Anda di halaman 1dari 3

NAMA SEKOLAH : SMK CONVENT BUKIT MERTAJAM

NAMA PELAJAR : SHALINI A/P GNNASEKARAN

TAJUK PIDATO : PENDIDIKAN ABAD KE 21:PEMANGKIN MODAL INSAN CEMERLANG

Sejambak mawar, seharum kasturi buat peneraju majlis,barisan panel hakim yang sentiasa berasimilasi
dengan kebenaran, saudara penjaga masa yang cakna dengan randiknya,warga pendidik yang bermisi,
seterusnya warga intelektual penerus wawasan negara.

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.Dengan penuh iltizam,berdirinya saya di sini adalah untuk
menyebarkan sedikit dogma para sarjana melalui mauduk pidato yang berbunyi “Pendidikan Abad Ke- 21:
Pemangkin Modal Insan Cemerlang”.

Sidang saksi yang bermisi,

Sebelum kaki mengorak langkah,sebelum lidah mengalun bicara,saya ingin mengupas definisi pendidikan
abad 21 dengan lebih jelas.Pendidikan abad 21 merupakan satu transformasi pendidikan daripada menghafal
ilmu untuk menghadapi peperiksaan semata-mata tetapi tidak memiliki apa-apa untuk kemajuan diri dan
negara,kepada pendidikan yang memerlukan golongan pelajar untuk berfikir di luar kotak supaya tidak terus
terkongkong dengan corak pengajaran yang bersifat konvensional.Manakala,pemangkin modal insan cemerlang
pula membawa maksud proses melahirkan pelajar yang boleh membangunkan potensi diri dan seterusnya dapat
memajukan agama,bangsa dan negara.

Imam al-Ghazali pernah mengungkap,”Jika kamu ingin melihat masa hadapan sesebuah negara,lihatlah
keadaan anak muda pada hari ini”.Persoalan yang menjadi percaturan minda di sini ialah mampukah sistem
pendidikan abad 21 ini memanfaatkan pelajar atau sebaliknya bagai tikus membaiki labu?

Saya akan mencerakinkan tajuk saya ini kepada tiga komponen.Saya akan mengupas kebaikan pendidikan
abad 21 sebagai komponen pertama manakala komponen kedua ialah kekangan yang dihadapi dan seterusnya
prakarsa yang diambil dalam memantapkan pendidikan abad 21.

Sidang dewan yang budiman,

Komponen saya yang pertama ialah kebaikan pendidikan abad 21.Sistem pendidikan abad 21 ini dapat
melahirkan generasi yang hebat dan dapat bersaing di peringkat global.”Pengetahuan,kemahiran
berfikir,kemahiran memimpin,profisiensi dwibahasa,etika dan kerohanian serta identiti nasional” adalah enam
atribut utama yang diberi penekanan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) kepada setiap
pelajar di Malaysia agar menjadi insan yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara secara holistik.

Seiring dengan itu,pendidikan abad 21 yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dapat
memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir secara mendalam untuk menyelesaikan sesuatu masalah.Oleh
itu,tidak dapat disangkal lagi bahawa pendidikan abad 21 mampu melahirkan bakal pemimpin yang berilmu
pengetahuan seiring dengan era globalisasi ini.

Hadirin yang dihomati,

Kita terus meneroka dengan komponen kedua saya iaitu kekangan yang dihadapi dalam merealisasikan
pendidikan abad 21.Kegagalan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan kemudahan teknologi telah dikesan
sebagai faktor afdal pendidikan abad 21 tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh.Pengajaran yang pasif
tanpa berbantukan teknologi maklumat seperti komputer dan ‘smart board’ sudah tentu membosankan murid-
murid.

Selain itu,paparan berita yang bertajuk “Saya bosan dengan cara cikgu mengajar” yang disiarkan dalam
akhbar Sinar Harian pada 9 Mac 2016 telah membuktikan bahawa amalan pengajaran konvensional tidak
relevan lagi pada masa ini.Sekiranya pengajaran secara lisan diteruskan,senario pelajar tidur di dalam kelas akan
meningkat.Adakah anda mahu melihat negara kita dipimpin oleh anak muda yang layu dan culas?Tepuk
dada,tanyalah selera.

Sidang pendengar sekalian,

Marilah kita melihat prakarsa yang telah diambil untuk memantapkan sistem pendidikan abad 21ini.Tindakan
Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah mengedarkan telefon pintar berjenama Yes kepada setiap guru
merupakan salah satu langkah yang efektif dalam merealisasikan pendidkan abad 21.Telefon pintar yang telah
diedarkan itu mempunyai aplikasi seperti ‘Frog Assignment’ yang dapat membantu guru-guru untuk memberi
kerja rumah secara talian kepada pelajar.Melalui aplikasi ini juga,para guru dapat memaparkan nota-nota
ringkas tanpa menyalinnya di papan putih.Sudah terang lagi bersuluh bahawa pengajaran di kelas yang
berarahkan abad 21 dapat menarik minat pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan melalui teknologi sebagai
wadah utama mereka.

Hadirin dan hadirat,

Sebelum kata mengunci bicara,sebelum langkah mengundur pergi,inzinkan saya menyimpulkan pidato saya
bahawa pendidikan Abad 21 yang diimplimentasikan dalam sistem pendidikan negara sememangnya mampu
melahirkan modal insan yang cemerlang,berkualiti dan bervisi.Namun begitu,adakah sistem pendidikan abad 21
ini dapat mencapai objektifnya dengan menangani cabaran yang dihadapi? Saya tinggalkan persoalan ini di
minda hadirin untuk memikirkannya.

Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai