Anda di halaman 1dari 2

BAHASA MELAYU LAMBANG SEMANGAT NASIONALISME

Bismilahhiramannirahim

Assalamualaikum W.B.H dan Salam Keluarga Malaysia

Yang dihormati Tuan Peneraju Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana, penjaga masa yang sentiasa peka dengan waktunya serta hadirin dan
hadirat sekalian.

Jauh belayar si pedagang Cina


Singgah di Melaka menjual sutera
Bahasa Melayu Bahasa perantara
Lambang semangat cintakan negara

Hadirin,

Mari kita hayati definasi tajuk pidato saya “Bahasa Melayu Lambang
Semangat Nasionalisme”. Menurut kamus dewan, Bahasa Melayu adalah bahasa
yang digunakan oleh kelompok masyarakat Melayu, lambang adalah tanda yang
menyatakan atau mengenalkan sesuatu, semangat bermaksud kemahuan untuk
melakukan sesuatu dan nasionalisme adalah perasaan cintakan bangsa dan negara
sendiri yang mendalam.

Hadirin,

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah hujah saya yang


pertama. Mengikut perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia,
bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan, namun bahasa lain masih boleh
digunakan. Masyarakat berbilang kaum yang ada di Malaysia memerlukan satu
bahasa yang mudah difahami. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
penghantar bagi semua kaum dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat kita sekaligus dapat memupuk semangat cinta akan negara dan
membentuk identiti negara.
Hadirin,

Hujah saya yang kedua ialah bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam
bidang pendidikan kebangsaan. Menerusi Penyata Razak 1956 telah ditetapkan
Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berteraskan Bahasa Melayu sebagai bahasa
penghantar utama. Ciri-ciri yang terdapat dalam bahasa Melayu, menjadikannya
sebagai bahasa wahana ilmu kerana kemantapan yang ada memudahkan ia
menyerap pelbagai budaya ilmu. Penggunaan bahasa Melayu ini meningkatkan
persefahaman dan perpaduan antara penduduk yang berbilang kaum.

Hadirin,

Meniti hujah saya yang ketiga ialah bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi.
Keunggulan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam bidang ekonomi telah
memperkenalkan khazanah perbendaharaan kata dan istilah yang sesuai dalam
pelbagai bidang seperti bidang perindustrian, perniagaan dan sebagainya. Ini
menjadikan bahasa Melayu setanding dengan bahasa utama dunia yang lain.
Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang ekonomi yang meluas dalam
perdagangan antara bangsa di zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
menjadi sejarah yang membanggakan rakyat Malaysia dan ini mampu meningkatkan
semangat cinta kepada negara.

Hadirin,

Berdasarkan hujah-hujah saya tadi, dapatlah disimpulkan bahawa Bahasa Melayu


memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan negara. Bahasa
Melayu bukan sekadar alat komunikasi tetapi penguasaan bertutur lambang jati diri,
bukti semangat cintakan negara. Oleh itu, aspirasi negara melalui “Keluarga
Malaysia” boleh direalisasikan melalui fungsi-fungsi bahasa Melayu kerana ‘’Bahasa
Melayu Lambang Semangat Nasionalisme’’.

Sekian, wabilllahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai