Anda di halaman 1dari 15

OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICS

FAKULTI : PENGURUSAN PERNIAGAAN

SEMESTER / TAHUN : MEI (2) / 2014

KOD KURSUS : OUMM3203

TAJUK KURSUS : ETIKA PROFESIONAL

NO. MATRIKULASI : 761027045206001


NO. KAD PENGNEALAN : 761027045206
NO. TELEFON : 0122398527
E-MEL : puteridelima@oum.edu.com

PUSAT PEMBELAJARAN : PETALING JAYA

1
OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICS

ETIKA merujuk kepada peraturan – peraturan yang di tentukan oleh seseorang individu
bagi memperbaiki sesuatu keadaan atau moral seseorang individu tersebut. Etika
berhubung kait dengan moral. Moral pula lebih menjerumus kepada tingkah laku
seseorang malah bersikap praktikal kerana ia merupakan disiplin seseorang. Etika lebih
menjerumus kepada teori, ini bermakna etika lebih bersifat mengkaji, menganalisis dan
mengkritik sistem bermoral itu sendiri, dengan ini jelaslah bermakna etika bersifat ilmu
pengkajian terhadap sesuatu situasi yang berkaitan dengan gaya hidup bermoral.

Masyarakat Malaysia , mengamalkan cara hidup beretika yang tinggi dan cara hidup ini
mempengaruhi perwatakan diri hingga dewasa. Masyarakat Islam yang menganuti agama
Islam misalnya mempunyai dan mengamalkan nilai – nilai moral yang tinggi dan sifat-
sifat moral itu adalah etika dalam beragama. Perkara yang sama berlaku kepada individu
yang menganut agama lain, agama mereka juga mempunyai etika – etika beragama yang
berbeza dan setiap etika itu harus di patuhi dalam pembentukan sahsiah diri yang
cemerlang. Tidak kira apa agama pun amalan hidup bermoral dan beretika ini pasti
menjadi tuntutan utama dalam kehidupan seharian setiap individu. Etika dalam sesebuah
agama yang di anuti lebih menjurus kepada prinsip sesebuah agama. Definisi etika dari
segi bahasa berasal daripada bahasa Inggeris “Ethic” dan bahasa Greek “Ethos” yang
membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan
tingkah laku seseorang individu.

Menurut William Frankena (1973) etika di definasikan dari segi istilah merujuk dan
bermaksud falsafah moral atau pemikiran berfalsafah, masalah moral dan pertimbangan
moral. Etika, bolehlah di rumuskan sebagai aturan atau pola tingkah laku yang di
hasilkan oleh akal manusia bagi membezakan antara baik dan buruk dalam masyarakat
serta membatasi perlakuan baik dan jahat atau pun prinsip serta ukuran asas bagi
menentukan tingkah laku yang betul, tingkah laku salah atau tingkah laku
bertanggungjawab, sebagai contoh: dewasa ni ramai anak muda suka merosakkan harta
benda kerajaan seperti kejadian vandalisma, sudah pastinya perbuatan itu menyalahi
undang – undang kerajaan seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan hingga menghalang

2
OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICS
pengguna - pengguna lain menikmati kemudahan asas yang telah di sediakan. Jelaslah
perbuatan ini menunjukkan betapa fungsi etika di dalam kehidupan remaja kini kian
terhakis dan sudah pasti perbuatan tersebut menyalahi dan melanggar undang – undang
Negara beretika seperti mana yang telah di tetapkan dan mempamirkan perbuatan yang
tidak baik kepada negara dan masyarakat lain amnya.

Sebagai seorang individu yang ingin menjadi manusia yang berjaya di dunia, pastinya
individu tersebut akan berusaha sedaya mungkin mencapai matlamat hidup yang di
inginkan, setiap individu mengamalkan cara hidup yang beretika dan cara hidup beretika
itu akan membantu individu tersebut membentuk keperibadiannya samada ke arah
kebaikan atau ke arah keburukan. Walaubagaimanapun, seseorang individu tidak dapat
tidak akan melalui proses kehidupan yang sangat mencabar dan tidak mustahil individu
tersebut akan tersasar dari tujuan hidup sebenar. Dewasa ini ramai individu yang
melanggar etika kehidupan sebagai seorang individu kerana di pengaruhi oleh keadaan
sekeliling, rakan – rakan dan juga pengaruh keluarga. Proses pembentukan diri ini
berlaku mengikut situasi kehidupan individu tersebut mahu pun cara serta proses
kehidupan itu telah di tetapkan atau di amalkan dari keci. Faktor – faktor yang
mempengaruhi kehidupan seseorang individu boleh di klasifikasikan kepada beberapa
faktor, sebagai contoh:-

1. Faktor Keluarga

Keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan moral dan etika
diri seseorang individu. Didikan dari kecil adalah pemangkin kepada sahsiah diri ketika
dewasa. Proses pembentukan moral dan etika pada seseorang individu ini mengambil
masa yang sangat lama dan setiap ibu bapa perlu bersabar dalam membantu seseorang
3
OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICS
individu mengekalkan etika bermoral hingga dewasa. Bagaimana individu itu di didik
dari kecil hingga dewasa sangat mempengaruhi kehidupannya. Jalan mana yang di pilih
ketika dewasa nanti adalah di pengaruhi oleh pembentukan moralnya dari kecil, samada
jalan hidup yang di pilih baik atau buruk di masa akan datang adalah bergantung pada
kehendak individu itu sendiri, sebagai contoh; kanak – kanak sangat mudah terdedah dan
terpengaruh dengan apa yang di tunjukkan oleh orang dewasa atau role mode dan apa
yang mereka lihat itulah yang mereka serapkan dalam diri. Mereka mudah meniru apa
juga perbuatan dan perlakuan orang dewasa tanpa mengira baik atau buruk kerana
mereka terlalu kecil untuk membezakan baik dan buruknya sesuatu tindakan atau
perbuatan itu. Oleh kerana itu ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembenbentukan etika seseorang individu dan etika itu harus di sulami dengan moral
yang cemerlang. Gambarajah di bawah memberi gambaran dua keluarga yang
mempunyai etika dan moral yang berbeza, jelaslah bahawa pengaruh keluarga sangat
penting bagi membantu dalam pembentukan etika seseorang individu.

keluarga bermasalah Keluarga harmonis

4
OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICS

Kegagalan Beretika Kejayaan Beretika

Gambarajah keluarga bermasalah di atas jelas menunjukkan bahawa telah berlaku


perlanggaran etika seseorang individu yang akhirnya membawa kepada keruntuhan aklak
seseorang individu pada masa akan datang, manakala gambarajah keluarga harmonis
menunjukkan keberhasilan dari amalan hidup yang beretika. Walaubagaimanapun, apa
akan jadi pada etika diri seseorang individu itu adalah pilihan mereka sendiri kerana
mereka sendiri boleh menilai dan memilih jalan mana yang mahu di ikut di masa akan
datang.

2. Faktor Kawan

Kawan adalah salah satu sebab atau punca yang mengundang kepada kepincangan atau
kerosakan etika hidup seseorang individu. Walaubagaimana bagus atau baik cara didikan
seseorang individu itu sejak kecilnya jika di zaman remaja atau dewasanya di pengaruhi
oleh rakan – rakan sebaya yang runtuh moral dan etika hidupnya, jika individu tersebut
mudah terpengaruh dengan rakan – rakan sebaya yang rosak moral insannya maka akan
rosak jugalah masa depannya. Memilih rakan – rakan yang baik sangat perlu dalam
memilih rakan, umpama pepatah melayu yang selalu di perkatakan ”rakan adalah pakaian
kepada rakan yang lain” Oleh kerana itu mencari rakan sebaya yang tepat dan bermoral
adalah sangat penting bagi remaja – remaja yang meningkat dewasa dan seterusnya akan
menyambung kesinambungan kehidupan beretika yang baik kepada generasi akan datang.

5
OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICS
Satu kajian telah di lakukan oleh seorang ahli sosiologi terkemuka iaitu Thomas Berndt
(1979, chapter 8, page 262), memberitahu bahawa kumpulan rakan sebaya mempunyai
peranan yang sangat kuat dalam mempengaruhi activiti sosial rakan sebaya yang lain.
Sesetengah remaja, rakan sebaya adalah tempat paling selamat untuk mereka mengadu
masalah ketika mereka mempunyai sebarang masalah tidak kira masalah yang melibatkan
masalah cinta, masalah keluarga mahupun masalah pelajaran, ini kerana rakan sebaya
mempunyai tingkahlaku, sikap dan identiti yang sama sesama mereka dan remaja
berkenaan merasakan rakan – rakan mereka lebih memahami masalah mereka dari
keluarga sendiri. Thomas Berndt, juga berkata beliau mendapati kecenderungan
seseorang remaja mencari dan memilih siapa rakan sebaya yang paling tepat untuk
menjadi tempat meluahkan segala masalah mereka adalah paling tinggi ketika lingkungan
umur 14 hingga 15 tahun, di lingkungan umur begini adalah saat atau masa yang sangat
getir atau genting memandangkan peningkatan gejala social yang meruncing dewasa ini.
Gagal atau berjayanya remaja tersebut bergantung kepada gagal atau berjayanya remaja
itu memilih rakan sebayanya ti peringkat ini kerana inilah saat penentunya arah hidup
mereka di masa akan datang.

Lingkungan umur begini paling mudah mempunyai konflik dengan ibu bapa dan pada
lingkungan umur begini juga adalah lingkungan umur yang mencari – cari akan hala tuju
kehidupan mereka akan datang. Mereka juga mempunyai kecenderungan tingkah laku
anti social paling tinggi. Remaja mudah terpengaruh dengan rakan sebaya kerana mereka
berada dalam proses membebaskan diri dari kongkongan ibu bapa dan keluarga malah
mula berfikir bahawa keluarga adalah musuh paling di gerungi dan tidak faham akan
keinginan naluri remaja itu sendiri. Setiap individu bertanggungjawab di atas setiap
perlakuan sendiri dan berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin dan melanggar etika
hidup dengan mengikut kehendak diri sendiri. Pelanggaran etika hidup dan hidup yang
tidak bermoral ini sentiasa di lakukan malah lebih parah jika mereka tidak menyedari
langsung akan kemusnahan etika diri mereka satu persatu. Pelanggaran – pelanggaran
tidak beretika ini akan mengundang masalah mental pada remaja tersebut dan tidak di
nafikan remaja sebegini akan mengalami kegagalan dalam pelajaran mereka dan akhirnya
remaja tersebut membuat haluan sendiri dan terus hanyut dalam hidup yang penuh

6
OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICS
kegagalan. Mereka rasakan sangat bagus untuk mereka sedangkan mereka telah
melakukan pelbagai pelanggaran hidup beretika.

3. Faktor Keadaan Sekeliling

Persekitaran bermaksud keadaan atau situasi tempat sekeliling seseorang individu itu
menetap, belajar atau bekerja. Keadaan sekeliling juga merupakan faktor yang
menyumbang kepada pembentukan etika seseorang individu itu menjadi positif atau
negetif. Faktor ini di lihat dan di analisis dari segi lokasi, tempat dan budaya kawasan
sekelilingnya. Faktor keadaan sekeliling ini boleh di klasifikasikan kepada dua kawasan
iaitu kawasan bandar dan luar bandar. Kedua – dua kawasan ini mempunyai budaya,
intelektual, kemudahan dan ruang kehidupan yang berbeza begitu juga dengan tekanan
hidup yang berbeza.

Etika hidup di bandar lebih bersistematik berbanding di kawasan luar bandar,


walaubagaimanapun kehidupan di bandar lebih terdedah kepada permasalahan
gensterisma mahu pun vandalisma. Di bandar juga mempunyai corak pentadbiran
persekitaran penduduknya mengikut kelas – kelas tersendiri, ini dapat di lihat di
sesetengah kawasan elite seperti di kawasan segitiga emas, kawasan – kawasan penduduk
yang berprofil tinggi, di mana di kawasan ini persekitarannya di jaga dengan rapi dan
baik. Di kawasan tersebut mempunyai kemudahan yang sangat canggih dari segi
pekerjaa, pendidikan, social, ekonomi serta perancangan pembentukan bandarnya
segalanya tersusun rapi. Kawasan bandar mempunya kemudahan yang lengkap
berbanding luar bandar. Di bandar, penduduknya tidak mengamalkan komunikasi secara
bersemuka malah perjumpaan antara seseorang induvidu dengan individu yang lain
sangat terhad malah mereka tidak mempedulikan akan permasalahan yang di hadapi di
kawasan kejiranan mereka. Komunikasi yang terjalin lebih bersifat komersial ataupun
urusan perniagaan, pendidikan, social mahupun pekerjaan. Ini bermakna jurang
komunikasi bersemuka antara seseorang individu dan individu yang lain sekitar kawasan
permaustatin mereka jarang berlaku berbanding di luar bandar di mana komunikasi lebih
kepada seseorang individu dengan individu yang lain dalam erti kata lain bersemuka,

7
OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICS
samaada komunikasi itu bersifat seorang individu bersama seorang individu yang lain
mahu pun komunikasi berbentuk kumpulan.

Kawasan Bandar Kawasan Luar Bandar

Gambarajah di atas menunjukkan persekitaran kawasan perumahan antara bandar dan


luar bandar. Kawasan prsekitaran luar bandar mempunyai kawasan hijau yang sangat luas
seluas mata memandang dan ini memberikan ketenangan kepada individu yang tinggal di
kawasan tersebut. Persekitaran perumahan di luar bandar sangat jarang sekali berpagar
kebanyakannya tidak mempunyai sistem keselamatan yang canggih seperti di bandar.
Pergaulan antara penduduk juga sangat tenteram, kehidupan di luar bandar masih
mengamalkan hidup cara ziarah menziarahi. Kekurangan yang ada bukanlah penyebab
untuk mereka tidak berkomunikasi antara satu dengan lain, mereka hidup bermuafakat
sesama mereka segala keputusan adalah melalui suara ramai atau melalui perbincangan
yang di buat dari semasa ke semasa. Jika di ukur dari etika diri setiap individu yang
tinggal di luar bandar lebih bermoral berbanding individu yang tinggal di kawasan bandar
ini kerana individu di luar bandar lebih menitikberatkan kehidupan bermoral samada dari
segi agama ataupun hubungan sesama manusia. Penduduk di bandar lebih bersikap
mengasingkan diri ataupun “buat hal sendiri”. Kawasan rumah yang berpagar dan di
lengkapi sistem keselamatan yang canggih menyukarkan komunikasi antara jiran, jika di
pandang dengan sekali pandang individu yang tinggal di bandar lebih bersikap
pentingkan diri sendiri perhubungan antara sesama kawasan kejiranan juga agak sepi.
Komunikasi yang terjalin juga lebih bersifat komersial samada tujuannya untuk

8
OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICS
pendidikan, pekerjaan atau pun kegiatan – kegiatan yang bersangkut paut dengan
hiburan.

Kesimpulan

Sebagai seorang individu yang berkerjaya dan mempunyai pengalaman yang pelbagai
sejak kecil hingga dewasa, dapatlah di rumuskan dari ketiga – tiga faktor yang telah di
bincangkan sebentar tadi dapatlah di rumuskan bahawa faktor keluarga, faktor rakan
sebaya dan faktor persekitaran sangat memainkan peranan penting dalam membantu saya
untuk mengamalkan cara hidup beretika sebagai seorang individu. Faktor – faktor ini
berperanan mencorak diri saya sebagai seorang insan yang berjati diri samada di awal
remaja dan juga dewasa.

Kehidupan seharian sebagai seorang individu sudah tentu mencabar kewibawaan saya
dalam mengharungi gelombang gelora kehidupan yang sangat besar dan mencabar.
Pengaruh serta hasutan untuk melakukan perkara yang tidak baik sentiasa datang
mengganggu, jika saya tidak dapat menilai dan memilih jalan mana yang harus di pilih
sudah pasti saya juga tergolong dalam golongan individu yang rosak nilai moralnya serta
rosak dari segi etika hidup. Etika hidup bermoral harus di amalkan dan di kekalkan dalam
diri bagi menjadi benteng untuk mengharungi hidup seharian supaya sifat diri yang ada
dalam diri dapat di bentuk menjadi manusia dan ibndividu yang bermoral di masa
hadapan. Hidup tanpa ada dugaan bukanlah satu kehidupan, setiap kehidupan pasti ada
dugaan dan cabaran, tidak kira dugaan dari sudut yang baik atau dugaan yang datang itu
buruk dan setiap dugaan – dugaan ini mengajar kita menjadi manusia yang lebih berjati
diri menghadapi apa juga situasi di masa – masa akan datang.

Sekali lagi, pengalaman yang saya lalui adalah guru terbaik mengajar saya akan erti
sebuah kehidupan, sekali lagi peranan dan sokongan keluarga adalah sebaik – baik
sokongan. Berhati – hati dalam apa juga tindakan yang akan diambil adalah sangat
penting agar kita tidak tersalah langkah yang akhirnya mengundang kepada kegagalan
hidup. Kehidpan saya lebih bermakna apabila saya sendiri sedar bahawa kehidupan

9
OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICS
beretika itu adalah pemangkin kepada kehidupan yang sangat harmonis dan berjaya.
Selain mengamalkan sikap beretika yang menjana kepada pengukuhan moral yang tinggi,
melalui etika – etika yang di amalkan dalam kehidupan seharian juga dapat membantu
saya menjadi seorang individu yang berdaya saing dan mempunyai matlamat hidup yang
hakiki termasuk matlamat untuk mempunya kerjaya yang baik, juga sebagai seorang
individu yang mengamalkan hidup beragama. Selain nilai – nilai moral yang di amalkan
dalam kehidupan seharian, saya juga mempelajari akan beberapa prinsip hidup beretika
yang di sarankan oleh pakar – pakar analisis seperti teori Psikososial Ericson, di mana
teori ini menekankan perkara asas yang perlu di utamakan oleh seseorang individu.
Prinsip – prinsip ini dapat membantu saya mengawal cara kehidupan dan menjadikan
panduan dengan lebih berjaya dari segi moral amnya dan hidup beretika khasnya. Prinsip
yang di maksudkan adalah:-

Walaubagaimanapun, saya tidak dapat lari dari berhadapan pelbagai masalah dan dugaan
hidup serta pengaruh – pengaruh negatif yang datang daripada kawan – kawan yang tidak
bermoral dan beretika yang mempengaruhi saya untuk meninggaklan cara hidup bermoral
dan hidup dalam keadaan yang tersasar jauh dari etika kehidupan. Sebagai seorang
pekerja di sebuah syarikat yang agak besar dan terkenal bukanlah menjamin kepada sikap

10
OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICS
pekerja yang bermoral dan beretika dalam bekerja. Saya mengalami beberapa situasi
pelanggaran etika yang mana mempengaruhi atau mengganggu saya ketika bekerja.
Keadaan yang tidak beretika dan bermoral ini kadang kala merimaskan saya. Perkara ini
menyebabkan pekerja – pekerja yang tidak bermoral ini di ambil tindakan disiplin oleh
pihak syarikat dan di kenakan hukuman setimpal berdasarkan kesalahan yang di lakukan.
Di sini saya lampirkan antara peraturan – peraturan dan etika yang di tetapkan oleh pihak
syarikat kepada pekerja – pekerja termasuk saya sendiri yang harus di patuhi.

Pemakaian
Peraturan ini meliputi kesemua pekerja kecuali pengarah urusan, semua pekerja harus
mematuhi cara berpakaian mengikut spesifikasi yang di tetapkan oleh pihak syarikat.

Tindakan
Mana – mana pekerja yang melanggar etika ini akan di kenakan tindakan tatatertib
sebelum di berikan amaran.

Jenayah dan Penyalahgunaan Dadah


Peraturan ini sangat berat dan harus di patuhi oleh mana-mana pekerja. Pihak majikan
akan melakukan pemeriksaan kesihatan dari masa kesemasa bagi memastikan setiap
pekerja berada dalam keadaan yang terkawal.

11
OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICS

Tindakan
Pekerja yang engkar atau melanggar etika syarikat dan tidak bermoral ini akan di
kenakan tindakan pemberhentian kerja serta merta sejajar dengan peruntukan Akta
Jenayah dan Penyalahgunaan Dadah Berbahaya 1952 (Akta 324). Syarikat telah
menyediakan doktor panel untuk membuat pemeriksaan berkala dari masa ke semasa.

Gangguan Seksual
Ini juga salah satu pelanggarang salah laku atau pelanggaran etika yang sangat berat dan
makin berleluasa dewasa ini. Gangguan seksual adalah sejenis pelanggaran etika yang
tidak bermoral dan secara tidak langsung boleh menyebabkan tekanan emosi kepada
pekerja yang lain.

12
OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICS
Tindakan
Pihak syarikat akan menyiasat dengan terperinci dan apabila mendapati salah laku atau
gangguan seksual benar – benar berlaku dan telah berlaku antara seorang pekerja kepada
pekerja yang lain, syarikat tanpa teragak – agak akan mengambil tindakan membuang
atau menyerahkan pekerja tersebut kepada pihak yang lebih berkuasa.

Selain daripada senarai – senarai yang telah di nyatakan di atas terdapat juga peraturan-
peraturan atau perlaksanaan etika pekerja dan majikan atau majikan dan pekerja
antaranya, pekerja juga harus beramanah, berusaha, cekap, jujur dan bertanggungjawab
dalam melakukan kerja – kerja yang telah di amanahkan sejajar perjanjian yang telah di
persetujui dalam surat di awal tawaran kerja di berikan. Pekerja juga harus menepati
pretasi kerja yang di tetapkan dan tidak membelakangkan tugas yang telah di berikan
oleh pihak syarikat kepada pekerja tersebut selain tidak menggunakan harta benda
syarikat untuk kepentingan persendirian atau telah melanggar mana – mana syarat antara
keduanya. Jika pelanggaran etika syarikat atau etika seseorang itu telah berlaku, individu
atau syarikat boleh membuat lapuran kepada Jabatan Buruh Malaysia dan beberapa
jabatan berkanun yang lain seperti di bawah.

Undang – undang buruh Polis Di Raja Malaysia

Selain daripada tindakan – tindakan yang boleh di ambil, majikan terlebih dahulu wajib
memberi sebanyak mungkin pengetahuan tentang undang – undang dan etika syarikat
mahu pun kepentingan beretika sebagai seorang individu seperti di bawah:

13
OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICS

Oleh kerana itu, amalan hidup beretika sangat penting dalam memastikan masa depan
yang cemerlang, pilihan selalunya di tangan kita cara apa yang kita mahu laluan hidup
yang bagai mana kita inginkan adalah hak kita. Hanya kita yang mampu merubah hidup
kita, samada baik atau buruk terpulanglah kepada kita sendiri. (2856 perkataan)

14
OUMM3203 – PROFESSIONAL ETHICS
RUJUKAN

1. Buku: William K. Frankena,1973, Ethics, second edition, chapter one, Morality


and Moral Philosophy, An Example Of Etical Thinking (SOCRATES)

2. Buku : Child, Family, School, Community: Socialization and Support,

Thomas Berndt (1979, chapter 8, page 262).

3. Laman web, Print Malaysia:


Http://www.printnasional.com.my/pnmb/media/file/work_ethics.pdf

4. Laman web, Jabatan Tenaga Malaysia: http://www.jtm.gov.my/ver25/index.php/ms/

5. Laman web, Jabatan Agama Islam Malaysia: http://www.islam.gov.my/en

15

Anda mungkin juga menyukai