Anda di halaman 1dari 5

Kokurikulum Membantu Insan Cemerlang

Cetusan barakah buat peneraju acara, Saf kehakiman intelektual lagi berkarisma, Sidang dewan warga berwibawa, Assalamualaikum wbt dan salam Satu Malaysia.

Malaysia ku cantik negara terbilang, Terkenal sudah di seluruh dunia, Kokurikulum membantu insan cemerlang, Itulah tajuk pidato pilihan saya.

Sebelum kecelaruan mengasak minda kita, eloklah rasanya Saya Ummi Maisarah Akmal Binti Mat mengupas terlebih dahulu tajuk pidato saya. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, di bawah lembayung kata kokurikulum ditakrifkan sebagai satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja terancang yang di jalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah aktiviti sukan dan permainan, unit beruniform dan kelab atau persatuan. Manakala insan cemerlang pula ditakrifkan sebagai seseorang yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Konklusinya dapatlah diperkatakan bahawa kegiatan kokurikulum sangat penting kerana ia membantu pembangungan insan dan modal insan yang cemerlang sebagaimana yang diwar-warkan oleh para pemimpin kita.

Warga dewan yang dimuliakan,

sayang Malaysia negara yang indah tempat pelancong datang bermudik sihat jasmani fikiran bersih aktiviti sukan amalan yang baik.

Aktiviti yang dijalankan secara terancang dan praktikal di sekolah dapat membantu melahirkan murid yang berpontensi dengan mengembangkan bakat yang sedia ada yang seterusnya digilap sehingga mencapai pada tahap yang maksimum. Melalui aktiviti yang bersepadu juga dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Tambahan lagi, kegiatan kokurilum dapat meningkatkan kemahiran bersosial. Nilai-nilai murni murid akan lebih terbina melalui sikap bekerjasama, bertoleransi, kasih sayang dan mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain di samping memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum. Contohnya Kementerian akan meneruskan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan atau dikenali (RIMUP) disemua sekolah. RIMUP memadankan dua jenis sekolah yang berbeza untuk menjalankan aktiviti kokurikulum bersama-sama,

seperti sukan, muzik dan khidmat masyarakat. Usaha ini selaras dengan dapatan kajian antarabangsa bahawa langkah menjalankan kerja kumpulan berdasarkan tugasan merupakan salah satu cara untuk menggalakkan murid membentuk persahabatan antara kumpulan.

Berkhasiat sungguh air pegaga Diminum dengan air telaga Beriadah bersukan amalan mulia, Badan sihat tentu bertenaga

Penyertaan

dalam

aktviti

sukan

dan

permainan

boleh

membantu

meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental serta membudayakan hidup yang sihat. Ini dapat dibuktikan apabila kegiatan sukan dapat membinan stamina di samping dapat mengeluarkan peluh dan seterusnya apabila badan sihat otak akan menjadi cerdas. Ini akan membuatkan pelajar sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menghadapi apa-apa cabaran dan tugasan yang diberikan. Meneruskan bicara dengan cetusan idea ketiga daripada saya. Kita hayati premis kata jati diri disemai, menjulang semangat juang ke arah kecemerlangan. Kecemerlangan kokurikulum diukur dengan aktiviti-aktiviti yang sungguh mencabar. Mereka harus melalui pertandingan peringkat kelompok, zon, daerah, negeri dan kebangsaan sebelum bergelar juara. Kejayaan seseorang yang bergiat aktif dalam kokurikulum memerlukan komitmen yang tinggi. Mereka harus mempunyai jiwa yang kental, berani menghadapi cabaran dan tidak mudah menyerah kalah.mereka sama sekali tidak boleh akur kepada sikap putus asa melainkan bingkas bangun membaiki kelemahan diri dan membina keyakinan untuk

menguasai kejayaan.menyedari hakikat ini mereka dapat menerima kekalahan tetapi sentiasa bersikap positif dalam menangani cabaran yang mendatang. Inilah insan cemerlang yang tinggi jati dirinya dalam memperjuangkan kedaulatan negara kita agar duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju di peringkat global.

Para guru dan rakan-rakan seperjuangan Perancangan dan pelaksanaan kegiatan kokurikulum akan mencapai pada tahap yang diharapkan sekiranya mendapat kerjasama daripada semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung. Setiap ibubapa, guru dan pihak pentadbir tidak boleh meletakkan keutamaan terhadap pencapaian akademik semata-mata untuk mencapai matlamat sebagaimana yang diharapkan. Adunan kosa kata seterusnya, pihak kementerian juga telah mengambil langkah yang wajar bagi meningkatkan penyertaan murid dengan menegaskan setiap pelajar diwajibkan menyertai satu jenis permainan atau sukan dan satu badan beruniform di samping memperkenalkan satu murid satu sukan yang diwajibkan kepada semua pelajar.

Hadirin, hadirat yang disegani Kesimpulannya, pihak sekolah hendaklah memainkan peranan supaya pelajar begiat cergas dalam kegiatan kokurikulum. Hal demikian kerana kegiatan kokurikulum ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih giat dan cergas. Selain kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibubapa harus diperkukuhkan supaya segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan. Bak kata pepatah hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Oleh itu semua pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum supaya dapat

menghasilkan pelajar yang berdaya saing berketrampilan, kreatif, inovatif dan seterusnya mencapai tahap insan cemerlang.

Sidang dewan yang mencintai keharmonian, Tirai pidato saya labuhkan dengan kata-kata untuk renungan, Disiplin diri dan kerja sama akan mengeratkan perpaduan. Pengisian masa terluang menggelakkan keruntuhan moral berkembang. Peningkatan jati diri melahirkan insan bersemangat juang. Penerapan nilai murni unggul membentuk terbilang.
4

malaysia cemerlang,gemilang dan

Segalanya bermula dengan kejayaan aktiviti kokurikulum yang membantu insan cemerlang. Wabillhi taufiq wal hidayah, wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai