Anda di halaman 1dari 25

1.

0 KAMPEN BUDI BAHASA

Budi bahasa lazimnya merujuk kepada tuturkata, kelakuan, sopan santun,

tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang bercantum dalam kata-kata

akhlak mulia. Tegasnya setiap gerak laku, tuturkata, tatahidup, pemikiran dan perasaan

yang baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat yang

terangkum dalam konsep budi bahasa.

Konsep-konsep lain yang berkaitan dan melengkapi dengan nilai budi bahasa

termasuklah mulia, adil, berani,setia dan lain-lain lagi. Manakala nilai dapat kita ertikan

sebagai konsep yang dijadikan asas oleh masyarakat tempatan untuk menilai dan

mengukur atau membuat pilihan serta keputusan terhadap sesuatu perkara, darjat, mutu,

kualiti, taraf perilaku dan benda mengenai seseorang atau satu kelompok orang yang

baik, berharga, dan bernilai.

Kedua-dua konsep diatas terangkum didalam prinsip rukun kelima Negara iaitu

kesopanan dan kesusilaan. Prinsip ini jelas menekankan bahawa setiap warganegara

harus menjaga tatasusila masing-masing dan tidak menyinggung perasaan golongan lain.

Tingkahlaku yang sopan juga mengandungi darjah kesusilaan yang tinggi dalam peribadi

seseorang individu dan dalam kehidupan bermasyarakat. Perasaan seperti rasa hormat-

menghormati dan Bantu-membantu diantara satu sama lain juga mampu mengeratkan

lagi tali persaudaraan diantara penduduk Malaysia yang berbilang kaum.

Umumnya,nilai-nilai murni yang diterima dan diamalkan oleh masyarakat

Malaysia yang merentasi individu, kekeluargaan, masyarakat,

1
dan Negara adalah nilai sejagat yang ditutut oleh agama, kepercayaan, adat resam dan

kebudayaan. Budaya dan nilai itu adalah sebenarnya kayu ukur sebagai sebuah Negara

maju atau sebaliknya dan tidak harus hanya berpuas hati dengan pembangunan fizikal

sahaja.

Negara Malaysia merupakan sebuah Negara yang semakin giat membangun dan

dijangka akan mencapai status Negara maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang

dikecapi telah membawa banyak perubahan samaada dari segi pembangunan, budaya dan

cara hidup masyarakat seiring dengan kemajuan yang telah dicapai. Kecanggihan

teknologi telah menyerap banyak budaya negatif dan kurang sihat ke dalam Negara kita

yang terkenal dengan masyarakatnya yang berbudi bahasa.

Kerisauan masyarakat tentang keadaan ini jelas terbukti apabila sifat-sifat luhur

serta kesantunan yang menjadi kebanggaan semakin terhakis malah identiti dan jatidiri

masyarakat juga menjadi semakin luntur . Negara telah mengalami kepesatan ekonomi

seperti penggunaan teknologi yang canggih, jalinan jalanraya yang semakin maju dan

pembinaan kawasan perumahan serta peridustrian yang pesat. Namun, cara pemikiran

dan peradaban kita tidak mengalami kemajuan malah semakin luntur.

Kepincangan ini telah melahirkan beberapa sindrom negative yang kini semakin

diterima dalam masyarakat sebagai suatu kebiasaan . Antara sindrom-sindrom negative

yang sering dilakukan ialah tabiat memandu secara berbahaya, melakukan kerosakan

terhadap harta benda awam, dan sikap tidak menghormati golongan yang lebih tua.

Sikap-sikap negative tersebut tidak harus wujud dalam diri seseorang individu bagi

mewujudkan masyarakat yang lebih matang dan dipandanmg tinggi oleh masyarakat.

2
Kerisauan juga jelas terpancar dalam kalangan masyarakat apabila kadar jenayah

semakin meningkat terutamanya membabitkan golongan remaja dan golongan muda-

mudi. Masalah-masalah seperti penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas, lumba haram

dan lain-lain lagi amat membimbangkan kerana generasi muda pada hari inilah yang akan

menentukan jatuh bangun negara pada masa akan datang. Masalah-masalah ini telah

menjadi semakin serius dan memerlukan sokongan daripada semua pihak untuk

menanganinya.

Gejala-gejala negatif yang telah berlaku tidak bermakna kita perlu menyisihkan

diri daripada pembangunan arus dunia. Sebagai sebuah Negara demokratik dan terbuka

dagangannya, kita tidak dapat lari daripada pengaruh dunia luar. Tetapi kita mahu

menjadi sebuah Negara yang berdaya saing lagi teguh identitinya. Kita haruslah membina

kekuatan dalamanan belajar memghadapi realiti kehidupan yang lebih kritis dan arif.

Ibubapa hendaklah perlu mendidik anak-anak supaya tidak mudah tertarik dengan sesuatu

yang senang dan tatacara yang kasar dan mendedahkan mereka dengan amalan nilai-nilai

murni.

Nilai-nilai seperti kesopanan, kesantunan, kejujuran, integriti dan akauntabiliti

perlu diterapkan dalam diri seseorang individu. Budi bahasa dan nilai itu sebenarnya

adalah sebagai kayu ukur dan mercu tanda sesebuah Negara maju. Dengan itu, kita tidak

harus berpuas hati dengan pembangunan aspek fizikal dan luaran sahaja. Kita perlu

membaiki aspek-aspek dalaman atau peribadi untuk untuk menjadikan sesebuah Negara

benar-benar bertamaddun.

Kita perlu bangkit semula menghidupkan semula ciri-ciri amalan murni yang suatu

ketika dahulu sebagai lumrah dalam kalangan masyarakat Malaysia. Jesteru itu, kita

3
hendaklah bersama-sama berusaha mencapai tahap kehidupan yang saling lengkap

melengkapi iaitu mengamalkan cara hidup bersopan santun dan menerapkan nilai-nilai

murni walau dimanapun berada. Hakikatnya, sikap sopan santun dan amalan-amalan

murni adalah adunan hidup yang tidak harus dilemahkan oleh cara hidup moden seperti

kata pepatah “seperti padi, makin tunduk,makin berisi”

2.0 Kepentingan penerapan nilai-nilai murni dan amalan berbudi bahasa dalam kalangan

masyarakat..

Penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat adalah penting bagi

mewujudkan masyarakat yang berkualiti dari segi lahiriah dan rohaniah. Kepentingan

amalan berbudi bahasa dapat memberikan banyak perubahan kreatif memacu kearah

kemajuan. Selain daripada itu juga mengamalkan amalan berbudi bahasa juga mampu

mewujudkan Negara yang lebih bertamadun berbanding Negara –negara yang tidak

mengamalkan nilai-nilai positif ini.

2.1 Budi Bahasa Dapat Memupuk Budaya Kerja Yang Berprestasi Tinggi

Seseorang individu yang mengamalkan amalan berbudi bahasa dan nilai-nilai

murni dalam sesuatu aktiviti samaada dalam perkerjaan, pelajaran atau aktiviti-aktiviti

lain mampu mewujudkan budaya kerja yang beretika dan mampu menghasilkan sesuatu

hasil yang lebih berkualiti. Kita telah berada di landasan yang betul sekirannya berusaha

dalam meningkatkan mutu kerja kearah yang lebih cemerleng, gemilang, dan terbilang.

4
Pencapaian ini tidak mampu dicapai dalam masa yang singkat sebaliknya memerlukan

proses dan usaha kecemerlangan yang berterusan yang dimulakan sejak dari pengurusan

yang terdahulu lagi.

Seluruh organisasi dalam perkhidmatan awam ,swasta atau segenap lapisan

masyarakat akan memberikan tumpuan kepada kepada sesebuah organisasi yang

mengamalkan nilai-nilai murni serta beretika semasa melaksanakan tugasan. Sikap mesra

pelenggan yang dipamirkan ,cara mengatasi sesuatu masalah serta cara berinteraksi

dengan individu lain turut diberi perhatian. Dalam pada masa yang sama juga masyarakat

juga akan turut peka mengesan sebarang kesilapan yang berupaya menjatuhkan imej dan

merosakkan prestasi sesebuah organisasi atau secara keseluruhannya.

Seluruh masyarakat perluah menyemai sikap-sikap budi bahasa supaya kita

mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa asing. Oleh yang

demikian, jelaslah bahawa amalan-amalan murni semasa melakukan tugasan mampu

memupuk semangat kerjasama diantara satu sama lain kearah yang lebih produaktif dan

inovatif serta meningkatkan etika kerja yang mantap semasa melaksanakan sebarang

tugasan.

2.1.1 Amalan Berbudi Bahasa Mampu Memelihara Dan Mengekalkan Kecemerlangan

Selain daripada itu juga, penerapan amalan nilai-nilai murni dan budi bahasa juga

mampu memelihara dan mengekalkan kecemerlangan seseorang individu mahupun

sesebuah organisasi dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Dalam konteks ini, kita

hendaklah berusaha untuk menerapkan sikap yang positif dalam aktiviti seharian seperti

hormat menghormati, mesra dan melaksanakan tugasan dengan penuh ikhlas.

5
Amalan berbudi bahasa amat diperlukan samaada berinterksi antara sesama kita

ataupun semasa berinteraksi dengan masyarakat luar. Hal ini adalah penting kerana sikap

yang ditujukkan semasa berinteraksi mampu mencerminkan keperibadian dan sahsiah

yang dimiliki oleh seseorang individu. Amalan murni ini perlulah dipraktikkan oleh

semua golongan samaada golongan remaja ,dewasa dan warga emas juga tidak terkecuali

untuk mengamalkan amalan mulia ini.

Dalam ajaran islam juga turut mengaitkan bahawa tahap ketinggian sesebuah

bangsa adalah terletak kepada tahap ketinggian budi bahasa dan amalan nilai-nilai murni

yang diamalkan oleh masyarakatnya. Sehubungan dengan itu, dalam islam turut

memperkatakan bahawa seseorang individu yang melaksanakan tugasan dengan penuh

ikhlas akan dianggap sebagai satu ibadah .

Semua agama yang terdapat diseluruh dunia juga mengalakkan umatnya

melakukan kebaikan dan menjauhi diri daripada melakukan keburukan. Sehubungan

dengan itu, Mengamalkan amalan berbudi bahasa tergolong daripada salah satu

daripadanya. Kita sepatutnya mengambil peluang yang telah dijanjikan itu untuk

diamalkan sepanjang hidup kita. Seseorang individu yang mengamalkan nilai-nilai positif

seperti berkerjasama, hormat menghormati dan berbudi bahasa juga akan terus dihormati

dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

Pengamalan nilai-nilai murni dalam sebarang aktiviti mampu menarik minat

masyarakat luar khususnya dengan keperibadian dan tingkah laku yang baik ditunjukkan

6
oleh masyarakat tempatan. Hakikatnya pengamalan nilai-nilai murni dan budi bahasa

yang ditunjukkan akan dipandang tinggi oleh masyarakat luar serta mampu meningkatkan

prestasi dan mengekalkan kecemerlangan seseorang individu mahupun sesebuah

organisasi dalam apa juga urusan yang dilaksanakan.

2.1.2 Hubungan Budi Bahasa Dengan Pemikiran, Perasaan Dan Emosi

Sebagai manusia biasa, kita tidak lepas dari melakukan kesalahan-kesalahan

samaada secara sengaja atau tidak. Oleh yang demikian, kita sering menyalahkan emosi

dan perasaan yang dialami sekiranya Sesuatu perbuatan, tindakan atau keputusan yang

diambil adalah keterlaluan ataupun kurang tepat. Keadaan sedemikian mengambarkan

seolah-olah seseorang individu tersebut lemah dan tidak berupaya untuk mengawal

perasaan, perlakuan, atau tindakannya apabila mengalami sebarang masalah.

Menurut seorang ahli psikologi barat, seseorang individu itu mempunyai

kemampuan dalam mengawal setiap emosi yang dialami walaupun berada dalam situasi

yang amat sukar. Contohnya apabila seseorang pegawai yang berada dalam keadaan

marah dan tertekan kebiasaannya tidak akan memarahi ketuanya, sebaliknya perasaan

marah tersebut akan disalurkan melalui perbuatan atau tindakan terhadap kakitangan-

kakitangan bawahan atau orang lain. Situasi ini menunjukkan bahawa seseorang individu

mampu mengawal setiap emosi dan perasaan yang dialaminya walaupun berada dalam

keadaan marah.

Selain itu, emosi juga mampu mengawal setiap perwatakan yang ditonjolkan.

Contohnya, kita boleh melayan seseorang dengan baik sekiranya kita mahu dan kita juga

mampu bercakap dengan sopan walaupun berada dalam keadaan tertekan.Hal ini jelas

7
mengambarkan bahawa setiap emosi yang dialami mampu dikawal walaupun dalam

keadaan yang rumit dan sikap yang ditunjukkan adalah bergantung kepada seseorang

individu.

Hakikatnya, jika seseorang individu telah diterapkan asas-asas nilai murni dalam

kehidupan, indivdu tersebut tidak akan bertindak secara melulu sebaliknya akan

memikirkan tentang kesan atau akibat disebalik tindakan yang dilakukan dan mencari

altenatif lain yang lebih positif. Oleh yang demikian, Pengamalan nilai-nilai murni dan

menjaga tutur bicara adalah amat penting walaupun berada dalam keadaan tertekan .

2.1.3 Budi Bahasa Berupaya Mengurus Dan Mengawal Emosi

Pengamalan dan penerapan nilai-nilai murni dan berbudi bahasa dalam

kehidupan berupaya mengurus dan mengawal emosi yang dialami oleh seseorang

individu.Asas-asas nilai murni seperti hormat-menghormati,berkerjasama, tolong-

menolong dan sebagainya mampu mengekang seseorang individu daripada melakukan

perkara-perkara negative.

Selain itu juga, amalan berbudi bahasa dapat dikaitkan dengan Emotional

Intelligent atau turut disebut sebagai Emotional Quontien (EQ).Seseorang individu yang

mempunyai EQ yang tinggi berkemungkinan besar turut mempunyai budi bahasa yang

tinggi dalam kehidupan. Hal ini adalah kerana bukan sahaja seseorang individu tersebut

berupaya mengawal dan menguruskan emosinya dengan baik tetapi mereka berupaya

mewujudkan hubungan yang mesra dan harmoni diantara satu sama lain. Seseorang

individu yang mempunyai EQ yang tinggi juga biasanya akan berfikir tentang kesan atau

akibat selepas melakukan sesuatu tindakan.

8
Oleh yang demikian,tidak salahlah sekiranya saya mengatakan bahawa mereka

yang mengamalkan budi bahasa mempunyai tahap EQ yang tinggi manakala yang kurang

mengamalkan nilai-nilai budi bahasa maka lebih cenderung memiliki EQ dan tahap

kecergasan emosi yang rendah . Namun begitu, tidak semestinya seseorang inividu

mempunyai tahap EQ yang rendah akan rendah budi bahasanya tetapi bergantung kepada

pelbagai factor seperti didikan daripada kedua ibubapa, persekitaran dan sebagainya.

Seseorang individu yang yang mengamalkan nilai-nilai budi bahasa juga

biasanya akan lebih cenderung memikirkan sesuatu yang terbaik untuk diri mereka

contohnya mereka akan berfikir apabila mereka mengamalkan niali-nilai budi bahasa

mereka akan dihormati dan akan disukai oleh orang sekitarnya. Oleh hal yang demikian

kita hendaklah mengamalkan amalan berbudi bahasa supaya kita dihormati dan disegani

oleh masyarakat.

2.1.4 Dihormati Dan Dipandang Tinggi Oleh Bangsa Asing

Amalan berbudi bahasa adalah penting bagi mencerminkan identiti masyarakat

timur yang terkenal dengan adat resam dan pantang larangnya. Kita seharusnya

hendaklah mengekalkan nilai-nilai murni yang telah lama dijaga oleh generasi-generasi

yang terdahulu. Amalan nilai-nilai murni dan budi bahasa yang ditunjukkan samaada

dalam bidang ekonomi, sosial dan politik akan menarik minat masyarakat luar untuk

berurusan dengan Negara kita.

Seseorang individu yang mengadakan sebarang urusan dengan masyarakat luar

misalnya mengamalkan amalan berbudi bahasa serta mengamalkan nilai-nilai positif

seperti jujur, tiada unsur penipuan dan lain-lain lagi akan menarik minat masyarakat

9
asing untuk terus berurusan dengan penduduk tempatan. Hal ini Secara tidak langsung

akan menaikkan martabat negara Malaysia dimata dunia kerana keluhuran pekerti

penduduknya.

Selain daripada itu, layanan yang mesra dan sikap bertolak ansur yang

ditunjukkan oleh seseorang individu terhadap pelancong asing yang datang bercuti di

Negara kita mampu memberikan impak yang positif kerana akan menarik minat mereka

untuk mengunjungi Negara kita lagi pada masa akan datang. Hal ini secara tidak

langsung mampu mengharumkan nama Negara Malaysia apabila pelancong-pelancong

pulang ke Negara mereka .Secara tidak langsung juga mampu mengalakkan lebih ramai

pelancong-pelancong asing datang ke Malaysia dan mampu meningkatkan pendapatan

Negara khususnya dalam sektor pelancongan.

Sikap toleransi yang ditunjukkan diantara seseorang individu mahupun sesebuah

organisasi akan menguatkan lagi kepercayaan mereka terhadap kebolehan masyarakat

Negara kita. Hakikatnya, pengamalan nilai-nilai positif dalam sebarang aktiviti mampu

mencerminkan keperibadian sesuatu bangsa seterusnya dihormati dan disegani oleh

bangsa lain.

2.1.5 Mewujudkan Masyarakat Yang Berkerjasama

Sejak akhir-akhir ini,amalan nilai-nilai murni yang dipertahankan sejak dari

dahulu oleh nenek moyang telah menjadi semakin luntur dan nilai-nilai kemanusiaan

semakin terhakis ekoran pembangunan arus semasa. Hal ini adalah disebabkan oleh sikap

individu itu sendiri yang mudah terpengaruh dengan gejala-gejala negative yang

menjanjikan kebahagian dan kesenangan dunia sehngga sanggup mengamalkan amalan

10
riba, rasuah, penipuan dalam sebarang urusan dan lain-lain lagi. Dengan penerapan

nilai-nilai murni dalam kehidupan, masalah-masalah negative tersebut mampu dibendung

walaupun tidak menyeluruh.

Penerapan amalan-nilai-nilai murni dan sikap budi bahasa seperti amalan

hormat-menghormati, berkerjasama, ikhlas dan lain-lain lagi mampu meningkatkan

produktiviti sesuatu bahan yang dihasilkan. Contohnya, Sikap hormat-menghormati

antara pegawai atasan dengan dengan kakitangan biasa mampu mewujudkan suasana

yang harmonis semasa melaksanakan tugas tanpa dibezakan oleh pangkat dan jawatan.

Amalan budi bahasa juga mampu memberikan kekuatan kepada seseorang individu

supaya lebih berusaha dalam mempertingkatkan potensi luaran ataupun dalaman

seseorang individu.

Sebagai sebuah Negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk, pengamalan

nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah penting supaya persepakatan dapat dicapai dan

tidak wujud perasaan rasa didiskriminasikan dalam apa juga sesuatu yang dianjurkan oleh

pihak kerajaan. Mengimbau kembali tentang kejadian 13 mei 1969 suatu rusuhan yang

dianggap terburuk telah berlaku di Negara kita ekoran daripada masalah yang berlaku

dalam system pentadbiran Negara. Hal ini jelas menunjukkan bahawa tentang

kepentingan amalan berbudi bahasa adalah amat penting supaya tidak wujud perbuatan-

perbuatan negative yang boleh menjatuhkan Negara seperti amalan rasuah, penipuan,

diskrminasi riba dan lain-lain lagi bagi mewujudjan sebuah Negara yang benar- benar

bertamaddun.

11
Hakikatnya,Penerapan nilai-nilai murni dan amalan berbudi bahasa ini juga mampu

memghalang seseorang individu daripada melakukan perkara-perkara diluar batasan

seperti melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang atau bertentangan dengan

agama.

3.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENYEMAI NILAI-NILAI BUDI BAHASA.

Peningkatan masalah jenayah dikatakan semakin meningkat dan amat

membimbangkan semua pihak lebih-lebih lagi sebahagian besarnya terdiri daripada

golangan belia yang akan mencorak pembangunan Negara Malaysia kelak. Masalah-

masalah seperti mat rempit, bohsia, penyalahgunaan dadah, sexs bebas dan sebagainya

sering dikaitkan dengan generasi muda pada hari ini.

Nilai-nilai murni yang ada dalam diri seseorang remaja juga kian pudar sehingga

terdapat golongan muda yang langsung tidak menghormati golongan yang lebih tua.

Semua pihak hendaklah berkerjasama bagi membendung masalah negative ini daripada

dibiarkan menjadi semakin parah. Langkah-langkah yang telus dan berkesan perlu

diambil bagi menangani masalah.

3.1 Peranan Media Cetak an Media Elektronik

Dizaman teknologi moden yang serba canggih ini, kemudahan-kemudahan

seperti televisten, radio, surat khabar , majalah dan lain-lain lagi mempunyai peranan

yang amat penting bagi mempengaruhi seseorang individu dan juga masyarakat.

12
Kemudahan-kemudahan yang ada hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya bagi

meningkatkan amalan budi bahasa dalam kalangan penduduk.

Iklan-iklan yang berunsur nasihat dan pengajaran perlulah dipertingkatkan bagi

memastikan nilai-nilai murni masyarakat tidak luntur ditelan oleh arus kemodenan.

Terdapat iklan-iklan yang disiarkan dalam televisyen seperti amalan menghormati orang

tua, memandu secara berhemat, jaga kebersihan alam sekitar dan lain-lain lagi. Namun,

usaha yang ditunjukkan masih belum cukup untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam

diri seseorang individu dan perlu memperbanyakkannya lagi.

Peranan media cetak dan media elektronik mempunyai pengaruh yang kuat untuk

mengubah perwatakan seseorang individu serta masyarakat. Iklan-iklan yang berunsuar

memberi pengajaran seperti menyiarkan kesan kemalangan ngeri semasa dijalan raya

sedikit sebanyak mampu menyedarkan seseorang individu mahupun masyarakat tentang

kepentingan memandu secara berhemat dan mematuhi peraturan-peraturan di jalan raya.

Selain daripada itu juga , pihak kerajaan hendaklah melaksanakan langkah-langkah

sampingan kepada umum contohnya dengan mengedarkan pelekat-pelekat secara

percuma tentang kepentingan budi bahasa kepada masyarakat supaya boleh merangsang

mereka untuk mengamalkan amalan berbudi bahasa dan nilai-nilai murni dalam

kehidupan.

Selain daripada itu juga, penyiaran cerita-cerita yang mengandungi unsur-unsur

nilai murni tentang kepentingan amalan berbudi bahasa dan tabiat mengamalkan amalan

nilai-nilai murni juga perlu diperbanyakkan lagi kerana filem-filem tersebut mampu

menyedarkan masyarakat tentang kepentingan mengamalkan nilai-nilai positif ini.

13
Pada masa yang sama juga pihak-pihak yang bertanggungjawab perlulah

mengurangkankemasukkan filem-filem dari Negara –negara luar terutamanya filem yang

berunsurkan peperangan,keganasan, percintaan yang terlampau dan sebagainya.

Hal ini kerana filem-filem dari Negara luar yang memasuki pasaran Negara kita

telah banyak menjatuhkan moral anak-anak muda pada masa kini. Nilai-nilai negative

yang ditonjolkan dalam filem tersebut telah banyak mempengaruhi perwatakan generasi

muda pada hari ini seperti cara berpakaian, cara pergaulan tanpa batasan dan sebagainya

sedikit sebanyak telah meruntuhkan moral anak-anak muda pada masa kini. Namun

sehingga kini kemasukan filem-filem dari luar masih belum dapat dikawal malah

jumlahnya boleh dikatakan semakin banyak berbanding biasa. Penyiaran cerita-cerita

yang boleh mendatangkan manfaat kepada semua masyarakat hendaklah diutamakan

kerana sedikit sebanyak mampu memujuk seseorang individu untuk mengamalkan nilai-

nilai positf seterunya mewujudkan sbuah Negara yang lebih berdaya maju dan berdaya

saing.

Hal ini menperjelaskan bahawa media massa dan media elektronik mempunyai

pengaruh yang kuat bagi meningkatkan amalan berbudi bahasa dalam kalangan

masyarakat seterusnya memacu kearah yang lebih bertamaddun. Peranan yang ada

hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin bagi mewujudkan masyarakat yang lebih

beretika.

3.1.1 Didikan Agama Daripada Ibubapa

Sejak akhir-akhir ini masalah kerutuhan moral terutamanya membabitkan

golangan remaja semakin meruncing dan akan meninggalkan impak yang buruk

14
sekiranya tidak dibendung dengan segera. Masalah-masalah seperti pergaulan bebas,

bohsia ,vandalisme, mat rempit dan lain-lain lagi sehingga kini langkah-langkah

penyelesaiannya tersebut masih menemui jalan buntu. Dalam hal ini ibubapa hendaklah

memainkan peranan yang penting dalam mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak

supaya tidak mudah terpengaruh dengan budaya yang kurang sihat ini.

Dalam usaha untuk mewujudkan Suasana tersebut ibu bapa hendaklah

menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh didikasi dalam mendidik anak-anak

sejak mereka masih kecil lagi. Peranan yang dimainkan oleh ibubapa adalah amat penting

kerana anak-anak mudah terikut apa yang yang orang paling rapat dengannya lakukan.

Contohnya apabila golangan ibubapa menunjukkan gejala-gejala negative dihadapan

anak-anak seperti merokok, bertengkar,dan sebagainya tidak mustahil anak-anak mudah

terikut gejala negative tersebut. Ibubapa hendaklah menyemai nilai-nilai murni dalam diri

anak-anak seperti menghormati golongan yang lebih tua, amalan bersopan santun , baik

hati dan sebagainya mampu mencerminkan masyarakat budaya timur.

Ibubapa juga hendaklah memberikan kasih sayang yang sempurna supaya anak-

anak tidak terkongkong dan mencari hiburan-hiburan dari luar yang dipenuhi dengan

unsur-unsur negatif. Didikan agama yang sempurna haruslah diberikan anak-anak sejak

mereka kecil lagi kerana mudah dibentuk seperti kata pepatah “melentur buluh biarlah

dari rebungnya” . Hal ini kerana apabila anak-anak sudah dewasa mereka semakin sukar

dibentuk kerana amalan-amalan negative sudah semakin sebati dengan jiwa mereka.

15
Amalan nilai-nilai murni dalam ajaran agama islam perlu diterapkan dalam diri

seseorang individu bagi mengekang dan mengawal seseorang individu melakukan

kesalahan yang menyalahi undang-undang serta bertentangan dengan nilai-nilai agama.

3.1.2 Mewajibkan Matapelajaran Pendidikan Moral Di semua sekolah

Selain daripada itu, usaha-usaha lain untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam

diri seseorang individu ialah dengan mewajibkan matapelajaran pendidikan moral di

semua sekolah. Subjek pendidikan moral adalah amat penting bagi melahirkan pelajar

yang mempunyai sifat-sifat budi bahasa seperti amalan hormat menghormati diantara satu

sama lain dan lebih beradap apabila berhadapan dengan golongan yang lebih tua.

Sikap-sikap positif muda mudi kini telah luntur ketahap yang kritikal dan

semakin parah tenatnya .Contohnya kita dapat lihat terdapat segelintir anak-anak muda

yang bergaul bebas walaupun bukan muhrim, malah yang lebih teruk lagi terdapat anak-

anak muda yang melakukan perkara-perkara yang kurang sopan seperti berpelukan,

bercumbuan dan memakai pakain yang menjolok mata yang dapat kita lihat ditempat-

tempat awam

Hal ini secara tidak langsung akan menigkatkan kadar penigkatan kes rogol,

pembuangan bayi, lari rumah, pelacuran dan sebagainya. Perbuatan yang memalukan itu

bukan sahaja dapat dilihat dibandar-bandar besar malah dibandar-bandar kecil pun gejala

negative ini dapat dilihat secara berleluasa. Penularan gejala negative ini akan

meninggalkan banyak impak yang buruk kepada masa depan Negara kelak.

16
Oleh yang demikian penerapan subjek pendidikan moral adalah perlu bagi membimbing

anak-anak muda daripada terus terjerumus kearah kemusnahan seterusnya

sedikit sebanyak mampu membendungnya daripada terus menghakis nilai-nilai murni

masyarakat Malaysia.

3.1.3 Mengadakan Motivasi Tentang Kepentingan Budi Bahasa

Dewasa ini, kelunturan amalan nilai-nilai murni tidak hanya tertumpu kepada

kepada golongan remaja sahaja sebaliknya masih terdapat segelintir golongan dewasa

yang terlibat dengan gejala-gejala negative seperti samseng, memandu secara berbahaya,

pergaduhan berkwlakuan biadap dan lain-lain lagi.

Oleh yang demikian langkah-langkah sampingan seperti mengadakan lebih

banyak aktiviti-aktiviti motivasi samaada disekolah-sekolah, tempat kerja ataupun di

tempat-tempat awam aalah amat parlu bagi mendidik jiwa seluruh masyarakat.

Pendedahan seseorang individu terhadap motivasi yang dilaksanakan sedikit sebanyak

mampu menggubah perwatakan seseorang individu kearah yang lebih positif..

Motivasi tentang kepentingan budi bahasa dalam kalangan pelajar-pelajar

sekolah adalah amat penting kerana mereka merupakan individu yang masih tercari-cari

identity dan perlu dicorakkan dengan nilai-nilai positif. Hal ini kerana mereka mudah

dipengaruh oleh anasir-anasir yang boleh merosakkan masa depan mereka sediri iaitu

seperti penyalahgunaan dadah, seks bebas ,dan sebagainya.

17
Sekiranya usia remaja didedahkan dengan nilai-nilai negative, secara tidak

langsung hal ini akan mendorong masa depan seseorang remaja itu kearah kemusnahan

dalam kehidupan. Sekiranya penerapan nilai-nilai murni terdapat dalam diri mereka

sedikit sebanyak akan dapat membendung mereka daripada melakukan perkara-perkara

yang boleh memalapkan masa depan mereka.

Misalnya, disekolah-sekolah hendaklah mengaktifkan peranan surau ataupun

masjid seperti mengadakan lebih banyak ceramah-ceramah keagamaan, mangadakan

solat hajat dan sebagainya bagi menjauhkan diri seseorang remaja tersebut daripada

melakukan gejala-gejala negative seterunya mendekatkan diri kearah yang lebih baik.

Selain golongan remaja, memang tidak dinafikan golongan dewasa yang boleh

dianggap sebagai ikutan atau role model kepada golongan yang lebih muda juga tidak

mengamalkan nilai-nilai murni dan berbudi bahasa dalam kehidupan. Realiti ini dapat

kita lihat pada hari ini terdapat golongan-golongan dewasa yang berpakaian seksi

walaupun sudah berumur, tidak menunaikan solat bagi yang muslim , berkelakuan biadap

dan lain-lain lagi.

Aktivi-aktiviti motivasi adalah amat penting bagi mewujudkan masyarakat

majmuk yang berbudi bahasa tanpa mengira usia. Amalan nilai-nilai murni hendaklah

diterapkan kepada semua golongan dan tidak tertumpu kepada sesuatu golongan sahaja

sebaliknya seluruh warganegara hendaklah mengamalkannya bagi mewujudkan Negara

yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

18
3.1.4 Melancarkan Lebih Banyak Program-Program yang berfaedah

Melalui dasar kerajaan untuk menjadi Negara maju menjelang tahun 2020

pelbagai langkah telah dikenalpasti bagi memacu Negara kearah mencapai matlamat

tersebut. Salah satunya objektif utamanya ialah dengan membentuk nilai-nilai murni dan

amalan berbudi bahasa dalam kalangan penduduk. Antara langkah yang telah

diperkenalkan oleh pihak kerajaan ialah memperkenalkan program Latihan Khidmat

Negara (PLKN) yang ternyata amat berfaedah dan bagus untuk golongan remaja.

Hal ini kerana melalui program latihan ini dapat membendung peningkatan

budaya-budaya negative seperti budaya lepak, vandalisme, penyalahgunaan dadah dan

sebagainya. Pengenalan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah bertujuan

untuk mendisiplinkan diri seeorang remaja daripada terjebak dengan gejala-gejala

negative. Aktivi-aktiviti yang dianjurkan juga lebih kepada mementingkan semangat

kerjasama diantara satu sama lain iaitu sebanyak 80% dan aktiviti ala ketenteraan adalah

Cuma 20% sahaja.

Selain daripada tu program latihan khidmat Negara juga mamu memupuk

semangat kerjasama diantara satu sama lain dan mampu mengeratkan lagi hubungan

masyarakat malaysiayang berbilang kaum .Sungguhpun begetu masih terdapat segelintir

19
masyarakat yang enggan membrikan kerjasama dengan penganjuran program ini

walaupun jelas terbukti kebaikan yang terkandung dala program ini mampu

meningkatkan tahap perpaduan masyarakat negara Malaysia.

Selain itu, langkah-langkah lain yang dilancarkan telah dilancarkan oleh pihak

kerajaan ialah penerapan nilai-nilai modal insane yang dilancarkan oleh perdana menteri

Malaysia iaitu Dato,Seri Abdullah Ahmad Badawi sedikit sebanyak menunjukan

keperihatinan kerajaan untuk menyemai nilai-nilai positf dalam diri setiap masyarakatnya

yang berbilanhg kaum.

Pengenalan modal insane adalah untuk mewujudkan nilai-nilai murni dalam

semua aktiviti harian seperti dalam urusan peniagaan, pembelajaran, semasa berinteraksi

dan lain-lain lagi. Amalan-amalan murni seperti baik hati ,jujur, sopan santun dan lain-

lain merupakan tunjang dalam pengenalan modal insan. Sekiranya amalan-amalan murni

ini diaplikasikan dalam kehidupan sehari-harian matlamt Negara untuk mancapai status

Negara maju seperti bangsa- bangsa asing tidak mustahil akan mampu digapai.

Program-program seperti ini hendaklah diperbanyakkan kerana program-program

seperti ini berupaya mempengaruhi minda dan perwatakan seseorang kearah yang lebih

positif. Hal ini kerana aktiviti-aktiviti luar seperti ini lebih menarik minat seseorang

rmaja daripada menjalankan aktiviti pembelajaran didalam kelas. Melalui kativiti-aktiviti

ini juga seseorang remaja mampu melepaskan tekanan perasaan ekoran daripada daripaa

melakukan tugasan semasa proses pengajaran dan pembelajaran..

20
4.0 Kesimpulan

Dewasa ini,kemajuan yang dicapai sedikit ebanyak telah melunturkan nilai-

nilai murni an amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat. Hal ini tidak dapat

disanggkal lagi kerana buktinya sering kta dapat lihat didada-dada akhbar, televisyan

,majalah dan lain-lain lagi. Semua pihak seharusnya tidak memandang remaeh dan patut

memberikan sepenuh kerjasama dalam hal ini supaya masalah ini dapat dibendung

seterusnya dapat dicegah daripada terus menular.

Selain daripada itu pihak kerajaan juga hendaklah mengadakan lebih banyak

aktvi-aktivi dan program-program yang berunsurkan kemasyarakatan bagi meningkatkan

tahap kerjasama, perpaduan dan hormat-menghormati dalam kehidupan .Oleh hal yang

demikian jelaslah bahawa penerapan amalan berbudi bahasa dan nilai-nilai murni mampu

memartabatkan sesebuah Negara kearah yang lebih gemilang.

21
Bibliografi

Maimunah Haji Omar (1993). Bahasa, format Penulisan Dan Tatacara Penyampaian

Ceramah, Ucapan Dan Taklimat. Shah Alam: UITM

Sulaiman Masri (2004) Seni Mengarang. Shah Alam : Karisma Publications

Sdn Bhd.

Carnegie, D. (2000). Cara Cepat Dan Mudah Berbicara Efektif: Teknik Moden Untuk

Komunikasi Yang Dinamik ( Terjemahan Ana Budi Kuswadani SS ). Jakarta:

Pustaka Delapratasa.

Ahmad Khair Mohd Nor, Idris Mohd Radzi Dan Rain Shaari (Pnyt) (2005). Bahasa

Melayu Profesional. Edisi Semakan. Kuala Lumpur: Prospekta Printer Sdn. Bhd.

Ainon Mohammad (1994). Panduan Menterjemah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

Dan Pustaka.

22
Asmah Haji Omar (2000). Wacana Perbincangan Perbahasan Dan Perundingan.

Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan pustaka.

Lampiran

23
24
25

Anda mungkin juga menyukai