Anda di halaman 1dari 27

PEMBENTUKAN

MORAl/AKHLAK
INDIVIDU
Faktor pembentukan akhlak
individu

FAKTOR
PEMBENTUKAN
AKHLAK

FAKTOR FAKTOR
DALAMAN LUARAN
Faktor dalaman

Faktor dalaman merupakan faktor yang


berkait rapat dengan dalaman badan kita
sendiri termasuklah fizikal dan mental.
Contohnya, minat, fikiran, dan sebagainya
antara faktor yang mempengaruhi secara
dalaman adalah:
 1. Adat
 Definisi adat ialah kelakuan atau tingkah laku
yang dilakukan pada setiap hari dan diwarisi dari
generasi ke generasi.
 Adat merupakan sesuatu perbuatan yang
diamalkan oleh sekumpulan orang atau
masyarakat.
 Adat adalah penting dalam pembentukan akhlak
kerana ia mempunyai hubungan kait dengan
agama yang dianuti masing-masing.
 Adat dapat membentuk moral dan akhlak dalam
seseorang dengan perlakuan yang berulang kali
atau diwarisi oleh orang tua
 2.Agama 
 Agama selalu dikaitkan dengan prinsip atau
amalan yang berkaitan dengan kepercayaan
kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib
dan sakti seperti Dewa,

 Agama memberi satu set pengetahuan tentang


moral dan akhlak yang mulia kepada penganut-
penganutnya. Biasanya, pengetahuan ini
disampaikan oleh guru-guru agama dengan
pengunaan kitab agama masing-masing.
 3. Naluri
 Naluri merupakan aneka refleksi sikap, tindakan
dan perbuatan manusia dimotivasi oleh kehendak
yang dimotori oleh naluri seseorang. Naluri
merupakan tabiat yang dibawa manusia sejak
lahir.
 
 Pakar psikologi menjelaskan bahawa naluri
berfungsi sebagai motivator penggerak yang
mendorong lahirnya tingkah laku, antaranya
naluri makan, naluri berjodoh, naluri keibuan,
naluri berjuangan, naluri bertuhan.
 4. Genetik
 Berkaitan dengan faktor genetik, gen yang terdiri
daripada nucleoprotein yang menentukan baka
atau ciri keturunan. Mengikut kajian, kromosom
mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-
masing mengandugi sifat baka.
 Ini bermaksud, anak-anak yang mewarisi genetik
ibu bapa akan mewarisi ciri-ciri ibu bapa dari segi
sifat-sifat, kawalan emosi, minat. Sifat-sifat asasi
anak termasuk pandangan moral dan juga
adanya ahklak merupakan pantulan sifat-sifat
asasi orang tuanya.
Faktor luaran

Faktor luaran merupakan faktor


yang datang daripada luar yang
mempengaruhi terbentuknya
moral tertentu pada seseorang.
Faktor luaran ini sering dikaitkan
dengan faktor-faktor berikut:
 1.Rakan Sebaya
 Rakan sebaya adalah individu yang berumur atau
berstatus sama antara satu sama lain. Seseorang
rakan sebaya akan mengambil kesempatan untuk
berkomunikasi antara satu sama lain, mengawal
tingkah laku sosial, saling berkongsi perasaan
dan idea
 Biasanya, rakan sebaya mempunyai persamaan
dengan kawan seperti hobi yang sama.
 2.Keluarga
  Keluarga merupakan individu yang berhubungan
melalui pertalian darah, perkahwinan. Keluarga
akan mempengaruhi semua pihak dalam nilai-
nilai moral, akhlak dan juga perbuatan.
  Dalam sesebuah keluarga, ibu bapa memainkan
peranan yang amat penting dalam pembentukan
akhlak kanak-kanak kerana ibu bapa merupakan
model terawal kepada anak-anak. Kanak-kanak
akan meniru kelakuan ibu bapa seperti bapa
selalu membuang sampah merata-rata tempat
anaknya akan meniru kelakuan tersebut kerana
mereka berasa semua kelakuan ibu bapa adalah
betul dan boleh ditiru.
 3.Pendidikan
 Pendidikan bermaksud proses pemberian
pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan.
Kita menerima pendidikan sejak kita lahir hingga
kita tua. Selain pendidikan yang diberi oleh ibu
bapa, kita juga memperoleh pendidikan daripada
sekolah dan masyarakat.
  Guru berperanan penting sebagai agen
memodenkan masyarakat. Guru akan mengajar
kita tentang pelbagai jenis pengetahuan
termasuk pendidikan moral agar kita menjadi
orang yang bermoral tinggi. Guru juga
merupakan teladan positif kepada generasi muda
kita.
 4. Media Massa
 Media massa merupakan satu bahagian sumber
informasi yang merangkumi radio, televisyen,
surat khabar, majalah dan internet yang dapat
mencapai khalayak ramai. Perbuatan, akhlak dan
nilai moral kita sedikit sebanyak akan
dipengaruhi oleh media massa kerana kita selalu
berhadapan dengan sumber media massa,
media massa akan mempengaruhi nilai-nilai
moral yang baik serta buruk,
5. Alam persekitaran
6. Undang-undang dan
peraturan
7. Kebudayaan
 Kesimpulan
 Pembentukan moral dan akhlak terbahagi kepada
dua faktor yang utama iaitu faktor dalaman dan
faktor luaran. Pembentukan moral dan akhlak
adalah amat penting bagi masyarakat kita
terutamanya bagi Negara kita yang berbilang-
kaum dan setiap kaum mempunyai adat tradisi
dan amalannya yang tersendiri. Dengan adanya
moral dan akhlak yang tinggi, ia dapat
membantu dalam pergaulan seharian kita dengan
kaum yang lain supaya perbuatan kita seharian
dapat diterima dan tidak menyusahkan orang lain
untuk menwujudkan suasana dan masyarakat
yang lebih harmonis dan bersatu-padu
Pembahagian Moral

1. MORAL TERHADAP AGAMA


2. MORAL TERHADAP ALAM
SEKITAR
3. MORAL TERHADAP MASYARAKAT
4. MORAL TERHADAP DIRI SENDIRI
Moral Terhdp Agama

Moral dalam agama merupakan


hubungan manusia dengan tuhan.
Nilai kepercayaan kepada tuhan adalah
asas utama kehidupan bermoral
manusia. manusia yang bermoral perlu
membuat apa yang diperintahkan oleh
tuhan dan meninggalkan apa yang
dilarang olehnya. asas moral ini dapat
menjamin manusia untuk terus hidup
dengan aman dan damai.
Moral Terhdp Alam Sekitar

Pembahagian moral dlm alam sekitar merujuk


kepada hubungan manusia dengan alam.

Manusia bertanggungjawab mengurus alam


dengan sebaik-baiknya. ini dapat menjamin
keselesaan hidup manusia kerana setiap benda di
alam ini mempunyai faedah tersendiri.
Moral Terhdp Masyarakat

Ia merujuk kepada hubungan manusia dengan


manusia lain atau masyarakat.

Manusia yang hidup dalam kelompok masyarakat


tertentu perlu mengamalkan amalan moral dalam
kehidupannya.
Moral Terhdp Diri Sendiri

Ia juga merujuk kepada hubungan manusia


dengan dirinya dan kawalan di dalam diri.

Individu sebenarnya sesuatu yang penting


kerana semua yang berlaku berpunca dengan
individu.
Kepentingan moral dalam
kehidupan
1. Fitrah semulajadi manusia
2. Untuk menjaga keamanan
3. Status manusia
4. Kelangsungan tamadun dunia
5. Kesempurnaan peribadi
6. Penggalak kebaikan dan penghalang
kejahatan
1.Fitrah semulajadi manusia
Sikap bermoral dan melakukan
kebaikan adalah asas untuk manusia
hidup dalam sesuatu masyarakat.
Eg. Seorang pengganas yang telah
membunuh ramai orang tetap
menyayangi ibu yang
membesarkannya.
Setiap manusia yg waras menyedari
adalah lebih baik membuat kebaikan
daripada membuat kejahatan dalam
hidup
2. Keamanan
 Setiap manusia perlukan kasih sayang,
keamanan dan kedamaian hidup bermoral
menjamin keamanan.
 Punca utama masalah sosial seperti
keruntuhan rumahtangga, perceraian,
peperangan, dan sebagainya disebabkan oleh
ketiadaan akhlak.
3. Status manusia
Manusia lebih tinggi statusnya dari haiwan oleh itu
mereka harus bersifat menjauhi sifat kebinatangan
serta hidup bermasyarakat dengan menggamalkan
sifat-sifat yang baik dalam hidup.
Eg.
Manusia tidak sepatutnya bersifat kejam seperti
haiwan yang tidak berperikemanusiaan- kes bunuh
dan rogol. Ia sama seperti seekor singa di dalam
hutan yang menelan mangsanya tanpa belas
kasihan.
4. Survival tamadun dunia
Orang yang kuat perlu menolong yang
lemah yang kaya membantu yang miskin,
bukannya menindas.
Untuk mengelakkan kehancuran serta
malapetaka terjadi di dunia seperti
peperangan nuklear. Manusia mesti
bermoral.
eg. Banyak empayar dalam Tamadun
China yang lenyap akibat peperangan
yang terjadi untuk merebut kuasa
pemerintahan.
5. Kesempurnaan peribadi
Seseorang manusia bukan seorang
yang sempurna jika dia memiliki
akhlak dan moral yang tidak baik.
Walaupun dia ada kereta besar, rumah
besar tetapi dia tidak menghormati
orang tua, kata-kata tidak boleh
dipercayai, selalu mungkir janji - dia
akan di benci oleh masyarakat.
6. Penggalak kebaikan
Perbuatan baik mendatangkan
kepuasan manakala perbuatan jahat
menghasilkan akibat buruk kepada
seseorang individu.
Berkorban dengan apa yang kita miliki,
wang, harta, tenaga, masa, ilmu.
Penghalang kejahatan
Orang yang bermoral amat susah
melakukan perbuatan yang jahat .
PENGAJIAN MORAL

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai