, kita seharusnya menjadi
golongan yang sentiasa bermunasabah terhadap diri dengan menjadikan kehidupan
hari lebih baik daripada semalam. Akhirulkalam, dititipkan serangkap pantun untuk
renungan semua.

KEPENTINGAN MENGEKALKAN BUDAYA WARISAN


Setiap negara mempunyai keunikan warisan budaya bangsanya yang tersendiri.
Warisan budaya bangsa merupakan adat dan cara hidup sesebuah kaum atau bangsa
yang diamalkan sejak turun-temurun. Adat dan budaya ini selalunya diajar oleh ibu
bapa kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi untuk membiasakan anak-anak itu
dengan budaya bangsa mereka. Warisan budaya bangsa mestilah dipertahankan dan
diamalkan serta perlulah diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain agar
khazanah itu tidak pupus ditelan zaman. Adat istiadat sesebuah bangsa itu perlulah
dilaksanakan dengan meriah agar generasi muda pada zaman ini dapat mengetahui
budaya kaum masing-masing seperti perayaan. Oleh hal yang demikian, warisan
budaya bangsa perlulah dijaga dengan baik untuk menyumbang kepada ekonomi
negara. Sebagai contoh, keunikan dan keharmonian budaya dan adat masyarakat
Malaysia boleh dijadikan aset penarik pelancong dari luar negara untuk melawat negara
kita yang mempunyai kepelbagaian adat dan kebudayaan ini. Pihak kerajaan perlulah
mengatur strategi yang mantap dalam mengeksploitasikan warna-warni citra
kebudayaan masyarakat dan adat negara sebagai alat tarikan pelancong sekali gus
meningkatkan sektor pelancongan negara.
15

Antara usaha yang boleh dilaksanakan adalah dengan mempromosikan negara di


media massa kerana langkah ini merupakan cara terpantas dan mudah untuk
berhubung dengan negara luar. Kementerian Pelancongan Malaysia hendaklah
mengemukakan idea-idea yang bernas bagi mempromosikan warisan budaya negara
agar dapat menarik minat pelancong asing untuk melawat negara kita. Sebagai contoh,
Malaysia telah lama melancarkan kempen Cuti-Cuti Malaysia untuk membantu
meningkatkan pendapatan negara dari sektor pelancongan. Iklan mengenai keunikan
budaya dan adat masyarakat setempat perlulah disiarkan di saluran televisyen
antarabangsa dalam usaha mempromosikan negara. Contoh yang boleh diambil ialah
perkahwinan anak perempuan Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan
gelaran Chef Wan Ismail yang penuh dengan adat istiadat perkahwinan kaum Melayu
ditayangkan oleh TV Astro saluran Asean sedikit masa dahulu. Masyarakat berbilang
kaum yang hidup dengan aman dan harmoni di bawah satu bumbung yang sama,
penuh dengan pelbagai adat dan kebudayaan yang bervariasi juga perlu ditonjolkan
untuk melambangkan perpaduan rakyat yang jitu. Selain televisyen, internet juga
merupakan antara kaedah terpenting dalam mempromosikan negara untuk menarik
minat pelancong kerana kita boleh berhubung dengan masyarakat di seluruh dunia
melalui internet.

Selain itu, pihak kerajaan mahupun swasta hendaklah memperbanyak program


‘homestay’ di negara kita. Apabila pelancong asing tinggal di ‘homestay’ tempatan,
mereka akan mempelajari adat dan budaya tradisional amalan masyarakat setempat
yang sememangnya unik dan menarik. ‘Homestay’ yang selalunya dilaksanakan di
kawasan perkampungan dapat membantu mengetengahkan budaya bangsa
masyarakat tersebut kerana kebanyakan mereka yang menetap di kawasan
perkampungan masih mengamalkan budaya dan adat yang diturunkan dari nenek
moyang mereka, tidak seperti kebanyakan penduduk bandar yang sering kali
terpengaruh dengan budaya Barat yang tidak sesuai dengan etika budaya Timur. Tuan
rumah kepada ‘homestay’ tersebut boleh mendedahkan kepada para pelancong
mengenai cara hidup, cara makan dan cara mereka berkomunikasi antara satu sama
lain. Perkara seperti ini akan menarik minat pelancong asing untuk mendalami setiap
adat yang diamalkan dan dipraktikkan oleh mereka dalam aktiviti seharian mahupun
perayaan sesuatu kaum. Para pelancong juga boleh diajar untuk memasak makanan
tradisional masyarakat setempat agar mereka lebih tertarik dengan menu harian negara
itu.

Seterusnya, kepelbagaian makanan yang memenuhi pelbagai selera daripada


masyarakat yang berbilang kaum hendaklah dijadikan elemen untuk menarik minat
pelancong. Makanan tradisional di sesebuah negara itu hendaklah dieksport ke negara
luar untuk berkongsi tentang warisan budaya bangsa tempatan. Santapan tradisional
16

juga perlu dipromosikan dan didemontrasikan ke peringkat antarabangsa agar


pelancong asing akan berminat untuk melawat Malaysia. Sebagai contoh, pembuatan
perencah rendang atau tempoyak di Malaysia harus dipergiat lagi untuk diperluas ke
pasaran global kerana makanan-makanan itu merupakan makanan tradisional di
Malaysia dan perlu diketengahkan di mata dunia dalam usaha menarik minat pelancong
dari negara luar untuk datang melawat Malaysia. Makanan tradisional di Malaysia telah
menjadi tarikan ramai pelancong sejak dulu lagi kerana variasinya daripada manis
hinggalah pedas disebabkan wujudnya masyarakat berbilang kaum yang mempunyai
budaya makanan dan warisan masakan yang berbeza antara satu sama lain dan
mempunyai keunikan yang tersendiri.

Di samping itu, industri seni tradisional di sesebuah negara itu mestilah ditekankan
lagi dalam usaha meningkatkan sektor pelancongan. Produk seni halus tradisional
hendaklah diiklankan serta dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Seni tradisional
yang berbentuk persembahan pula perlu sering kali diadakan untuk menunjukkan
keunikan dan tarikan sesebuah bangsa tersebut. Persembahan oleh penari-penari atau
pelakon tempatan hendaklah dipromosikan ke luar negara untuk menarik minat
pelancong asing melawat Malaysia. Sebagai contoh, persembahan tarian zapin
ataupun wayang kulit hendaklah diadakan di luar negara sebagai wahana untuk
menarik minat pelancong dari luar negara dengan kelainan budaya di Malaysia justeru
dapat meletakkan industri seni tradisional ke mata dunia. Kain-kain batik serta songket
yang ditenun halus oleh masyarakat Malaysia yang sangat berbakat hendaklah
dieksport sehingga ke peringkat antarabangsa agar penduduk asing berminat dengan
produk buatan Malaysia seterusnya ingin melawat sendiri negara Malaysia yang indah
ini. Oleh hal yang demikian, industri seni tradisional di sesebuah negara itu harus
ditingkatkan dalam usaha menarik minat pelancong dari luar negara.

Konklusinya, warisan budaya bangsa di sesebuah negara itu penting dalam usaha
memajukan sektor pelancongan. Setiap individu seharusnya menghargai dan
mempertahankan serta mengamalkan budaya dan adat kaumnya sendiri agar warisan
itu akan terus kekal selamanya bak peribahasa tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
pasan. Pihak kerajaan seharusnya memanfaatkan warisan budaya bangsa yang
berwarna-warni dan sememangnya mampu memikat hati para pelancong untuk
meningkatkan pendapatan negara seterusnya menaikkan taraf hidup rakyat agar
mereka dapat lebih menyumbang tenaga dan masa untuk membantu memajukan nusa
yang tercinta justeru merealisasikan gagasan Wawasan 2020 yang dikemukakan oleh
Tun Dr. Mahathir itu. Oleh hal yang demikian, warisan budaya bangsa ternyata
merupakan elemen utama dalam usaha menjadi negara maju dan perlu dikekalkan
sehingga akhir zaman.
17

CARA-CARA MENGURANGKAN KEMALANGAN JALAN RAYA


Sudah terang lagi bersuluh,semakin hari kita semakin menghampiri
ambang 2020.Keadaan ini telah membawa kita mendepani realiti dunia
baru yang pantas berubah dan berkembang.Namun,sejak dua dan tiga
dekad kebelakangan ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di
segenap empat penjuru. Isu kemalangan jalan raya kini dilihat tiada
kesudahannya.Malah menurut satu kajian yang dijalankan oleh sebuah
badan swasta menunjukkan bahawa kadar peratusan kemalangan jalan
raya meningkat sebanyak lima peratus dari tahun ke tahun.Bukti yang
boleh dilampirkan sebagai sokongan kepada fakta ini ialah,hampir setiap
akhbar memaparkan mengenai kes-kes kemalangan jalan raya sebagai
tajuk besar di halaman hadapan dada-dada akhbar.Lantaran itu,cuba kita
renung sejenak,sudah berapa banyak nyawakah yang terkorban akibat
kelalaian diri mahupun pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam
kemalangan jalan raya di negara kita,dalam tempoh beberapa dekad
kebelakangan ini? Bilangannya pasti tidak terkira. Namun begitu,setiap
penyakit pasti ada penawarnya.Begitu juga dengan kes-kes
sebegini.Pelbagai langkah yang pragmatik lagi sistematik dapat dijalankan
oleh semua pihak bagi menangani masalah kemalangan jalan raya yang
sudah begitu lama berlaku di negara kita.

Memang tidak dapat dinafikan dan disangkal lagi bahawa segala


penyelesaian kepada sesuatu masalah bermula daripada individu itu
sendiri. Bagi mengorak langkah menangani kemalangan jalan raya
ini,setiap individu di Malaysia haruslah melaksanakan anjakan paradigma
dengan mengamalkan cirri pemanduan berhemah semasa di jalan
raya.Ciri pemanduan dapat dipraktikkan dengan mengenakan topi keledar
bagi penunggang motorsikal serta memandu mengikut had laju yang telah
ditetapkan.Dengan mengamalkan ciri pemanduan berhemah ini,sudah
tentu individu akan dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan
perkara-perkara yang mendorong ke arah kemalangan jalan raya kerana
umum mengetahui bahawa malang tidak berbau.Namun apa yang
mengecewakan ialah terdapat sebilangan individu yang memandang
enteng terhadap perkara ini dengan langsung tidak mempraktikkan ciri
tersebut kerana beranggapan garis panduan tersebut hanyalah untuk
18

mereka yang tidak tahu memandu atau bagi pemandu-pemandu


baru.Tetapi disebabkan mentaliti mereka yang beranggapan
sedemikianlah,kecenderungan untuk berlakunya kemalangan jalan raya
amatlah tinggi.Janganlah sudah terhantuk baru tengadah.Ingatlah nyawa
manusia tidak dapat digantikan dengan apa-apa barang mahupun wang
ringgit.Selain itu,setiap individu juga perlulah bijak mengawal emosi
khususnya semasa memandu.Hal ini demikian kerana tahap kesabaran
seseorang pemandu itu pasti akan teruji tatkala dia berada dalam
kesesakan jalan raya sebagaimana yang sering berlaku di bandar-bandar
utama seperti Johor Bharu dan Kuala Lumpur.Kesannya,mereka bersikap
serakah di jalan raya dengan memandu dalam had laju yang tinggi serta
melanggar lampu isyarat.Berpeganglah kepada kewarasan akal yang
rasional dalam apa-apa jua keadaan,bak kata peribahasa,ikut hati
mati,ikut rasa binasa.Oleh itu,jadikanlah pemanduan berhemah sebagai
amalan kerana pandu cermat jiwa pasti selamat.

Selain itu,kerajaan perlu sama memainkan peranan penting dalam


usaha penyelesaian ini.Perundangan merupakan satu langkah yang
penting untuk menyelesaikan masalah salah laku jalan raya. Tanpa
perundangan, pemandu-pemandu yang jahat dan “tidak masuk ajar” akan
terus mengancam keselamatan jalan raya.Perundangan boleh
dikategorikan kepada dua bahagian yang besar iaitu pembentukan
undang-undang dan penguatkuasaan undang-undang.Pembentukan
undang-undang merupakan asas kepada perundangan. Undang-undang
yang dibentuk seharusnya mempunyai kesan psikologi ke atas pengguna
jalan raya yang jahat dan praktikal pula kepada pihak polis untuk
dilaksanakan. Dengan adanya undang-undang yang membawa hukuman
yang menakutkan maka sebahagian besar pengguna jalan raya akan takut
terlibat dalam salah laku. Bagi segelintir pengguna jalan raya yang keras
kepala dan mengancam keselamatan awam maka di bawah undang-
undang mereka boleh dihalang untuk terus demikian dengan mekanisme
kepenjaraan.Undang-undang tidak akan sempurna sekiranya ia tidak
dilengkapi dengan penguatkuasaan undang-undang. Penguatkuasaan
yang baik sememangnya boleh meningkatkan kewibawaan undang-undang
dan kesannya terhadap keselamatan awam. Untuk itu pihak berkuasa
haruslah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.Sebagai
tambahan,penguatkuasaan undang-undang perlu dilaksanakan dan
hukuman berat mesti dikenakan terhadap sesiapa yang berani melanggar
peraturan di jalan raya,bak kata peribahasa, "setinggi-tinggi terbangnya
bangau, akhirnya pasti jatuh ke tanah". Tamsilnya, cadangan agar
pesalah laku trafik haruslah didenda sekurang-kurangnya RM500 atau
19

dipenjarakan selama enam bulan perlu diterima pakai bagi mengurangkan


kadar kemalangan jalan raya dan agar pengguna jalan raya tidak akan
berani memperlekeh amaran kerajaan lagi.Tambahan lagi, kerajaan juga
mestilah memperketat tahap kelulusan ujian yang dijalankan untuk
menguji pemandu kenderaan.Kebanyakkan daripada pengguna-pengguna
yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ialah mereka yang berdarah
muda. Lalu,usaha kerajaan mestilah berlandaskan peribahasa di mana
ada kemahuan, di situ ada jalan. Lesen-lesen tidak harus diberikan
kepada para pemandu dengan mudah agar kesedaran sivik mengenai
pentingnya menuruti segala peraturan jalan raya yang ditetapkan benar-
benar tersemai dalam sanubari mereka.

Rentetan itu, kerajaan mesti sentiasa membiayai perbelanjaan


untuk mengadakan pelbagai kempen kesedaran..Polis DiRaja Malaysia
dan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya merupakan antara pihak yang
acap kali diberi obligasi dalam melaksanakan kempen kesedaran seperti
Kempen Keselamatan Jalan raya. Kempen-kempen ini haruslah diadakan
dengan objektif menyedarkan para pengguna jalan raya tentang
kepentingan mematuhi peraturan jalan raya. Inisiatif ini mampu membantu
meminimumkan kemalangan di jalan raya yang terus berlaku. Namun
begitu,jika hanya sebelah pihak sahaja yang bersungguh-sungguh
melaksanakan program ini tanpa ada sebarang sokongan daripada
rakyat,akibatnya segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan dapat
diibaratkan bagai mencurahkan air ke daun keladi.Maka,setiap pengguna
jalan raya perlu memberikan kerjasama yang sepenuhnya demi
merealisasikan hasrat kerajaan dalam Wawasan Keselamatan Jalan Raya
Tahun 2010 untuk mencapai kadar kemalangan jalanraya yang
minimum.Seterusnya, polis trafik mestilah menjalankan tugas dengan
dedikasi. Mereka mesti menjalankan tugas masing-masing dan memberkas
golongan yang melanggar undang-undang di jalan raya. Saman mesti
sentiasa dikeluarkan untuk memberi amaran kepada si pelanggar
peraturan jalan raya. Kelengkapan polis trafik turut mestilah sempurna. Di
samping itu, polis trafik yang amanah amat diperlukan. Mereka tidak harus
menerima rasuah sebaliknya mesti bersikap adil dan saksama.
Sikap berdiri di atas pagar mestilah dipraktikkan oleh anggota polis
trafik. Implikasinya, polis-polis trafik juga turut memainkan peranan yang
agak penting.

Bertitik tolak daripada itu,pihak swasta juga memainkan peranan


yang vital dalam mencegah kemalangan jalan raya daripada terus
membarah dalam kalangan masyarakat Malaysia.Pihak swasta seperti
20

syarikat bas haruslah memberikan perkhidmatan bas yang terbaik agar


bilangan kemalangan yang semakin meningkat dapat dikurangkan.Antara
prakarsa yang dapat dilaksanakan oleh syarikat bas tersebut ialah dengan
mengambil pemandu bas yang cermat dan berhemah untuk
bekerja.Dengan itu,keselamatan bas serta penumpangnya akan terjamin
apabila pemandu bas mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan
seperti had laju.Di samping itu,syarikat bas juga perlulah menetapkan
bahawa pemandu bas mestilah menyelenggara bas mereka secara
berkala.Mereka perlu memastikan agar bas tersebut bebas daripada
kerosakan teknikal sebelum memulakan sesuatu perjalanan.Dalam
konteks ini,masalah-masalah seperti kerosakan enjin , tayar pancit dan
brek yang tidak berfungsi dapat diatasi serta-merta kerana kemalangan
dapat disinonimkan dengan peribahasa malang tidak berbau.Bukan itu
sahaja,pemandu gantian juga harus ditempatkan semasa pemanduan
sebagai inisiatif untuk mengelakkan kealpaan pemandu lain apabila
berasa penat dan letih.Hal ini demikian kerana,mengikut kajian
kes,kebanyakan kemalangan yang terjadi berpunca daripada kecuaian
pemandu itu sendiri.Tegasnya,dengan menempatkan pemandu
sementara ,kemalangan jalan raya dapat diatasi dengan lebih
efektif.Selain syarikat bas, syarikat petroleum negara iaitu Petronas
dapat dijadikan contoh terbaik kerana berani untuk mengambil langkah
untuk mencegah kemalangan jalan raya kerana hendak seribu daya,tak
hendak seribu dalih. Syarikat berkaliber itu mengadakan program Street
Smart yang bertujuan memupuk kesedaran rakyat Malaysia agar lebih
berhati-hati di jalan raya selain sentiasa mematuhi praturan jalan raya.
Program ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada
segenap lapisan masyarakat terutamanya pelajar sekolah.Maka jelaslah
bahawa syarikat swasta penting dalam usaha mencegah kemalangan jalan
raya.

Bukan itu sahaja, media massa juga memikul obligasi yang berat
dalam mencegah kemalangan jalan raya daripada terus berlaku.Pihak
media massa sama ada media cetak seperti Berita Harian atau media
elektronik seperti Media Prima haruslah menguar-uarkan mengenai isu-isu
kemalangan jalan raya agar isu yang diiklankan di kaca televisyen dan di
dada akhbar itu menjadi pengajaran kepada orang ramai mengenai
bahayanya pemanduan yang tidak berhemah.Di samping itu, media massa
juga boleh melaksanakan program pendidikan keselamatan jalan raya di
Malaysia secara formal yakni kurikulum di sekolah dan institusi memandu
dan secara tidak formal yakni melalui kempen-kempen bagi melahirkan
pengguna jalan raya bertaraf lima bintang.Bukan itu sahaja,pihak media
21

massa juga mestilah mengadakan kempen keselamatan jalan raya


terutamanya sempena musim-musim perayaan.Hal ini demikian kerana
kejadian kemalangan jalan paling kerap berlaku semasa musim-musim
seperti ini.Dengan bertemakan konsep ‘’Kemalangan Sifar” dan ‘’Pandu
Cermat Jiwa Selamat’’ ,kempen ini sedikit sebanyak menyemai benih
kesedaran dan sikap berhati-hati di jalan raya dalam sanubari para
pemandu.Seiring dengan itu,kempen yang memberi sedikit pengetahuan
kepada pengguna jalan raya harus diperhebatkan dan perlu dilaksanakan
dengan lebih agresif dan berterusan agar kemalangan jalan raya dapat
dibanteras hingga ke akar umbi. Selain itu, slogan “Jangan biarkan
keluarga anda menunggu dalam tangisan” dapat dihayati oleh masyarakat
melalui kempen yang dianjurkan oleh media massa.Oleh hal yang
demikian ,telah terbuktilah bahawa media massa memberi impak yang
besar dalam usaha untuk mengecilkan bilangan kemalangan jalan raya
yang saban hari kian meningkat.

Kemalangan jalan raya juga boleh turut dielakkan sekiranya


masyarakat turut sama memainkan peranan.Sekiranya berlaku sebarang
kerosakan jalan raya di sesebuah kawasan taman perumahan, haruslah
terdapat seseorang di dalam komuniti tersebut yang peka terhadap
kesulitan tersebut dan berusaha melaporkannya kepada pihak yang
berwajib.Sesungguhnya bulat air kerana pembetung,bulat kata kerana
muafakat,bersatu teguh,bercerai roboh,maka masyarakat seharusnya
bersatu hati bagai aur dengan tebing untuk memastikan tidak berlakunya
kemalangan jalan raya.Oleh hal yang demikian,masyarakat haruslah
bekerjasama dengan pihak polis sekiranya mereka mendengar, melihat
mahupun terlibat dengan kemalangan di jalan raya serta jenayah-jenayah
di jalan raya yang boleh mencetuskan kemalangan seperti aktiviti lumba
haram atau pemanduan tidak berhemah. Masyarakat juga boleh menyertai
kempen-kempen keselamatan jalan raya yang dianjurkan oleh pihak
kerajaan,sekali gus menjayakannya.Dengan mengamalkan serta
menghayati kempen tersebut , kemalangan jalan raya dapat dielakkan.
Berpeganglah dengan kata-kata mantan Perdana Menteri ke-4,Tun Dr.
Mahathir Muhammad, “Bersatu padulah kita membuat kebaikan dan
kemajuan,dan janganlah kita bersatu padu membuat kerosakan dan
kemusnahan’’, justeru setiap ahli dalam masyarakat haruslah saling
mengingatkan antara satu sama lain dan haruslah kita bersatu padu
menangani isu kemalangan jalan di samping berusaha untuk tidak
menglibatkan diri dalam kemalangan jalan raya.
22

Intihanya,kemalangan jalan raya merupakan polemik semasa yang


tiada kesudahan. Jika kita berhasrat untuk menangani kemalangan jalan
raya yang semakin hari semakin serius ini,langkah-langah yang proaktif
dan konkrit haruslah dilaksanakan kerana mencegah itu lebih baik
daripada mengubati. Kemalangan jalan raya mampu dielakkan sekiranya
semua pihak tidak kira individu, masyarakat , pihak kerajaan serta serta
pihak bukan kerajaan bersatu hati menggembleng tenaga dan usaha yang
berkesan menangani isu kemalangan jalan raya . Kadar kemalangan yang
sedikit mampu menaikkan martabat dan imej negara di pentas dunia agar
negara kita dihormati dan dipandang tinggi serta dilabel sebagai negara
yang mengamalkan undang-undang jalan raya yang berkesan . Oleh hal
yang demikian , cegah sebelum parah,ingatlah orang yang
tersayang,maka pandulah dengan berhati-hati di jalan raya.

PERANAN AHLI KELUARGA MEMBANTU REMAJA MENGHADAPI


CABARAN

Kejayaan seseorang pelajar dalam bidang akademik bukanlah sesuatu yang dijadikan
sebagai angan-angan. Pernyataan ini dibuktikan apabila terdapat ramai pelajar sekolah
rendah, sekolah menengah mahupun mahasiswa telah meraih pencapaian yang
cemerlang dalam pendidikan mereka. Di sebalik kejayaan tersebut mempunyai usaha
yang tidak diketahui orang serta pelbagai cabaran dan dugaan yang telah diharungi
untuk memperoleh prestasi pada masa kini. Dua orang insan pula yang telah
memberikan semangat dan pimpinan sejak hari pertama kita menjejakkan kaki ke dunia
ini juga amat berjasa terhadap kehidupan kita yang menjaga kita bagai menatang
minyak yang penuh. Mereka bersusah payah mencari rezeki setiap hari supaya
mampu menampung kehidupan anak-anak. Pendidikan oleh kedua-dua ibu bapa dapat
membantu anak-anak yang diibaratkan sebagai kain putih dan ibu bapalah yang
mencorakkannya, sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa
hadapannya. Ibu bapa menggalas tanggungjawab yang besar dengan memberi tunjuk
ajar dalam pelajaran dan berdoa untuk anak-anak supaya mencipta kejayaan anak-
anak. Mereka menjadi tonggak kepada anak-anak melalui sokongan moral dan
menyediakan keperluan asas anak mereka. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa
untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran?

Umum mengetahui bahawa peranan perdana yang dimainkan oleh kedua-dua ibu
bapa adalah mengutamakan iklim rumah tangga yang dibina dalam situasi yang aman
dan damai. Ibu bapa hendaklah menyediakan tempat belajar yang kondusif untuk anak-
anak dengan semua buku rujukan supaya anak-anak dapat memfokuskan diri dalam
pelajaran dengan sepenuhnya. Anak kunci keamanan dan kebahagiaan rumah tangga
23

ialah sikap saling memahami, berkasih sayang dan tambatan cinta yang luhur dan
abadi. Ibu bapa berperanan mengekalkan keharmonian dan keceriaan rumah tangga
supaya menjamin anak-anak dapat membesar dengan gembira, selamat dan sihat. Ibu
bapa hendaklah membebaskan anak-anak daripada sebarang masalah dengan
memberi dorongan, tunjuk ajar, nasihat dan didikan agama sejak pada awal usia anak-
anak lagi. Hal ini demikian kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa
harus mengelakkan daripada bergaduh atau bertengkar di hadapan anak-anak kerana
akan memberikan tekanan dan menakutkan mereka. Sekiranya perkara ini berlarutan,
maka anak-anak tidak akan mampu memberi perhatian terhadap pelajaran dan
menyebabkan masalah psikologi. Perpecahan keluarga juga menganggu kesejahteraan
rumah tangga. Dalam pada itu, ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam
menjamin kedamaian dan keharmonian antara ahli keluarga agar mentaati konsep
'rumahku syurgaku' untuk kepentingan semua anggota terutamanya anak-anak. Oleh
hal yang demikian, ibu bapa memikul tanggungjawab yang besar dengan sentiasa
bertolak ansur antara satu sama lain untuk menjamin keamanan iklim rumah tangga.

Sesungguhnya, kita sedia maklum bahawa ibu bapa wajar mengambil inisiatif dalam
mengawasi perkembangan dan pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya. Rakan
sebaya anak-anak berperanan besar dalam mempengaruhi mereka dalam kehidupan
harian. Anak-anak selalunya akan memilih rakan yang mempunyai sifat, kelakuan dan
identiti yang hampir sama untuk bergaul. Oleh hal yang demikian, ibu bapa juga patut
mengawal pergaulan dan tingkah laku mereka dengan segera dan menjejaki tempat
mereka pergi. Rakan sebaya mampu mempengaruhi pemikiran anak-anak yang masih
tidak dapat membezakan yang mana intan, yang mana kaca dan menyebabkan
mereka terjerumus ke dalam kancah sosial. Janganlah menjadikannya seperti nasi
sudah menjadi bubur dan bertindak pada masa yang sesuai, bak kata pepatah ingat
sebelum kena, jimat sebelum habis agar tidak menyesal pada kemudian hari. Anak-
anak hendaklah diawasi sepanjang masa. Sekiranya ibu bapa mendapati mereka
mengalami perubahan sifat atau tingkah laku, maka tindakan yang tegas hendaklah
diambil untuk memperbaiki akhlak mereka. Ibu bapa haruslah meluangkan masa untuk
menemani dan berbual-bual bersama anak-anak mengenai masalah yang dihadapi dan
menasihati mereka menjauhi rakan-rakan yang bermasalah disiplin sehingga mampu
menjejaskan masa depan anak-anak yang cerah. Justeru, ibu bapa seyogianya
mengambil tahu perkembangan dan keadaan anak-anak di sekolah mahupun di rumah
dan memastikan mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran untuk menjamin
masa depan yang cerah.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa patut memastikan anak-anak
mendapat pendidikan agama dan moral yang secukupnya. Ahli fizikteori Albert Einstein
pernah berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah
24

lumpuh. Hal ini memang membuktikan bahawa agama dan ilmu saling berkaitan antara
satu sama lain. Pegangan agama yang kukuh dapat membentuk sahsiah dan akhlak
mulia seseorang individu agar mendorongnya ke jalan yang tepat. Didikan agama
hendaklah didedahkan sejak awal usia anak-anak belasan tahun lagi kerana menjadi
pedoman hidup untuk mengelakkan diri daripada perbuatan maksiat dan amalan yang
membahayakan kesihatan seoerti menghisap rokok, minum arak, membeli dadah dan
merompak. Didikan ini dapat membentuk keperibadian mulia seseorang untuk
menyayangi diri dan alam serta menjamin keharmonian hidup. Ibu bapa boleh
mengambil pendekatan dengan mendaftarkan anak-anak kepada program berkaitan
dengan agama untuk mengisi masa lapang anak-anak di samping memperoleh faedah
daripadanya. Anak-anak juga akan mengikut ajaran agama dengan berdoa supaya
memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa hendaklah menjadi
entiti mithali kepada anak dengan menuruti ajaran agama, hal ini desebabkan ke mana
tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi. Anak-anak akan meniru perbuatan ibu bapa
mereka. Oleh sebab itu, mereka harus menjadi contoh yang baik seterusnya ingin
mendidik anak-anak agar mempunyai pegangan agama yang baik.

Pada hemat saya, sememangnya diakui bahawa ibu bapa haruslah menyediakan
kemudahan yang lengkap untuk anak-anak belajar. Ibu bapa perlulah membeli buku-
buku rujukan dan buku latihan yang secukupnya kepada anak-anak supaya dapat
membuat ulang kaji secara sempurna dan menyeluruh. Tempat belajar juga hendaklah
bersih dan senyap, jauh dari sebarang bunyi yang boleh menjadi gangguan semasa
anak-anak sedang belajar. Latihan dan bahan rujukan yang lengkap dapat membantu
anak-anak memahami subjek-subjek yang diajar di sekolah dengan lebih jelas dan teliti.
Ibu bapa juga haruslah meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar kepada anak-anak
sekiranya menghadapi masalah dalam bidang akademik. Lantaran itu, ibu bapa yang
berkemampuan boleh menghantar anak-anak ke kelas tuisyen atau kelas tambahan di
sekolah. Hal ini demikian kerana guru-guru tuisyen yang berpengalaman serta kelas-
kelas dengan bilangan pelajar yang kecil dapat menjamin pemahaman dan penguasaan
pelajar berkaitan sesuatu topik. Pelajar-pelajar juga berpeluang menanyakan soalan-
soalan dan memperoleh penjelasan secara terperinci. Mereka juga diberi latihan yang
banyak untuk menyesuaikan diri dengan teknik menjawab dan markah yang
diperuntukkan supaya mampu menjawab kertas peperiksaan dengan baik. Rentetan itu,
ibu bapa boleh membawa anak-anak ke perpustakaan, kedai buku, pameran buku dan
ceramah teknik menjawab soalan kertas peperiksaan SPM agar memastikan pelajar
memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan yang dihadapi.
Lantaran berpaksikan kebenaran yang disampaikan, jelaslah bahawa ibu bapa memang
berperanan penting dalam menyediakan pelbagai kemudahan agar membentuk anak-
anak yang berkeyakinan untuk meraih kejayaan dalam pelajaran.
25

Suatu hakikat yang wajar diterima ialah ibu bapa hendaklah selalu berhubung dan
berbincang dengan pihak sekolah serta bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru
tentang anak-anak. Ibu bapa hendaklah menggunakan peluang Hari Terbuka untuk
mengetahui perkembangan anak-anak dan tingkah laku mereka di sekolah bersama-
sama guru tungkatan anak-anak. Dengan ini, ibu bapa boleh mengambil tindakan untuk
memperbaiki kelemahan subjek anak-anak dan tingkah laku. Hari itu menjadi satu
pentas supaya ibu bapa meluangkan masa untuk lebih memahami anak-anak dan
keputusan akademik mereka. Selain itu, ibu bapa harus menjadi pendengar yang baik
dengan memahami masalah. Ibu bapa juga boleh berbincang cara untuk meningkatkan
prestasi anak-anak bersama guru di sekolah. Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak
untuk meluahkan sebarang masalah yang dihadapi terhadap guru yang mengajar
kerana malas bertanya sesat jalan. Masalah dan kesedihan anak-anak mestilah
dikongsi bersama-sama agar perasaan tersebut tidak akan terpendam yang akan
menjadi satu tekanan dalam diri anak-anak. Ibu bapa juga harus memastikan anak-
anak yang bermasalah disiplin diberi amaran dan hukuman yang sesuai agar
mendisiplinkan mereka tekun menuntut pelajaran. Dengan bertunjangkan kesahihan
fakta, hakikatnya dapatlah kita simpulkan bahawa melalui perbincangan dengan pihak
sekolah dapatlah membantu anak mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Sebagai menggulung segala yang dibicarakan, sudah terang lagi bersuluh bahawa
ibu bapa perlulah memberikan perhatian yang setimpal dan berprihatin terhadap
pelajaran anak-anak. Anak-anak melalui kebanyakan masa di rumah dan ibu bapalah
yang menjadi dominan dalam rumah tangga. Ibu bapa wajar mengikuti perkembangan
akademik anak-anak di sekolah dan bertanggungjawab menghulurkan bantuan pada
bila-bila masa sahaja. Ibu bapa tidak harus mementingkan kerja mereka sehingga
mengabaikan pelajaran anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak memerlukan
perhatian dan kasih sayang serta sokongan moral agar terus mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran. Mereka patut menerapkan konsep kepentingan menuntut
ilmu yang menjanjikan pekerjaan yang lebih baik dan menyediakan mereka kepada
realiti dunia ini. Ibu bapa boleh membantu merancang aktiviti anak-anak dan memberi
pendapat dan nasihat untuk mementingkan bidang akademik serta tidak membuang
masa melakukan perkara yang tidak berfaedah sehingga menganggu prestasi anak-
anak. Bertitik tolak daripada itu, ibu bapa tidak patut memberi tekanan yang berlebihan
terhadap prestasi mereka dan membebankan jadual aktiviti harian dengan kelas tuisyen
yang banyak. Hal ini disebabkan anak-anak juga memerlukan rehat dan tidur yang
mencukupi untuk memulakan kerja pada kemudian hari. Mereka juga perlu ruang
tersendiri untuk melakukan perkara yang disukai untuk melepaskan tekanan pelajaran.
Maka, untuk menjamin masa depan anak-anak belasan tahun agar dapat meraih
kejayaan dalam pelajaran, ternyatalah bahawa ibu bapa merupakan agen pertama
dalam membantu anak-anak ke arah kejayaan.
26

IMPIAN UNTUK MENJADI INDIVIDU KEBANGGAAN KELUARGA

Terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

Lirik lagu Kumpulan Nasyid Aeman di atas memang meninggalkan kesan yang
mendalam dalam hati saya. Jasa insan bergelar ibu dan bapa yang banyak berbakti
kepada saya dan tidak mampu saya membalas jasa yang dicurahkan oleh mereka
selama ini kerana jasa mereka tidak bertepi. Ibu saya sanggup menggendong saya
selama Sembilan bulan di dalam rahimnya dan sanggup menggadaikan nyawa semasa
melahirkan saya. Sementara itu, ayah saya sentiasa mengeluarkan keringat setiap hari
hanya untuk menyara hidup anaknya ini. Sebagai seorang anak, saya perlu
membanggakan kedua-dua ibu bapa saya kerana dengan cara itu saya dapat
mengembirakan mereka. Persoalannya, bagaimanakah cara saya dapat
membanggakan mereka?

Amat beruntung sekiranya seorang anak dapat membanggakan ibu bapa


mereka. Sebagai seorang anak saya akan dengan belajar bersungguh-sungguh
sehingga mendapat kejayaan yang cemerlang. Ibu bapa saya pasti akan bangga
apabila saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dalaman
sekolah atau peperiksaan awam. Untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan , saya
akan menumpukan sepenuh perhatian saya semasa guru sedang mengajar. Sekiranya
saya tidak memahami sesuatu tajuk dalam pelajaran tertentu, saya tidak akan malu
bertanya kepada guru saya kerana pepatah menyatakan bahawa malas berkayuh
perahu hanyut, segan bertanya sesat jalan. Selain itu , saya akan mengulangkaji
pelajaran secara berkumpulan bersama-sama rakan sekelas ketika ada masa yang
terluang. Saya juga akan menyediakan jadual belajar secara sistematik dan efisyen.
Semua kerja rumah yang diberikan oleh guru akan saya siapkan mengikut ketetapan
masa yang diberi oleh guru. Saya juga akan sentiasa membuat persediaan lebih awal
dengan mengulangkaji pelajaran sebelum menghadapi peperiksaan yang sebenar
27

kerana pepatah menyatakan sediakan payung sebelum hujan. Kejayaan yang akan
saya peroleh daripada hasil usaha saya yang bersungguh-sungguh ini tentu akan
membangga dan menaikkan nama baik ibu bapa saya. Reputasi ibu bapa saya sebagai
contoh dalam kalangan masyarakat akan terserlah dan nama baik mereka juga akan
terbina. Jelasnya, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh
keputusan yang cemerlang untuk menjaga nama baik ibu bapa saya.

Di samping itu , bagi membanggakan kedua-dua ibu bapa, saya akan menjaga
akhlak dan tingkah laku saya sendiri agar tidak mencemarkan maruah ibu bapa saya.
Setiap ibu bapa pasti berasa bangga seandainya anak-anak yang lahir mengamalkan
nilai-nilai murni dan berbudi bahasa dalam kehidupan. Kecemerlangan yang dicapai
oleh anak-anak dalam bidang akademik bukan jaminan untuk ibu bapa gembira
sekiranya anak-anak yang cemerlang ini tidak memiliki akhlak yang terpuji dan berbudi
bahasa. Sebagai seorang anak, saya akan sentiasa menghormati ibu bapa dan
bercakap dengan lemah lembut terhadap mereka. Saya juga akan sentiasa mendengar
nasihat mereka dan tidak sekali-kali menjadi anak derhaka seperti cerita si
Tanggang. Akhlak akan seiring dengan kejayaan yang saya miliki. Sebagai seorang
murid sekolah pula, saya akan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh
pihak sekolah. Saya akan mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah disiplin
seperti ponteng kelas,tidak menghormati guru dan tidak menyiapkan kerja sekolah.
Saya sedar sekiranya saya melanggar peraturan sekolah dan terlibat dengan salah laku
di sekolah, ibu bapa saya akan di panggil dan mereka akan berasa malu akibat
perbuatan saya ini. Oleh itu, saya akan sentiasa menghormati guru-guru di sekolah dan
menghormati orang yang lebih tua daripada saya apabila berjumpa dengan mereka di
mana-mana sahaja. Hal ini demikian kerana masyarakat pasti bertanya “Anak
siapakah yang berbudi bahasa itu?” Secara tidak langsung, ibu bapa saya akan
dipandang tinggi oleh masyarakat kerana mendidik anaknya dengan baik. Hadis
Riwayat Al-Tarmizi menyatakan bahawa ibu bapa yang baik terdiri daripada ibu
bapa yang melahirkan anak-anak yang berakhlak mulia.

Selain itu, untuk menjaga nama baik dan membanggakan ibu bapa, saya
akan bergaul dan berkawan dengan rakan-rakan yang baik dan dapat membimbing
saya menjadi seorang insan yang berguna kepada masyarakat apabila dewasa kelak.
Hal ini demikian kerana, saya akan memastikan diri saya tidak terlibat dengan rakan-
rakan yang bermasalah yang boleh mempengaruhi saya terjebak dalam kancah gejala
sosial seperti merempit, melepak , ponteng sekolah , melakukan vandalime dan
melibatkan diri dalam penagihan najis dadah. Saya akan sentiasa berpegang pada
pepatah yang menyatakan bahawa “jika kita berkawan dengan seorang tukang besi,
baju kita akan tercarik kerana terkena percikan api, tetapi jika kita berkawan
dengan seorang penjual minyak wangi, tubuh badan kita akan turut berbau
28

harum”. Saya juga akan membezakan anatara rakan yang baik dengan rakan yang
tidak baik. Saya akan berkawan dengan rakan-rakan yang mengutamakan pelajaran
agar saya dapat bertukar-tukar pandangan dan ilmu dengan mereka. Sekiranya saya
memilih dan bergaul bergaul dan berkawan dengan rakan-rakan yang baik dan dapat
membimbing saya sudah pasti kehadiran mereka akan menimbulkan persaingan yang
sihat dalam diri saya, agar mempunyai semangat dan motivasi untuk belajar
bersungguh-sungguh. Ibu bapa saya pasti bersyukur dan bangga sekiranya sebagai
seorang anak saya tidak melakukan sesuatu yang boleh menconteng arang ke muka
mereka. Jelasnya , saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang berakhlak baik agar
saya tidak tersilap langkah demi menjaga nama baik ibu bapa saya.

Tambahan lagi , saya akan menjaga nama baik ibu bapa dan membanggakan
mereka dengan manjalinkan hubungan yang baik dengan ahli keluarga , jiran tetangga
dan masyarakat setempat. Sebagai seorang anak yang baik, saya sentiasa menjalinkan
hubungan dengan ahli keluarga dan saudara mara yang jauh dan dekat sama ada di
sebelah ibu mahupun di sebelah bapa walaupun mereka telah meninggal dunia. Saya
akan meneruskan jalinan kasih sayang dengan ibu bapa saudara dan sepupu-sepupu
saya termasuklah mereka yang mempunyai hubungan bau-bau bacang dengan saya.
Hubungan yang terjalin ini dapat mengeratkan ikatan kekeluaargaan dan tali
persaudaraan yang mungkin hampir terputus kerana tinggal berjauhan serta tidak
mengenali antara satu sama lain. Sebagai contohnya, saya akan membawa ibu bapa
saya menziarahi sanak saudara dan kaum kerabat saya pada musim perayaan atau
majlis kenduri-kendara. Saya yakin hubungan saya ini dapat menjaga nama baik ibu
bapa saya kerana menjalinkan hubungan baik dalam kalangan keluarga. Selain itu,
saya juga akan menjaga hubungan baik dengan jiran tetangga seperti selalu bertegur
sapa dengan mereka, menziarahi mereka sekiranya mereka sakit , membantu mereka
apabila mereka memerlukan bantuan dan mengunjungi rumah mereka pada hari
perayaan. Sebagai seorang anggota masyarakat, saya akan menyertai setiap program
kemasyarakatan yang dianjurkan oleh masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.
Sekiranya saya melakukan aktiviti mulia di atas, sudah psati ibu bapa saya akan
bangga apabila saya melibatkan diri dalam program kemasyarakatan kerana mereka
tidak perlu berasa bimbang sekiranya saya akan bergaul dengan rakan-rakan yang
tidak baik. Penglibatan saya dalam program kemasyarakatan juga membuktikan saya
menjadi lebih matang dan berminda terbuka dan tidaklah seperti katak di bawah
tempurung. Tegasnya, nama baik ibu bapa dapat dijaga dan dapat dipelihara
sekiranya saya menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat setempat. Bak
kata pepatah, “hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa.”

Akhir sekali, saya akan sentiasa berpegang teguh pada ajaran agama demi
menjaga nama baik ibu bapa saya. Sebagai anak yang baik, saya akan sentiasa
29

mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan saya agar saya mempunyai benteng
keimanan yang kukuh dan ampuh serta dapat mengelakkan diri daripada terjebak dan
terpengaruh oleh perkara-perkara yang tidak baik. Sekiranya saya berpegang teguh
pada ajaran agama, saya dapat membezakan perkara yang salah dan benar. Hal ini
amat penting untuk menentukan kejayaan saya pada masa hadapan. Saya akan
sentiasa menjaga nama baik ibu bapa dan tidak menghampakan harapan mereka
terhadap saya , kerana saya sedar, “siapalah saya tanpa ibu bapa”. Saya akan
mempraktikkan didikan agama yang saya terima agar saya mempunyai matlamat hidup
yang jelas. Saya sedar akan kepentingan masa hadapan saya. Untuk meningkatkan
nilai kerohanian dalam diri , saya akan menghadiri kelas-kelas agam a atau kelas
fardhu ain serta majlis-majlis ilmu agar dapat membentuk jiwa saya kearah melakukan
perkara-perkara baik. Hal ini penting untuk melawan serangan pemikiran yang boleh
menjerumuskan saya untuk melakukan perkara yang tidak baik. Tegasnya, didikan
agama yang saya terima hasil asuhan ibu bapa akan saya praktikkan dalam kehidupan
saya supaya saya dapat membentuk keperibadian yang baik dalam diri saya sekali gus
dapat menjaga nama baik dan membanggakan ibu bapa saya.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa menjaga nama


baik ibu bapa atau menggembirakan mereka menjadi satu tanggungjawab anak-anak
yang hidup di dunia. Oleh itu, saya ingin menyeru agar semua remaja dan anak-anak
sentiasa menjaga nama baik masing-masing dan jangan sesekali melukakan perasaan
ibu bapa mereka atau melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan imej mereka. Kita
perlu ingat bahawa harta benda boleh dicari tetapi ibu bapa tiada galang
gantinya. Tegasnya, berbuat baiklah kepada ibu bapa dan kita perlu membanggakan
mereka selagi hayat mereka masih ada dan sebelum terlambat kerana sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

FAEDAH KEGIATAN KOKURIKULUM

Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik
darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian
seragam dan kelab atau persatuan. Setiap pelajar diwajibkan supaya menyertai
sekurang-kurangnya satu daripada setiap aktiviti tersebut. Kegiatan kokurikulum ini
bukan sahaja dapat memberikan keseronokan malahan dapat mendatangkan pelbagai
kebaikan kepada pelajar yang menyertainya. Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu
aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar agak mengecewakan. Mereka menyertai
aktiviti kokurikulum dengan sambalewa bagaikan melepaskan batuk di tangga. Hal ini
amat membimbangkan kerana usaha untuk melahirkan modal insan yang holistik dan
seimbang tidak dapat dicapai melalui bidang kurikulum sahaja tanpa penglibatan aktif
30

dalam aktiviti kokurikulum. Pelbagai nilai murni dapat dipupuk dalam diri pelajar seperti
saya melalui aktiviti kokurikulum. Falsafah Pendidikan Negara menegaskan sebanyak
16 nilai murni masyarakat Malaysia terdapat dalam sistem pendidikan kita. Sebenarnya,
apakah faedah-faedah yang saya peroleh daripada aktiviti kokurikulum yang telah saya
sertai?
Salah satu faedah aktiviti kokurikulum ialah nilai kepemimpinan dapat ditanam
dalam diri saya walaupun saya belum cukup keras ubun-ubunnya. Hal ini penting suaya
negara kita tidak ketandusan pemimpin yang berkualiti pada masa hadapan kerana
generasi muda pada hari ini merupakan bakal pemimpin negara. Melalui kegiatan
kokurikulum, pelajar telah dilantik atau dipilih sebagai pucuk pimpinan dalam organisasi
mereka sama ada sebagai pengerusi, setiausaha atau bendahari. Dalam konteks ini,
pelajar telah diasuh dan diasah sebagai insan yang bertanggungjawab, berkeyakinan,
amanah, dedikasi dan berupaya berinteraksi dengan anak buahnya. Unsur-unsur
tersebut dan pengalaman dalam memimpin ini dapat menjadikan mereka sebagai
pemimpin yang berwibawa dan dihormati kelak. Di sekolah, saya telah dilantik sebagai
pengerusi bagi Persatuan Bahasa Melayu. Sepanjang saya menjadi pengerusi bagi
persatuan ini, saya dapat mempeelajari cara untuk menjadi seorang pemimpin. Saya
berpeluang untuk merancang pelbagai aktiviti yang menarik bersama dengan pasukan
saya dan guru-guru penasihat saya untuk menjayakan persatuan ini. Bukan itu sahaja,
saya turut dapat menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dalam persatuan saya.
Dengan memperoleh pengalaman-pengalaman ini, saya akan menjadi lebih bijak dalam
menguruskan sesuatu pekerjaan tanpa bantuan guru-guru mereka. Tegasnya, nilai
kepemimpinan dapat dipupuk dalam diri saya melalui aktiviti kokurikulum yang saya
ceburi.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat mengukuhkan nilai perpaduan antara
kaum dalam jiwa saya. Perpaduan amat penting dalam mewujudkan negara yang aman
dan makmur terutamanya dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia. Setiap
persatuan dan kelab mempunyai banyak ahlinya. Ahli-ahli tersebut terdiri daripada
pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Nilai perpaduan dapat dipupuk
apabila saya bersatu dengan rakan yang berbangsa lain dalam sesuatu kegiatan.
Sebagai contohnya, saya dan rakan saya yang berbangsa Cina dan India mewakili
pasukan kami untuk bertanding dalam acara sukan yang diadakan setiap tahun seperti
dalam pasukan bola jaring. Dalam perlawanan bola jaring, kami akan bersatu dan
bekerjasama ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mencapai
kejayaan pasukan.Secara tidak langsung, hubungan saya dengan rakan seperjuangan
yang berlainan kaum akan bertambah erat dan kukuh ibarat isi dengan kuku serta
bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan kerana bersatu teguh bercerai
roboh. Kami akan saling menghormati walaupun warna kulit, agama dan bangsa kami
berlainan. Dengan ini, sebarang perselisihan faham dapat dielakkan dan kehidupan
yang harmoni dan humanis dapat dilahirkan. Saya juga dapat berkomunikasi dengan
31

baik bersama mereka walaupun berlainan agama atau kaum. Ringkasnya, penglibatan
saya dalam kegiatan kokurikulum mampu mewujudkan perpaduan serta mengikis
sentimen perkauman dalam diri saya.
Menyingkap dari perspektif yang lain, aktiviti kokurikulum juga dapat memupuk
nilai berdikari dalam diri saya. Berdikari membawa maksud keupayaan bertindak
sendiri, berkeyakinan dan cekal dalam menghadapi pelbagai dugaan. Memang tidak
dapat dinafikan bahawa segolongan pelajar pada hari ini tidak mempunyai sikap
berdikari atau kendiri kerana kehidupannya dilingkari dengan kemewahan dan sering
dimanjakan oleh ibu bapa mereka. Segala urusan kehidupan mereka seperti mencuci
pakaian, pinggan mangkuk dan mengemas bilik sendiri pun dilakukan oleh pembantu
rumah mereka. Dalam aktiviti kokurikulum, nilai berdikari boleh ditanam melalui
penyertaan dalam pasukan beruniform. Saya telah menyertai pasukan beruniform
Pandu Puteri di sekolah saya. Lazimnya, pasukan beruniform ini akan menganjurkan
pelbagai kegiatan tahan lasak atau kegiatan di luar sekolah, seperti aktiviti berkelah,
berkhemah, berkembara atau ekspedisi. Dalam kegiatan yang sedemikian, setiap
peserta perlu menguruskan rutin hidupnya tanpa bantuan ahli keluarga. Sebagai
contoh, saya perlu memasak, mencuci pakaian dan mendirikan khemah sendiri.
Lantaran daripada itu, saya eperti burung dalam sangkar yang hanya disuap nasi tanpa
diberi kebebasan untuk hidup berdikari. Izharlah bahawa Lebih-lebih lagi, anggota
pasukan beruniform lebih berdikari berbanding dengan pelajar lain. Izharlah bahawa
nilai berdikari dapat dipupuk melalui penglibatan secara aktif dalam aktiviti kokurikulum
yang saya sertai.
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum saya juga
dapat membentuk disiplin diri saya. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan.
Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Disiplin juga dapat membentuk sikap
tanggungjawab seseorang pelajar.Sikap melepaskan batok di tangga dapat dihapuskan
apabila seseorang pelajar diberi kepercayaan dan amanah untuk menyandang sesuatu
jawatan yang penting dalam unit beruniform, kelab dan permainan.Peraturan yang
ditetapkan dalam unit beruniform bertujuan untuk membentuk disiplin diri dan melatih
mereka supaya berperibadi tinggi dan luhur. Sebagai contohnya, saya akan dilatih
menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada peraturan
perkhemahan, bersukan dan sebagainya. Contoh yang lain, apabila hendak menjalani
latihan sukan atau bahas, saya mesti menepati masa. Jika terlewat, saya akan rugi
kerana masa itu emas. Saya juga tidak akan terlibat dalam masalah kebejatan sosial
seperti melepak, menagih dadah dan vandalisme kerana memounyai disiplin diri yang
tinggi. Pendek kata, pembentukan disiplin diri yang tinggi dapat saya capai melalui
penyertaan aktiviti kokurikulum.
Berdasarkan cambahan minda yang telah dinyatakan di atas, dapatlah
disimpulkan bahawa kegiatan kokurikulum amat berfaedah kepada saya terutamanya
32

dalam aspek pemupukan pelbagai nilai murni. Tanpa penerapan nilai-nilai murni dalam
jiwa generasi muda sudah pasti usaha pembangunan negara akan terbantut kerana
mereka merupakan jentera penggerak kemajuan negara pada masa hadapan bak kata
cogan kata, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, para pelajar
perlulah memanfaatkan masa yang terluang dengan menyertai aktiviti kokurikulum.
Namun begitu, kita seharusnya mengharapkan usaha generasi yang baru berumur
setahun jagung, berdarah setampuk pinang semata-mata. Jadi, semua pihak seperti ibu
bapa, pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia perlulah menggembleng
tenaga untuk memastikan para pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
kokurikulum di sekolah. Dengan ini, usaha untuk melahirkan modal insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang dapat menjadi kenyataan dan bukannya sekadar
omongan kosong. Benarlah kata mutiara sarjana, “Jika ingin melihat masa hadapan
sesebuah negara, lihatlah generasi mudanya pada hari ini.”

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK SIKAP SALING HORMAT-


MENGHORMATI PADA ANAK-ANAK
Dewasa ini, pengamalan nilai hormat-meghormati antara satu sama lain adalah sangat
penting kerana masyarakat di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Pengamalan
nilai hormat-meghormati antara satu sama lain adalah sangat penting kerana
masyarakat di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Hormat-menghormati
bermaksud saling memberi hormat pada orang lain dengan memberi layanan yang
sopan kepada orang lain. Sebagai contoh, memberi layanan yang baik kepada kedua
ibu bapa atau guru. Namun, penerapan nilai murni ini masih rendah jika dibandingkan
dengan negara-negara maju yang lain. Nilai ini merupakan asas kepada semua nilai-
nilai murni dengan memupuk sikap nilai hormat terhadap orang lain terutamanya orang
yang lebih tua daripada kita. Sebagai ibu bapa, sudah menjadi tanggungjawab mereka
untuk memupuk nilai ini dalam diri anak-anak. Hal ini demikian kerana ibu bapa
merupakan orang yang membesarkan anak-anak dan lebih arif terhahap akhlak anak-
anak. Sekiranya ibu bapa sendiri tidak dihormati, bagaimana pula untuk anak-anak
menghormati orang lain? Oleh itu, nilai menghormati sangat penting dan perlu
diterapkan pada anak-anak sejak usia yang muda lagi. Bak kata pepatah, melentur
buluh, biarlah dari rebungnya.
Antara peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah ibu bapa menunjukkan
tauladan yang baik pada anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa merupakan rujukan
pertama anak-anak dalam pembentukan sahsiah diri apabila mereka membesar kelak.
Namun, terdapat dalam kalangan ibu bapa yang tidak menujukkan tauladan baik
terhadap anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa menjadi seorang pendera ketika anak-
anak masih kecil. Hal ini akan menyebabkan anak-anak hilang sifat hormat terutamanya
33

pada ibu bapa dan juga orang lain. Salah satu contoh baik yang boleh dilakukan oleh
ibu bapa untuk memupuk nilai murni ini ialah dengan sentiasa ziarah menziarahi sanak
saudara di kampung. Hal ini demikian kerana anak-anak akan mengetahui akan
kepentingan hormat terhadap masyarakat sekeliling. Oleh itu, ibu bapa merupakan
insan yang paling penting dalam hidup anak-anak dalam membentuk sikap saling
hormat-menghormati. Ibu bapa perlu sedar akan kepentingan memupuk nilai ini di usia
muda supaya nilai ini menjadi asas kepada pegangan hidup anak-anak.
Selain itu, ibu bapa juga boleh memberi galakan kepada anak-anak untuk
menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Semua akitiviti kemasyarakatan ini
bertujuan untuk mendidik anak-anak untuk memahami kesusahan orang lain. Hal ini
secara tidak langsung akan mewujudkan sikap prihatin dan hormat terhadap orang lain.
Sebagai contoh, antara aktiviti kemasyarakatan yang boleh dijalankan ialah gotong-
royong. Hal ini kerana aktiviti seperti ini akan mewujudkan perasaan penerimaan di
antara satu sama lain seterusnya membentuk sikap hormat-menghormati dalam
kalangan masyarakat. Aktiviti ini juga dapat memberikan kesedaran kepada anak-anak
akan pentingnya nilai ini dalam kehidupan khususnya semasa berinteraksi dengan
masyarakat pelbagai kaum. Oleh itu, hubungan yang erat dalam kalangan masyarakat
dapat membentuk nilai saling hormat-menghormati.
Tambahan lagi, ibu bapa perlu memberikan didikan agama yang sempurna
kepada anak-anak untuk memupuk sikap saling hormat-menghormati. Ibu bapa kini
terlalu mengejar kemewahan dan keselesaan hidup sehingga mengabaikan dalam
tanggungjawab mereka untuk menyemai nilai murni ini pada anak mereka. Ibu bapa kini
menganggap bahawa didikan agama tidak lagi penting. Asuhan atau didikan agama
yang sempurna ini perlu dilakukan semenjak dari kecil lagi. Ibu bapa juga seharusnya
menghantar anak mereka untuk mendalami ilmu agama supaya mereka dapat menjadi
insan yang lebih baik. Sebagai contoh, agama Islam amat menitik beratkan umatnya
untuk menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Oleh itu, didikan agama
yang sempurna sangat penting kepada anak-anak bagi memupuk nilai hormat-
menghormati.
Kesimpulannya, nilai hormat-menghormati tidak boleh dipandang remeh. Ibu
bapa merupakan watak yang penting dalam memupuk sahsiah yang baik pada anak-
anak. Peranan yang akan dimainkan oleh ibu bapa ini akan memberi impak yang besar
dalam pembentukan nilai murni anak-anak. Semua pihak juga perlu memainkan
peranan mereka dalam membentuk masyarakat yang saling hormat menghormati.
Dengan cara ini, ibu bapa boleh mendidik atau memupuk nilai ini dengan lebih mudah
dalam diri anak-anak. Tambahan lagi, ibu bapa seharusnya faham bahawa anak-anak
sangat memerlukan perhatian mereka dalam hal seperti ini. Oleh itu, ibu bapa perlu
memupuk nilai hormat-menghormati pada anak agar mereka sedar bahawa nilai ini
sangat penting untuk menjadi insan yang lebih baik.
34

PIDATO-CARA SUKAN MENGUKUHKAN PERPADUAN


Assalamualaikum, yang saya hormat Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan
Pengetua SMK Seri Londang, En. Sarman b. Kamardin, Yang berusaha Penolong
Kanan Pentadbiran SMK Seri Londang, En Zulkifli b. Jaafar, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, SMK Seri Londang, Tn. Hj. Termizi b. Abdul Aziz, Yang berusaha
Penolong Kanan Ko Kurikulum SMK Seri Londang, En. Azlan b. Othman , salam penuh
keadilan saya ucapkan kepada barisan para hakim yang yang sentiasa dengan panji
keadilan, salam penuh penghargaan kepada penjaga masa yang tidak alpa menjaga
masanya, Guru-guru Kanan Bidang, guru-guru SMK Seri Londang dan rakan- rakan
pelajar. Alhamdulillah, pada pagi penuh barakah ini saya diberikan kesempatan oleh
Allah untuk menyampaikan pidato yang bertajuk “ Sukan Mengukuhkan Perpaduan”
Hadiran yang saya hormati,
Bidang sukan bukan sahaja medan melahirkan ahli sukan semata-mata, tetapi
sebenarnya juga berperanan menjadi landasan memupuk perpaduan antara kaum.Hal
ini kerana sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan
dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan
dan masa. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama
dengan penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari
itu, menghargai dan mencipta 'semangat satu negara, satu matlamat'. Sesungguhnya,
usaha pelbagai lapisan masyarakat, pertubuhan sama ada ngo atau bukan ngo, dan
pentadbir negara perlu untuk menyatupadukan rakyat amat diharapakan. Seyogia,
sebarang usaha untuk memantapkan aktiviti sukan sebagai mengujukuhkan peparduan
perlu diberi dokongan dan sokongan oleh setiap lapisan masyarakat. Sekiranya usaha
untuk menjadikan sukan sebagai wadah perpaduan tidak diberi keutamaan sudah pasti
perpaduan masyarakat tidak akan menjadi kenyataan. Oleh sebab itu, setiap
masyarakat sama ada orang Melayu, Cina, India serta kaum etnik perlu sentiasa
berusaha untuk memastikan sukan sentiasa menjadi wadah perpaduan kaum.
Persoalannya, siapakah yang bertanggungjawab untuk memastikan sukan sebagai
wadah perpaduan kaum?
Tuah-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Sebagai memulakan intipati pidato pertama saya pada pagi ini, saya ingin
menyatakan ibu bapa merupakan orang yang paling utama menetukan survival sukan
sebagai wadah penyatuan perpaduan masyarakat negara. Bak kata peribahasa
Melayu, melentur bulur biarlah daripada rebungnya. Bahkan juga, ibu bapa merupakan
suri teladan kepada anak-anak, justeru, ibu bapa perlu memberi contoh terbaik kepada
35

anak-anak untuk melibatkan diri dengan aktiviti sukan. Terdapat pelbagai cara untuk ibu
bapa untuk menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak, bukan saya penglibatan
mereka dengan aktiviti sukan malah melibatkan anak-anak untuk turut serta dengan
aktiviti berkenaan. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menyertai aktiviti sukan tidak kira di
mana-mana sahaja dengan membawa bersama anak-anak mereka. Aktiviti sukan
berkenaan tidak mengira apa sahaja aktiviti sukan, sama ada permainan bola sepak,
permainan sepak takraw, permainan badminton, dan terbaik aktiviti berkenaan
melibatkan pelbagai kaum kerana dengan cara berkenaan dapat mengukuhkan
perpaduan kaum. Sekiranya, ibu bapa dapat melibatkan diri acara sukan yang
melibatkan pelbagai kaum sudah pasti ikatan perpaduan kaum akan lebih erat.
Pelbagai kaum yang terlibat dengan aktiviti sukan akan dapat berbincang. berbual, dan
mengenal hati budi kaum yang lain sehingga mereka dan begitu juga anak-anak yang
terlibat dengan aktiviti sukan akan dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain. Inilah
situasi yang kita mahukan agar perpaduan kaum akan berkekalan setelah berlakunya
perbalahan kaum sentiasa menjadi sejarah hitam negara pada 13 Mei 1969. Tegasnya,
menyatakan ibu bapa merupakan orang yang paling utama menetukan survival sukan
sebagai wadah penyatuan perpaduan masyarakat negara
Hadirin sekalian,
Aktiviti bersukan sebagai agenda pengukuhan kaum bermula di peringkat
sekolah, setiap sekolah pastinya akan mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan
pada setiap tahun. Pada kejohanan ini, semua pelajar akan dibahagikan kepada empat
atau lima kumpulan besar atau dipanggil “rumah sukan” secara rawak di mana setiap
rumah sukan itu bukan sahaja akan terdiri daripada pelajar-pelajar yang berlainan
umur (daripada Darjah 1 hingga Darjah 6) atau (daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan
5) malah terdiri daripada para pelajar yang berlainan kaum. Setiap ahli rumah sukan
diberikan peluang untuk mengambil bahagian dan mewakili rumah sukan masing-
masing dalam mana-mana acaras ukan yang dipertandingkan mengikut kategori umur
(acara bawah 15 tahun atau acara bawah 17 tahun). Tiada acara sukan yang
dipertandingkan mengikut kaum atau agama masing-masing. Begitu juga dengan
rakan-rakan penyokong serta guru-guru penasihat rumah sukan yang akan menyorak
memberi sokongan kepada atlet-atlet rumah sukan masing-masing tanpa
mengira bangsa mereka. Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan di semua sekolah di
Malaysia menjadi penggerak utama perpaduan pelajar berbilang kaum di negara ini..
Dasar tersebut dibuat setelah terbukti bahawa sukan boleh menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum di negara kita. Menurut kata Timbalan Ketua Pengarah
Pelajaran, Datuk Asariah Meor Shaharuddin, dengan menceburi bidang sukan, akan
dapat memupuk semangat setiakawan dan berpasukan terutamanya dalam kalangan
masyarakat majmuk di negara kita di samping mampu melahirkan atlit yang
berkaliber sehingga ke peringkat antarabangsa. Seterusnya, melalui Kejohanan
Peringkat MSSM yang dianjurkan juga mampu memperlihatkan peranan sukan sebagai
36

medium dalam membentuk perpaduan kaum. Kejohanan ini hanya terbuka kepada
pelajar-pelajar sekolah bantuan kerajaan bawah umur 18 tahun. Selainitu, kejohanan ini
selalunya disertai oleh berpuluh-puluh sekolah termasuklah Sekolah Kebangsaan,
Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina serta Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)Tamil.
Ketika kejohanan ini berlangsung, bukan sahaja kita dapat melihat atlet-atlet
yang berlatar belakangkan daripada pelbagai kaum beraksi untuk sekolah mereka
malah kita dapat melihat kedudukan khemah-khemah setiap sekolah yang disusun
sebelah menyebelah yang disusun secara rawak atau secara cabutan undi tanpa
mengira jenis sekolah. Keadaan ini membuka peluang kepada para atlet sekolah serta
guru pengiring untuk berkenalan dan menambah kenalan dengan atlet-atlet daripada
sekolah-sekolah lain terutamanya atlet daripada Sekolah Jenis Kebangsaan. Tegasnya,
Aktiviti bersukan sebagai agenda pengukuhan kaum bermula di peringkat sekolah.

Hadirin dan rakan-rakan pelajar,


Peranan Persatuan Belia juga amat penting dalam menentukan sukan
berperanan sebagai mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia. Di Malaysia terdapat
pelbagai persatuan belia seperti Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC),
Gerakan Belia 4B, Persatuan Tamil Bell, Persatuan Belia Buddist serta didokong oleh
Majlis Belia Malaysia amat berkiat dengan remaja-remaja negara. Semua persatuan
belia berkenaan amat penting untuk mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia.
Seyogia, persatuan belia ini amat penting untuk mengukuhkan perpaduan kaum bukan
hanya untuk menaungi belia-belia untuk kaum mereka sahaja. Oleh sebab itu,
persatuan belia antara kaum ini perlu memfokuskan perpaduan kaum belia di Malaysia
antaranya dengan menganjurkan bukan sahaja acara sukan sahaja malah lebih jauh
lagi seperti soal kebudayaan, keagaaman yang dapat mengukuhkan perpaduan kaum.
Namun, dalam pidato ini saya ingin menyentuh peranan persatuan belia dalam
mengukuhkan perpaduan kaum, justeru, persatuan belia berkenaan perlu mengadakan
acara sukan yang boleh mengukuhkan perpaduan kaum seperti mengadakan
pertandingan bola sepak, badminton, sepak takraw dan apa saja acara sukan dengan
penglibatan semua kaum di Malaysia. Dengan cara ini perpaduan kaum akan dibentuk
terutama kalangan generasi muda. Oleh sebab itu, peranan Majlis Belia Malaysia dan
Juga Kementerian Belia dan Sukan amat penting untuk mengawal dan menyelaras
perjalanan persatuan belia di Malaysia agar perpaduan akan segar dan tersemat dalam
kalangan remaja Malaysia. Sekiranya persatuan belia cakna akan kepentingan
perpaduan kaum sudah pasti usaha ini akan membantu kerajaan untuk memastikan
setiap masyarakat Malaysia akan tetap tersemai. Sebaliknya, jika persatuan belia
hanya memberi keutamaan kepada aktiviti untuk kaum mereka sahaja sudah pasti
usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum akan tinggal sebagai kenangan sahaja.
Kesimpulannya, peranan Persatuan Belia juga amat penting dalam menentukan sukan
berperanan sebagai mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia kerana usaha untuk
37

mengekalkan perpaduan perlu bermula pada akarnya, iaitu dalam kalangan golongan
belia yang akan menggantikan kepimpinan negara.
Hadirin dan rakan-rakan pelajar,
Bukan itu sahaja, kita juga dapat melihat peranan dan kerjasama badan-badan
sukan sama ada melibatkan badan kerajaan atau badan bukan kerajaan seperti antara
pegawai- pegawai kejohanan sukan seperti Majlis Sukan Negara (MSN) berfungsi
sebagai peneraju sukan prestasi tinggi terunggul ke arah melahirkan lebih ramai atlet
bertaraf antarabangsa, Persatuan Sukan Negeri-Negeri dengan lahirnya SUKMA
( Sukan Malaysia) yang dijalankan dwi tahunan adalah satu acara sukan peringkat
kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis-Majlis Sukan
Negeri, Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti
Malaysia, dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia.SUKMA adalah merupakan kejohanan
'beraneka sukan' (multi-sports competition) dan berkonsepkan 'Mini Sukan Olimpik' di
Malaysia yang melibatkan atlet remaja. SUKMA diadakan secara dwi tahunan dan
berselang-seli mencungkil bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi
menggalakkan penglibatan remaja secara mendalam dalam sukan yang
dipertandingkan Peranan sukan dalam membentuk perpaduan kaum juga boleh dilihat
melalui acara sukan berkumpulan seperti bola sepak, badminton beregu, kapal layar
dan sebagainya. Secara tidak langsung, semasa acara SUKMA, banyak atlet negara
berbakat dilahirkan tidak kira kaum kerana pemilihan atlet berdasarkan kemahiran dan
kebolehan mereka dalam bersukan, justeru aktiviti sukan merupakan tempat lahirnya
atlet yang terdiri daripada berbilang kaum. Berdasarkan situasi berkenaan gabungan
atlet dan pegawai dan jurulatih yang terlibat mampu melahirkan perpaduan kaum.
Setiap berusaha atlet bagaikan seperti aur dengan tebing terutama untuk meningkatkan
kemahiran kendiri mereka, sementara pegawai-pegawai sukan terlibat berusaha untuk
memastikan perjalanan sukan dan latihan. Begitu juga jurulatih sukan, sentiasa
menurunkan ilmu dan kemahiran kepada atlet tanpa mengira kaum. Sekiranya
kerjasama sedemikian berlaku antara aktlet, pegawai, dan jurulatih sukan sudah pasti
perpaduan antara kaum akan tersemai. Kesimpulannya, kerjasama antara pegawai
kejohanan, atlet, dan jurulatih sukan yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam
memastikan kejohanan tersebut berjalan dengan lancar akan memupuk perpaduan
antara kaum.
Hadirin dan rakan-rakan seperjuangan,

Sementara itu, di peringkat antarabangsa atlet yang terpilih untuk mewakili


negara biasanya akan dikumpulkan dan saling berkerjasama semasa menerima latihan
pusat sebagai persiapan mewakili negara dalam pertandingan di peringkat
antarabangsa tanpa membezakan diri mereka orang Melayu, Cina atau India kerana
pada fikiran mereka kejayaan pasukan bola sepak menjadi taruhan utama . Sebagai
38

contoh pasukan bola sepak negara “ Harimau Malaya” yang dikendalikan oleh Tan
Cheng Ho merupakan pasukan bola kebangsaan yang sedang menghadapi
perlawanan Piala Suzuki iaitu Kejohanan Bola Sepak ASEAN. Selain kita dapat melihat
segenap lapisan masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum memberi sokongan kepada
pasukan Harimau Malaya sebagaimana sokongan padu semasa pasukan ini bertemu
dengan pasukan bola sepak Thailand. Kemenangan pasukan Harimau Malaya terhadap
pasukan menjadi kebanggaan penyokong bola sepak Malaysia. Selain itu kerjasama
bagaikan aur dengan tebing pemain-pemain bola sepak negara memang tidak dapat
dipertikaikan dengan kalangan pemainnya terdiri daripada berbilang kaum terutamanya
ketua jurulatihnya pula ialah kaum Cina iatu Tan Cheng Ho dan pemain tengahnya ialah
Kenny Pallraj. Rata-rata pemain pula terdiri daripada pemain pasukan negeri-negeri
seperti ada daripada pasukan negeri Perak, JDT, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka,
Kelantan dan sebagainya. Hal ini juga menunjukkan dengan jelas sukan membentuk
perpaduan masyarakat negara. Kini pasukan Harimau Malaya akan menghadapi acara
final atau penentu negara ASEAN paling hebat dalam acara bole sepak apabila
bertemu dengan Vietnam di gelanggang sendiri pada hari Selasa ini sebelum ke
Vietnam untuk final kedua. Sekiranya, kepelabagaian kaum di Malaysia tidak menyertai
acara sukan sudah pasti situasi pengukuhan kaum semakin sempit dan tidak ada
perpaduan di dalam kalangan masyarakat. Bukan itu sahaja pemimpin negara juga
memberikan sokongan padu kepada perjuangan pasukan bola sepak kebangsaan
berkenaan. Tegasnya, di peringkat antarabangsa atlet yang terpilih untuk mewakili
negara biasanya akan dikumpulkan dan saling berkerjasama semasa menerima latihan
pusat sebagai persiapan mewakili negara dalam pertandingan di peringkat
antarabangsa tanpa membezakan diri mereka orang Melayu, Cina atau India kerana
pada fikiran mereka kejayaan pasukan bola sepak menjadi taruhan utama.

Sebagai makluman pelajar, isi di atas belum berlaku semasa peperiksaan SPM Nov 2018 tetapi
perlu diberi keutamaan semasa menulis karangan jika diberi kesempatan.Maksudnya, pelajar
perlu peka dengan perkara yang berlaku dipersekitaran mereka semasa menulis karangan.
Hadirin sekalian,
Hujahan saya sudah sampai ke penghujungnya, dan izinkan saya menyimpulkan
pidato saya. Berdasarkan hujahan-hujahan yang telah saya sampaikan di atas, jelas
menunjukkan sukan berperanan untuk mengukuhkan perpaduan kaum. Seyogia, saya
menyeru agar perpaduan masyarakat diberi keutamaan bermula daripada peranan ibu
bapa, peranan kepimpinan persatuan-persatuan belia, gabungan pertubuhan-
pertubuhan kerajaan atau bukan kerajaan, organisasi sekolah, dan sudah pasti pihak
kerajaan sebagai pentadbir negara perlu memberikan keutamaan untuk menjadikan
sukan sebagai pemakin perpaduan masyarakat. Setiap kepimpinan masyarakat perlu
39

mengambil iktibar daripada peristiwa hitam 13 Mei 1969 sebagai titik noktah yang tidak
perlu diulang kembali agar perisitiwa berkenaan tidak akan mengganggugat perpaduan
kaum dan keselamatan negara. Sebagai masyarakat Malaysia kita perlu berdoa agar
keselamatan negara dan perpaduan masyarakat berbilang kaum akat tetap terpelihara
dan negara Malaysia akan hidup dalam keadaan amat dan bahagia. Sebelum saya
mengakhiri pidato ini, saya memohon maaf sekiranya ada tutur kata saya yang tidak
sempurna dan saya akhiri pidato ini dengan ucapan Assalamualaikum dan salam
sejahtera. Sukan memang wahana mengukuhkan perpaduan kaum.

CIRI-CIRI SEKOLAH SELAMAT


Sekolah merupakan satu institusi yang nirmala untuk mendidik anak-anak Malaysia
menjadi seorang rakyat yang berpengetahuan luas dan berguna. Pada bulan Februari
2018, berita tentang bangunan kayu Sekolah Kebangsaan Sentosa berlaku kebakaran
dan banyak barangan berharga seperti komputer riba dan fail-fail pentadbiran. Bukan
itu sahaja, blok bangunan kayu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wallace Bay di
Pulau Sebatik terbakar ketika murid sedang menduduki peperiksaan pada 13 Mei 2018.
Insiden ini telah memberi kesedaran kita semua agar mengarusperdanakan isu
keselamatan sekolah sedangkan isu ini akan mengugat keselamatan dan nyawa anak-
anak kita. Oleh itu, pihak kerajaan khasnya Kementerian Pelajaran perlu bergading
bahu dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru ibarat aur dengan tebing untuk merancang,
melancarkan dan mematau aktiviti yang berorentasikan ciri-ciri sekolah selamat. Bak
kata pepatah, “ Tepuk dada tanya selera.” Persoalannya, apakah ciri-ciri sekolah
selamat?

Antara ciri sekolah selamat ialah sekolah perlu memiliki khidmat pengawai keselamatan
yang bertanggungjawab. Dengan memiliki pengawai keselamatan, mereka akan
mengalas amanah untuk memastikan sesiapa yang memasuki alma mater adalah
memiliki tujuan yang baik sahaja. Bukan itu sahaja, mereka juga akan sentiasa
memberi fokus sepenuhnya untuk memastikan setiap warga sekolah tidak dicedera
oleh orang lain. Mereka perlu menampilkan ke hadapan sekiranya berlaku ibu bapa
atau penjaga yang mengamuk dan memukul cikgu atau murid untuk menjaga
keselamatan mereka. Namun begitu, pihak sekolah perlu mendapatkan pengawai
keselamatan yang beramanah dan memiliki sistem keselamatan yang bersepadu agar
situasi seperti harap pagar pagar makan padi dapat dielakkan. Pihak sekolah perlu
memasang alat televisyen litar tutup untuk mengawasi keadaan sekolah dan
memastikan setiap orang yang memasuki sekolah perlu dikesan identitinya. Oleh itu,
sudah terang lagi bersuluh bahawa perkhidmatan pengawai keselamatan perlu
diwujudkan di setiap sekolah untuk menjaga keselamatan murid.
40

Selain itu, alat pemadam api merupakan kemudahan asas yang perlu dimiliki oleh
setiap sekolah. Hal ini demikian kerana kebakaran merupakan salah satu kemalangan
yang sering berlaku di sekolah khasnya di luar bandar. Bak kata, “ Kalau tiada angin,
masakan pokok bergoyang.” Kebanyakan kebakaran yang berlaku di kawasan sekolah
adalah disebabkan bangunan yang usang dan lama tidak diperbaharui, kecuaian ketika
melakukan eksperimen di makmal dan sebagainya. Sebagai langkah preventif, pihak
sekolah perlu menyediakan alat pemadam api di setiap bangunan supaya dapat
memberi bantuan kecemasan pada masa yang paling singkat. Bukan itu sahaja, pihak
sekolah perlu bersikap seperti sediakan payung sebelum hujan dengan memastikan
semua pemadam api boleh berfungsi dan sedia digunakan. Tindakan ini perlu
dilaksanakan dengan betul kerana pemadam api tidak dapat digunakan pada masa
yang diperlukan akan menyebabkan lebih banyak kemalangan yang kita tidak dapat
jangka. Jadi, ciri-ciri sekolah yang selamat ialah sekolah perlu mempunyai pemadam
api di
Tambahan pula, papan tanda amaran perlu didirikan di setiap pelosok sekolah yang
berisiko. Hal ini dapat membantu warga sekolah berhati-hati semasa melalui tempat
tersebut kerana banyak kemalangan seperti pokok tumbang, kemunculan ular dan
lebah, gol tiang tumbang dan sebagainya mempunyai kemungkinan berlaku di sekitar
kawasan persekolahan. Misalnya, berita berasal dari Astro Awani tentang seorang
pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 2 maut ditimpa
tiang gol tumbang pada Julai 2016. Fenomena ini telah meningkatkan kesedaran dan
kebimbangan dalam kalangan masyarakat sehingga ke akar umbi rakyat. Oleh sebab
itu, kita dapat mengelakkan kemalangan berlaku sekiranya kita menyatakan papan
tanda amaran di kawasan yang berbahaya kerana kata pujangga , “mencegah lebih
baik daripada merawat”. Bukan itu sahaja, pihak sekolah khasnya pekerja sekolah perlu
senantiasa melaporkan kepada pihak pentadbir tentang isu keselamatan kawasan
tersebut kalau mendapati kawasan itu berisiko tinggi akan berlaku kemalangan. Pada
masa yang sama, pihak sekolah juga perlu turun padang untuk menyemak, membaiki
dan menukar apa yang sudah usang atau berkarat. Rentetan itu, kemalangan sebegini
tidak akan berlaku lagi di sekolah tersebut sebagaimana peribahasa berbunyi “ Pisang
tidak akan berbuah dua kali.” Jelasnya, papan tanda amaran perlu didirikan di setiap
penjuru sekolah yang berbahaya untuk memberi peringatan kepada warga sekolah.
Kesimpulannya, ciri-ciri sekolah yang selamat perlu diwujudkan oleh setiap sekolah
dengan kolabrasi bersama-sama pihak ibu bapa, sekolah, masyarakat dan kerajaan
ibarat ringan sama dijinjing , berat sama dijunjung agar keselamatan anak-anak kita
dapat terjamin.
41

Anda mungkin juga menyukai