Anda di halaman 1dari 2

NILAI MURNI PENYULUH HIDUP

- PETRUS LANG AK LANTING -

SK ULU MACHAN

Sejambak kasih, seharum kasturi buat saudara peneraju agenda,


kombinasi kehakiman yang pintar laksana,
penjaga masa yang setia,
guru-guru pemangkin intelek bangsa,
seterusnya teman-teman segandingan.

NILAI MURNI PENYULUH HIDUP frasa indah tajuk pidato saya pada hari ini.

Nilai jujur, ikhlas, amanah, adil, bijaksana dan umpamanya terkandung maksud
yang diperlukan oleh fitrah manusia. Kasih sayang dan percaya antara satu sama
lain terbina atas asas ini.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kesedaran tentang nilai murni perlu disemai dan dibajai dari zaman kanak-kanak
lagi. Ibu bapa, guru-guru dan masyarakat berperanan dalam memberi teladan
kepada kanak-kanak agar mereka dapat mengamalkan nilai murni yang
ditonjolkan. Ini kerana, mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan
warna-warna nilai yang baik. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari
rebungnya.

Selain itu, nilai murni perlu diterapkan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru
dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan sahaja dari segi
intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani.

Hadirin sekalian,

Berteraskan pidato saya, Nilai Murni Penyuluh Hidup dalam kehidupan


akan melahirkan insan yang bercakap benar. Jika kebenaran yang disampaikan,
maka kebenaran juga yang diterima.apabila kita berdusta, maka ia akan
memudaratkan diri dan orang lain.

Bagi orang Islam umpamanya, nilai Islamik menjadi sumber ukur tara dijadikan
pedoman. Percakapan tidak membolehkan pembohongan berlaku kerana ianya
satu dosa.

Oleh itu, kita seharusnya ingat-mengingati bahawa nilai murni dapat menjadikan
seseorang itu dihormati serta dapat menyumbang ke arah pembangunan
masyarakat. Ianya merupakan asas atau jambatan kepada pelajar yang masih di
bangku sekolah dalam membentuk perwatakan dan disiplin diri yang tinggi dan
mulia.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai