Anda di halaman 1dari 3

Pucuk manis permatang budi,

Pucuk purut di getus rusa,


Yang manis bernama budi,
Yang indah bernama bahasa.

Terima kasih pengacara majlis. Yang berbahagia ……………………………………………………………………., guru besar,


guru-guru, rakan-rakan, kombinasi para juri yang arif lagi bijaksana sebagai penegak keadilan, penjaga
masa yang budiman, dan seterusnya hadirin-hadirat warga dewan yang saya kasih sekalian.
Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh dan salam sejahtera pembuka bicara.

Berdirinya saya di atas persada indah tidak lain dan tidak bukan, kerana ingin menyampaikan sebuah
pidato yang bertajuk, “Kepentingan Sains dan Teknologi”.
Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kita membelah bicara, sebelum isi menyusur hujah, izinkan
saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato agar hadirin terbuka minda, agar hakim tidak
terpinga-pinga, dan saya petah berkata-kata, seperti kata orang dahulu kala:

Yang buta tidak teraba-raba,


Yang pekak tidak tertanya-tanya,
Yang kecil tidak terambin-ambin,
Yang pendek tidak tertinjau-tinjau.

Perkataan Sains dari sudut bahasa berasal daripada bahasa Latin, ‘Scinetia’ yang bermaksud mendapatkan
ilmu atau maklumat. Manakala, dari segi istilah pula merupakan suatu proses pengumpulan ilmu atau
maklumat dan penyusunannya.

Manakala,

Perkataan technologi berasal dari perkataan Greek iaitu (technología); gabungan dari perkataan (téchnē),
yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan (-logía), yang bermaksud "pembelajaran kajian". Dari segi
istilah pula ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan
masalah manusia.

Para hakim yang bijaksana lagi arif,

Wacana saya yang pertama, kepentingan Sains dan Teknologi memudahkan kehidupan
manusia sejagat. Tuan-tuan dan Puan-puan,
Wacana saya yang kedua, kepentingan Sains dan Teknologi memudahkan komunikasi
atau perhubungan antara manusia.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Wacana saya yang ketiga, kepentingan Sains dan Teknologi membantu kehidupan suri
rumah menjadi lebih mudah dan teratur.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Wacana saya yang keempat, kepentingan Sains dan Teknologi menjadikan


pengangkutan lebih mudah, cepat dan lebih selesa.

Kita boleh melihat pada satu contoh iaitu Kapal terbang. Kapal terbang dapat membantu manusia untuk
sampai ke destinasi yang jauh dengan cepat. Ini dapat menjimatkan masa dan dapat mengelakkan
manusia letih kerana berada lama di dalam perjalanan. Selain daripada itu ruang dan tempat duduknya
pula direka untuk keselesaan penumpangnya.

Wacana saya yang kelima, kepentingan Sains dan Teknologi meningkatkan produktiviti
dalam bidang pertanian.

Mesin yang dicipta oleh sains dapat membantu mengangkat dan memindahkan barang-barang berat
untuk kerja-kerja pertanian atau memindahkan hasil-hasil pertanian. Selain daripada itu, terdapat juga
mesin yang dapat membantu melakukan kerja-kerja yang sukar seperti membajak tanah,
menggemburkan tanah dan menuai hasil tanaman. Semua mesin-mesin ciptaan sains ini mampu
menjimatkan masa para petani dan juga meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran tanaman.
Wacana saya yang terakhir, kepentingan Sains dan Teknologi mempertingkatkan taraf
kesihatan manusia dalam bidang perubatan.

Dalam bidang perubatan, sains membantu mempertingkatkan taraf kesihatan manusia melalui
penciptaan pelbagai kaedah dan peralatan canggih dan penggunaan ubat-ubatan untuk mengesan dan
menyembuhkan pelbagai penyakit berbahaya pada masa kini. Penyakit yang dapat dikesan pada peringkat
awal, memberikan peluang yang besar untuk sembuh.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Setelah frasa demi frasa tajuk pidato saya ini dikupas, maka dapatlah saya menutup rumusan bahawa

Penyelidikan dalam bidang sains menghasilkan banyak penciptaan dan penemuan baru untuk membantu
manusia menjalani kehidupan seharian dengan lebih mudah, cepat dan selesa. Manfaat yang diperolehi
oleh manusia melalui sains menggalakkan lagi lebih banyak penemuan baru dicipta dan diperolehi.

Sebelum saya mengundur diri, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada terkasar
bahasa, tersalah kata atau tersilap bicara. Saya mengakhiri pidato saya ini dengan serangkap pantun:

MENYANYI SEKAWAN MERPATI PUTIH,

HINGGAP DIATAS POHON JEMARI,

SAINS DAN TEKNOLOGI KINI SEMAKIN CANGGIH,

MAKLUMAT DICAPAI DIHUJUNG JARI.

Sekian, wabillahi taufik wajhidayah wasalamualaikum warohmatullahi waborokatuh.

Anda mungkin juga menyukai