Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih buat saudari peneraju majlis, jemaah hakim yang

berintegriti, warga pendidik yang disanjungi, seterusnya rakan-


rakan seperjuangan yang dihormati. Assalamualaikum, salam
perpaduan dan salam keilmuan. Nilai murni membentuk jati diri
merupakan tajuk pidato yang dikupas pada hari ini.

Hadirin yang bervisi, jati diri didefinisikan sebagai sifat atau


ciri yang unik dan istimewa yang menjadi teras dan lambang
keperibadian seseorang individu sesuatu bangsa dan
sebagainya,atau disebut jua identiti,Kamus dewan 2007. Jati diri
mempunyai kaitan dengan akhlak seseorang. Tanpa akhlak mulia,
jati diri tidak dapat dibentuk dengan baik.

Manakala nilai murni merupakan salah satu elemen penting


dalam pembentukan jati diri kanak-kanak. Penjelasan sufian 1989
membuktikan bahawa perlakuan yang baik dapat dipupuk melalui
nilai murni. Hadirin yang dihormati, statistik polis diraja Malaysia
Bukit aman melalui berita harian online 2011 menunjukkan salah
laku jenayah melibatkan kanak-kanak seawal usia 7 tahun, justeru
itu, amat wajar akhlak mulia dipupuk dan disemai seusia rebung
lagi.

Warga dewan yang prihatin, ugkapan pantun berikut


menggambarkan sifat budi pekerti dan budi bahasa :

Yang kurik itu kundi,

Yang merah itu saga,

Yang elok itu budi

Yang indah itu bahasa.

Pantun tersebut menjelaskan kepentingan budi dalam


masyarakat melayu. Nilai yang ada dalam budi itu dibawa hingga
ke mati menunjukkan keperibadian masyarakat melayu
mementingkan nilai-ni murni yang mendorong kehidupan saling
melengkapi dan bekerjasama antara satu sama lain.
Keluarga merupakan ejen sosialisasi utama yang mampu
mendidik dan megajar anak-anak menjadi angota masyarakat yang
mempunyai keperibadian luhur, suci dan terhindar dari gejala tidak
sihat seperti penyalahgunaan dadah,merompak dan berpeleseran.
Untuk menyemai jati diri, pendedahan awal perlu diberikan bak kata
pepatah ‘melentur buluh biar daripada rebungnya‘. Pendidikan
agama yang mantap dirumah amatlah penting malah ibu bapa harus
menjadi contoh kepada anak-anak dengan menunjukkan nilai-nilai
positif dalam keluarga.

Pepatah melayu ada mengatakan, bagaimana acuan,


begitulah kuihnya. Hadirin sekalian , sekolah memainkan peranan
penting dalam membentuk dan menyemai jati diri dalam kalangan
pelajar. Pendidikan sivik dan kenegaraan merupakan matapelajaran
yang menerapkan nilai murni dalam diri pelajar. Melalui pendidikan
terbentuklah satu generasi muda yag mempunyai jati diri. Aktiviti
kokurikulum di sekolah atau kementerian Belia dan Sukan dapat
melatih pelajar dan remaja menjadi insan yang tabah serta
berpotensi tinggi menjadi pemimpin pada masa hadapan. Manakala
aktiviti pasukan pakaian seragam mampu membentuk imej dan
identiti pelajar dan remaja .

Hadirin sekalian, jelaslah bahawa nilai murni membentuk jati


diri merupakan elemen penting untuk melahirkan seorang insan
yang berakhlak mulia. Sekian, wabillah hitaufik walhidayah
wassalamu alaikum warrohmatullohi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai