Anda di halaman 1dari 3

TEKS PIDATO BAHASA MELAYU TONGGAK PERPADUAN BANGSA

SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA MUDA (INTEGRASI) SBT, SHAH ALAM, SELANGOR

Bismilahhiramannirahim

Assalamualaikum W.B.H dan Salam Sejahtera

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagi
bijaksana yang sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga masa yang
sentiasa peka dengan detak waktunya, para peserta yang saya kagumi serta
hadirin dan hadirat yang saya hormati.

Jauh belayar si pedagang Cina ,


Singgah di Melaka menjual sutera .
Bahasa melayu bahasa perantara ,
Tonggak utama perpaduan negara

Hadirin dan hadirat yang dihormati

Mari kita hayati definisi tajuk pidato saya yang bertajuk Bahasa Melayu
Tonggak Perpaduan Bangsa. Menurut kamus dewan, bahasa melayu dapat
ditakrifkan sebagai bahasa yang digunakan oleh kelompok masyarakat
melayu , manakala tonggak pula bermaksud asas atau nadi utama. Seterusnya
perpaduan pula membawa maksud bergabung menjadi satu dan akhir sekali
bangsa membawa maksud sejenis manusia daripada satu asal keturunan.

Hadirin yang dimuliakan,

Sebagai pembuka tirai perbincangan yang pertama, adalah baik jika kita
menelusuri akar-akar cerucuk sejarah sebelum terbentangnya hamparan indah
negara Malaysia. Apabila memorabilia ini membawa kita ke ratusan tahun
yang lampau, nyatalah bahawa Bahasa Melayu sudah berfungsi sebagai
lingua franca yang didefinisikan sebagai bahasa perantaraan antara
masyarakat pada zaman itu.Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas apabila kita
meneliti catatan ilmuwan Inggeris seperti R.O. Winsted yang menunjukkan
bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perdagangan yang
mengeratkan hubungan masyarakat yang berkunjung ke Melaka ketika itu.
Daripada golongan pendeta sehinggalah ke golongan biasa, setiap insan di
Melaka ketika itu berkomunikasi dengan bahasa tercinta kita yang tidak lapuk

1
dek hujan tak lekang dek panas. Tidak lain dan tidak bukan,sudah tentulah
Bahasa Melayu. Nah, apa lagi yang kita pertikaikan tentang kemampuan
bahasa kebangsaan kita sebagai wadah perpaduan? Berdasarkan perkara ini,
jelaslah bahawa hamparan sejarah jelas membuktikan bahawa bahasa Melayu
mampu menjadi bahasa perpaduan yang cemerlang di dunia.

Hadirin yang dihormati,

Melalui bahasa Melayu, sebarang konfrantasi, buruk sangka dan salah


faham antara kaum dapat dikikis dengan mudah. Saya suka untuk meminjam
kata-kata pujangga pendeta Zaaba yang berbunyi bahasa menunjukkan
bangsa. Apabila kita melihat masyarakat bertutur dalam bahasa Melayu,
sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka ialah bangsa Malaysia.

Haiya, sudah lama talak jumpa aaa wa punya


kawan...Ahmad...Kumar..Waa...sekarang manyak sibuk aaa. Mali..mali kita
minum.

Tambi, itu kasi roti canai tiga, kari kapla ikan satu

Pelatlah dengan pengaruh bahasa natif,asalkan setiap kaum di Malaysia


dapat bermesra dan bertukar-tukar maklumat dan fikiran hanya dengan
menggunakan bahasa Melayu. Apa yang penting, setiap kaum di Malaysia
tidak akan kekok untuk berbicara dalam bahasa kebangsaan. Apabila tidak
kekok berbicara, sudah tentulah juga tidak kekok untuk bermesra. Apabila
sudah bergaul mesra, nyatalah bahawa perpaduan dalam kalangan
masyarakat majmuk itu akan terbina kukuh di bawah payung Satu Malaysia.
Berdasarkan hujah ini, nyatalah bahawa bahasa Melayu itu merupakan
medium untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyrakat di Malaysia.

Hadirin yang dikasihi,

Dalam lautan ilmu yang memenuhi pustaka di Malaysia, sudah tentulah


bahasa Melayu turut menjadi bahasa penyebaran ilmu pengetahuan.
Berdasarkan data yang saya peroleh daripada Arkib Negara, saya amat
kagum dengan pencapaian bahasa Melayu kerana hampir 800 buah buku
ilmiah ditulis dalam bahasa Melayu oleh rakyat Malaysia sendiri. Untuk
pengetahuan hadirin, ilmu pengetahuan merupakan perkara yang sangat
penting untuk memupuk perpaduan.

2
Selain itu, usaha Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program
Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMBMI)
dilihat sebagai wahana yang sangat utama untuk menjadi tonggak perpaduan.
Pengisiannya jelas menunjukkan bahawa betapa prihatinnya pihak kerajaan
terhadap kedaulatan bahasa Melayu dan betapa arifnya kerajaan tentang
peranan bahasa Melayu sebagai tonggak perpaduan.

Hadirin yang dirahmati,

Sebagai penutup tirai pidato pada hari ini, saya suka ingin mengingatkan
sesungguhnya keharmonian dan perpaduan kaum di negara kita ini adalah
rahmat dan nilai yang sangat berharga untuk terus dipelihara. Oleh itu, cintailah
bahasa Melayu dan martabatkanlah bahasa kebangsaan kita kerana bahasa
Melayu tonggak perpaduan bangsa.

Molek sungguh emas suasa


Dipakai bersama baju sutera
Pelbagai kaum satu bahasa
Hidup harmoni negara sejahtera

Sekian,terima kasih

Anda mungkin juga menyukai