Anda di halaman 1dari 11

Peranan Nilai-Nilai Murni Dalam Mempersatukan Masyarakat Majmuk. Kajian Di Daerah Tumpat,Kelantan.

BAB 1

Pengenalan

Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa seperti Melayu, Cina, India, Siam, dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan masing-masing mempunyai pelbagai budaya dan agama. Bangsa setiap kelompok masyarakat mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Dasar-dasar kerajaan jelas seperti yang terkandung dalam wawasan 2020 iaitu dasar integrasi nasional memperlihatkan usaha kerajaan untuk membina bangsa Malaysia agar lebih cemerlang gemilang dan terbilang. Walaupun demikian banyak kejadian-kejadian menjurus ke arah negatif di mana gejala sosial dikalangan masyarakat amat membimbangkan terutama kes bunuh dan rogol. Hal ini menunjukkan masyarakat seolah-olah kehilangan pedoman dan arah tuju yang sebenar. Kajian yang dilakukan ini akan membincangkan tentang peranan nilai-nilai murni dalam mempersatukan masyarakat majmuk yang wujud di salah satu daerah dalam negeri Kelantan. Apa yang penting, hala tuju masyarakat menjadi kucar kacir ekoran daripada ketandusan dari segi penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat tidak mengira usia atau peringkat umur lebih-lebih lagi dalam era ICT yang boleh dilayari pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Apa yang penting ilmu yang yang ada harus digunkan dengan bermanfaat bagi

kesejahteraan bukan untuk kehancuran. Seperti pepata arab mengatakanilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbua. Perdana Menteri juga ada menyatakan Nilai-nilai Islam yang hendak diserapkan ialah nilainilai yang akan berjaya mendirikan sebuah kerajaan yang cekap dan berkemampuan mentadbir secara berkesan dari segi keamanan. Keselamatan dan pembangunan yang mampu menyaingi pemerintahan-pemerintahan lain.

Latar Belakang Kajian

Nilai memang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia kerana sebagai inan yang rasional dan aktif berfikir akan sering memuat pertimbangan. Ia dimanifestasikan secara konkrit melalui tingkahh laku, pertuturan, daya usaha dimana semuanya tergabung bagi membina cara hidup seseorang manusia. Nilai juga merupakan idea-idea yang dikongsi oleh masyarakat tentang apa yang baik, betul dan dikeendaki. Ia berbentuk abstrak. Nilai sesuatu masyarakat itu penting kerana ia mempengaruhi pertauran panduan tingkah laku manusia di dalam situasi tertentu. Contohnya, ketika orang tua bercakap, anak-anak dilarang menyampuk percakapan orang tua kerana ia kurang sopan. Penghayatan nilai-nilai murni terkandung di dalam setiap ajaran agama yang wujud di dunia. Masyarakat Malaysia sering ditakrifkan sebagai masyarakat majmuk (Ahmad Fawzi Basri dan Abdul Halim Ahmad 1987: ix). Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada

pelbagai budaya dan agama sememangnya mempunyai nilai-nilai murni yang amat tinggi. Kesemua agama memberi pelbagai pengajaran terhadap soal moral, akhlak dan kemanusiaan serta pemeliharaan alam. Sekiranya nilai-nilai murni ini dalam masyarakat dihayati satu

persatu maka masyarakat akan hidup aman dan tenteram. Penghayatan nilai murni dalam pelbagai agama dan budaya akan membawa kita kepada kehidupan yang bertamadun dan secara tidak langsung ianya akan bertindak sebagai pemangkin kepada keutuhan nilai murni dalam masyarakat yang berbilang bangsa ini. Frakler (1980) menyatakan nilai ialah pengabstrakan idea atau konsep yang dimiliki, ditunjukkan dan diterima oleh seseorang tentang apa yang dianggap penting untuk kehidupan. Manusia dapat mengklasifikasikan sesuatu nilai berdasarkan tingkah laku dan tanpa penuujukkan tingka laku maka seseoang itu tidak dapat menunjukkan nilai yang ada pada dirinya. Oleh itu, tingkah laku adalah cerminan nilai yang ada pada diri seseorang. Contohnya, seseorang itu hanya membelanjakan wang untuk membeli apa yang benar-benar diperlukannya. Ini menunjukkan dia mempunyai sifat berjimat cermat dan nilai ekonomi. Selain itu, Iqbal et al.(1992) pula menjelaskan, nilai-nilai murni merupakan satu tanggapan bagi menetukan perkara yang baik, luhur dan mulia. Pada asasnya, nilai adalah nilai-nilai yang bersifat keagamaan dan keroanian. Setiap agama di dunia ini mementingkan dan menekankan aspek yang baik dan tiada agama yang menjurus kepada kemungkaran dan kejahatan. Bercakap bohonh, satu perbuatan yang tidak sihat dan semua agama menegaskan bahawa sesiapa yang suka bercakap bohong akan mendapat kesusahan dan dosa serta mereka ini golongan yang tidak boleh dipercayai. Jika sesuatu nilai itu memberi kesan yang positif, keuntungan dan kepentingan mak seseorang individu itu akan menganggap bahawa sesuatu nilai itu adalah baik bagi dirinya. Bercakap bohong, satu perbuatan yang salah maka orang akan mengelakkan diri daripada bercakapbohong, nanti akan memudaratkan diri. Keruntuhan moral serta krisis nilai yang dihadapi oleh generasi sekarang adalah disebakan oleh kurangnyateladan yang baik yang boleh dijadikan asas pedoman untuk memilih jalan dan gaya hidup ke arah kesempurnaan, berhemah dan bermoral tinggi. Abd.

Rahim (1993) menjelaskan lagi bahawa nilai murni merupakan asas bagi membina individu dan masyarakat yang sejahtera yang bebas daripada penyakit sosil dan krisis moral. Kemerosotan nilai-nilai murni telah menyebabkan meluasnya pelbagai gejala keruntuhan moral dalam masyarakat. Masyarakat juga akan hilang pedoman dan hala tuju dalam mengejar kemajuan dan perubahan. Pengaruh kebendaan dan nilai liberal menyebabkan meningkatnya krisis moral yang sukar dibendung dan diatasi. Masyarakat perlu mempertahankan nilai-nilai murni bagi mengelakkan berlakunya gejala keruntuhan moral dan sosial yang semakin serius kini. Nilai-nilai kerohanian perlu dipupuk bagi menguatkan ketahanan moral diri dalam menghadapi pengaruh buruk yang meluas dalam masyarakat. Oleh itu, peranan nilai-nilai murni ini begitu penting kerana ia mampu membendung dari berlakunya perselisihan faham atau keruntuhan akhlak di dalam kalangan masyarakat majmuk kini. Menurut Bohiyah (1998), masalah keruntuhan akhlak dan krisis moral adalah berpunca daripada tipisnya pengetahuan nilai-nilai murni dalam masyarakat kita pada masa kini. Segelintir daripada masyarakat kita tidak rela mengamalkan nilai-nilai murni. Mereka lebih mementingkan kesenangan diri daripada menghormati etika dan nilai-nilai murni (Ahmad,1999). Nilai-nilai murni merupakan satu unsure yang penting kerana ia menggambarkan ketulusan nilai yang dibawa ataupun makna yang dipegang oelh seseorang dalam kehidupan. Sehubungan dengan itu, peranan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian kita kerana ia boleh mempersatukan masyarakat yang berbilang bangsa yang ada dalam negara ini. Dalam majlis pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni yang diadakan pada 11 Januari 2005, mantan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyatakan bahawa: Budaya dan sistem nilai itulah yang sebenarnya menjadi kayu ukur dan mercu tanda sesebuah negara maju.

Penyataan tersebut telah menunjukkan bahawa peranan nilai-nilai murni adalah amat penting dalam mencapai kemajuan negara kia dan juga Wawasan 2020 nanti. Aspek dalaman atau aspek peribadi adalah perlu untuk menjadikan masyarakat kita sebuah masyarakat yang benarbenar bertamadun. Penghayatan nilai-nilai murni akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Selain daripada itu, ianya juga dapat menjadikan bangsa itu terhormat lagi disegani. Sejarah telah mencatatkan kecermelangan tamadun Andalusia kerana meletakkan prinsip-pronsip akhlak dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam setiap bidang kehidupan yang merangkumi perundanga, kesenian, sastera selain budaya serta ekonomi dan politik (Alan, 2005).

Obejektif Kajian

Dalam menjalan sesuatu kajian, pengkaji telah menetapkan beberapa objektif kajian haruslah diberi perhatian memandangkan ia berfungsi sebagai satu rangka rujuk bagi memastikan pelaksanaan kajian dapat dijalankan dengan lancar dan sistematik. Objektif ini juga bertujuan bagi memastikan kajian yang dijalankan menepati segala objektif yang ingin dicapai sepanjang kajian dijalankan. Oleh hal yang demikian,pengkaji telah menetapkan beberapa objektif yang mesti dicapai dalam kajian ini bagi bertujuann mengukur sejauh mana kejayaan yang dilakukan. Antara objektifnya ialah:

i. ii. iii.

Mengenalpasti jenis nilai-nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat majmuk. Mengenalpasti kaedah penerapan nilai-nilai murni dalam masyarakat majmuk. Mengetahui tahap penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat majmuk.

iv.

Mengkaji kekerapan penerapan nilai-nilai murni yang digunakan seharian dalam kalangan masyarakat majmuk.

Persoalan Kajian

Dalam mnjalankan kajian ini, pengkaji telah menetapkan beberapa persoalan kajian dimana harus diberi perhatian memandangkan ia berfungsi sebagai satu rangka rujuk bagi memastikan pelaksanaan kajian dapat dijalankan dengan lancar dan sisematik. Persoalan ini juga bertujuan untuk memastikan kajian yang dijalankan menepati segala objektif yang ingin dicapai sepanjang kajian dijalankan. Oleh hal yang demikian, pengkaji telah menetapkan beberapa persoalan yang mesti dijawab dalam kajian ini bagi bertujuan mengukur sejauh mana kejayaan kajian yang dilakukan. Untuk mencapai objektif kajian ini, maka beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh responden iaitu: i. ii. Apakah tahap penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat majmuk? Sejauhmanakah penerapan nilai-nilai murni yang digunakan seharian dalam kalangan masyarakat majmuk? iii. iv. Apakah jenis nilai-nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat majmuk? Apakah kaedah penerapan nilai-nilai murni dalam masyarakat majmuk?

Kepentingan Kajian Mencari Peranan Nilai-Nilai Murni Dalam Masyarakat i. Kajian yang dijalankan amat penting kerana dapat melihat nilai-nilai murni yang sering diamalkan oleh masyarakat majmuk di daerah Tumpat yang dapat memberi kesan positif terhadap masyarakat itu sendiri. ii. Kajian terhadap peranan nilai-nilai murni dalam masyarakat juga akan dapat membantu semua pihak untuk mengambil tindakan bagi memupuk nilai-nilai murni yang ada dalam masyarakat majmuk.

Mencari Kaedah Dalam Mempersatukan Masyarakat Majmuk i. Kajian yang dilakukan ini akan dapat membantu pihak tertentu dalam mencari kaedah yang bersesuaian dalam menyatupadukan masayarakat majmuk yang berbilang bangsa ini dalam mengekalkan nilai-nilai murni antara mereka sendiri. Pengkaji berharap kajian yang dilakukan ini akan dapat memberikan sedikit info yang berguna kepada semua pihak untuk menyatupadukan masyarakat majmuk yang ada dalam negara ini. ii. Kajian yang dijalankan inimampu sedikit sebanyak untuk membantu bagi mencari kaedah yang bersesuaian dalam memeprsatukan masyarakat majmuk. Pengkaji juga berharap supaya hasil daripada kajian ini akan dapat digunakan untuk mengesan cara awal bagi mempersatukan masyarakat yang ada dalam negara ini bagi mengelakkan dari berlakunya pekara yang tidak dingini.

Sebagai Rujukan Kepada Kajian Yang Akan Datang i. Kajian yang dilakukan ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pengkaji lain yang ingin melakukan kajian ini yang sama ataupun kajian yang hampir yang sama. Pengkaji amat berharap kajian ini akan dapat sedikit sebanyak membantu pengkaji lain untuk mendapatkan input yang berguna bedasarkan kajian ini.

Batasan Kajian

i.

Penyelidikan hanya dilakukan di sebuah daerah di negeri Kelantan iaitu daerah Tumpat kerana di daerah tersebut masyarakatnya terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.

ii.

Kajian hanya dilakukan dalam daerah itu sahaja. Selain daripada yang yang dinyatakan tidak akan diambil sebagai sampel. Bilangan masyarakat yang ramai menyebabkan hanya sebilangan sahaja masyarakat yang akan dipilih sebagai sampel.

iii.

Seramai 80 orang masyarakat yang berbilang bangsa dan agama akan diambil sebagai sampel untuk kajian ini. Sampel akan diambil secara rawak yang terdiri daripada beberapa orang masyarakat yang terdiri daripada pelbagai umur.

iv.

Kajian ini hanya menggunakan tiga alat untuk pengumpulan data, iaitu temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Fokus kajian ini pula menggunakan kaedah kajian secara kualitatif.

Definisi Istilah Yang Digunakan Dalam Kajian Peranan Peranan berasal dari kata peran. Peran memiliki makna yaitu seperangkat tingkat diharapkan yang dimiliki oleh yang berkedudukan di masyarakat. (Kamus Besar Bahasa Indonesia, 2007: 845) peranan adalah bagian dari tugas utama yang harus dilksanakan. Nasution (1994: 74 ) menyatakan bahwa peranan adalah mencakup kewajiban hak yang bertalian kedudukan. Lebih lanjut Setyadi (1986 : 29 ) berpendapat peranan adalah suatu aspek dinamika berupa pola tindakan baik yang abstrak maupun yang kongkrit dan setiap status yang ada dalam organisasi. Usman (2001 : 4 ) mengemukakan peranan adalah terciptanya serangkaian tingkah laku yang saling berkaitan yang dilakukan dalam suatu situasi tertentu serta berhubungan dengan kemajuan perubahan tingkah laku. Berdasarkan beberapa pendapat diatas dapat disimpulkan bahwa peranan adalah suatu pola tindakan yang dilakukan oleh aparat desa baik secara individual maupun secara bersama-sama yang dapat menimbulkan suatu peristiwa.

Nilai Murni Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai:

"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia" (Wan Mohd. Zahid, 1988) Secara keseluruhannya, ia merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh pelajar dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara rasminya diberi penekanan ialah melalui Lapuran Kabinet (Lapuran Mahathir 1979), 1989. Semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin Kementerian Pendidikan beliau membuat penyataan mengenai FPN & KBSM yang mana menyelitkan isu-isu nilai murni untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani.

Masyarakat Majmuk Masyarakat majmuk menurut kamus dewan membawa maksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum. Definisi masyarakat majmuk mengikut J.S Furnival merujuk kepada pelbagai jenis manusia yang bercampur tetapi tidak bersatu. Mereka hidup berdekatan tetapi terpisah dalam sistem politik yang sama. Masing-masing berpegang kepada kebudayaan,agama, bahasa, idea dan kaedah sendiri. Mereka berinteraksi secara minima dalam urusan tertentu seperti di pasar tetapi kemudian balik ke kelompok masing-masing. Pekerjaan juga dibahagikan mengikut garis perkauman.

Kesimpulan
Penghayatan nilai-nilai mumi oleh masyarakat majmuk perlu diteruskan dan dipupuk agar diamalkan bagi membendung serta mengatasi gejala sosial dalam masyarakat hari ini. Kesemua agama dan budaya masyarakat yang merupakan entiti terbesar dalam negara kita iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain menyeru serta mengajak penganutnya agar berakhlak mulia. Ketiadaan penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat menyebabkan perilaku mereka menjurus ke arah negatif. Kerajaan telah berusaha dalam menangani permasalahan tersebut dan sentiasa menyuburkan serta membuka ruang perbincangan dan percambahan minda agar masyarakat sedar tentang tanggungjawab masing-masing. Oleh sebab itu setiap warganegara Malaysia perlu menghayati nilai-nilai positif yang ada dalam ajaran agama masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai