Anda di halaman 1dari 2

NAMA: PREEDY PAH YEE HUNG

NO MATRIK: AP230245

SEKSYEN: 6

TAJUK VIDEO: KEPENTINGAN MEMPELAJARI MORAL (HIDUP BERMORAL)

Ulasan:

Moral adalah ajaran atau pegangan berkenaan dengan buruk baik sesuatu perbuatan,
sikap atau cara berkelakuan yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu
akhlak. Dengan moral kita dapat membezakan perbuatan yang bernar atau tidak patut dilakukan.
Oleh itu, moral sangat penting dalam kehidupan supaya masyarakat dapat hidup dalam
kesejahteraan.

Kepentingan pertama untuk berlajar moral adalah untuk menjadi insan berakhlak mulia.
Nilai-nilai murni yang terdapat dalam moral boleh diamal oleh semua individu supaya menjadi
insan yang berakhlak mulia. Contohnya, menjaga maruah diri, keluaraga, masyarakat dan
negara. Seterusnya, moral juga dapat membina individu yang berintegriti, integriti adalah
amalan bersikap jujur dan menunjukkan kepatuhan yang tanpa kompromi terhadap prinsip dan
nilai moral serta etika yang kuat. Contoh seorang polis yang berintegriti akan melaksanakan
tugasnya dengan amanah, beliau tidak akan menerima suapan daripada orang lain, dan adil
terhadap semua orang. Selain itu mempelajari moral dapat membina individu yang adanya nilai
sejagat, iaitu menhayati nilai murni yang diterima semua pihak. Contohnya, menghormati
orang tua dengan mengunakan percakapan yang sesuai.

Moral juga penting dalam membentuk perpaduan, terutama kita di Malaysia yang
megalakan berbilangan kaum, bila kita mempelajari moral kepentingan turut sama ke arah
membentukan uniti, Dalam konteks Malaysia kita seharusnya Bersatu pada demi kelastarian
Malaysia yang tercinta, Malaysia kaya dengan kemajuan kaum, agama, bangsa, etnik. Maka
perpaduan adalah ramuan yang terbaik. Contohnya, Malaysia dikenali sebagai salah satu
negara yang mempunyai cuti yang terbanyak, ini bukan disebabkan oleh rakyat Malaysia yang
malas tetapi ia merupakan satu kehormatan kepada semua kaum untuk meraikan festival
budaya masing-masing.
Belajar moral boleh dikatakan satu kewajipan kerana ia mendidik hidup untuk bertindak
dengan sebab yang baik dan diterima masyarakat, tidak melangar norma masyarakat, dengan
mengamal cara hidup yang bermoral juga, iaitu dengan mengikuti sebuah susunan atur
kehidupan yang mematuhi undang-undang, berpegang prinsip kebaiakn dan mengamalkan
gaya hidup yang diterima agama, masyarakat dan negara pastinya kehidupan kita lebih sihat,
senang dan aman. Contohnya, cara hidup yang bermoral adalah megamalkan beradab terhadap
semua orang, bijak tangani stress, suka bantu orang susah, jujur, integrity, menepati masa.

Kesimpulanya, moral sangat penting dalam semua individu. Jika kita mengamal cara
hidup yang tidak bermoral, akan berlakunya pelbagai masalah sosial, seperti mencuri,
gangsterisme, menipu, membuli membazir dan melepak tanpa tujuan baik atau dikenali
perhimpunan haram. Oleh itu semua individu harus menhayati dan mengamalkan cara hidup
yang bermoral untuk memastikan semua orang adalah insan yang bermoral dan untuk
mendapat laluan hdup yang bermoral serta membentuk tingkah laku yang bermoral untuk
mendapat kehidupan yang lebih sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai