Anda di halaman 1dari 8

BAHAS ALA PARLIMEN

TAJUK: MEDIA ELEKTRONIK MEMBANTU PENINGKATAN

PRESTASI
AKADEMIK PELAJAR

PERDANA MENTERI (8 MINIT)


Intro
Terima kasih saya ucapkan kepada Datuk Yang Dipertua, barisan kerajaan,
perwakilan pembangkang, Ahli-ahli Yang Berhormat sidang parlimen sekalian. Salam
Sejahtera dan selamat bersidang.
Tuan Yang dipertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya amat bersyukur kerana
berkat keamanan dan keharmonian bawah kepemimpinan kerajaan pada hari ini
dewan kembali bersidang untuk membahaskan satu usul yang begitu penting untuk
dilaksanakan. Datuk Yang Dipertua, usul pada hari ini berbunyi MEDIA

ELEKTRONIK

MEMBANTU

PENINGKATAN

PRESTASI

AKADEMIK PELAJAR.
.
Memberi Definisi
Pertama, izinkan saya melakukan penakrifkan usul kita secara literal pada hari ini.
Menurut Wikipedia, frasa Media elektronik adalah semua alat media yang
menggunakan

tenaga elektromekanis

bagi pengguna akhir ataupun penonton

dalam mengakses kandungan maklumat seperti televisyen,radio, internet, blog,


telefon bimbit, dan sebagainya. Manakala frasa membantu meningkatkan menurut
Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat bermaksud memberi pertolongan bagi
meninggikan

kedudukan,

membesarkan

mahupun

memperhebatkan

sesuatu

perkara. Frasa prestasi akademik pula didefinisikan sebagai pencapaian tentang


sesuatu yang bersifat atau mengandungi ilmu pengetahuan. Pelajar pula bermaksud
orang yang belajar (di sekolah), murid, siswa ataupun anak didik.

Pendirian
Datuk Yang Dipertua, kami di pihak kerajaan sebulat suara menyokong usul bahawa

MEDIA ELEKTRONIK MEMBANTU PENINGKATAN PRESTASI


AKADEMIK PELAJAR kerana kami percaya bahawa media elektronik
merupakan medium pendidikan yang membantu perkembangan pelajar secara kritis
dan kreatif.

Strategi
Sidang dewan yang dihormati, strategi kami pada hari ini ialah saya selaku Perdana
Menteri telahpun mentakrifkan usul dan menyatakan pendirian di pihak kerajaan.
Seterusnya, saya akan mengemukakan hujah kami yang pertama untuk menyokong
usul kami pada hari ini.
Seterusnya, bangkit pula Menteri kami yang kedua yang akan membidas hujah-hujah
pihak pembangkang dan meneruskan agenda kami pada hari ini dengan
mengutarakan hujah yang kedua dan ketiga.
Selepas itu, perjuangan pihak kerajaan akan diteruskan oleh Menteri yang ketiga
yang akan membidas hujah-hujah songsang barisan pembangkang. Seterusnya,
yang pasti rakan saya yang ketiga ini nanti akan memperkukuhkan lagi hujah-hujah
dan pendirian kami. Saya ingin menyatakan bahawa pihak kerajaan yakin dengan
hujah-hujah yang akan kami bentangkan nanti dan seterusnya usul yang kami bawa
akan diterima secara konsensus.

Hujah Pertama ( Media elektronik merupakan wahana pendidikan yang mampu


menarik perhatian pelajar)
Datuk Yang Dipertua, kami tidak bercakap kosong sahaja. Kami buktikan kebenaran
kenyataan kami menerusi hujah kami yang pertama iaitu Media elektronik
merupakan wahana pendidikan yang mampu menarik perhatian pelajar.
.

1) Datuk Yang Dipertua, menurut Mohd.Fuad dan Osman Hashim (UKM),


media elektronik merupakan saluran yang mampu menarik perhatian
pelajar terutamanya pelajar yang cepat bosan membaca. Hal ini kerana
media elektronik boleh dijadikan bahan bantu mengajar (BBM) yang
membantu guru menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas satu pengalaman yang cukup menarik buat pelajar. Melalui
media elektronik, bahan yang disediakan boleh terdiri daripada gambar
atau grafik yang menarik melalui rakaman video atau slide presentation.

2) Berdasarkan kajian oleh Zamzuri Abu Hassan (2010), multimedia adalah


sebahagian dari cabang ICT yang berkeupayaan menggabungkan
pelbagai media seperti teks, suara, imej, animasi dan video dalam sesuatu
perisian

membuatnya

sebagai

teknologi

media

pengajaran

dan

pembelajaran yang lebih menarik dan praktikal. Justeru, melalui kaedah


ini sudah pasti pelajar akan memberikan perhatian sepenuhnya dan
akhirnya pelajar tersebut berjaya meningkatkan prestasi dalam akademik.

3) Heinich

(1993)

menyatakan

media

elektronik

seperti

komputer

berkemampuan untuk mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang


banyak.

Kemampuan

komputer

berinteraksi

dengan

penggunanya

membolehkan guru menerapkan pengajaran pembelajaran dengan lebih


mudah dan menarik. Pendapat ini disokong oleh Sandholtz (1997) yang
menyatakan

bahawa

penggunaan

teknologi

di

sekolah

boleh

memudahkan pengajaran pembelajaran. Maka dapat dikatakan bahawa


komputer mempunyai kelebihannya menjadi media elektronik yang sesuai
dan berkesan dalam konteks pengajaran pembelajaran dalam bidang
pendidikan.

4) Menurut pendapat Gagne dan Briggs, media elektronik merupakan alat


dan bahan fizik yang terdapat dalam lingkungan pelajar untuk menyajikan
pesanan kegiatan pembelajaran (proses kegiatan belajar-mengajar)

sehingga dapat merangsang pelajar untuk belajar. Di Malaysia juga kita


memiliki beberapa siaran televisyen yang dapat memberikan pengetahuan
tambahan kepada anak-anak kita. Sebagai contoh, siaran TV Pendidikan
seperti IQTV dan Oh My English di Saluran ASTRO, National Geografic
dan beberapa siaran televisyen lain yang dapat membantu perkembangan
anak-anak dalam pelajaran.

5) Datuk Yang Dipertua, Kajian oleh Chin Yoon Poh, Ab Rahman b Darus,
Tan Teck Seng dan Sanmuga Sundaram (Maktab Perguruan Teknik,KL)
mendapati bahawa penggunaan media elektronik seperti komputer dapat
menolong pelajar dengan lebih berkesan; dapat memberi motivasi serta
memupuk minat belajar dan boleh membantu pelajar meningkatkan
prestasi dalam akademik mereka.

6) Berdasarkan kajian oleh Dick dan Reiser (1989), pembelajaran yang


berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan. Manakala Norton
dan Winburg (2003) menjelaskan Teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) seperti media elektronik mempunyai peranan yang penting dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun begitu, ia nyata bukan
untuk menggantikan tempat guru ataupun mengambil alih peranan
sekolah. Kemudahan yang diberikan oleh teknologi tesebut menjadi
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah,
sebagaimana

ianya

menjadi

sebahagian

daripada

pengalaman

pembelajaran di luar sekolah

Hujah Kedua (Media elektronik meningkatkan pemahaman pelajar semasa


proses pengajaran dan pembelajaran)

Datuk Yang Dipertua, Media elektronik membantu peningkatan prestasi akademik


pelajar atas dasar dan rasional Media elektronik meningkatkan pemahaman pelajar
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

1) Datuk Yang Dipertua, media elektronik dapat dijadikan saluran yang


membantu memudahkan proses penyampaian maklumat oleh guru kepada
pelajar kerana kaedahnya yang mudah, cepat dan lebih mudah difahami.
Menurut Mohd Zakaria Hassan (UTM), melalui media elektronik, maklumat
yang disampaikan dapat disediakan dengan cara yang menarik dan lebih
jelas. Pelbagai contoh dalam sesuatu subjek seperti subjek Sains dapat
disediakan kepada pelajar. Justeru, sudah pasti perkara ini dapat membantu
pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian
dengan minat, bakat serta potensi pelajar sekaligus dapat menanam rasa
cinta akan ilmu pengetahuan. Hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan
modal insan cemerlang berminda kelas pertama sebagaimana yang
digarapkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
2) Menurut pandangan Heinich (1993), media elektronik seperti komputer dapat
memperkayakan teknik pengajaran. Komputer adalah pelengkap kepada
penyampaian

pengajaran

yang

berkesan.

Sandholtz

(1997)

telah

menyuarakan bahawa penggunaan teknologi seperti media elektronik boleh


memudahkan

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

berkesan

bagi

menyampaikan maklumat kepada pelajar.


3) Justeru, tidak hairanlah apabila pihak kerajaan atau Kementerian Pendidikan
khususnya sentiasa mengadakan kursus pengenalan komputer dan membina
bahan berbantukan komputer bagi guru dalam perkhidmatan. Oleh itu, satu
program pendidikan komputer bagi guru pelatih bukan sahaja merupakan
pembelajaran mengenai komputer tetapi juga pembelajaran berbantukan
komputer.

4) Datuk

Yang

Dipertua,

Diana

Laurillard

(1992)

menyatakan

bahawa

pembelajaran berasaskan komputer dapat membantu pelajar meningkatkan

pemahaman konsep teoritikal. Beliau berpendapat bahawa kaedah simulasi


dan bantuan komputer dapat meningkatkan tahap pemahaman terhadap
pelajaran dengan lebih mudah.

5) Penelitian De Porter (1998) mengungkapkan manusia dapat menyerap suatu


materi sebanyak 70% dari apa yang dikerjakan, 50% dari apa yang didengar
dan dilihat (audio visual), sedangkan dari yang dilihatnya hanya 30%, dari
yang didengarnya hanya 20%, dan dari yang dibaca hanya 10%. Kajian di
atas didukung oleh Ismail (2002) yang menyatakan bahawa daya ingatan
seseorang dapat menangkap sesuatu sebanyak:

a) 20% daripada apa yang mereka baca.


b) 30% daripada apa yang mereka dengar.
c) 40% daripada apa yang mereka lihat.
d) 50% daripada apa yang mereka sebut.
e) 60% daripada apa yang mereka buat.
f) 90% daripada apa yang mereka baca, dengar, lihat, sebut dan buat
serentak

Hujah Ketiga (Media elektronik membantu pelajar mendapatkan maklumat


dengan cepat, pantas dan terkini).
Datuk Yang Dipertua, Media Elektronik membantu peningkatan prestasi akademik
pelajar atas dasar dan rasional Media elektronik membantu pelajar mendapatkan
maklumat dengan cepat, pantas dan terkini.
1) Datuk Yang Dipertua, menurut K.Nizam (Jun 2006), penggunaan internet

dapat membantu pelajar mendapatkan maklumat dengan kadar yang lebih

cepat, pantas serta maklumat yang terkini. Contohnya, pelajar boleh


menggunakan enjin pencarian seperti google, yahoo dan sebagainya
kerana ia dapat membantu kita mencari maklumat dengan kadar yang
pantas dan cepat. Justeru, ia memudahkan pelajar mendapat maklumat
yang dapat membantu mereka dalam akademik.
2) Menurut Zalina Yahaya (2001), penggunaan internet dapat menyediakan

sumber yang begitu luas kepada pelajar untuk meneroka, mencari bahan
pengajaran

atau

rujukan

serta

penyelidikan.

Melalui

portal-portal

pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar, pelajar
dapat memanafaatkan sebaik mungkin. contohnya dalam eksperimen
sains, guru hanya menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi
melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya.
Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini dan
murid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang
diperbaharui lima tahun sekali.
3) Kajian

oleh

Dr.Zaidatun

Zamri

(2008),

Penggunaan

ICT

untuk

pembelajaran menggalakkan pembelajaran kendiri dan penerokaan. Ianya


berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk mencari dan
mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal maklumat dan
sumber-sumber maklumat yang lain. ICT juga dapat memberikan
pengalaman, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara
simulasi serta melihat demonstrasi sesuatu kejadian. Melalui cara ini
pelajar-pelajar boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima
melalui ICT. Pelajar-pelajar mempunyai kebebasan dalam menggunakan
kemudahan ICT berdasarkan kehendak mereka. Dengan cara ini
membolehkan pelajar-pelajar mencari dan mengakses sendiri maklumat
daripada ensaiklopedia multimedia atau bahan-bahan daripada internet.
pelajar-pelajar akan mengumpul bahan-bahan ini, dan maklumat ini akan
digunakan untuk menjana dan menguji hipotesis dalam penyelesaian
masalah.
4) Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai contoh, pelajar digalakkan

melayari laman web yang tersedia, antaranya Portal Pendidikan Utusan


yang memuatkan antaranya koleksi soalan dan nota panduan. Pelajar-

pelajar yang melayari laman web ini dapat menjawab terus soalan-soalan
yang tersedia, mereka diminta untuk menjawab soalan yang dikemukakan
oleh komputer dan komputer akan menilai serta memberi maklum balas
yang sesuai berdasarkan kepada jawapan yang diberikan. Mereka akan
memperoleh maklum balas terhadap jawapan secara serta merta. Hal ini
menimbulkan keseronokan sekaligus boleh memotivasikan pelajar-pelajar
dengan peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan
jawapan. Aktiviti ini boleh dilakukan sendiri oleh pelajar sama ada di rumah
atau di Pusat Akses sekolah.

Anda mungkin juga menyukai