net/publication/323454258
CITATION READS
1 364,673
1 author:
SEE PROFILE
All content following this page was uploaded by Saravanan Anna malai on 28 February 2018.
Kehidupan manusia hari ini adalah dikatakan berdasarkan kepada peredaran zaman.
Faktor peredaran zaman ini telah menjadi cabaran kepada manusia untuk memenuhi keperluan
hidup masing-masing. Kehidupan zaman moden ini telah menjadi lebih kompleks di mana selain
daripada keperluan asas, kepentingan wang ringgit dan kebendaan telah menjadi pertaruhan
hidup. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya maka mereka sanggup
mempertaruhkan etika semata-mata utuk mengejar impian dan mengecapi kehidupan
materialistik yang menjadi keutamaan hidup zaman ini.
Kita sering mendengar perkataan ‘etika’ yang begitu popular di kalangan pelajar-pelajar
sekolah, organisasi atau tempat bekerja dan ibu bapa yang sentiasa menekankan kehidupan yang
beretika kepada anak-anak. Apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan ‘etika’? Menurut
Wikipedia, ‘etika’ yang juga dikenali sebagai falsafah moral merupakan satu cabang falsafah
yang membabitkan menyusun, mempertahankan dan mencadangkan kelakuan yang betul dan
salah. Ia merujuk kepada tingkah laku moral manusia dan bagaimana untuk bertindak dalam
keadaan tertentu.
Etika berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘ethos’ yang bermaksud ‘watak’. Etika
merupakan piawaian yang berasaskan betul dan salah terhadap perbuatan atau tingkah laku
seseorang dalam melaksanakan kewajipan manusia. Ia berkait rapat dengan nilai-nilai moral
yang menjadi pegangan seseorang individu atau kumpulan masyarakat dalam menentukkan
perbuatan atau tingkah laku masing-masing. Kehidupan yang beretika akan memastikan
manusia melaksanakan kewajipan hidup yang memberi faedah kepada diri sendiri dan juga
masyarakat. Sebagai contoh, seseorang itu dikatakan beretika apabila bertindak jujur,
menunjukkan belas kasihan dan kesetiaan manakala perbuatan seperti mencuri, membunuh,
menipu dan memfitnah menunjukkan sikap tidak beretika. Seseorang itu dianggap mempunyai
etika selagi perbuatannya tidak menyimpang dari norma-norma sosial, peraturan, undang-
undang, dan nilai-nilai moral yang boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain.
FAKTOR
PEMBENTUKKAN ETIKA
INDIVIDU
Pengaruh rakan adalah faktor lain yang menentukkan etika seseorang. Pengaruh rakan ini
dapat dilihat diperingkat sekolah ataupun di tempat kerja. Etika seseoarng individu
biasanya dipengaruhi oleh tingkah laku rakan mereka sama ada dari segi baik ataupun
tidak baik. Jika rakan sekerja mempunyai nilai moral yang baik seperti jujur,
bertanggungjawab dan rajin maka ia akan membantu membentuk etika yang baik. Jika
seorang pelajar mempunyai rakan yang selalu ponteng sekolah, malas membuat kerja
rumah dan terlibat dengan aktiviti tidak baik maka kemungkinan perbuatan negatif ini
akan menjadi ikutan rakan-rakan yang lain.
2.4 Nilai peribadi dan prinsip moral (Personal Values and Morals)
Nilai peribadi dan prinsip moral boleh dilihat dari segi kerjaya dan keluarga. Seseorang
yang mementingkan pangkat, pengaruh dan kedudukan tinggi dalam masyarakat akan
berindak untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan kesannya terhadap orang lain.
Bagi individu yang mementingkan keluarga, kerja akan dilihat sebagai tanggungjawab
kedua dan segala tindakan yang di ambil akan mengutamakan kepentingan semua pihak.
Tingkah laku dan etika boleh berubah apabila faktor keadaan mempengaruhi tindakan
seseorang. Walaupun manusia mengetahui tindakan seperti mencuri adalah sesuatu yang
tidak beretika, tetapi keadaan boleh menyebabkan seseorang itu melakukan perbuatan
tersebut. Contohnya, seseorang yang kehilangan kerja dan mendapati sukar untuk
mendapatkan kerja baru boleh bertindak mencuri untuk mengelakkan kesempitan hidup.
Ibu bapa biasanya adalah yang pertama untuk menunjukkan sempadan etika kepada anak-
anak. Tangunggjawab ibu bapa ialah menunjukkan yang mana betul dan salah dalam
kehidupan kepada anak-anak. Sebagai contohnya, apabila ibu bapa mengajar bahawa
mencuri adalah satu kesalahan maka ia akan membentuk asas etika peribadi anak mereka.
Keluarga mempengaruhi pembentukkan etika anak-anak kerana tingkah laku dan
perbuatan ahli keluarga mempengaruhi kehidupan anak-anak sejak kecil lagi. Seperti
ungkapan, anak umpama kain putih ibu bapalah yang bakal mencorakkannya maka segala
nilai-nilai baik mahupun buruk yang diamalkan ibu bapa akan menjadi contoh kepada
kanak-kanak. Pengalaman hidup yang diperolehi ibu bapa biasanya diajar kepada anak-
anak untuk berfikir dan bertindak mengikut keadaan tertentu. Ibu bapa mendidik anak-
anak dengan menanamkan nilai-nilai teras kehidupan seperti mengamalkan toleransi,
perasaan kasih sayang, berbuat baik, menolong orang dan nilai-nilai murni lain yang
menjadi amalan hidup seharian.
Di samping itu, ibu bapa perlu tegas dan menghukum anak-anak apabila mereka
melakukan kesalahan sebagai langkah mengajar yang baik dan buruk. Sebagai contoh,
anak yang dimanjakan boleh berkelakuan degil dan tidak menghormati nasihat orang tua.
Hukuman bertujuan memberi kesedaran perbuatan itu salah dan harus dielakkan.
Hukuman boleh diberi dalam bentuk membuat kerja rumah dan sebagainya. Menghukum
bukan bermakna ibu bapa membenci anak-anak tetapi menunjukkan yang mereka
menyayangi dan mahu anak-anak mempunyai nilai peribadi yang baik. Apabila ibu bapa
mencurahkan kasih sayang dan bertegas secara sama rata maka ia akan membentuk etika
yang baik dan anak-anak pula akan sentiasa mengawal tingkah laku dan peradaban
mereka.
Selain daripada itu, faktor-faktor seperti personaliti, tingkah laku ibu bapa dan status
sosioekonomi keluarga juga memainkan peranan penting dalam pembentukkan etika. Jika
ibu bapa mempunyai personaliti yang garang, ganas, suka memukul, memarahi dan
mengamalkan tingkah laku yang buruk maka ia akan memberi kesan kepada perwatakan
anak-anak. Dalam keadaan ini, walaupun ibu bapa mengajar perkara yang baik namun
segala perbuatan tidak elok daripada ibu bapa juga akan diwarisi oleh kanak-kanak
tersebut.
Pengalaman 1
Etika yang baik penyumbang kepada kecermerlangan pembelajaran
Saya berpendapat etika yang baik membantu ke arah pencapaian pendidikan yang
cemerlang setelah melihat anak jiran saya melanjutkan pelan ke luar negara. Jiran saya
bekerja sebagai tukang kebun di sebuah sekolah rendah manakala isterinya seorang suri
rumah. Mereka mempunyai 4 orang anak dan menjalani kehidupan yang sederhana.
Anak-anak mereka dididik supaya menjalani kehidupan sederhana bergantung dengan
apa yang ada dan keperluan pelajaran mereka sentiasa dipenuhi walaupun terpaksa
meminjam wang daripada orang lain. Anak-anak diajar supaya mencintai kehidupan,
tolong-menolong antara satu sama lain, sentiasa bertolak ansur, bersopan santun dan
sentiasa menghormati orang lain. Segala kekurangan disembunyikan dan tingkahlaku
anak-anak yang tidak elok sentiasa ditegur. Mereka sentiasa memberi dorongan kepada
anak-anak walaupun pencapaian tidak begitu baik dan sentiasa memberi tunjuk ajar yang
positif supaya anak-anak mereka cekal dalam pelajaran.
Pembentukkan etika yang baik oleh ibu bapa akhirnya berhasil apabila kesemua anak-
anak mereka melanjutkan pelajaran ke universiti. Perkara yang cukup membanggakan
ialah anak perempuan mereka mendapat keputusan cemerlang 7 A1 dalam peperiksaan
SPM. Beliau telah mendapat biasiswa penuh daripada kerajaan dan telah melanjutkan
pelajaran dalam bidang kedoktoran di United Kingdom.
Pengalaman 2
Gejala sosial
Pengalaman 3
Gejala Rasuah
Masalah rasuah telah menjadi topik yang hangat dibincangkan sejak kebelakangan ini. Ia
semakin berleluasa lebih banyak kes dilaporkan setiap tahun. Menurut Pasukan Petugas
Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH), sebanyak 71,588 kes rasuah telah
dilaporkan di antara tahun 2000-2006. PEMUDAH juga menganggarkan rasuah
menyebabkan kos kepada negara sehingga RM10 billion berdasarkan Laporan
Transparency International 2009. Ini menunjukkan rasuah memberi impak yang besar
kepada sektor ekonomi negara.
Rasuah merupakan perilaku buruk yang wujud di kalangan pegawai jabatan kerajaan,
swasta dan ahli politik. Ia merupakan perbuatan yang menyalahi undang-undang kerana
melibatkan salahguna kuasa untuk mencari kekayaaan dengan mudah. Sebagai contohnya,
rasuah berlaku apabila seseorang yang menggunakan jawatannya untuk meluluskan kontrak
kepada ahli keluarganya tanpa melalui prosedur yang telus. Antara factor lain yang menjadi
punca rasuah ialah masalah kewangan, sikap tamak, perbelanjaan melebihi pendapatan,
keinginan untuk hidup mewah, kurang didikan agama dan factor keluarga. Walau apapun
puncanya, rasuah merupakan perbuatan tidak bermoral yang menyebabkan seseorang
menjual maruh dan harga diri semata-mata untuk mencari kesenangan dalam hidup.
Rakan merupakan individu yang berpengaruh menentukan tingkah laku seseorang dalam
kehidupan seharian. Kualiti hubungan dan pengaruh rakan yang baik akan membantu ke
arah masa depan yang baik manakala rakan yang tidak baik akan membawa kepada
kehancuran. Sebagai contoh, kanak-kanak biasanya dipengaruhi oleh rakan-rakan pergaulan
seharian mereka. Sekiranya mereka berkawan dengan rakan-rakan yang mempunyai etika
yang baik maka ia akan menjadi ikutan. Jika rakan mereka terlibat dengan perkara seperti
mencuri atau vandalisma maka kanak-kanak tersebut kemungkinan melakukan perkara yang
sama. Dalam konteks kerja pula, rakan yang mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi akan
menjadi pendorong kepada kita untuk melakukan kerja dengan penuh bertanggungjawab.
Rakan yang bermasalah di tempat kerja boleh mempengaruhi seseorang bertindak melakukan
perbuatan seperti pecah amanah, salah guna kuasa, bekerja sambil lewa dan sebagainya yang
boleh membawa kesan buruk kepada kerjaya.
Tingkah laku seseorang individu itu biasanya boleh dinilai dengan melihat siapa rakan-rakan
mereka. Ini kerana kelakuan individu menunjukkan nilai peribadi yang sebenar. Kita sering
menghabiskan masa yang agak lama bersama rakan berbanding dengan keluarga. Di tempat
kerja, kita menghabiskan sekurang-kurangya 8 jam bersama rakan sekerja manaka di sekolah
pula kanak-kanak bersama rakan sebaya mereka sekurang-kurangya 5 jam sehari. Oleh yang
demikian, adalah penting untuk memastikan kita memilih rakan yang mempunyai nilai-nilai
positif yang dapat mendorong kita ke arah pembentukkan masa depan yang baik.
Pengalaman 1
Kes Remaja Lari dari Rumah
Kes remaja lari dari rumah telah menjadi masalah yang berleluasa di kalangan
masyarakat kita hari ini. Masalah lari dari rumah di kalangan anak-anak dan pelajar sekolah
semakin hari semakin meruncing dan sukar dibendung. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
melaporkan dari tahun 2004 hingga Mei 2007, kes orang hilang dicatatkan sebanyak 6270 dan
ianya melibatkan remaja berumur bawah 18 tahun. Mereka yang berumur antara 14 – 17 tahun
mencatatkan bilangan tertinggi sebanyak 5251 kes. Jumlah kes remaja perempuan ialah 4,620
berbanding lelaki iaitu 1,650.
Salah satu punca yang menyebabkan masalah ini berlaku ialah terpengaruh dengan rakan
sebaya. Kebanyakan daripada remaja adalah mudah terpengaruh dengan perangai rakan karib
mereka tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya. Remaja masa kini lebih suka berfoya-foya
dan mementingkan kesoronokkan dan terikut-ikut perbuatan rakan yang sedemikian. Mereka
sanggup melarikan diri dari rumah semata-mata untuk mengecapi kebebasan dan menentukan
kehidupan sendiri. Walaupun ibu bapa memberi kebebasan dengan kawalan tertentu supaya
anak-anak tidak terjebak dengan perbuatan yang tidak diingini namun keinginan untuk
kebebasan ekstrem menyebabkan mereka melarikan diri dari rumah. Sebab utama remaja
melarikan diri ialah cinta dan mengikuti kekasih.
Saya telah melihat perkara ini berlaku kepada saudara terdekat apabila anak perempuan
berusia 15 tahun lari dari rumah mengikut kekasih. Ibu bapa gadis ini berpendidikan tinggi dan
sentiasa menekankan disiplin di kalangan anak-anak mereka. Namun cinta dan janji-janji manis
kekasih telah mengaburi mata remaja ini sehingga sanggup meninggalkan ibu bapa untuk
bersama kekasih yang tidak dikenali. Dia telah mempercayai teman lelakinya dan melarikan diri
semata-mata untuk mengecapi kehidupan mewah yang dijanjikan oleh temannya.
Remaja hari ini cenderung untuk mempunyai kekasih di alam persekolahan. Antara
puncanya ialah filem-filem berunsur cinta dan perhubungan melalui rangkaian sosial di internet
yang membolehkan mereka berkawan tanpa batasan. Rakan karib turut menjadi dorongan kepada
remaja untuk bercinta. Pemikiran yang kurang matang menyebabkan remaja terpengaruh dengan
desakan rakan. Tanggapan bahawa rakan ialah sebahagian daripada kehidupan menyebabkan
mereka jarang meluahkan masalah kepada ibu bapa. Emosi yang rapuh, tiada ketahanan diri dan
gagal menangani rintangan hidup menyebabkan mereka mengikut kehendak rakan sebaya.
Akibat dari nasihat atau penyelesaian yang salah mereka sanggup melarikan diri dari rumah dan
terjebak ke perbuatan tidak bermoral dan membinasakan hidup sendiri.
Pengalaman 2
Sokongan rakan di tempat kerja
Pegawai kerajaan sering menjadi sasaran kepada tohmahan, fitnah dan tekanan akibat
daripada sikap segelintir orang awam. Ini menyebabkan tekanan secara mental dan emosi kepada
kebanyakkan pegawai kerajaan yang boleh menyebabkan mereka melanggar nilai dan etika
perkhidmatan awam yang digariskan. Walaupun pegawai kerajaan perlu mematuhi etika
perkhidmatan tetapi sebagai manusia biasa mereka boleh bertindak di luar kawalan kerana tidak
dapat menghadapi tekanan. Dalam hal inilah, dorongan dan nasihat rakan amat penting untuk
memastikan saya sentiasa bersedia menghadapi rintangan kerja dan bertindak mengikut nilai-
nilai peribadi dan etika yang baik walaupun dalam keadaan tertekan. Di samping itu, bimbingan
dan sokongan rakan penting bagi mengekalkan persahabatan yang erat. Rakan yang baik
meningkatkan kesedaran dan memberi komitmen serta kerjasama bagi memastikan sesuatu kerja
itu dapat dilaksanakan dengan baik dan mempunyai mutu pencapaian yang tinggi. Etika yang
baik di kalangan rakan sekerja turut menyumbang kepada daya saing yang sihat yang akan
meningkatkan produktiviti jabatan.
Pengalaman 3
Vandalisme
Vandalisme ialah perbuatan merosakkan atau memusnahkan harta benda awam atau harta
orang lain. Perbuatan merosakkan kemudahan awam ini dilakukan oleh golongan yang tidak
bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri. Vandalisme yang biasa dilakukan ke atas
harta awam ialah merosakkan telefon awam, merosakkan lampu di taman awam, menyembur cat
ke atas papan tanda nama jalan dan nama taman, memecahkan papan tanda jalan, melukis grafik
di dinding bangunan dan lain-lain.
Perbuatan menulis perkataan tidak senonoh dan melakar grafik lucah di tempat awam
bukan sahaja mencemarkan tempat tumpuan ramai malah ia memberi imej buruk negara kepada
pelancong asing. Kesan kepada golongan muda pula, mereka mungkin terpengaruh untuk
melakukan perbuatan jenayah seperti rogol, mencabul kehormatan dan seks rambang. Pihak
berkuasa pula perlu membelanjakan jumlah wang yang banyak untuk membaik pulih bangunan
yang terlibat dengan perbuatan vandalisme. Salah satu perbuatan vandalisme yang paling ketara
ialah merosakkan telefon awam yang biasanya menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk
pedalaman kerana tidak dapat menggunakan telefon di waktu kecemasan.
Secara umumnya faktor situasi juga memainkan peranan dalam pembentukkan etika baik
atau buruk seseorang individu. Kedudukan individu di dalam masyarakat, keluarga, dan tempat
kerja berkait rapat dengan situasi yang mempengaruhi tingkah laku positif atau negatif seseorang
individu. Antara situasi yang menentukan tingkah laku individu ialah situasi persekitaran, situasi
kerelaan atau situasi berkaitan paksaan.
Pengalaman 1
Budaya lepak
Faktor persekitaran ialah salah satu punca yang menyebabkan berlakunya gejala budaya
lepak di kalangan remaja. Kebanyakkan daripada penduduk yang tinggal di bandar besar
menetap di kediaman seperti pangsapuri kos rendah, sederhana rendah atau sederhana. Saya
pernah menetap di pangsapuri kos rendah dan banyak melihat bagaimana remaja-remaja terlibat
dengan budaya lepak dan merempit. Kebanyakkan daripada pangsapuri ini mempunyai keluasan
yang kecil sebagai contohnya, saiz minima pangsapuri kos rendah yang ditetapkan ialah 700kp
dilengkapi 3 bilik tidur dengan 2 bilik air (berdasarkan Manual Garispanduan dan Piawaian
Perancangan Negeri Selangor). Rumah sebegini menjadi sempit dan tidak selesa jika didiami
oleh keluarga yang mempunyai anak yang ramai.
Di samping itu, ketiadaan kawasan rekreasi dalam pangsapuri menyebabkan tiada tempat
untuk remaja berekreasi. Oleh yang demikian, golongan remaja sering menghabiskan masa
melepak bersama rakan di kompleks membeli-belah, kedai permainan video dan sebagainya.
Apabila melepak maka mereka lebih terdedah untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral
seperti menghisap dadah, merempit, pergaulan bebas dan masalah ‘bohsia’ serta seks rambang.
Perbuatan sebegini yang dilakukan untuk keseronokkan akan membentuk tingkah laku negatif
yang bertentangan dengan etika dan akhirnya mereka terjerumus dengan pelbagai masalah
kelakuan dan sosial yang menjejaskan kehidupan mereka. Jadi, faktor situasi yang menyebabkan
keadaan ini berlaku ialah keadaan persekitaran hidup remaja tersebut.
Pengalaman 2
Keputusan yang bertentangan dengan nilai moral
Dalam keadaan tertentu, seseorang individu boleh bertindak membuat keputusan yang
bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat yang boleh menyebabkan berlakunya perkara yang
tidak di ingini. Ia merujuk kepada faktor paksaan di mana tindakan diambil sama ada bagi
mempertahankan diri atau membetulkan keadaan. Salah satu contoh yang ketara berkaitan unsur
paksaan boleh dikaitkan dengan tugas pihak berkuasa seperti polis. Sejak kebelakangan ini, isu
polis menembak mati individu sering menjadi perbualan hangat. Berdasarkan undang-undang
tindakan menembak penjenayah tidak menjadi kesalahan namun ia adalah bertentangan dengan
norma-norma masyarakat. Polis menjadi sasaran masyarakat apabila berlaku kejadian menembak
mati seseorang. Namun, tindakan tersebut boleh dikaitkan dengan faktor situasi. Sebagai
contohnya, apabila pemandu kereta tidak berhenti di sekatan jalan dan cuba melanggar anggota
polis, tembakan dilepaskan untuk mempertahankan diri. Akibatnya pemandu tersebut mungkin
terkorban terkena tembakan. Dalam situasi ini, pihak polis terpaksa melepaskan tembakan untuk
mempertahankan diri dan orang awam yang berada di kawasan tersebut.
Pengalaman 3
Sikap menolong mangsa kemalangan
Sikap tolong-menolong antara satu sama lain adalah penting dalam kehidupan
bermasyarakat bagi menjamin kehidupan yang harmoni. Dalam kehidupan ini, kita sentiasa
menolong orang sama ada mereka kenalan rapat mahupun orang tidak dikenali tanpa mengira
bangsa dan agama. Sikap tolong menolong harus dipupuk kepada anak-anak sejak kecil lagi. Ini
kerana sikap menolong memerlukan pengorbanan dan ianya sentiasa dipandang tinggi dalam
masyarakat. Walaubagaimanapun, sikap tolong-menolong di antara manusia dilihat semakin
berkurangan sejak kebelakangan ini lebih-lebih lagi yang melibatkan mangsa kemalangan. Saya
pernah melihat beberapa insiden kemalangan yang hanya menjadi tontonan orang ramai dan
tiada sesiapa yang sanggup membantu walaupun mangsa mengerang kesakitan. Ada kalanya,
pemandu hanya memperlahankan kenderaan untuk melihat mangsa kemalangan dan tidak berniat
memberikan pertolongan. Persoalannya, apakah sebab manusia enggan memberikan pertolongan
kepada mangsa kemalangan dalam keadaan yang benar-benar memerlukan bantuan.
Sikap menolong mangsa kemalangan juga dipengaruhi oleh faktor situasi. Keadaan
persekitaran seperti keadaan cuaca seperti waktu siang atau malam, panas atau hujan serta
kawasan luar bandar dan bandar memainkan peranan bagi seseorang membuat keputusan untuk
menolong mangsa kemalangan. Biasanya pada waktu siang, kecenderungan untuk menolong
mangsa kemalangan adalah tinggi berbanding pada waktu malam. Keadaan malam boleh
menyebabkan perasaan bimbang dan menjadi punca keengganan seseorang memberi
pertolongan. Ini kerana, pada waktu malam sukar untuk memastikan sama ada ianya merupakan
satu kecemasan atau kemalangan yang sebenar. Ia berpunca daripada keadaan di mana kes
kemalangan palsu yang direka untuk menyamun, merompak dan mencuri daripada mereka yang
cuba memberi pertolongan. Bagi penduduk bandar pula sikap menolong adalah kurang kerana
cara kehidupan yang sentiasa sibuk dan kurang mempunyai semangat kejiranan yang baik
berbanding penduduk luar bandar. Dengan ini boleh dirumuskan, bahawa walaupun seseorang
mempunyai etika yang baik namun dalam keadaan tertentu mereka masih bertindak mengikut
faktor persekitaran dalam kebanyakan situasi.
Undang-undang boleh didefinisikan sebagai suatu peraturan rasmi yang wujud di dalam
perlembagaan, perundangan, pengiktirafan kehakiman, dan lain-lain yang digunakan untuk
mentadbir, mengawal dan menguasai tingkah laku masyarakat. Ringkasnya, ia adalah
mekanisma bagi mengawal dan mengekalkan susunan sosial masyarakat.
Secara amnya, standard moral merujuk kepada tingkah laku positif yang perlu ada pada
individu seperti hormat-menghormati, berbudi mulia, tolong-menolong dan sebagainya supaya
dapat membentuk masyarakat yang harmoni. Manakala undang-undang pula menentang perkara
negatif seperti mencuri, membunuh dan memukul yang boleh dihukum melalui sistem
perundangan. Undang-undang dan nilai moral biasanya bertentangan atau mempunyai persamaan
kerana melibatkan perhitungan yang berbeza. Sebagai contohnya, perbuatan mencuri bukan
sahaja salah di sisi undang-undang malah ditentang oleh masyrakat. Walaubagaimanapun,
undang-undang tidak memaksa atau menghukum individu yang tidak menolong orang yang
berada dalam kecemasan sedangkan ia merupakan etika baik yang perlu ada pada manusia. Oleh
yang demikian, isu yang menyebabkan dilema etika perlu merujuk kepada undang-undang untuk
penyelesaian. Ini kerana masyarakat secara kolektif telah bersetuju terhadap suatu peraturan dan
tindakan yang boleh di ambil bagi memastikan suatu perbuatan itu tidak melanggar norma-norma
kehidupan.
Pornografi merupakan masalah sosial yang semakin meruncing dan menjadi kebimbangan
masyarakat di negara ini. Pornografi membawa maksud gambaran aktiviti seksual yang di cetak
atau difilemkan untuk merangsang perasaan erotik dan bukannya secara emosi atau estetik.
Ketagihan kepada pornografi boleh menyebabkan tingkah laku yang buruk dan tidak normal
yang membawa kepada kehancuran akhlak seseorang. Ia adalah perbuatan yang ditentang oleh
masyarakat dan salah di sisi undang-undang. Ia perbuatan tidak beretika yang boleh membawa
kepada perbuatan jenayah seperti merogol, dan mencabul kehormatan.
Internet merupakan punca utama berlakunya pendedahan melampau remaja dan belia kepada
pornografi. Pemasangan internet di rumah memberikan akses mudah kepada remaja untuk
melayari laman web lucah. Ia menyebabkan penyebaran bahan-bahan lucah menjadi lebih mudah
di kalangan remaja. Akhirnya mereka terdedah kepada pelbagai masalah seperti seks rambang,
sumbang mahram, rogol, anak luar nikah, buang bayi dan sebagainya. Di samping itu, laman-
laman social seperti Facebook, Netlog dan lain-lain memudahkan mereka ‘bersembang’ dengan
orang yang tidak dikenali berkenaan seks. Akibatnya, perbualan seks yang berterusan akan
berakhir dengan melakukan hubungan seks apabila mereka bertemu.
Apakah yang sebenarnya yang menjadi penghalang kepada pengawalan aktiviti pornografi di
negara ini ?
i. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) merupakan
undang-undang yang terlibat dengan penguatkuasaan aktiviti pornografi.
Walaubagaimanapun, saya dapati akta ini lebih kepada mengambil tindakan ke atas
pemilikan bahan-bahan atau laman web lucah bukannya ke atas penyekatan laman
web tersebut. Tindakan hanya boleh diambil kepada penghasilan laman web lucah
dalam negara tetapi bukan yang disebarkan melalui luar negara. Tidak ada bidang
kuasa yang jelas dan sempadan geografi dalam penguatkuasaan undang-undang
berkaitan rangkaian internet.
ii. Ibu bapa mempunyai kurang pengetahuan terhadap internet dan gagal menggunakan
perisian penapis laman pornografi ketika mendapatkan perkhidmatan internet. Tiada
pengawalan penggunaan internet oleh anak-anak menyebabkan mereka meluangkan
lebih banyak masa di ‘chatting’ dan melayari laman web lucah sewenang-wenangnya.
i. Terdapat bilangan laman web lucah percuma yang banyak di internet yang menjadi
tarikan individu untuk melayari web tersebut. Oleh yang demikian dasar dan undang-
undang antarabangsa boleh mewajibkan semua laman web pornografi (sah di sisi
undang-undang negara lain) adalah berbayar. Ia akan mengurangkan bilangan laman
percuma dan menyekat penggunaan remaja dan bwah umur daripada melayari secara
percuma.
ii. Semua laman web pornografi haruslah menggunakan alamat laman denagn
menggunakan perkataan .sex atau .xxx bagi membolehkan pihak berkuasa menyekat
laman pornografi. Penggunaan .com menyukarkan tindakan kerana jutaan laman web
wujud di internet.
iii. Syarikat yang memberi perkhidmatan internet perlu diwajibkan untuk menyediakan
perisian penapis laman pornografi apabila meeka menjual produk mereka.
iv. Ibu bapa perlu membimbingdan mengawal penggunaan internet di rumah. Mereka
perlu mengambil tahu berkaitan internet dan cara penggunaan oleh anak-anak.
Mereka juga perlu menggunakan perisian penapisan bagi mengawal laman web yang
boleh dilawati oleh anak-anak.
Fenomena membuang bayi telah menjadi isu social yang sangat menyayat hati sejak
kebelakangan ini. Membuang bayi adalah perbuatan membiarkan atau meninggalkan bayi di
mana-mana kawasan secara sengaja dengan niat membunuh atau tidak. Membuang bayi boleh
diklasifikasikan dengan jenayah membunuh atau percubaan pembunuhan. Ia adalah berpunca
dari desakan hawa nafsu manusia akibat daripada seks rambang dan aktiviti penzinaan yang
berlaku secara berleluasa. Akibat daripada aktiviti tidak bermoral dan terlanjur mengandung
anak luar nikah, bayi yang tidak berdosa dibuang bagi menutup perbuatan malu yang telah
dilakukan. Saya telah melihat beberapa kes gadis bawah umur ditangkap kerana membuang bayi
yang baru lahir dan menyebabkan kematian. Ia berpunca daripada aktiviti seks rambang bersama
rakan-rakan lelaki yang tidak dikenali.
Berdasarkan kepada rekod, pada tahun 2006, sebanyak 83 kes buang bayi telah dicatatkan di
seluruh negara pada 2000. Ia mencatatkan peningkatan di mana dari tahun 2000 hingga 2006,
sebanyak 580 kes pembuangan bayi telah direkodkan. Mereka yang terlibat pula berusia di antara
18 hingga 25 tahun. Antara faktor dan punca yang membawa kepada pembuangan bayi ialah:
Undang-undang sebenarnya sudah cukup untuk menghukum mereka yang di tangkap membuang bayi
namun ia boleh diperbaiki dengan penglibatan masyarakat untuk menangani malash ini seperti :
i. Mereka yang dikenakan hukuman membuang bayi perlu diberi publisiti meluas
sebagai pengajaran kepada semua untuk tidak berbuat demikian. Ia akan memberi
kesedaran kepada golongan remaja bahawa membuang bayi adalah satu perbuatan
jenayah membunuh.
ii. Mengadakan kempen berkaitan maksiat di institusi pendidikan bagi memupuk sikap
moral yang baik untuk mewujudkan masyarakat yang penyayang dan harmoni. Ia
harus dilaksanakan di peringkat negeri dan kebangsaan sebagai acara tahunan untuk
memberi kesedaran pentingnya akhlak mulia di kalangan anak-anak dan masyarakat.
iii. Menubuhkan Pusat Perlindungan Bayi di peringkat negeri untuk menjaga bayi yang
menjadi mangsa.
iv. Melaksanakan pendidikan seks di sekolah yang mempunyai elemen kesihatan,
pendidikan dan sosial bagi menanam pengetahuan dan kemahiran menjalani
kehidupan sosial secara positif dari peringkat awal lagi.
Bunuh diri ialah satu perbuatan yang dilakukan dengan kesedaran dan sengaja oleh
seseorang dengan tujuan memusnahkan diri sendiri untuk mengakhiri kehidupan sehingga
menemui kematian. Kebanyakan kes bunuh diri berlaku disebabkan individu itu tidak dapat
menghadapi tekanan dalam hidup, sakit jiwa, mengalami kemurungan, atau mengalami
masalah kewangan. Ia merupakan suatu keadaan sementara yang boleh diatasi namun
individu memutuskan untuk tidak meneruskan hidup kerana kesengsaraan yang di alami.
Walaupun pelbagai alas an boleh diberi terhadap tindakan bunuh diri, ia merupakan suatu
perbuatan yang tidak bermoral dan tidak beretika. Bunuh diri atau percubaan bunuh diri telah
menjadi masla kesihatan yang meruncing di Negara ini. Merujuk kepada Pusat Daftar Bunuh
Diri Kebangsaan, sekurang-kurangnya dua orang bunuh diri sehari dengan purata 60 orang
sebulan.
Percubaan bunuh diri boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda
atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan. Pada pandangan saya,
hukuman ini tidak relevan dengan kes bunuh diri atau percubaan bunuh diri yang semakin
meruncing di Negara ini. Ini kerana, ia telah menjadi jalan mudah kepada individu yang
tidak berani menghadapi cabaran hidup, mudah berputus asa, tidak tahu bersosial dengan
masyarakat dan bersikap individualistik. Masyarakat menolak perbuatan membunuh diri
kerana ia bertentangan dengan nilai-nilai norma kehidupan. Ia merupakan pilihan yang paling
teruk untuk lari daripada masalah kerana ia menyebabkan penderitaan kepada diri sendiri,
keluarga dan masyarakat.
Antara sebab lain bunuh diri semakin meningkat adalah disebabkan oleh penguatkuasaan
undang-undang itu sendiri. Saya mempunyai kenalan yang cuba membunuh diri tetapi dapat
diselamatkan. Namun, tiada sebarang hukuman dikenakan kerana perbuatannya. Boleh
dikatakan kebanyakan kes percubaan bunuh diri terlepas daripada tindakan dan ia
menyebabkan orang ramai tidak takut pada undang-undang yang ada. Lagipun, saya
menganggap hukuman penjara setahun tidak lagi rasional dengan keadaan semasa. Hukuman
yang lebih berat perlu dikenakan sekurang-kurangnya penjara 10 tahun bagi percubaan
membunuh diri. Di samping itu masyarakat juga perlu prihatin terhadap rakan-rakan dan
saudara yang menghadapi masalah dan membantu mencari penyelesaian supaya mereka tidak
membuat keputusan mengambil nyawa sendiri.
6.0 KESIMPULAN
Pembentukkan etika seseorang individu atau remaja adalah berkait rapat dengan faktor-faktor
seperti keluarga. rakan sebaya dan situasi. Ini kerana mereka mempunyai pemikiran dan tingkah
laku yang kurang matang. Ibu bapalah insan penting yang boleh membimbing dan memberi
tunjuk ajar berkaitan kelakuan yang baik dan nilai-nilai asas yang disanjung oleh masyarakat.
Ibu bapa perlu sentiasa bersedia mendengar permasalahan anak-anak remaja dan meluangkan
masa bersama supaya mereka tidak berasa keseorangan. Ia akan membantu membentuk etika
yang baik dan remaja tersebut boleh melangkah ke alam dewasa dengan pemikiran yang
matang.
Ibubapa juga perlu mengetahui siapakah rakan-rakan anak mereka. Ini kerana pengaruh
negatif rakan boleh menghancurkan etika anak-anak. Pemantauan terhadap rakan-rakan akan
memastikan anak-anak tidak berbuat sesuatu sewenang-wenangnya apabila bersama rakan
sebaya. Jika seseorang remaja mengetahui bahawa ibu bapanya sentiasa memantau pergaulan
bersama rakan maka ia boleh mengelakkan mereka terlibat dengan kegiatan-kegiatan negatif
seperti dadah, rempit, menyamun dan mencuri.
Etika individu juga bergantung kepada faktor situasi kerana keadaan tertekan boleh
menyebabkan seseorang bertindak di luar norma-norma masyarakat. Dalam keadaan tersebut
mereka tidak mampu membezakan apa yang betul dan tindakan yang di ambil boleh memberikan
kesan samada baik atau buruk kepada masyarakat. Sehubungan itu, segala keputusan yang di
ambil haruslah difikirkan secara mendalam supaya ia tidak melanggar nilai-nilai asas dalam
masyarakat walaupun ia melibatkan situasi paksaan.
Pembentukkan etika remaja bukan sahaja menjadi tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat
malah kerajaan juga telah mewujudkan pelbagai program bagi membentuk remaja dan belia yang
berkelakuan baik demi masa depan negara. Antaranya ialah Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) yang memberi fokus kepada perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni, mempunyai
daya ketahanan diri dan memupuk perpaduan kaum supaya bersedia menempuh cabaran masa
depan yang mencabar. Ini akan membantu membentuk generasi akan datang yang beretika dan
berwibawa dengan semangat kepimpinan yang tinggi. Dengan ini, Malaysia akan dikenali dan
disegani sebagai negara yang melahirkan generasi yang beretika dan berkelakuan baik.
RUJUKAN
Joe, W.C & Buchsbaum, G.T. (2007). Ethical decision-making in a fast changingworld.
International Journal of Business Research,7(5) International Academy of Business and Economics.
[Online]
Available: http://www.freepatentsonline.com/article/International-Journal-Business-
Research/178945807.html
[2013, February 9]
Khairul Azhar Idris. (23 Februari 2011). Bunuh diri dan gangguan mental. Utusan Malaysia
Online. [Online]
Available:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0223&pub=Utusan_Malaysia&
sec=Rencana&pg=re_08.htm
[2013, February 7]
Pandangan falsafah tentang bunuh diri - Wikipedia Bahasa Melayu. (n.d.). [Online]
Available : http://ms.wikipedia.org/wiki/Pandangan_falsafah_tentang_bunuh_diri
[2013, February 4]
Rohami Shafie. (25 November 2009). Komitmen Swasta, Awam Banteras Rasuah.Utusan
Online. [Online]
Available:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1125&pub=Utusan_Malaysia&s
ec=Rencana&pg=re_06.htm
[2013, February 12]
Rule of law legal definition of Rule of law (n.d.). Free Online Law Dictionary. [Online]
Available : http://legal-dictionary.thefreedictionary.com/Rule+of+law
[2013, February 17]
Tan, N. (n.d.). Sociology: How Past Experiences Affect Your Life. [Online]
Available: http://www.articledashboard.com/Article/Sociology-How-past-experiences-
affect-your-life/632444
[2013, February 8]
Zakiah Jamaluddin & Ismail Kiprawi.(n.d).Ikatan Dan Kawalan Ibu Bapa Terhadap Tingkah
Laku Delinkuens.Universiti Utara Malaysia. [Online]
Available: http://repo.uum.edu.my/1832/1/18.pdf
[2013, February 8]
Zaharah Hassan., Abu Daud Silong., & Nazri Muslim. (2009). Kepimpinan Beretika dan
Kecemerlangan Organisasi dalam Perkhidmatan Awam. [Online]
Available:
http://www.ukm.my/jmalim/images/vol_10_2009/a3%20zaharah%20hassan.pdf
[2013, February 3]