Anda di halaman 1dari 2

NUR AINAA NAJIHAH BT MOHD ZAWAWI

PISMP AMBILAN JUN 2018 PK2

Sejak berkurun-kurun lamanya bahasa Melayu gah di nusantara serta pernah


menjadi lingua franca ketika zaman kegemilangan Melaka apabila adanya pedagang yang
datang ke Melaka. Bahasa melayu diguna pakai menjadi bahasa perantaraan ketika
pedagang datang ke Melaka. Selain itu, bahasa melayu juga menjadi bahasa kebangsaan di
Malaysia dan secara tidak langsung semua kaum menggunakan bahasa melayu menjadi
bahasa perantaraan dalam kehidupan harian. Sehubungan itu, dapat dilihat fungsi bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara sebenarnya merentas sempadan dan
kepentingan etnik. Dapat dirumuskan bahawa fungsi bahasa kebangsaan adalah sebagai
alat pembangunan negara yang bersifat simboilik dan sebagai alat perpaduan kaum.

Antara kepentingan bahasa melayu untuk memupuk perpaduan dalam kalangan


rakyat berbilang kaum yang ada di Malaysia. Sehubungan itu, bahasa melayu merupakan
bahasa perpaduan antara rakyat Malaysia berkomunikasi sesama warga negara dengan
menggunakan satu bahasa. Oleh itu, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
melambangkan jiwa bangsa, yakni bangsa Malaysia. Justeru, bahasa kebangsaan yang
satu dan seragam merupakan asas perpaduan sesebuah negara secara tidak langsung
wujudlah sebuah negara yang harmoni serta bersatu padu.

Seterusnya, apabila masyarakat menggunakan bahasa melayu dengan bangganya


dapat menyemarakkan semangat cinta akan negara atau dalam erti kata lain memupuk
semangat patriotic dalam diri terutama masyarakat muda pada hari ini.
Justeru, dengan slogan "Malaysia Boleh" yang menggunakan bahasa kebangsaan berjaya
membangkitkan semangat rakyat Malaysia untuk lebih mencintai negara seperti yang
ditampilkan dalam bidang sukan umpamanya. Slogan "Malaysia Boleh" yang dilaung-
laungkan dapat menyemarakkan kejayaan atlet dan menyatupadukan rakyat
Disamping itu, kepentingan bahasa melayu sebenarnya mampu membina insan dan
membangunkan masyarakat. Oleh itu, bahasa kebangsaan memainkan peranan penting
untuk membina konsep diri dan untuk pengilmuan diri insan serta pertumbuhan dan
perkembangan tamadun manusia sehubungan itu, bahasa kebangsaan telah menjadi
penayang pandangan sarwa masyarakat dan sebagai alat kreativiti insan dalam pelbagai
bidang kehidupan

Sesungguhnya bahasa melayu merupakan maruah negara dan rakyat Malaysia


secara keseluruhannya. Oleh itu, seseorang rakyat yang berpijak di bumi yang bernama
Malaysia wajarlah memartbatkan dan menjaga nama baik negara Malaysia. Siapa lagi kalau
bukan rakyatnya sendiri yang memartabatkan sendri bahasanya. Justeru, tidak lupa pada
rangkap lagu yang mampu menaikkan semangat patriotisme dalam diri masyakarat
Malaysia pada hari ini yang mengajak menggunakan dan memartabatkan bahasa melayu
adalah seperti berikut

Gunakanlah bahasa kebangsaan kita


Marilah amalkan ramai-ramai
Bahasalah menyatukan kita semua
Yakinlah bahasa jiwa bangsa.

Anda mungkin juga menyukai