Anda di halaman 1dari 5

JATI DIRI ASAS KECEMERLANGAN PELAJAR.

Bismilahhiramannirahim.

Kalau tidak kerana bintang,


Tak akan bulan kelihatan tinggi ,
Kalau tidak kerana pidato,
Tak akan saya berada disini.

Datang bahtera dari Medan ,


Singgah sebentar di laluan Kerai,
Salam satu Malaysia saya hulurkan ,
Kepada warga dewan pembuka tirai.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagi
bijaksana yang sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga masa yang sentiasa
peka dengan detik jamnya, para peserta yang saya kagumi serta hadirin dan hadirat yang
saya hormati.

Jauh berlayar si pedagang Cina ,


Singgah di Melaka menjual sutera .
Bahasa melayu bahasa perantara ,
Tonggak utama perpaduan negara.

Sejambak mawar, seharum kasturi buat peneraju majlis, saf hakim yang sentiasa cakna
dengan keadilan dan berintegriti, saudara penjaga masa yang cakna dengan randiknya,
warga pendidik yang bermisi, seterusnya warga intelektual penerus wawasan pelajar.

Jati diri asas kecemerlangan pelajar. Begitu indahnya bunyi mauduk pidato yang
bakal disajikan buat santapan minda warga merdeka dan bakal menitip di bibir saya.
Justeru mari kita bermula dan merungkai idea yang tersirat mahu pun pidato yang
tersurat.

Hadirin yang dihormati,

Untuk memulakan arena pidato dan hujah saya lebih molek jika saya memberi
definisi secara perspektif utama iaitu menurut kamus Dewan edisi ke-4, Jati membawa
maksud sejati, asli, murni tulen atau tidak bercampur. Diri pula bermaksud batang tubuh
atau orang perseorangan yang mempunyai badan. Maka, Jati Diri adalah sifat
keperibadian atau ciri yang unik, utuh dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya dan
agama yang menjadi teras serta lambang keperibadian seseorang individu atau
sesuatu bangsaJati diri merujuk kepada ciri-ciri yang membezakan sesuatu kumpulan
manusia dengan kumpulan manusia lain.tidak ada jalan yang singkat untuk mencapai
sesuatu matlamat, melainkan semua individu harus bersedia dengan disiplin diri dan
tekad yang terancang serta usaha yang bersungguh-sungguh.

Indikator saya yang pertama di bawah lembayung kata PERWATAKAN


MEMPENGARUHI JATI DIRI.
Jati diri boleh dibahagikan kepada perwatakan yang nampak seperti pakaian dan
perwatakan tidak nampak membabitkan emosi atau karakter seseorang hasil dan
terbentuk daripada latar belakang keluarga serta persekitaran. Perwatakan nampak dan
tidak nampak itu menentukan keterampilan individu yang mewakili bangsa, budaya,
etnik seterusnya diperkenalkan sebagai jati diri Malaysia. Sebagai contoh, baju
kebangsaan tidak dikaitkan dengan emosi dan perwatakan kerana semua rakyat
negara ini tidak kira bangsa memakai baju kebangsaan. Ini menunjukkan hidup yang
sopan santun melalui pakaian saja. Individu perlu menguatkan jati diri dengan
mengamalkan cara hidup bangsa Malaysia antaranya bertutur secara halus dan
bersopan terutama ketika berinteraksi dengan orang tua dan sesama rakan. Jika di
kampung individu boleh mengamalkan gaya hidup bersopan santun, perlakuan itu
sepatutnya terus kekal ketika berada di universiti mahupun dalam kalangan
masyarakat, bukan mengubah gaya hidup yang bercanggah dengan jati diri sebagai
pelajar.Justeru, kita harus menganjurkan aktiviti untuk memastikan jati diri dan
semangat patriotisme terus tumbuh segar dalam diri setiap individu seperti
mengadakan program memakai baju kebangsaan di institusi pengajian tinggi.

Sidang dewan yang dihormati,

Indikator yang ke-2 berdasarkan kata kunci, PENGEMBANGAN PE RIBADI DALAM


MEMBENTUK JATI DIRI UNTUK KECEMERLANGAN PELAJAR.

Globalisasi yang bercanggah dengan jati diri pada masa kini telah mengugat usaha
membina pelajar yang cemerlang sehingga berlakunya kecelaruan dalam menetapkan
identiti sesuatu bangsa. Justeru, kefahaman mengenai maksud jati diri perlu
dikemukakan kepada semua pihak terutama generasi muda supaya perkataan besar
yang membawa maksud pelbagai itu dapat difahami seterusnya diterjemahkan dalam
setiap aspek kehidupan rakyat pelbagai bangsa di negara ini untuk membina negara
bangsa Malaysia. Sebagai contoh, jati diri generasi muda kini semakin terpinggir
menyebabkan mereka dilihat tidak memiliki keyakinan diri hingga ada sesetengahnya
terjebak dalam krisis identiti. Tafsiran jati diri yang mereka anggap ialah sekadar
mempunyai kad pengenalan sahaja. Malah jati diri sebenarnya untuk menjadi insan
yang berdisiplin dan memiliki daya ketrampilan.

Indikator saya yang ke-3 berdasarkan kata kunci, SEMANGAT PATRIOTISME JUGA
DIPERLUKAN DALAM MEMBENTUK JATI DIRI.

Remaja perlu menguasai setiap ilmu yang mereka pelajari demi memastikan ilmu itu
bukan sekadar dipelajari untuk lulus peperiksaan sebaliknya dimanfaatkan demi
membangun diri, bangsa dan negara. Semangat patriotisme perlu diterapkan dalam
jiwa setiap individu untuk memupuk sifat sayangkan negara kerana seseorang individu
yang patriotik menjadi ikon kepada bangsanya sendiri. Selain tumpuan kepada jurusan
bidang pengajian, remaja juga bertanggungjawab pastikan keperibadian mencerminkan
semangat serta jiwa bangsa negara ini diperlihatkan dalam kehidupan seharian mereka.
Semangat perpaduan yang menjadi antara nilai terkandung dalam gagasan 1Malaysia
yang sudah tertanam dalam hubungan antara remaja berbilang bangsa yang menjadi
warga berilmu perlu di baja supaya terus semarak.Memahami konsep jati diri bangsa
Malaysia bukan boleh dicapai dalam tempoh singkat. Banyak yang perlu dipelajari dan
semua pihak perlu mengambil inisiatif supaya jati diri bangsa Malaysia menjadi amalan
yang diterjemahkan dalam semua aspek kehidupan rakyat negara ini.

Indikator terakhir saya berdasarkan kata kunci, INDIVIDU BERINTELEK DAPAT


MEMBENTUK JATI DIRI UNTUK KECEMERLANGAN PELAJAR.

Individu yang berilmu akan berubah sikap, pandangan alam serta pemikirannya.
Individu dapat mengimbangi ilmu sekular dengan ilmu keagamaan. Kemantapan
kurikulum memang direncanakan untuk mencorak dan melahirkan individu-individu
yang bukan sahaja berilmu tinggi dalam pelbagai aspek akan tetapi berakhlak mulia lagi
terpuji. Demikianlah nanti akan terbentuknya masyarakat yang tidak jumud dari segi
pemikirannya, nilai, sikap, budaya serta jati dirinya. Perkara ini dapat digambarkan
apabila pelajar cemerlang SPM 2007 iaitu Azali Azlan percaya akan sikap kesabaran
amat penting dalam menimba ilmu bagi menghadapi cabaran yang penuh dengan
pancaroba pada masa akan datang. Selain itu, jiwa individu yang sentiasa hidup
dengan progresif dan dinamik serta dapat membentuk jati diri untuk mencemerlangkan
negara. Individu tidak seharusnya hanya belajar untuk kejayaan mereka semata-mata,
namun kita perlu berpandangan jauh untuk bersama-sama meredah ranjau globalisasi.

Hadirin yang penuh santun,

Sebelum akhir kalam, dalam proses pembentukan insan yang seimbang dan
harmonis individu harus mempunyai tekad dan azam untuk menjadi bangsa atau umat
penyumbang aset negara. Tidak ada jalan pintas untuk mencapai matlamat tersebut,
melainkan semua individu harus bersedia dengan disiplin diri dan tekad yang yang
terancang serta usaha yang bersungguh-sungguh. Individu yang syumul perlu memiliki
ketahanan diri untuk menghadapi segala onak dan duri hidup dalam menerajui visi
negara. Percayalah, asas inilah yang menjadi asas terbaik dalam pembangunan modal
insan yang seimbang supaya para individu bakal menjadi warga pemyumbang bukan
saja terhadap negara Malaysia yang dicintai tetapi merealisasikan aspirasi negara.
Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, saya memohon seribu kemaafan jika ada tersalah
atau tersilap bahasa, sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai