Anda di halaman 1dari 12

Membina sekolah Bertaraf Dunia

1.0 Pendahuluan
Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan
mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat
menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic
excellence) di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti
memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf
dunia atau memperolehi status "World Class Education".
Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis
pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan
kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari
perspektif yang luas, Pendidikan Bertaraf Dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian
cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan
dan kemajuan dinamis, iaitu :

Pembangunan tenaga manusia

Kepesatan pertumbuhan ekonomi

Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial

Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat

Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual

Pembangunan teknologi dan sains

Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.

Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian


Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada
satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Sebagai sebuah
negara yang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu
berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru
dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat
dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa.
SUMBANGAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA KEPADA SEKTOR
PENDIDIKAN
Apabila Kementerian Pendidikan telah menetapkan satu matlamat untuk menjadikan
pendidikan bertaraf dunia, dengan sendirinya matlamat tersebut telah mengariskan apakah
langkah-langkah yang perlu diambil. Langkah-langkah tersebut adalah:
1. Pengkorporatan Universiti.
Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, semua pihak di negara ini yang
terlibat dengan kegiatan pendidikan perlu meningkatkan komitmen mereka supaya
sentiasa berusaha mengekalkan dan meningkatkan kualiti pendidikan untuk kemajuan
dan perubahan. Pendidikan yang berkualiti amat penting bagi mencorakkan perubahan
dan kemajuan pembangunan sumber tenaga manusia yang produktif di negara ini
yang sedang mengorak langkah mencapai status negara maju.
Langkah pengkorporatan universiti-universiti tempatan mempunyai motif tertentu
bukan sahaja bagi tujuan mendapatkan lebih banyak keuntungan dengan
mengurangkan tanggungan kerajaan bagi membiayai perbelanjaan pengajian tinggi,
bahkan juga bagi menjadikan sektor pendidikan di negara ini lebih dinamis
perkembangannya. Selaras dengan pengkorporatan universiti, adalah diharapkan
supaya pihak pentadbiran universiti mengadaptasikan pengurusan universiti mengikut
model-model penswastaan, pengkorporatan dan pensyarikatan yang menekankan
kepada perkhidmatan keuntungan dan produktiviti.
Kerenah birokrasi dan pelbagai red tape yang mengekang perjalanan universiti akan
dapat diatasi melalui pengkorporatan universiti. Dengan ini universiti akan bertenaga
meningkatkan kewibawaan dan memulakan anjakan paradigma barunya membawa

era pendidikan bertaraf antarabangsa. Autonomi universiti akan digunakan untuk


kepentingan korporat.
Pasaran pendidikan tinggi juga akan diperluaskan melalui pengeksportan pendidikan
ke negara lain di samping menarik pelajar ke Malaysia dengan menggunakan bahasa
inggeris sebagai bahasa pengantar utama bagi menjamin kualiti, akauntabiliti dan
kredibiliti pendidikan tinggi tempatan.
2. Reformasi pelbagai aspek organisasi pendidikan
Pendidikan bertaraf dunia adalah satu wawasan unggul bagi mereformasikan pelbagai aspek
organisasi pendidikan di semua peringkat persekolahan.
Ini termasuklah membaiki :

Kualiti pengajaran

Kualiti perkhidmatan

Kualiti kurikulum

Kualiti penilaian dan pensijilan

Kualiti pensyarah

Kualiti perkembangan dan kebajikan pelajar

Kualiti persekitaran budaya pelajar dan organisasi

Kualiti pengurusan dan pentadbiran universiti

Kualiti kepimpinan universiti

Kualiti penyeliaan

Kualiti mentoring

Kualiti perkembangan staf atau tenaga pengajar

1. Perubahan Sistematik
Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang hendak dibuat mestilah
sesuai dengan tuntutan semasa. Dalam kontek Malaysia sistem pendidikan mesti
dibangunkan dan dibuat pembaharuan supaya ia dapat memenuhi tuntutan wawasan 2020
kerana wawasan ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa pembangunan sumber manusia dari
segi kuantitif dan kualitif. Perubahan dan pembaharuan adalah berdasarkan kepada hakikat
bahawa tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk mentransformasikan
Malaysia menjadi negara maju tidak mungkin dapat dicapai.

Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pendidikan membuat pembaharuan yang
disifatkan sebagai sesuatu yang mesti menjangkau tempoh masa yang agak lama. Ia mestilah
bersifat sistematik iaitu ia tidak boleh terdiri dari satu komponen pendidikan iaitu
educational content, educational tools dan infrastruktur pendidikan mestilah diolah
sedemikian rupa supaya perubahan menjadi lebih bersepadu, holistik serta komprehensif.
Perubahan sistematik ini mestilah dilihat secara menyeluruh dan dalam kontek yang lebih
luas.
Pertama, soal asas iaitu perundangan. Sejauh manakah kuasa yang ada pada Kementerian
Pendidikan dalam membuat beberapa perubahan sistem pendidikan. Pembentangan Rang
Undang-Undang Pendidikan 1995 membolehkan reformasi pendidikan dilaksanakan.
Antara lain, rang undang-undang tersebut menggariskan :

Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf


dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.

Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan

Tempoh pendidikan rendah adalah antara lima hingga tujuh tahun

Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan

Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan

Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

Bermula dengan akta, perubahan boleh dibuat terhadap komponen-komponen lain sistem
pendidikan yang merangkumi ketiga-tiga komponen penting di atas iaitu isi kandungan
pendidikan, alat-alat pendidikan dan infrastruktur. Contohnya, apabila kita mengubah
kurikulum sekolah, faktor-faktor latihan guru, soal fizikal, soal kemasukan teknologi baru,
sistem penilaian, kebajikan guru, profesionalisme dan lain-lain lagi hendaklah diambil kira.
Begitu juga peningkatan taraf institusi pendidikan tinggi contohnya Institut Perguruan Sultan
Idris yang telah dinaikan taraf sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris. Sejajar dengan
peningkatan taraf ini, adalah diharapkan kewibawaan guru-guru akan dipertingkatkan untuk
melahirkan insan yang cemerlang.
Sehubungan dengan matlamat pendidikan bertaraf dunia, profesyen perguruan perlu
pengkajian semula. Profesyen perguruan di Malaysia memerlukan reformasi profesionalisme
yang radikal dan drastik bagi mengatasi masalah, cabaran dan jangkaan baru dalam
merealisasikan agenda-agenda pembangunan pendidikan menjelang abad ke 21.
Imej dan status perguruan yang semakin tidak bermaya perlu dipulihkan segera. Penawaran
kursus-kursus perguruan lepasan diploma dan ijazah di institusi pengajian tinggi adalah
merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kualiti dan status profesyen perguruan.

1. Penggredan Universiti
Penggredan universiti sebagaimana yang diura-urakan oleh Kementerian Pendidikan
adalah satu langkah positif dan menunjukkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan
kualiti pendidikan tinggi selaras dengan wawasan pendidikan bertaraf dunia. Secara
tidak langsung perlaksanaan penggredan universiti ini menggalakkan universiti
tempatan mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan kualiti dan status pengajaran
pensyarah dan profesor di universiti khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai
pengetahuan pedagogi dan asas kaedah pengajaran.
Melatih semula pensyarah dan profesor khususnya dalam bidang baru seperti
teknologi maklumat, komputer, teknologi pendidikan adalah antara langkah-langkah
penting bagi meningkatkan kualiti pendidikan tinggi dan dianggap sebagai satu
program perkembangan staf yang perlu dilaksanakan oleh institusi pengajian tinggi
yang ingin berkembang secara progresif dan dinamis.
2. Penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta
Penubuhan institusi pengajian tinggi swasta yang begitu banyak mempunyai implikasi
yang besar kepada perkembangan industri pendidikan negara. Perlaksanaan program
berkembar oleh insitusi-institusi swasta ini, membolehkan wujudnya peluang
pembelajaran yang lebih tinggi dari segi penawaran kursus-kursus pengajian hasil dari
kewujudan program berkembar, sekaligus menyediakan penempatan pembelajaran
yang lebih banyak.
Sehubungan dengan ini, pendidikan di Malaysia tidak hanya akan bergantung kepada
universiti-universiti tempatan yang sedia ada sahaja. Natijahnya, impian negara untuk
melahirkan bakal-bakal pekerja berilmu sebagaimana yang disuarakan oleh Perdana
Menteri dapat direalisasikan.
3. Kelonggaran Sistem Pendidikan
Pendidikan untuk satu dekad yang akan datang digerakkan dengan lebih dinamik untuk
melahirkan lebih ramai golongan pekerja berilmu sebagai langkah dan strategi pembangunan
sumber manusia yang penting untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. Selaras
dengan wawasan 2020, Malaysia sedang menyusun dan merangka satu paradigma perubahan
ekonomi untuk menjadikan Malaysia negara maju dan membangun sepenuhnya dalam bidang
perindustrian.
Perubahan paradigma bagi memasuki alaf baru gelombang perubahan ekonomi dan
pembangunan sumber manusia abad ke 21 amat bergantung kepada peranan serta dasar
liberalisasi sistem pendidikan negara ke arah melahirkan lebih banyak pekerja berilmu, rajin,
tekun dan produktif.
Dalam satu ucapan dasarnya semasa mempromosikan Koridor Raya Multimedia (MSC)
Malaysia di London, Perdana Menteri Datuk seri Dr. Mahathir Mohamad menegaskan
kerajaan Malaysia akan melonggarkan sistem pendidikan negara bagi membolehkan pelajar
dengan keputusan cemerlang di peringkat persekolahan meneruskan pelajaran pada peringkat
pengajian tinggi selaras dengan usaha kerajaan untuk melahirkan pekerja yang berilmu.
Langkah melonggarkan peluang pendidikan ini dikira perlu kerana negara kekurangan

pekerja yang berilmu bagi menghadapi cabaran masa depan terutama sekali dalam era
teknologi maklumat abad ke 21.
Dengan mewajibkan semua murid mengikuti pendidikan awal di sekolah rendah secara
percuma di samping melonggarkan peluang pendidikan menengah dan tinggi, Malaysia dikira
akan mencapai satu taraf pendidikan yang maju di dunia. Malaysia juga dikira mempunyai
kadar buta huruf yang rendah berbanding dengan negara-negara membangun yang lain.
Kelonggaran sistem pendidikan juga menjadi satu strategi untuk merapatkan jurang
kemiskinan dalam masyarakat. Pendidikan, latihan dan pembangunan tenaga manusia
mempercepatkan perubahan sosial, meningkatkan produktiviti, membentuk warganegara
yang produktif, menjadi penggerak kepada pembangunan sains dan teknologi dan kegiatan
ekonomi moden selaras dengan kemajuan yang ingin dipelopori melalui pendidikan bertaraf
dunia.
Perubahan alaf baru pembangunan negara abad ke 21 juga memerlukan ribuan tenaga mahir
dan tenaga profesional yang berilmu. Oleh sebab itu pelaburan pendidikan yang merupakan
agenda pembangunan sosial juga menjadi satu agenda yang amat mendesak bagi
meliberalisasikan peluang pendidikan dan latihan ke arah pembentukan pekerja berilmu.
Langkah bagi melahirkan pekerja berilmu mendorong sesebuah negara memperuntukan
pelaburan yang tinggi dalam pendidikan dan latihan. Langkah ini juga selaras dengan Teori
Modal Manusia (Human Capital Theory) yang menganggap pendidikan sebagai satu strategi
penting bagi meningkatkan potensi modal manusia seperti kepakaran, kemahiran,
berpengetahuan, efisyen, produktif, berdedikasi dan kreatif, sikap yang baik terhadap kerja
dan sebagainya.
CABARAN KE ARAH MENUJU PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA.
Dalam Malaysia kearah menuju pendidikan bertaraf dunia, kita tidak dapat lari daripada
cabaran-cabaran yang boleh memberi kesan kepada dunia pendidikan. Di antara cabarancabaran tersebut ialah :
1. Penghijrahan pensyarah (brain drain)
Penghijrahan pensyarah institusi pengajian tinggi awam bukanlah satu fenomena yang
baru. Ia telah lama berlaku. Menurut Encik Wan Mokhtar Wan Yusuf ( Y.D.P.
Persatuan Kakitangan Akademik UKM), penghijrahan ini merupakan satu fenomena
biasa yang sering berlaku dalam mana-mana sektor. Penghijrahan ini sepatutnya
dilihat sebagai tuntutan kepada keperluan tenaga pengajar yang bertambah dalam
sektor pendidikan swasta sejajar dengan perkembangan pendidikan negara ini.
Persoalannya apakah penghijrahan pensyarah menjadi satu ancaman kepada
pendidikan di negara ini ? Sudah tentu pasti kerana untuk menghasilkan seorang
pensyarah bukannya satu perkara yang mudah. Institusi pengajian tinggi awam
menghadapi saingan untuk memikat graduan ijazah pertama sewaktu mereka
menamatkan pengajian. Memang tidak dapat dinafikan sektor swasta menawarkan
skim gaji dan beberapa kemudahan yang menarik berbanding dengan apa yang
disediakan oleh institusi pengajian tinggi awam.

Dilihat dari sudut yang lain, kestabilan politik dan kemantapan ekonomi memberi
ruang kepada pensyarah institusi pengajian tinggi awam memilih haluan karier
masing-masing dan tidak bergantung sepenuhnya kepada agensi-agensi yang berada
di bawah naungan Kementerian Pendidikan. Penghijrahan pensyarah bukan sahaja
disebabkan oleh gaji pensyarah yang kecil tetapi juga harus dilihat dari pelbagai sudut
sama ada ia berbentuk peribadi atau sebaliknya. Banyak lagi faktor lain yang dapat
dikaitkan seperti tidak mendapat pengiktirafan pada masa yang diharapkan, rasa
terkongkong dan sebagainya. Penghijrahan pensyarah sebenarnya tidak hanya
tertumpu kepada institusi pengajian tinggi swasta sahaja, malahan ia juga melibatkan
sektor yang lain seperti sektor swasta, sektor kerajaan atau bekerja sendiri.
2. Dominasi Jantina Dalam Profesyen Perguruan
Keunggulan idealisme perguruan di negara ini menjadi semakin malap apabila
profesyen perguruan ini dimonopoli oleh kaum wanita. Trend yang berlaku sekarang
menunjukkan profesyen perguruan pada masa kini dan menjelang pada abad 21 akan
terus dimonopoli oleh wanita. Salah satu implikasi negatif pendominasian gender,
khususnya kaum wanita dalam profesyen ini ialah meluasnya pelbagai perkembangan
yang tidak sihat seperti kenakalan remaja, keruntuhan moral, masalah disiplin,
jenayah berat yang semakin meluas berlaku disebabkan komitmen yang rendah dan
ketidakmampuan guru wanita menangani masalah sosial yang semakin mencabar.
Kekurangan peranan bapa di sekolah serta corak sosialisasi yang lemah sekaligus
menunjukkan profesyen perguruan tidak berkemampuan dalam menangani masalah
asas pendidikan yang dihadapi oleh masyarakat pada masa ini dan menjelang abad ke21. Perasaan ketidakpuasan hati di kalangan guru dalam profesyen perguruan
kebelakangan ini telah meningkat dengan begitu tinggi.
Ini disebabkan meningkatnya beban kerja dan jangkaan yang pelbagai yang dilakukan
oleh guru. Fenomena ini juga mendorong ramai bilangan guru ingin berhenti dan
memohon untuk pilihan bersara daripada profesyen ini. Selain itu, kaum guru tidak
dapat melarikan diri daripada menjadi sasaran kritikan kerana pendidikan adalah
sentiasa terbuka kepada penilaian dan akauntabiliti pelbagai pihak.
Banyak pekembangan terbaru yang berlaku yang memerlukan golongan pendidik di
negara ini lebih bersifat profesional dalam melaksanakan tugas dan menangani
masalah rumit yang berkembang dalam masyarakat sekarang. Kemalangan yang
berlaku dari masa ke semasa mendedahkan golongan pendidik di negara ini dengan
pelbagai tekanan psikologi dan mental yang memerlukan semangat kental dan
kesabaran kaum guru.
3. Peperiksaan Mengikut Keupayaan.
Konsep baru peperiksaan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan yang
memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan, dikira
akan memberi kesan yang luas kepada sistem penilaian dan sistem pelajaran di sekolah.
Konsep yang dicadangkan oleh Menteri Pendidikan, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak ini,
sudah tentu mempunyai implikasi sosial dan moral yang luas kepada perkembangan pelajar.
Murid-murid sememangnya berbeza dari segi kebolehan dan kecerdasan mereka. Ini

menyebabkan sebilangan murid didapati lebih mudah dan cepat menguasai sesuatu pelajaran
dan kemahiran berbanding dengan segolongan lagi murid yang lemah dan lembab.
Banyak faktor yang menyebabkan mengapa perbezaan ini wujud dan memberi kesan pada
pencapaian individu murid. Dari kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan faktor
sosioekonomi khususnya latar belakang keluarga seperti pekerjaan, pendapatan dan
pendidikan ibu-bapa mempunyai kesan yang amat besar kepada pencapaian murid-murid.
Konsep peperiksaan yang memberi peluang pelajar mengambil peperiksaan mengikut
keupayaan yang dicadangkan ini adalah bertujuan menggalakkan pelajar yang pintar dan
cerdik atau murid-murid yang telah pun bersedia boleh mengambil peperiksaan lebih awal
bagi tahap-tahap tertentu.
Isu kritikal di sebalik perlaksanaan sistem peperiksaan ini ialah ia boleh menggoncangkan
sistem persekolahan kerana ia boleh menjadi alat untuk mengukuhkan kedudukan dan
pengaruh golongan elit dan golongan berada mendapat pengiktirafan memihak kepada
kepentingan mereka berbanding anak-anak golongan kurang berada dan golongan miskin.
Liberalisme konsep peperiksaan mengikut keupayaan bagaimanapun dikira akan memberi
peluang kepada pelajar lemah menangguhkan peperiksaan yang sepatutnya mereka duduki
mengikut sistem peperiksaan berjadual sehingga mereka benar-benar yakin dan bersedia.
Soalnya, sehingga bilakah pelajar yang lemah boleh membina keyakinan mereka untuk
menduduki peperiksaan dan adakah mereka yakin mereka akan berjaya dalam peperiksaan.
Peratusan dan bilangan besar pelajar lemah di sekolah didapati tidak mempunyai keyakinan
dan harapan yang mereka akan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Sistem
peperiksaan yang diujudkan juga lebih cenderung untuk mengukur kebolehan dan kecerdasan
yang mirip kepada pelajar berkebolehan tinggi di samping ia mengiktiraf kegagalan pelajar
lemah dan kurang kebolehan dari segi akademik.
Sistem peperiksaan yang dikira liberal ini juga tidak menjadikan sesuatu perubahan kepada
yang berkebolehan rendah. Meliberalisasikan konsep peperiksaan tanpa mengubah rancangan
dan program pendidikan untuk memperbaiki kelemahan akademik golongan berkebolehan
rendah sudah tentu tidak memberi apa-apa makna ke arah merintis masa depan yang cerah
kepada golongan yang berkebolehan rendah.
Selain itu, boleh ditimbulkan satu persoalan disini, apakah falsafah dan rangka ideologi yang
mendasari konsep peperiksaan mengikut keupayaan yang dicadangkan ini ? Adakah ia boleh
dikira satu perubahan yang penting ke arah menyumbang reformasi sistem peperiksaan yang
sedia ada ? Setakat manakah falsafah dan konsep peperiksaan mengikut keupayaan ini
memberi faedah dan mendukung wawasan pendidikan untuk melahirkan warga negara yang
seimbang serta berketrampilan ?
Cadangan dikemukakan bagi menjadikan sistem peperiksaan dan persekolahan dan pengajian
tinggi di negara kita lebih fleksible dengan cara membenarkan pelajar merujuk buku dan
bahan-bahan yang dikirakan penting semasa di bilik peperiksaan. Bagaimanapun ia dianggap
tidak praktikal dari segi keboleh percayaan dan validitinya sesuatu peperiksaan. Idea ini juga
dikira mempunyai kecenderungan mengalakkan pelajar meniru dalam peperiksaan yang sukar
dikesan.

Salah satu amalan negatif peperiksaan mengikut keupayaan ialah menkelaskan pelajar
mengikut kelas dan kriteria baik, sederhana baik, lemah dan sebagainya. Amalan ini juga
dikenali sebagai "streaming" atau pengaliran. Pengaliran biasanya dibuat oleh pihak sekolah
mengikut pencapaian keseluruhan pelajar, dan kedudukannya yang bersiri di kalangan pelajar
di tahap yang sama.
Konsep peperiksaan seperti ini mengalakkan lebih banyak pertumbuhan pusat-pusat tuisyen
yang memberi keuntungan yang lumayan di samping mengekspoitasi murid dan ibu bapa
demi mendapatkan kelulusan yang baik di dalam peperiksaan yang diadakan. Pertumbuhan
pusat-pusat tuisyen adalah satu fenomena yang tidak sihat dan ia mencerminkan kegagalan
sistem pendidikan dan sistem persekolahan di negara ini yang kurang cekap menjamin
kejayaan yang baik di dalam peperiksaan. Selain itu peperiksaan akan mempengaruhi ibu
bapa sehingga boleh memberi tekanan mental dan psikologi kepada anak-anak mereka
semata-mata didorong oleh desakan untuk mencapai kejayaan yanga cemerlang.
Kejayaan di dalam peperiksaan dikira merupakan satu tiket untuk mendapatkan peluang
pekerjaan yang lebih baik di samping untuk mendapatkan tempat memasuki institusi
pengajian tinggi yang begitu berpegang teguh kepada merit dan prinsip kecemerlangan
pencapaian akademik seseorang pelajar.
Dilihat dari perspektif sosiologi, radikal, konsep peperiksaan yang dicadangkan ini akan
mendorongkan kepada satu corak "class struggle" yang lebih ketara yang mencerminkan
realiti keadaan persaingan dan pergelutan masyarakat di luar sekolah. Keseluruhan falsafah,
prinsip, dan proses pendidikan akan terjejas sekiranya sistem peperiksaan yang mendasari
wawasan pendidikan itu menyimpang dari matlamat-matlamat unggul pendidikan untuk
membentuk dan melahirkan insan yangg seimbang dan sempurna yang perlu dilaksanakan
melalui sistem dan proses persekolahan yang progresif dan dinamis.
CADANGAN MENANGANI CABARAN KEARAH MERIALISASI PENCAPAIAN
MATLAMAT PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA.
Meningkatkan profesionalisme perguruan
Adalah amat mustahak diingat golongan pendidik di negara ini perlu sentiasa menghidupkan
motivasi diri dengan menguatkan keazaman dan sedia menghadapi cabaran-cabaran baru,
disamping meningkatkan kewibawaan keilmuan mereka sebagai golongan pendidik yang
dihormati dan disanjungi oleh murid, ibubapa dan masyarakat.
Budaya mengajar yang masih bersifat usang, tradisional dan kurang berkesan menangani
masalah asas pendidikan seperti buta huruf, buta budaya, buta ilmu adalah di antara krisis
pendidikan yang mencerminkan krisis profesionalisme perguruan di negara-negara
membangun khususnya di Malaysia memerlukan resolusi yang lebih redikal dilakukan.
Profesyen perguruan boleh dikatakan tidak banyak mengalami perubahan dari segi inovasi
dari segi teknologi walaupun perkembangan teknologi maklumat berlaku dengan pesatnya
dan dalam sektor-sektor lain.
Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat profesyen di negara ini
perlu di reformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi agen perubahan kepada budaya
literasi teknologi, khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik komputer dan bersikap
terbuka bagi mengembangkan budaya saintifik.

Pendidikan guru perlu di reformasikan bagi menyediakan guru-guru yang berwibawa dengan
ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah pendidikan yang progresif, dapat
mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik untuk membangunkan generasi
muda yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral yang tinggi, bersifat futuristik
dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan. Peranan profesyen perguruan dalam
masyarakat membangun seperti Malaysia menjelang abad ke 21 tidak seharusnya di bataskan
di atas andaian dan pandangan yang sempit. Sebarang langkah bagi mengongkong dan
menyempitkan peranan golongan guru sudah tentu akan merugikan masyarakat dan negara.
Profesyen perguruan harus berkembang dengan lebih pantas dan progresif bagi mencorakkan
perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu segi yang lain, profession
perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadi penyelamat kepada krisis
kemelut sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang sedang bergelut dengan tuntutan
kemajuan dan perubahan. Profesyen perguruan perlu diberi ruang yang lebih terbuka supaya
konsep memasyarakatkan sekolah, murid, pendidikan dan guru boleh memberi faedah yang
besar kepada pembangunan masyarakat setempat.
Pendidikan sebagai asas pembinaan masa depan bangsa dan negara bergantung kepada
profesyen perguruan yang berkembang secara dinamik dan progresif. Profesyen perguruan
yang dinamis perlu melahirkan kepimpinan guru yang berkualiti, sentiasa memperbaiki dan
mempertahankan etika profesionalisme pendidikan, berbanding dengan tugas yang
mengabdikan diri sebagai golongan pendidikan yang berwibawa dan dapat menjadikan diri
sendiri lebih berketrampilan dengan mendokong belajar seumur hidup (life long learning),
belajar untuk mengubah dan belajar untuk berubah.
Usaha-usaha lain sepearti melatih pensyarah bagaimana mengajar di institusi pengajian
tinggi. Langkah ini turut mencadngkan supaya pensyarah-pensyarah universiti mestilah
memiliki diploma pendidikan bagi membolehkan mereka melayakkan diri untuk mengajar.
Walaupun mendapat reaksi yang "panas dan sinis" daripada pensyarah dan professor,
cadangan ini bagaimanapun perlu dianggaap sebagai satu cadangan yang positif bagi
meningkatkan kualiti pengajaran pensyarah dan profesor di universiti khususnya bagi mereka
yang tidak mempunyai pengetahuan pedagogi dan asas kaedah pengajaran.
Mengatasi masalah "Brain Drain" di kalangan pensyarah
Kebanyakkan pensyarah yang memilih kerjaya ini adalah kerana komited dengan apa yang
dilakukan. Penyelidikan menjadikan visi hidup mereka. Kerjaya sebagai pensyarah
mempunyai banyak insrintik yang terus menambat hati pensyarah agar terus kekal di institusi
pengajian tinggi.
Namun apa yang menyebabkan wujudnya masalah 'brain drain' antaranya ialah layanan yang
mereka terima berbanding dengan pensyarah yang berrkhidmat di luar negara. Wan Mokhtar
mempersoalkan apakah adil hanya menggangapkan pensyrah yang berkhidmat di luar negara
ditawarkan dengan gaji yang berlipat ganda apabila kembali ke Malaysia, sedangkan antara
keduanya mempunyai kemahiran dan pendedahan yang sama.
Dalam menangani isu ini, ia melibatkan banyak pihak. Namun begitu ia bukanlah sesuatu
perkara yang sukar. Kerajaan sebagai tunggak, hendaklah peka dengan keperluan dan
tuntutan semasa institusi pengajian tinggi awam agar penghijrahan keluar pensyarah dapat di

atasi. Jangan biarkan pensyarah meminta-minta hak mereka kerana martabat pensyarah amat
tinggi kedudukannya.

Memperbaiki Kualiti Sistem Peperiksaan


Adalah penting langkah dan strategi pembaharuan dilakukan oleh Kementerian Pendidikan
bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem peperiksaan. Sistem peperiksaan yang
dibentuk bukan sahaja perlu menguji kebolehan akademik semata-mata tetapi keseluruhan
aspek perkembangan dan kualiti serta potensi individu sejajar dengan falsafah pendidikan
negara.
Peperiksaan yang menekankan kepada kecemerlangan akademik semata-mata tidak memberi
gambaran menyeluruh terhadap perkembangan pelajar. Selain itu, langkah-langkah perrlu
dibuat bagi memperbaiki kualiti dengan menekankan aspek-aspek kognitif dengan menguji
kebolehan pelajar dari segi pemikiran kritis, rasionaliti, logik, pertimbangan dan nilai,
ketepatan fakta, penyelaisaian masalah, aplikasi, membuat penilaian dan sebagainya.
Konsep peperiksaan berterusan dalam konteks sekolah perlu di ambil kira sebagai kriteria
keseluruhan mengukur perkembangan masyarakat yang sihat, berdaya maju dan cemerlang di
samping memberi peluang kepada kepada setiap orang untuk mencapai rasa kejayaan dan
penghargaan diri.
Perubahan asas dalam sistem pendidikan perlu dibuat. Perubahan ini bukan bersifat kosmetik
tepi perubahan substantif supaya kurang berorientasikan peperiksaan. Antaranya cadangan
supaya tiga peperiksaan sekolah menengah dikurangkan kepada dua. Ini akan mengurangkan
tekanan.
Antara perubahan tersebut ialah membolehkan kegiatan ko-kurikulum diambil kira untuk
memasuki universiti. Ketika ini sepuluh peratus daripada nilai markah kemasukan universiti
datangnya daripada aktiviti ko-kurikulum. Apabila kita berubah kepada sekolah bestari nanti,
penekanan akan diberikan kepada soal penguasaan ilmu dan kemampuan pelajar mengikut
kemampuan sendiri iaitu konsep kendiri.
KETERSEDIAAN PENDIDIK MENGHADAPI REFORMASI PENDIDIKAN
Golongan pendidik adalah murabi dan ahli ilmu yang membimbing manusia kejalan yang
betul dalam pegangan hidup, kerohanian, akhlak dan bidang ilmu yang berfaedah. Mereka
bertanggungjawab mendidik pelajar mengenal dan menghayati nilai kebenaran, keindahan
dan keadilan dengan spektrumnya yang seimbang dan benar, sesuai dengan potensinya
sebagai khalifah Allah dan hambanya. Dalam menuju alaf baru pendidikan bertaraf dunia
paradigma pendidikan perlukan anjakan yang dapat mendorong para pendidik memainkan
peranan mereka dengan lebih agresif dan progresif. Paradigma pendidikan perlu diubah
daripada menerima kepada mencipta atau mencari, daripada ketaatan kepada komitmen ,
daripada individu kepada perkongsian, daripada rutin kepada inovatif dan kretif, daripada
reaktif kepada proaktif dan daripada pasif kepada progresif.
Sebelum perlaksanaan reformasi dibuat secara total ke atas sistem pendidikan negara, apakah
semua yang akan terlibat dalam mendokong dan melaksanakannya telah tersedia?

Kementerian Pendidikan perlu terlebih dahulu memastikan semua dalam keadaan bersedia
bagi mendokong semua dasar atau sistem baru yang lebih futuristik.
Janganlah semua kesilapan seperti pengenalan kurikulum baru sekolah rendah (KBSR),
subjek alam dan manusia (ADM), dasar disiplin dan sistem kenaikan pangkat baru
berdasarkan kepada kelayakan akademik berulang lagi - kasihan generasi remaja kita yang
menjadi mangsa kerana impak dari kesilapan penghitungan dalam menanam modal
dalam"komoditi pendidikan", ia akan memberi impak jangka panjang. Sebagai contoh, hasil
daripada kegagalan KBSR dan subjek ADM yang dilaksanakan 10 tahun dahulu, bahangnya
kita dapat rasai kini dengan kurangnya pelajar kita (melayu khususnya) yang berminat unutk
memilih sains sebagai bidang pilihan mereka di IPT.
Pendidikan telah mempunyai agendanya untuk menubuhkan Sekolah Bestari, Pendidikan
Bertaraf Dunia, Guru Bertaraf Dunia dan berbagai lagi yang akan bertaraf dunia.
Persoalannya, apakah semua kominiti guru telah bersedia untuk mengikut arus reformasi
yang akan mendatang dalam era pasca Teknologi Maklumat masa kini ? Ada baiknya
fenomena ini dibetulkan terlebih dahulu sebelum memikirkan reformasi pendidikan secara
total. Janganlah anjakan paradigma itu dibuat berkelompok-kelompok, biar ia menyeluruh
kepada semua golongan pendidik. Kerana mereka inilah yang akan membina asas-asas yang
mantap dan teguh.

Kesimpulan
Dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan masyarakat
mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita perlu bekerjasama dan
berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi untuk
melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif
dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara. Sebagai golongan bukan
pendidik, kita janganlah meletakkan seluruh tanggungjawab ini hanya kepada golongan
pendidik sahaja, tetapi haruslah memberikan komitmen yang menyeluruh dan bersepadu.

Anda mungkin juga menyukai