Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN
Etika membawa maksud disiplin falsafah yang memberi perhatian khusus kepada penilaian
kritikal terhadap norma dan piawai yang mewajarkan kelakuan perseorangan antara individu.
etika berasal daripada Yunani iaitu ‘Ethos’ yang bermaksud hukum, adat resam, kebiasaan dan
budi pekerti. Bahasa Latin yang banyak mewarisi budaya Yunani pula menggunakan perkataan
mores bagi konsep yang sama. Mores ialah kata dasar bagi ‘moral’ yang ditakrifkan sebagai
kesusilaan, adab, sopan santun, tradisi dan sebagainya yang menentukan piawai atau norma
kelompok.
Selain itu, berdasarkan definisi moral dan ethos, tidak hairan jika bagi sesetengah orang moral
atau etika merupakan sesuatu yang berkaitan dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada
tatahukum, tatasusila, atau tatatertib masyarakat. Peraturan masyarakat biasa juga dimaksudkan
sebagai tradisi, norma, kebiasaan adat, kod, nilai dan pantang larang Masyarakat berkaitan
peraturan masyarakat yang wujud di luar diri individu. peraturan juga bersifat maujud atau konkrit
serta ditetapkan oleh outoriti dalam masyarakat tersebut. Justeru terbit teori yang dikenali sebagai
kemoralan sosial (kemoralan konvensional dan tradisionalisme atau konservatisme dalam
kemoralan).
Etika merupakan salah satu cabang utama. Ia akan memperkenalkan beberapa konsep asas
etika iaitu, menjelaskan perbezaan antara fakta dengan nilai serta memberi fokus kepada
pernyataan yang menggambarkan pertimbangan nilai tentang bagaimana seseorang itu patut atau
tidak patut bertigkah laku. Akan doperkenalkan juga beberapa makna pernyataan normatif atau
jenis nilai seperti instrumental dan intrinsic, objektif dan subjektif, relative dan mutlak.

2.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ETIKA


2.1 FAKTOR MANUSIA
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi etika seperti manusia, naluri, adat dan kebiasaan,
keturunan, persekitaran dan pendidikan. Jenis etika pula terbahagi kepada empat iaitu etika
keagamaan, etika kerasionalan, etika perniagaan da etika keprofesionalan.
Seterusnya, untuk membentuk etika individu yang mampan, beberapa faktor akan
dibincangkan demi menjamin Pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Antara faktor –
faktor yang mempengaruhi etika individu adalah faktor keluarga, rakan sebaya, situasi dan dari
pengalaman hidup. Faktor – faktor ini boleh menjadikan seseorang individu tersebut menjadi lebih
baik kelakuannya atau sebaliknya di dalam kalangan masyarakat.
Kebanyakan remaja di negara kita ini terdedah kepada masalah etika dan tingkah laku yang
mana hampir setiap hari kita sering perdengarkan dengan kes – kes jenayah seperti rompak, rogol,
dadah, ponteng sekolah, bunuh, curi, rempit, seks bebas, khalwat, lari dari rumah dan berbagai – bagai
lagi masalah yang melibatkan remaja. Tidak dinafikan, faktor – faktor ini juga boleh membentuk
remaja etika yang baik dan membentuk berbudi pekerti yang mulia mengikut norma – norma
masyarakat. Pihak – pihak yang berwajib seharusnya peka terhadap punca – punca dan faktor – faktor
kemerosotan etika di kalangan remaja di dalam membentuk generasi yang mempunyai kelakuan yang
baik sejajar dengan Pembangunan negara kerana mereka inilah bakal mewarisi kemajuan dan
kesejahteraan negara.
Sistem – sistem pendidikan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Menengah dan
Rendah serta Kementerian Pendidikan Tinggi telah mewujudkan matapelajaran untuk membentuk
keperibadian yang baik di kalangan remaja apabila mereka meningkat remaja kelak. Antaranya
matapelajaran yang wujud di sekolah adalah seperti Pendidikan Islam, Moral dan Sivik bagi
membentuk rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Akan tetapi masib ada lagi masalah – masalah tentang etika dan kelakuan yang menimbulkan oleh
para remaja. Mereka seolah – olah tidak memahami kepentingan etika di dalam masyarakat demi
pembannunan negara dengan mengabaikan tanggungjawap sosial.
Antara faktor – faktor ialah keluarga. Keluaraga adalah aatu institusi yang rapat dengan
seseorang individua atau kanak – kanak serta remaja. Ia boleh menjadi hubungan atau pemangkin
untuk menyelesaikaikan masalah – masalah yang berlaku di dalam kehidupan seharian.
Perkembangan personalitit remaja dibentuk sejak kecil lagi Bersama keluarga seterusnya memberikan
pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran. Ini kerana, anak – anak akan
mencontohi tingkah laku daripada ibu bapa mereka. Menjadikan ibu bapa sebagai idolah membentuk
keperibadian anak – anak. Keharmonian sesebuah keluarga boleh membentuk sahsiah peribadi dan
personaliti serta tingkah laku seseorang. Hal ini berlaku kerana apabila seseorang ahli keluarga
mempunyai msalah ia kerana dikongsikan Bersama dan mencari jalan terbaik untuk penyelesaian
Bersama dari situ timbul perasaan saying – menyayangi di antara satu sama lain.
Sikap sesetengah ibu bapa yang amat mementingkan kebendaraan dan tidak ambil peduli
terhada perkembangan anak – anak mereka dan isu – isu sosial sememangnya merumitkan. Di
Kawasan bandar terutamanya, sesetengah ibu bapa tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di
sekeliling mereka. Oleh yang sedemikian, para remaja telah merasakan diri mereka bebas untuk
berkelakuan negatif tanpa menghiraukan rasa tanggungjawap terhadap harta benda awam, sosial dan
masyarakat. Ini menyebabkan corak gaya asuhan terlalu longgar dan anak – anak sudah biasa dengan
kelonggaran tersebut tanpa ada sebarang pemantauan yang dilakukan oleh ibu bapa baik dari segi
pelajaran, sosial, pergaulan dan kelakuan. Pada kebiasaannya ibu bapa tidak akan mengambil peduli
akan perkembangan anak – anak mereka terutama dari segi kelakuan dan pendidikan.

2.2 FAKTOR NALURI


Setiap kelakuan manusia lahir dari suatu kehendak yang digerakkan oleh naluri (instink).
Naluri merupakan tabiat yang membawa manusia sejak lahir, jadi merupakan suatu pembawaan asli.
Dalam Bahasa arab “Gharizah” atau “Fitrah” dan dalam Bahasa inggeris disebut “instinct” 17.
Di antara sarjana ada yang meebetikan takrif naluri sebagai berikut “Naluri ialah sifat dahul
kea rah tujuan itu tanpa didahulukan Latihan perbuatan itu”. Hal ini termasuk medan pembahasaan
psikologi. Dalam ilmu akhlak, pengertian tentang naluri ini amat penting. Kerana para ahli etika tidak
merasa memadai kalua hanya menyelidik tindak tanduk lahir dari manusia saja, melainkan merasa
perlu juga menyelidiki latar belakang kejiwaan yang mempengaruhi dan mendorong suatu perbuatan.
Misalnya perbuatan mencuri, disampin dinilai buruknya kelakuan tersebut, ahli etika merasa
perlu menyelidiki faktor – faktor pendorong dari dalam jiwa pelakunya yang bersumber dari suatu
naluri, naluri ingin makan dan kelangsungan hidupnya. Naluri tersebut disalurkan melalui jalan yang
salah.
Antara faktor – faktor yang mempengaruhi pembentukan akhlak ialah naluri makan yang
bermaksud manusia lahir telah membawa satu hasrat makan tanpa didorang oleh orang lain.
Seterusnya juga merupakan antara faktor – faktor yang mempengaruhi pembentukan akhlak dan
bermaksud dalam al – Quran diterangkan dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan
kepada apa – apa yang diingini. Contohnya Wanita – Wanita, anak – anak dan harta yang banyak.
Selain itu, naluri keibuan adalah salah satu bagi faktor yang mempengaruhi ketika naluri. Contohnya
tabiat orang tua kepada anakna dan sebalinya kecintaan orang tuanya. Seterusnya, naluri berjuang
yang mempunyai maksud tabiat manusia untuk mempertahankan diri dari gangguan dan tentangan.
Akhir sekali, naluri bertuhan merupakan faktor yang mempengaruhi etika naluri dari segi agama yang
bermaksud tabiat manusia mencari dan merindukan penciptanya.
Disamping itu, metode pembentukan akhlak juga termasuk dalam faktor – faktor yang
mempengaruhi etika naluri. Metode pendidikan akhlak yang bermaksud dengan metode disini ialah
semua cara yang digunakan dalam upaya mendidik. Adapun metode islam dalam Upaya perbaikan
terhadap akhlak adalah mengacu pada dua hal pokok, yakni pengajaran dan pembiasaan. Yang
dimaksudkan dengan pengajaran adalah sebagai dimensi teoritis dalam upaya perbaikan dan
pendidikan, sedangkan yang dimaksud dengan pembiasaan untuk dimensi praktis dalam upaya
pembentukan (pembianaan) dan persiapan. Berikut beberapa bentuk metode menurut para uama yang
di bahas secara mendalam.

2.3 FAKTOR ADAT DAN KEBIASAAN


Adat dan kebiasaan adalah setiap Tindakan dan pebuatan seseorang yang dilakukan secara
berulang – ulang dalam bentuk yang sama sehingga menjadi bkebiasaan, seperti berpakaian, makan,
tidur, olahraga dan sebagainya.
“perbuatan manusia, apabila dikerjakan secara berulang – ulang sehingga menjadi mudah
melakukannya, itu dinamakan adat kebiasaan”. Perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan, tidak
cukup hanya diulang – ulang saja, tetapi harus disertai kesukaan dan kesukaan hati terhadapnya.
Orang yang sedang skit, rajin berubat, minum ubat, mematuhi nasihat doctor, tidak boleh dikatakan
adat kebiasaan, kerana dia mengharapkan sakitnya cepat sembuh. Apabila dia telah sembuh, dia tidak
akan berubat lagi dengan doctor. Jadi, terbentuknya kebiasaan itu kerana adanya kecenderungan yang
diiringi dengan perbuatan. Contohnya, menghemat waktu dan pemerhatian. Hal ini dapat dilihat
Ketika orang baru belajar naik basikal yang sering jatuh. Namun, dengan Latihan berulang – ulang,
akhirnya dia biasa naik basikal dengan baik. Kerana sudah menjadi kebiasaan, naik basikal
dilakukannya dengan mudah. Juga Ketika seorang anak baru belajar membeca, pada awalnya sulit
mengucapkan kata – kata dengan mudah dan lancer. Dengan rajin belajar membaca, akhirnya kanak –
kanak tersebut boleh membaca dengan lancar dan tepat.
Pada perkembangan selanjutnya suatu perbuatan berulang – ulang dan telah menjadi
kebiasaan, dikerjakan dalam waktu singkat, menghemat waktu dan pemerhatian. Kalua dia sudah
pandai menulis dengan sedikit waktu dan perhatian, akan menghasilkan tulisan yang banyak.

2.4 FAKTOR KETURUNAN


Disisi lain, beberapa fakta menyebutkan bahawa kehadiran anak dapat memudahkan
hubungan intim seorang suami dan isteri berkurang. Lahirnya seorang anak ditambah
ketidakmampuan orangtua dalam mengasuhnya, dapat menyebabkan masalah – masalah baru dalam
pernikahan. Pada masa ini, hubungan interpesersonal seorang isteri atau suami dengan pasangan dapat
menjadi renggang kerana terlalu fokus dalam mengasuh. Analisis ini menemukan bahawa pasangan
siami dan isteri yang dimiliki anak mengaku memiliki kepuasan pernikahan yang lebih rendah
daripada pasangan suami isteri yang belum emiliki anak.
Selain itu, hasil dari penilitian menunujukkan bahawa semakin tinggi tingkat komunikasi
interpersonal dengan pasangan maka kepuasan penikahan semakin tinggi juga. Kasih sayang dan
pemerhatian juga boleh mengeratkan hubungan suami dan isteri. Dengan ini, pasangan suami dan
isteri akan cepat memilik keturunan. Contohnya, isteri melayan suami sebagai tanggungjawap isteri.
Oleh itu, keturunan dapat dimiliki oleh suami dan isteri apabila hubungan mereka saling erat.
2.5 FAKTOR PERSEKITARAN
Faktor – faktor persekitaran sosial boleh mempengaruhi atau menjadikan sumber
pembelajaran kepada proses pembentukan tingkah laku seseorang melalui pelbagai corak
pembelajaran sosial seperti permodelan, maklum balas, dorongan dan halangan. Faktor persekitaran
yang dimaksudkan termasuklah elemen – elemen kemanusiaan seperti pengaruh ibu bapa, guru, rakan
sebaya dan masyarakat atau juga elemen – elemen bukan kemanusiaan seperti pengaruh pelbagai jenis
media yang diterima oleh seorang semasa menjalani proses kehidupan mereka.
Dalam ayat ini dijelaskan tentang proses pembentukan keperibadian manusia dipengaruhi
oleh elemen – elemen ilham sama ada ia menuju kepada jalan yang baik mahupun yang buruk.
Namun manusia dibekalkan dengan akal untuk memilik jalan mana yang harus diikuti. Pengaruh jalan
kebaikan dan kefasihan ini pada hakikatnya merupakan pengaruh – pengaruh yang wujud daripada
persekitaran dalam kehidupan seseorang.
Faktor persekitaran sosial seperti contoh faktor ibu bapa. Ibu bapa memainkan peranan
penting dalam mencorakan pendidikan anak – anak dan membentuk asas – asas perkembangan diri
seseorang anak ibu bapalah yang dapat membantu anak – anak memperolehi pendidikan yang
cemerlang dan bermutu. Olrh itu, mereka bertanggungjawap membentuk sikap yang positif di dalam
diri anak – anak seperti ingin belajar, rajin membeca, ingin tahu, suka bergaul dengan orang lain,
sentiasa aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti – aktiviti sekolah. Ibu bapa juga harus
menunjukan contoh sikap ini kepada anak – anak dan membimbing kelakuan mereka. Ibu bapa juga
bertanggungjawap meletakkan asas – asas nilai murni dan pembentukan konsep diri yang positif
dikalangan anak – anak.
Sehubungan itu, ibu bapa hendaklah memantau dan mengawal selia akademik anak – anak
mereka. Kajian menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa dalam aktiviti persekolahan anak – anak
penting dalam membantu perkembangan sosio emosi kanak – kanak. Ibu bapa yang menyertai aktiviti
perdekolahan anak – anak mereka, menghadiri perjumpaan dengan guru, membentu anak – anak
menyiapkan kerja sekolah dan memantau pergerakan mereka akan mempengaruhi pencapaian
akademik anak mereka. Semakin aktif ibu bapa memberi pemerhatian kepada kerja sekolah dan
semakin banyak perhatian diberi kepada pergerakan tingkah laku.

2.6 FAKTOR PENDIDIKAN


Faktor pendidikan ialah falsafah pendidikan yang bermaksud negara memainkan peranan
yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di sesebuah negara, khususnya, di Malaysia falsafah
pendidikan kebangsanaan kita.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawap dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemungkinan masyarakat dan negara.
3.0 KESIMPULAN
nilai – nilai ketimuran yang diasaskan dalam kehidupan masyarakat yang mengambil kira
etika dan peradaban, pasti akan melahirkan generasi manusia yang mencapai taraf tatasusila dan
kebudayaan yang luhur. Ia adalah merupakan kayu ukur kepada pencapaian sesebuah negara yang
hendak dibangunkan. Melalui prinsip moral dalam mematuhi setiap tindakan sama ada perkara yang
hendak perkara dilakukan itu betul ataupun salah adalah satu garis panduan yang dengannya dapat
dibuat pertimbangan yang wajar atas setiap tindakan yang pelbagai. Oleh yang demikian, etika adalah
suatu yang mesti berseiring dalam kehidupan manusia yang bermasyarakat kerana dengannya akan
melairkan pembangunan material dan spiritual yang seimbang dalam kehidupan manusia. Jaminan
keamanan terhadap perpaduan nilai – nilai ketimuran sebagai suatu yang penting dalam membina
negara berasaskan masyarakat majmuk yang berbagai latar belakang.
RUJUKAN
ETIKA

Anda mungkin juga menyukai