Anda di halaman 1dari 9

Faktor pembentukan etika dan penguatkuasaan undangundang

1.0 Pengenalan
Objektif tugasan saya pada kali ini adalah untuk menerangkan definisi etika, serta menilai faktorfaktor terlibat yang membentuk etika individu dan untuk membincangkan bagaimana kedaulatan
undang-undang boleh digunakan sebagai panduan pemilihan dalam membentuk moral.
Etika boleh didefinisikan sebagai prinsip kelakuan moral yang diterima individu.Etika dan moral
lebih kurang sama pengertiannya, tetapi dalam kegiatan sehari-hari terdapat perbezaan, yaitu
moral untuk penilaian perbuatan yang dilakukan, sedangkan etika adalah untuk pengkajian
sistem nilai-nilai yang berlaku. Etika adalah ilmu yang membahas perbuatan baik dan perbuatan
buruk, betul dan salahmanusia sejauh yang dapat difahami oleh fikiran manusia.
Makna Etika Profesional pula adalah prinsip moral untuk sesuatu kumpulan yang direka/dibuat
untuk mengawal prestasi mereka di dalam menjalankan sesuatu tugas atau penggunaan sumber
yang mereka ada. Menurut Ahli Sosiologi Etika adalah dipandang sebagai adat istiadat,
kebiasaan dan budaya dalam berperilaku. Dalam konteks Islam etika juga dikenali sebagai
akhlak. Semua manusia adalah sama darjatnya, tiada beza status social, harta, takhta, latar
belakang atau keturunan. Yang membezakan darjatnya disisi Tuhan adalah akhlaknya, iaitu
keperibadian dan keimanan.
Pelbagai faktor yang memainkan peranan penting dalam pembentukan etika individu. Terdapat 5
faktor yang dilihat sangat besar dalam mempengaruhi nilai etika seorang individu iaitu keluarga,
rakan sebaya, pengalaman hidup, nilai peribadi dan akhlak, dan faktor situasi. Ia membentuk
tingkah laku beretika boleh membezakan seorang dari seorang yang lain. Etika adalah relatif, ia
tidak mutlak. Ini bermakna bahawa walaupun apa yang membentuk tingkah laku beretika adalah
di mata orang lain, ia biasanya mematuhi norma sosial umumnya boleh diterima.

2.0 Faktor Pembentukan Etika Individu.


Sikap setiap individu adalah berbeza. Sama ada jujur, bongkak, baik, pemurah, penyayang dan
lain-lain lagi. Ia terbentuk atas didikan dan pengalaman hidup. Kini saya akan menjelaskan
antara 3 dari 5 faktor pembentukan etika individu.
2.1 PENGARUH KELUARGA.
Individu mula membentuk standard etika mereka sejak zaman kanak-kanak mereka sebagai
tindak balas kepada persepsi mereka tingkah laku ibu bapa mereka. Kanak-kanak adalah lebih
cenderung untuk menerima pakai standard etika yang tinggi jika mereka melihat bahawa ahli

keluarga mereka mematuhi piawaian yang tinggi (seperti bersikap benar) dan jika mereka
menerima ganjaran untuk mematuhi, dan hukuman kerana tidak mematuhi, piawaian ini.
2.1.1 Kasih sayang.
Alam kehidupan remaja bermula dari sebuah keluarga. Keluarga yang pincang atau berceraiberai akan mempengaruhi remaja dari sudut yang negatif. Kurangnya kasih sayang membuat
anak ini memberontak dan membawa haluannya sendiri, tiada kawalan ibu bapa, tidak memberi
didikan sempurna kepada anak sehingga anak ini terabai lalu membentuk sikap keras, kasar, suka
menipu dan tidak menghormati orang lain.
Berdasarkan pemerhatian saya terhadap seorang rakan yang saya kenali difacebook, pada
peringkat awalnya dia seorang yang ceria, ramah namun perahsia. Dia mengatakan dia seorang
anak dato yang belajar di Jepun. Selepas beberapa bulan kemudian apabila rahsianya terbongkar,
saya mendapati dia seorang penipu (menipu identiti), berasal dari keluarga yang bercerai-berai,
suka mempermainkan ramai lelaki, dan pendendam apabila lelaki yang diingini menolak untuk
berpasangan dengannya. Saya percaya sikap ini terbentuk kerana kebenciannya kepada lelaki
(ayah) akibat penceraian dia kekurangan kasih sayang, tidak mendapat perhatian dari ibu bapa,
tidak mempunyai keyakinan dengan identiti dirinya yang sebenar.

2.1.2 Pendidikan
Remaja merupakan memimpin masa hadapan yang akan membawa hala tuju negara ke arah
yang lebih membangun. Pendidikan formal harus diberikan kepada anak-anak supaya mereka
bijak mengatur kehidupan sendiri malah mampu menonjolkan diri di kalangan sosial.
Dorongan dan pembabitan ibu bapa sangat penting dalam memberi pendidikan dan galakan
minat anak-anak. Ibu bapa perlu memberi jalan kepada anak mereka dalam memilih kehidupan
masing-masing. Penjagaan yang terlalu mengongkong dan memaksa anak-anak untuk mencapai
target yang tiggi tidak membantu dalam membentuk etika seseorang.
Hal ini terbukti dengan pencapaian peperiksaan anak buah saya yang sentiasa
mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM. Dia bukan sahaja cemerlang dari
segi akedemik malah merupakan golongan yang turut aktif dalam kokurikulum. Pembabitan ibu
bapa dalam setiap langkah anak-anak adalah penting bagi membantu mereka mangejar matlamat
disamping memberi khidmat nasihat dan sokongan moral.
2.1.3 Didikan agama
Bagi mewujudkan keluarga yang bermoral dan beretika sepenuhnya, anak-anak perlu diberi
didikan agama yang sempurna dan nilai kerohanian mesti disemai dengan nilai etika paling
tinggi sejak dari kecil. Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebung Asuhan yang betul

hendaklah diberikan kepada mereka. Agama membimbing setiap orang ke jalan yang benar.
Ketika ini, kita lihat banyak remaja yang runtuh akhlak dan peribadi disebabkan mereka telah
menyimpang jauh daripada ajaran agama masing-masing. Antaranya kes pembuangan bayi.
Ini jelas menunjukkan kurangnya didikan agama, kasih sayang dan perhatian ibu bapa.
Pergaulan anak gadis tidak dikawal sehingga sanggup membunuh nyawa bayi sendiri demi
menutup aib maksiat yang dilakukan.
Kes seumpama ini turut melibatkan rakan baik saya, dia telah melakukan maksiat dengan
kekasihnya. Namun dengan iman yang tersisa dia telah mengakui kesilapan diri kepada
keluarganya. Apa yang mampu dilakukan oleh keluarganya hanyalah menghantar anak
mereka ke pusat pengasih. Walaupun telah menconteng arang ke muka keluarga namun keluarga
mereka tidak berpecah belah.

2.2 Pengaruh rakan sebaya.


Apabila kanak-kanak memasuki sekolah, mereka dipengaruhi oleh rakan-rakan dengan siapa
mereka berinteraksi setiap hari. Menurut ahli psikologi yang terkenal Norm Chomsky, alam
remaja merupakan alam transisi daripada alam kanak-kanak ke alam dewasa. Berlaku perubahan
fizikal dan tingkah laku. Remaja cuba membentuk peribadi dan personaliti masingmasing. Mereka memerlukan seorang rakan yang boleh menemani mereka sepanjang
perkembangan zaman remaja. Dengan adanya rakan-rakan tersebut mereka boleh bertukar-tukar
fikiran, berkongsi masalah dan bantu-membantu ke arah kebaikan atau sebaliknya.
Kecenderungan remaja terhadap pengaruh rakan sebaya paling tinggi adalah pada umur 14 tahun
hingga 18 tahun.
2.2.1 Terpengaruh nilai-nilai negatif
Remaja mudah terpengaruh dengan pujukan dan rayuan dari rakan sebaya yang akan
menimbulkan masalah-masalah dan gejala-gejala negatif dan sosial. Antaranya kesan pengaruh
yang boleh membentuk kelakuan atau etika remaja adalah menghisap rokok sebagai contoh.
Dengan perasaan ingin mencuba dan ingin tahu tentang keseronokan menghisap rokok dan
didorong oleh rakan-rakan sebaya maka mereka terus mencuba dan akhirnya terjebak dengan
budaya menghisap rokok, gengsterime, bergaduh, buli, samun, penagihan dadah dan samun.
Ia akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, terutama bagi remaja yang tercicir
dalam pendidikan dan menghadapi masalah keluarga. Mereka tidak mempunyai tujuan dan
apabila berada di dalam kumpulan tersebut, maka akan timbullah pelbagai idea termasuklah
menconteng harta benda awam dan merosakkannya.Mereka akan membuat kelakuan sesuka hati,
hilang pertimbangan diri dan kewarasan. Lebih nyata tindakan mereka ini telah terkeluar
daripada norma-norma masyarakat tanpa mampu memikirkan kesan-kesan akibat daripada
perbuatan mereka.

Hal ini turut berlaku di dalam keluarga saya, iaitu abang saya yang berusia tua setahun dari saya.
Dalam keluarga saya tidak ada seorang pun yang merokok namun apabila dia berada ditingkatan
4 di bersekolah menengah, dia mula terjebak dengan aktiviti merokok. Pergi ke sekolah bukan
dengan niat untuk belajar tetapi bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Aktiviti-aktiviti ini dibuat
secara berkumpulan. Bermula dengan ponteng kelas, merokok akhirnya mereka mula ponteng
sekolah di kebun-kebun kelapa sawit.
2.2.2 Pengaruh positif
Dari sudut positif, pengaruh rakan sebaya boleh menjadikan remaja-remaja sebagai seorang yang
berguna dan berbudi pekerti yang baik sekiranya mereka memilih untuk bergaul dan
mendapatkan rakan-rakan yang boleh dipercayai dan mempunyai etika yang baik. Mereka akan
melakukan perkara-perkara yang tidak terkeluar daripada norma-norma masyarakat. Sahabat
yang baik adalah sahabat yang saling menegur, saling mengingati serta saling membantu.
Memilih sahabat baik umpama berkawan dengan si penjual minyak wangi, kita akan turut
terkena percikan wangiannya dan jika berkawan dengan si tukang besi, pasti kita akan terkena
percikan apinya.
Hasil pengaruh positif dari rakan sebaya dapat dilihat dalam diri anak buah saya, Atiqa dan rakan
baiknya Anis. Mereka berkawan sejak kecil, dan kini mereka telah memasuki Universiti Malaya
dalam bidang arkitek. Bermula dengan sikap suka bersaing secara sihat dilihat mampu
meningkatkan mutu pelajaran dan kehidupan mereka. Etika mulia yang dimiliki dikongsi, dididik
serta dikembangkan melalui perkongsian, saling hormat- menghormati dan setia bersama-sama
dalam susah atau senang.
2.2.3 Pertembungan Belia
Kerajaan telah memperuntukan sejumlah wang yang besar untuk mewujudkan program-program
bersama-sama dengan badan-badan bukan kerajaan dan kelab-kelab belia untuk membentuk
etika remaja-remaja kepada kelakuan yang baik demi masa depan negara. Salah satu program
yang dijalankan adalah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Berasaskan kehidupan
remaja yang suka bergaul, kerajaan mengambil tindakan bijak menyediakan PLKN kerana ia
banyak memfokuskan kepada daya tahan diri, disiplin yang ketat, dan secara langsung ia akan
membentuk jati diri yang baru, keperibadian yang baik dikalangan remaja dan belia untuk
menempuh masa depan yang lebih mencabar. PLKN membuka ruang kepada remaja untuk
berubah serta membuktikan diri mereka yang sebenar. Pertembungan antara remaja negatif dan
positif menghasilkan inidividu baru yang memiliki etika mulia dan lebih menghormati antara
satu sama lain.
Perubahan seperti ini dapat dilihat dengan jelas pada anak saudara saya, Mohd Fairuz. Pada
permulaannya dia seorang yang agak senyap, tidak suka bergaul dan hanya membuat perkara
yang diigini sahaja. Setelah memasuki PLKN pada bulan September tahun lalu, berlaku
perubahan pada wataknya. Kini dia yang memiliki badan yang agak sasa, mula bersifat lebih
bertanggung jawab, berkepimpinan, berani malah menjadi sangat ramah dan ceria.
2.3 Pengalaman hidup.

Pelbagai peristiwa penting telah kita alami, saban hari sebenarnya menjadi satu pedoman dan
pengajaran mematangkan diri kita dan memberi sesuatu pengalaman baru di dalam hidup kita.
Maka, setiap perbuatan serta tindak-tanduk sama ada ianya beretika mahupun tidak asalkan kita
pernah mengalaminya secara tidak langsung akan mendorong diri kita sama ada mengelak
ataupun meneruskan perbuatan yang kita pernah lakukan tersebut.
Keperibadian adalah sifat yang berasal dari kebiasaan sehari-hari yang kita lakukan selama terus
menerus mungkin sejak dari kecil. Kepercayaan yang kukuh kepada sesuatu pemikiran
membentuk etika individu.
2.3.1 Pemikiran negatif
Kebiasaan untuk selalu berfikir negatif atau hal buruk tentang sesuatu pada siapa pun akan
membentuk keperibadian anda yang satu ini. Dengan selalu berfikir negative pada segala sesuatu
yang ada dihadapan anda akan menyebabkan persepsi anda semua objek yang anda lihat menjadi
buruk. Hal ini akan merugikan diri anda kerana orang yang selalu berfikiran negatif tidak akan
memiliki kepercayaan terhadap orang lain sehingga akan sukar mengubah sudut pandangan,
membuat jiwa tidak tenang dan sentiasa dalam ketakutan.
Saya menghubungkaitkan pemikiran negatif ini dengan ibu saya. Beliau seorang yang bersifat
konservatif, pesimis dan sentisa mempunyai syak wasangka. Pada pandangan normal mungkin
beliau hanya berhati-hati tetapi ia berlaku setiap saat, pada setiap keadaan malah pada setiap
orang yang ditemui juga. Beliau menjaga anak-anaknya dengan penuh kongkongan kerana
berfikir dunia diluar sana adalah sangat bahaya. Hal ini mungkin kerana berita-berita yang
terpapar di media masa seperti kes pembuangan bayi, kes ragut, kes samun, kes simbah asid dan
pelbagai lagi. Maka beliau sentiasa dalam keadaan takut untuk keluar dari rumah apatah lagi
menjemput sesiapa masuk ke rumah.
Hasil pemerhatian yang saya perolehi, saya melihat persamaan karektor antara ibu saya dan juga
nenek saya. Beliau juga seorang yang sangat konservatif, pesimis dan penuh syak
wasangka. Nenek saya sering melarang anak-anak keluar rumah terutamanya perempuan dengan
momokan yang menakutkan. Akhirnya larangan dan momokan tersebut diturunkan pula oleh ibu
saya kepada saya.
2.3.2 Berjimat cermat
Pada 30 tahun yang lepas, kehidupan keluarga saya sangat miskin. Ibu bapa saya terpaksa
memberikan anak-anak kepada orang lain untuk dipelihara. 2 orang kakak saya dipelihara oleh
bapa saudara saya yang berkerja sebagai guru besar sejak berumur 11 dan 12 tahun. Namun
mereka tidak dilayan sebagai seorang kanak-kanak. Mereka dibiarkan tinggal berdua didalam
sebuah pondok tanpa memberi bantuan makanan mahupun keperluan harian.
Mereka terpaksa berusaha sendiri dengan bekerja memungut buah relai kelapa sawit, bekerja di
sawah padi, menjual buah kelapa dan mengambil upah menjaga kanak-kanak sehingga
bersekolah menengah. Kehidupan perit mereka diketahui ibu bapa saya namun kerana
jarak maka ibu bapa saya hanya mampu datang sesekali untuk menjenguk dan memberi sedikit
keperluan harian.

Kini mereka telah bekerja sebagai seorang guru dan pakar IT namun kehidupan perit dahulu
membentuk sikap berjimat cermat yang sangat ketara. Mereka tidak makan di restaurant, tidak
tertarik dengan KFC atau McDonald. Hal ini turut dilihat serius apabila mereka juga tidak
membeli pakaian baru ketika hari raya dan seterusnya memberi kesan emosi kepada anak-anak
buah saya.
2.3.3 Patuh
Pada tahun 2006, saya mengambil STPM dalam bidang sains tulen. Keputusan peperiksaan yang
agak baik membolehkan saya dan rakan-rakan terpilih untuk menyambung pelajaran di
kolej jururawat. Disebabakan ramai antara kawan-kawan yang telah pergi ke kolej jururawat,
saya juga membuat keputusan untuk turut serta disamping mendapat sokongan abang dan ayah
saya.
Namun ibu saya tidak merestui, beliau memerlukan saya sentiasa disisinya kerana
pandangannya semakin merosot. Tetapi saya tetap berkeras untuk menyambung pelajaran.
Keesokan harinya ibu saya terpaksa dikejarkan ke hospital kerana serangan strok. Doktor
mengatakan serangan strok berpunca dari tekanan darah tinggi yang kiat akibat tekanan
perasaan, maka sejak hari itu saya terus menghentikan niat untuk menyambung pelajaran.
Kini ibu saya telah pun buta. Hasil perbincangan keluarga membolehkan saya belajar secara
jarak jauh sambil menjaga ibu saya dikampung. Selepas peristiwa itu saya sentiasa patuh kata ibu
saya, kerana takut serangan strok tersebut berulang kembali dan sentiasa menyenangkan hati
beliau dan mengelakkan beliau dari merasa tertekan.
3. 0 MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG
Undang-undang sebagai asas untuk membuat keputusan. Definisi undang-undang adalah satu set
peraturan konsisten sejagat yang diterbitkan secara meluas, diterima umum dan biasanya
dikuatkuasakan, ia ditubuhkan oleh masyarakat untuk mengawal tingkah laku dalam masyarakat
itu.
Undang-undang sebagai panduan moral memperuntukkan peraturan dalam mendidik masyarakat
bagi membentuk etika yang mampu diterima dan betul. Peraturan ini mencerminkan pilihan
kolektif ahli masyarakat mengenai apa-apa keputusan dan tindakan yang menjejaskan kebajikan
rakyat.
3.1 Akta pengangkutan jalan dan KEJARA
Kes kemalangan jalan raya semakin meningkat terutama ketika musim perayaan. Maka kerajaan secara
perlahan-lahan melaksanankan penggunaan kamera AES pada 23 September tahun lalu dengan kapasiti
14 buah kamera. Kawasan-kawasan yang dipasang AES adalah kawasan yang menjadi lokasi
kemalangan. Rekod mencatatkan angka kematian kemalangan jalan raya di Malaysia adalah yang
tertinggi di dunia, iaitu 19 kematian setiap hari.
Kamera AES itu dipasang di kawasan-kawasan yang mempunyai had laju rendah iaitu 70 km/jam
ataupun kawasan jalan bandaran dalam had laju 30 km/jam. Di lebuh raya pula, AES dipasangkan di
kawasan kurang 110 km/jam. Papan tanda mengenainya diletakkan antara 50 hingga 500 meter daripada

persimpangan lampu isyarat dan kemudiannya dijarakkan semula sehingga satu kilometer. Saman akan
dikeluarkan bagi mereka yang melanggar had laju yang ditetapkan.
Kesan penggunaan kamera AES, kadar kemalangan sedikit berkurangan. Pengguna jalan raya tidak
sepatutnya membawa kereta dengan laju atau membahayakan nyawa sendiri dan orang lain. Apa sahaja
tindakan kerajaan tidak akan berkesan sekiranya pengguna jalan raya sendiri tidak mahu merubah sikap
masing-masing.

3.2 Akta perhimpuan aman.


"Saya berharap rakyat Malaysia cukup matang untuk memahami bahawa apabila tiadanya
undang-undang, tetapi kawalan diri mesti diamalkan, anda mesti mendisiplinkan diri agar tidak
menjejaskan keselamatan negara, Tun Dr Mahathir
Berikut merupakan kata-kata Tun Dr Mahathir Mohammad dalam ucapannya mendorong rakyat
bersama-sama menjaga keselamatan dan keamanan negara. Namun apa yang berlaku kini
berbeza dangan harapan yang dilontarkan oleh mantan perdan menteri itu. Perhimpunan
BERSIH yang berlangsung pada tahun lepas telah mencacatkan ketenangan negara Malaysia.
Pelbagai insiden terjadi yang melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011. Antaranya perlakuan
ganas, merempuh sekatan polis serta membawa anak kecil, jika sabit kesalahan mereka boleh
didenda sehingga RM20,000.
Sepatutnya rakyat tidak perlu menyertai perhimpuanan-perhimpuanan yang bakal mengganggugugat pentadbiran negara. Cara paling bijak adalah dengan mengundi pada pilihan raya tahun ini.
Rakyat tidak sepatutnya bersikap gelojoh dan membuta tuli, kerana perhimpunan haram ini
hanya akan membusukkan nama negara.
3.3 Akta hasutan
Pada penghujung tahun 2010 polis Bukit Aman telah berjaya mengesan dan menangkap seorang
lelaki Melayu berusia 40 tahun berhubung kes menghina dan mencela Sultan Johor, Institusi
Raja-Raja dan PDRM melalui laman sosialFacebook bernama SULTAN YANG SETAN. Suspek
ditahan dibawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, oleh pasukan 'Task Force' yang ditubuhkan
khas bagi mengesannya. Suspek telah menggunakan akaun, internet, dan gambar milik orang lain
pada akaun tersebut. Mangsa, Rahayu, merupakan rakan facebook saya. Gambarnya telah
digunapakai sebagai gambar akaun SULTAN YANG SETAN. Aduan polis telah dibuat oleh
tunangnya Hafiz Aziz.
Berdasarkan apa yang telah berlaku, dapat kita simpulkan bahawa etika itu mesti digunapakai
setiap masa dan di mana sahaja. Etika dalam berfacebook menghalang keras aktiviti
menfitnah yang boleh mengganggu ketenteraman awam. Pengguna rangkaian social perlu lebih

berhati-hati terhadap setiap bicara, komen atau postingyang dibuat selain tidak menipu, mencuri
identiti dan perlu sentiasa menjaga hati sesama manusia.
3.0 Kesimpulan
Etika adalah ilmu yang membahas perbuatan baik dan perbuatan buruk, betul dan salah manusia
sejauh yang dapat difahami oleh fikiran manusia. Faktor pembentukan etika individu yang
terlibat antaranya kekeluargaan, pengaruh rakan dan nilai moral berdasarkan pengalaman hidup.
Selain itu penguatkuasaan undang-undang turut membentuk sikap individu melalui proses
tangkapan, saman atau denda.
Realitinya faktor kekeluargaan memerlukan penekanan tentang kasih sayang, perhatian,
pendidikan dan didikan agama bagi membentuk remaja yang berbudi pekerti mulia. Rumah
merupakan tempat pertama mereka belajar, mengadaptasi ilmu berdasarkan pemerhatian ke atas
ibu bapa sebagai model pendidikan. Pengaruh rakan sebaya merupakan faktor kedua terbesar
dalam pembentukan etika seseorang. Hal ini kerana setiap orang memerlukan rakan, maka
hendaklah bijak memilih kawan. jika mendapat rakan yang baik, maka banyak pengaruh positif
diterima dan begitu juga sebaliknya. Manakala nilai moral iaitu nilai yang dipelajari dari
kehidupan kita seharian tidak kira sama ada itu merupakan pengalaman sendiri mahu pun orang
lain. Ia juga memerlukan kebijaksanaan kita untuk membezakan dan memilih samada etika itu
betul atau salah.
Penguatkuasaan undang-undang pula adalah cara mendidik masyarakat supaya lebih berdisiplin
dalam kehidupan seharian. Penguatkuasaan undang-undang melibatkan denda, penangkapan,
saman dan lain-lain lagi oleh pihak polis. Ia bertujuan menjaga keamanan dan kemakmuran
negara Malaysia. Melalui penguatkuasaan undang-undang, pembentukan etika juga boleh terjadi
sekiranya rakyat Malaysia memberikerjasama.
Jika kita mahu melampaui etika dalam keputusan dan tindakan kita sendiri, kita boleh berbuat
demikian. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh melampaui undang-undang, maka kita
mematuhi standard moral yang tidak mematuhi majoriti penduduk. Kita hidup dalam masyarakat
yang demokratik. Oleh itu, jika kita tidak suka sesuatu yang kita lakukan, kita perlu untuk
mendapatkan majoriti pengundi untuk meluluskan undang-undang menyekat tindakan ini. Dalam
menduduki negara yang makmur ini kita perlu mematuhi majoriti penduduk.
(2910 patah perkataan)
4.0 Rujukan
Ann, H.J, & Kok, T.K, (2011) OUMM3203 Professional Ethics (2nd Ed)
Selangor, Malaysia: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Bernama (2012) Perhimpunan Bersih gagal patuhi akta perhimpunan awam.

Av: http// www.sinarharian.com (2 Mac 2013)


Bernama (2010) Penahanan pemilik akaun facebook Sultan Yang Setan
Av: http// www.carigold.com (2 Mac 2013)
Carol A.B, & Buchholtz A.K (2006) Business and Society: Ethics and
stakeholder
management (6th ed)
Ohio: South-Western
Hasanah (2012) Faktor-faktor yang memepengaruhi perkembangan peribadi seseorang remaja
Av: http// www.cikgu-hasanah.blogspot.com (24 Feb 2013)
Hazil Abd Hamid (1990). Sosiologi Pendidikan Dalam Perspektif Negara.
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Jawa (2011) Faktor yang membentuk etika seseorang
Av: http// www.dakwa4u.blogspot.com (1 Mac 2013)
M. Saleha (2012) AES dan sikap kita sebagai pengguna jalan raya
Av: http// www.ummatanwasatan.net (24 Feb 2013)
Pinvader (March, 2011). Kemahiran Penting Dalam Mengatasi Pengaruh Rakan Sebaya
Av: http:// utusan-malaysia-online.com (1 Mac 2013)R. Erni (2010)Definisi etika
Av: http// www.erniritonga123.blogspot.com. (24 Feb 2013)
Rozlizam (2010) Etika profesionalAv: http// www.badzam.blogspot.com (2 Mac 2013)
(u.n) (n.d) 10 Keperibadian yang harus dihindari Av: http//www.carapedia.com (24 Feb 2013)
(u.n) (n.d) Rakyat matang Av: http// www.suaralensa.blogspot.com (24 Feb 2013)
Posted by Isabella_Moy at 7:22 PM

Anda mungkin juga menyukai