Anda di halaman 1dari 9

1.

Pendahuluan - Definisi Adab Dan Etika

Definisi Etika

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Bahasa dan Pustaka, etika bermaksud prinsip moral,
nilai-nilai akhlak , adat dan sopan santun yang menjadi pegangan seseorang individu. Selain
itu, etika juga dijadikan prinsip untuk menentukan sama ada seseorang itu perlakuan itu
betul atau salah. Etika merupakan satu tanggung jawab manusia kepada masyarakat yang
memberikan manfaat yang baik. Etika juga dijadikan sebagai peraturan dan prinsip yang
menentukan sama ada sesuatu perkara itu betul atau salah.

Definisi Adab

Adab membawa maksud perilaku, perbuatan, kebaikan, kesantunan, moral, sopan-santun,


kesusilaan dan kemanusiaan. Tambahan pula , adab adalah berbeza dalam pelbagai
budaya dan kaum tetapi kepribadian seseorang itu dapat dinilai melalui kelakuan yang
ditunjukkan. Sebagai contoh, masyarakat melayu terkenal dengan adab sopan, adab
berpakaian serta adab tutur kata yang berpaksikan kepada ajaran agama Islam.
1. Faktor Membentuk Etika Individu

 Pegaruh keluarga

Pada era globalisasi kini, pembangunan dunia yang semakin pesat dan kos taraf hidup yang
semakin meningkat, ibubapa telah menyerahkan peranan dan tanggungjawab mereka kepada
pengasuh atau pembantu rumah yang dibayar untuk mengasuh anak-anak mereka. Sementara
mereka sibuk bekerja diluar sana untuk pekerjaan sehingga larut malam bagi menampung
kehidupan mereka sekeluarga. Ibubapa yang sering mengamalkan sikap lepas tangan dengan
menyerahkan tanggung jawab mereka kepada pembantu rumah atau pengasuh telah
menyebabkan sikap sesetengah ibu bapa amat mementingkan kehidupan dunia luar dan tidak
mengambil peduli terhadap perkembangan anak-anak mereka. Hal ini telah menyebabkan
corak gaya asuhan terlalu longgar dan anak-anak mereka sudah biasa dengan kelonggaran
tersebut tanpa ada sebarang pemantauan yang dilakukan oleh ibu bapa baik daripada segi
pelajaran, sosial, pergaulan dan kelakuan. Kebiasaannya ibubapa tidak akan mengambil
peduli terhadap perkembangan anak-anak mereka terutama daripada segi pendidikan dan
kelakuan. Justeru itu, ini telah memaksa anak-anak mereka untuk berkelakuan mengikut kata
hati mereka sendiri dan secara tidak langsung akan menyebabkan anak-anak ini akan
ketinggalan di dalam pembelajaran.
Remaja yang sering mengamalkan kelakuan bersikap agresif ini adalah datang
daripada keluarga yang mengamalkan corak disiplin yang terlalu terlalu ketat, yang sering
menghukum anak-anak mereka secara fizikal dan mental yang berlebihan. Apabila ibu bapa
yang tidak mengambil peduli dengan apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka, maka anak-
anak akan berkelakuan mengikut cara mereka sendiri. Selain itu, terdapat juga sikap negatif
ibu bapa yang menjadi pendorong kepada masalah dan sifat vandalisme di kalangan remaja.
Contohnya, ketika ibu bapa sedang memandu kenderaan, ibubapa membuang sampah sesuka
hati mereka malah juga tidak menghiraukan papan-papan tanda dengan had kelajuan yang
telah ditetapkan disepanjang jalan raya. Dengan menunjukkan sikap tidak baik seperti ini
akan menjadi ikutan kepada anak-anak mereka apabila mereka meningkat dewasa kelak.
Ibubapa yang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat akan menjadi punca utama kepada
anak-anak untuk terjebak dan ter cenderung kepada gejala menghisap rokok kerana ibu atau
bapa mereka adalah penghisap rokok yang tegar.

Oleh yang demikian, ibubapa haruslah mengambil tahu bagaimana cara untuk
memberikan asuhan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Ibubapa sewajarnya memainkan
peranan penting untuk menerapkan nilai-nilai agama dan nilai-nilai moral yang murni serta
dapat menjadi teladan yang baik kepada anak-anak agar tidak berkelakuan agresif,
memberontak dan berkelakuan tidak baik. Jika anak-anak mereka diterapkan dengan ajaran-
ajaran agama serta mematuhi ajaran-ajaran tersebut dari kecil, maka berkemungkinan anak-
anak ini mempunyai etika dan perilaku yang baik serta dapat menghindarkan diri daripada
etika yang negatif.
 Pengaruh Rakan Sebaya

Rakan sebaya dimaksudkan sebagai golongan atau kumpulan remaja yang mempunyai
lingkungan umur yang sama, yang bersedia untuk menjadi pendengar setia, bersedia untuk
membantu antara satu sama lain dan bersama-sama ada tatkala ketika mereka sedih mahupun
gembira.
Anak-anak remaja zaman sekarang memerlukan seorang rakan yang boleh menemani
mereka di sepanjang perkembangan zaman remaja mereka. Dengan adanya rakan-rakan,
maka mereka boleh bertukar-tukar fikiran,idea, dapat berkongsi masalah dan bantu-
membantu antara satu sama lain ke arah kebaikan atau keburukan. Kecenderungan remaja
terhadap pengaruh rakan sebaya adalah paling tinggi ketika mereka berumur 14 tahun hingga
18 tahun terutamanya, remaja yang sering mempunyai masalah konflik dengan ibubapa di
rumah. Oleh yang demikian, remaja akan lebih cenderung dan mudah terikut akan pengaruh
rakan sebaya serta menurut tingkah laku yang tidak baik kerana mereka sudah berada dalam
proses untuk membebaskan diri daripada pengaruh dan pemantauan ibu bapa atau keluarga.
Mereka juga tidak akan dapat untuk membezakan perkara yang baik mahupun yang buruk
untuk diri mereka sendiri kerana tidak memikirkan akibat daripada kelakuan dan perbuatan
mereka sendiri.
Pengaruh rakan sebaya juga merupakan perkara yang amat serius kerana ia boleh
menyebabkan berlakunya masalah-masalah negatif yang tidak diingini seperti masalah
vandalisme. Masalah seperti ini boleh menyebabkan mereka akan mudah untuk meniru serta
terpengaruh dengan rakan sebaya. Natijahnya, hal seperti ini akan dapat mencorakkan sikap,
nilai dan tingkah laku remaja, terutamanya bagi remaja yang tercicir dalam pelajaran dan
sering menghadapi masalah bersama keluarga. Mereka yang sering melakukan perbuatan
vandalisme ini adalah merupakan remaja yang berada dalam kumpulan yang terdiri lebih
daripada tiga hingga empat orang. Mereka yang melakukan perbuatan tidak baik seperti ini
sebenarnya tidak mempunyai apa-apa tujuan dan apabila berada di dalam kumpulan tersebut,
maka akan terjadilah pelbagai idea yang tidak bermoral seperti menconteng harta benda
awam dan merosakkannya. Sudah terang lagi bersuluh, mereka akan membuat kelakuan ini
sesuka hati mereka kerana mereka sudah hilang pertimbangan diri dan kewarasan dan tidak
dapat untuk memikirkan kesan-kesan akibat daripada perbuatan yang dilakukan oleh mereka.

Disamping itu, remaja juga akan mudah terpengaruh dengan rayuan dan pujukan
daripada rakan-rakan sebaya yang sering menimbulkan masalah-masalah dan gejala-gejala
negatif dan sosial. Antaranya ialah kesan pengaruh yang boleh membentuk kelakuan atau
etika remaja adalah seperti menghisap rokok sebagai contoh. Sekiranya mereka mempunyai
perasaan ingin mencuba dan ingin tahu tentang keseronokan menghisap rokok serta didorong
oleh rakan-rakan sebaya, maka mereka mengambil keputusan untuk terus mencuba dan
akhirnya mereka akan terjebak dengan budaya menghisap rokok, gengsterisme, bergaduh,
buli, samun, menjadi seorang penagih dadah dan sebagainya.Pada pandangan positif pula,
pengaruh rakan sebaya boleh menjadikan seseorang remaja itu sebagai seorang remaja yang
berguna dan berbudi pekerti yang baik sekiranya mereka memilih rakan yang betul untuk
bergaul dan mendapatkan rakan-rakan yang mempunyai etika yang baik.

Kerajaan juga telah membelanjakan jutaan wang ringgit untuk mewujudkan pelbagai
program-program khas untuk remaja bagi membentuk etika remaja seperti Latihan Khidmat
Negara, menubuhkan kelab-kelab belia dan program-program kemasyarakatan. Namun
begitu, masalah-masalah remaja juga tidak dapat dibendung sehingga sekarang malahan
menjadi semakin meningkat dari masa ke semasa.
 Faktor Situasi

Akhir sekali adalah faktor situasi. Faktor ini juga adalah merupakan salah satu faktor
yang amat penting dalam membentuk adab dan etika seseorang individu sama ada daripada
pandangan yang baik mahupun yang buruk. Faktor situasi ini boleh didefinisikan sebagai
kedudukan atau suasana seseorang individu di dalam sesebuah keluarga, masyarakat atau
komuniti, tempat kerja dan media yang boleh membawa kepada tingkah laku yang positif
atau negatif adalah bergantung kepada situasi tersebut. Faktor situasi ini terbahagi kepada
beberapa situasi contohnya seperti situasi persekitaran, situasi dengan kerelaan atau situasi
dengan paksaan.
Kebanyakkan keluarga yang berpendapatan rendah tinggal di bandar-bandar yang
besar seperti Kuala Lumpur, mereka menetap di kawasan perumahan pangsapuri yang
menempatkan sehingga ribuan penduduk. Situasi yang terlalu sempit itu, terutamanya bagi
keluarga yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang terlalu ramai akan menyebabkan
remaja-remaja daripada keluarga tersebut mudah mempunyai perasaan bosan dan kurang
untuk melakukan aktiviti di dalam rumah mereka. Sekiranya situasi seperti itu berlaku secara
tidak langsung, maka ia telah memaksa remaja-remaja ini untuk memilih menghabiskan masa
di luar kawasan rumah samada bersama rakan-rakan di kawasan sekitar atau melepak di
kompleks membeli-belah untuk mendapatkan keseronokan dan hiburan dalam diri mereka.
Tambahan pula, kelakuan yang tidak baik seperti ini akan mudah terdedah kepada gejala-
gejala yang tidak sihat contohnya seperti merempit, terlibat dalam masalah pengambilan
dadah, dan vandalisme. Faktor-faktor yang sedemikian ini akan membentuk remaja untuk
mempunyai tingkah laku yang negatif. Kebiasaannya rakan-rakan akan memujuk mereka
untuk melakukan sesuatu perkara yang negatif demi keseronokan hidup mereka. Remaja yang
mempunyai akal fikiran yang lebih matang pula, mereka akan terus untuk menolak ajakan
dan pelawaan rakan-rakan dengan baik serta memberitahu bahawa apa yang dilakukan oleh
mereka itu adalah tidak baik dan akan dipandang serong oleh masyarakat setempat. Oleh itu,
faktor situasi sebegini adalah disebabkan oleh faktor situasi kawasan persekitaran.

Selain itu, faktor situasi secara paksaan dapat memberi fokus kepada paksaan yang
akan menyebabkan seseorang itu membuat keputusan untuk melanggar atau mengikuti
norma-norma masyarakat setelah adanya unsur-unsur paksaan. Contohnya, seperti seorang
pegawai polis yang bertugas terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah
penunggang motosikal yang tidak berhenti semasa sekatan jalan raya dilakukan malah
mencuba untuk melarikan diri dan berniat untuk melanggar anggota polis tersebut. Pihak
polis akan bertindak dengan lebih rasional untuk menembak sekiranya mereka terpaksa
kerana terdapat unsur-unsur paksaan demi untuk mempertahankan diri mereka daripada
serangan pihak penjenayah. Anggota polis mungkin tidak akan mengambil tindakan untuk
menembak tanpa membuat keputusan dan perhitungan terlebih dahulu sekiranya tiada unsur-
unsur seperti tersebut berlaku. Walaupun mereka telah diberikan latihan yang mendalam
tentang prosedur-prosedur untuk melepaskan tembakan, namun mereka akan tetap
melepaskan tembakan untuk keselamatan diri mereka apabila diancam oleh pihak
penjenayah. Pada pandangan masyarakat, masyarakat akan menganggap anggota polis
tersebut kejam dan tidak berprikemanusiaan dengan melepaskan tembakan sehingga
menyebabkan pengunggang motosikal itu mati hanya kerana mereka mencuba untuk
melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang dilakukan, kerana tidak mempunyai lesen
memandu.
1. Peranan Individu Terhadap Masyarakat Dan Negara

Peranan Individu Terhadap Masyarakat

Manusia adalah makhluk yang hidup secara bersosial. Setiap individu mempunyai
peranan terhadap masyarakat . Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang individu tidak
dapat berdiri dengan sendiri. Oleh itu , seseorang individu itu memerlukan antara satu sama
lain. Maka,setiap individu mempunyai kepentingan yang pelbagai yang perlu dilaksanakan.
Terdapat beberapa peranan individu terhadap masyarakat.

Antara peranan individu yang pertama terhadap masyarakat ialah menghulurkan


bantuan khususnya ketika kecemasan. Kebakaran, kecurian, kemalangan dan kematian
adalah musibah yang tidak dapat dijangka. Oleh itu, seseorang individu perlulah memainkan
peranannya terhadap masyarakat sekeliling sewaktu berlaku musibah tersebut sementara
menunggu pihak-pihak berwajib tiba. Hal ini dikatakan demikian kerana segala perkara yang
berlaku ke atas diri kita, keluarga , harta benda dan sebagainya akan diketahui oleh
masyarakat sekeliling kita terlebih dahulu iaitu jiran kita. Jiran adalah orang yang tinggal
berdekatan dengan rumah kita dan orang yang paling dekat untuk kita meminta pertolongan
pada waktu kita ditimpa bencana atau musibah yang tidak diingini. Oleh itu, hubungan kita
dengan jiran akan semakin akrab apabila saling tolong menolong antara satu sama lain
serta mewujudkan persekitaran yang sihat dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, seseorang individu juga berperanan dalam menjaga keharmonian


masyarakat. Hal ini juga dikatakan demikian kerana segala perkara yang mencemarkan
keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama
sesama jiran. Malah , hidup sebagai jiran juga perlu mempunyai sifat prihatin . Hal ini kerana
aktiviti gejala sosial seperti bersekedudukan, berkhalwat, mendera anak, bohsia dan lari
rumah dapat dibendung jika kita hidup sebagai jiran memainkan peranan serta mengambil
tindakan yang wajar terhadap perilaku tersebut. Sebagai contoh, melaporkan kepada pihak
berkuasa agar perkara seperti berikut tidak lagi berleluasa dikalangan anak muda malah
dalam kalangan masyarakat jiran tetangga.Tambahan pula, masyarakat yang mempunyai
semangat kejiranan juga akan sentiasa menjaga keselamatan masyarakat iaitu dengan
membuat rondaan pada waktu malam untuk memastikan kawasan tempat tinggal mereka
sentiasa dalam keadaan selamat dan tidak berlaku sebarang aktiviti jenayah seperti pecah
rumah dan sebagainya.

Seterusnya, peranan yang boleh dimainkan oleh seseorang individu terhadap


masyarakat ialah amalan bertegur sapa. Amalan ini adalah amat penting dalam diri setiap
individu. Hal ini kerana amalan ini merupakan satu titik permulaan untuk seseorang itu
menjalinkan hubungan mesra dan erat dengan jiran tetangganya. Sebagai contoh, dengan
bertanyakan khabar jiran, berbual-bual di waktu lapang dan sebagainya. Hal ini dikatakan
demikian kerana dapat memupuk lagi semangat kejiranan di dalam diri seseorang. Malah,
seseorang itu dapat mengenal jirannya dengan lebih rapat. Di samping itu, apabila saling
mengenali antara jiran akan membolehkan seseorang itu bertukar-tukar pendapat serta
saling memberi pandangan . Oleh itu, amalan bertegur sapa haruslah disemai dalam diri
setiap orang agar dapat membentuk hubungan yang akrab sesama jiran.
Peranan individu terhadap Negara
Setiap orang mempunyai tanggungjawab yang berbeza tetapi setiap individu juga
mempunyai peranan terhadap negara. Hal ini dikatakan demikian kerana tanggungjawab
sudah menjadi rutin sebahagian daripada kehidupan seharian seseorang. Oleh itu , terdapat
beberapa peranan yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu untuk melahirkan sebuah
negara yang aman dan tenteram.
Antara peranan individu terhadap negara yang pertama ialah mematuhi undang-undang.
Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat menginginkan kehidupan yang teratur dan
berprinsip . Undang-undang dan peraturan dibuat oleh pihak berwajib seperti Parlimen .
Undang-undang dilaksanakan adalah untuk mewujudkan masyarakat yang aman dan
sejahtera. Dengan wujudnya undang-undang dan peraturan, negara kita lebih teratur dan
selamat kerana setiap individu yang melanggar pada peraturan dan undang-undang akan
dikenakan denda. Hal ini kerana negara kita telah menetapkan undang-undang. Jadi,
sebagai individu kita mestilah mematuhi undang-undang dan memainkan peranan sebagai
seorang individu yang bertamadun dan berdisiplin walau bagaimanapun undang-undang itu
dijalankan tetapi kalau tidak dipatuhi ia tetap akan menimbulkan masalah terhadap negara.
Oleh itu, undang-undang dan peraturan perlu dipatuhi oleh setiap individu dalam pelbagai
aspek kehidupan.
Seterusnya , setiap individu juga hendaklah mempunyai semangat kekitaan untuk
mengekalkan perpaduan. Semangat kekitaan juga merupakan salah satu peranan individu
terhadap negara. Seseorang individu yang mempunyai semangat kekitaan akan merujuk
kepada nilai-nilai yang ada dalam diri seseorang seperti gaya hidup bermasyarakat. Selain
daripada itu , seseorang individu boleh memupuk semangat kekitaan dengan saling bertolak
ansur dalam sesuatu perkara. Hal ini dikatakan demikian kerana asas utama dalam
semangat kekitaan adalah perpaduan, permuafakatan , kebajikan dan keselamatan . Malah,
apabila seseorang individu itu mempunyai semangat kekitaan yang tinggi akan
menyebabkan masyarakat hidup bersatu padu . Di negara kita iaitu Malaysia mempunyai
pelbagai kaum iaitu Melayu , Cina , India dan sebagainya. Oleh itu, setiap individu haruslah
mempunyai semangat kekitaan. Melalui semangat kekitaan, kehidupan kita dapat
dimanfaatkan dengan lebih baik serta kehidupan masyarakat akan menjadi lebih aman dan
tenteram apabila semangat ini diwujudkan pada setiap masa dalam kehidupan masing -
masing .

Tambahan pula, individu juga berperanan dalam mempertahankan negara. Hal ini
dikatakan demikian kerana setiap individu berperanan dalam memastikan negara terjamin
daripada ancaman-ancaman yang mendatang. Sebagai individu yang bertanggungjawab
mestilah memainkan peranan untuk memastikan keselamatan negara sentiasa berada
dalam tahap yang baik supaya anak cucu kita dapat menjalani kehidupan yang aman dan
sejahtera. Malah , kedaulatan negara juga perlulah dipertahankan dengan sebaik-baiknya
supaya generasi akan datang dapat mengecapi kebebasan seperti yang dimiliki sekarang.
Oleh itu, setiap individu perlu menjaga dan mempertahankan maruah negara dan bangsa.
4. Kesan Etika Dilaksanakan Dalam Peringkat Individu

Apabila seseorang itu mempunyai nilai etika dalam diri, ia akan mendatangkan kesan
yang positif dalam diri setiap individu. Antaranya ialah mempunyai wawasan hidup. Hal ini
dikatakan demikian kerana, wawasan hidup diperlukan oleh seseorang individu supaya
mereka sentiasa dapat mencapai segala cita-cita dalam hidup mereka. Sebagai contoh,
individu yang mempunyai nilai etika yang cemerlang dalam diri sentiasa mempunyai sasaran
untuk melakukan sesuatu perkara sehingga berjaya dan tercapai. Selain itu, wawasan hidup
mampu mengajar seseorang individu erti berdisiplin dan bertanggungjawab dalam hidup
berikutan mereka akan lebih teliti dan kreatif dalam menyusun corak kehidupan mereka
untuk melakukan aktiviti seharian yang berfaedah. Wawasan hidup juga mampu
menjauhkan seseorang individu daripada mengamalkan nilai-nilai yang negatif dan tidak
bermoral. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa seseorang individu yang berwawasan
merupakan sesorang individu yang cemerlang dalam hidup.

Selain daripada itu, seseorang individu itu juga akan mendapat kesan yang positif
apabila ia melaksanakan nilai etika dalam dirinya iaitu meningkatkan nilai rohani dan
jasmani dalam diri. Hal ini dikatakan demikian kerana nilai peribadi seseorang itu
melambangkan diri seseorang sama ada seseorang itu berkelakuan baik atau buruk kerana
orang ramai akan mempengaruhi seseorang itu berdasarkan sikap yang ditunjukkan.
Seseorang itu dapat menjadi contoh yang baik kepada orang ramai. Jadi, seseorang
individu yang beretika perlulah menunjukkan kelakuan yang baik serta mengamalkan etika
yang betul bagi meningkatkan lagi budaya etika di peringkat individu , masyarakat , dan
negara. Sebagai contoh, seseorang individu mengamalkan amalan kunjung mengunjung ke
rumah jiran . Amalan ini dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain serta
dapat mengenali seseorang itu dengan lebih dekat. Oleh itu, nilai etika adalah sangat
penting untuk diamalkan dalam diri setiap orang .

Seterusnya, kesan yang lain apabila etika dilaksanakan dalam peringkat individu ialah
melahirkan sifat insaniah. Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang yang beretika akan
menunjukkan sifat berperikemanusiaan terhadap masyarakat. Sebagai contoh, peka dan
prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh orang sekelilingnya. Tambahan pula,
seseorang itu akan sentiasa menghulurkan bantuan dan bekerjasama bagi menyelesaikan
sesuatu masalah. Sifat -sifat yang ditunjukkan oleh seseorang itu akan meningkatkan lagi
nilai etika dalam diri seseorang. Malah, orang ramai juga dapat mengikut dan mengamalkan
sifat insaniah dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, untuk menanam lebih banyak
sifat insaniah dalam diri seseorang , kita haruslah sentiasa mendidik diri kita untuk
memandang diri seseorang daripada sudut yang positif supaya kita dapat menjadikannya
sebagai contoh.
1. Penutup

Izharnya, pembentukkan etika kepada seseorang remaja atau individu adalah berkait
rapat dengan beberapa faktor seperti faktor keluarga, faktor rakan sebaya dan faktor
situasi. Hal ini kerana mereka masih belum mempunyai pemikiran serta tingkah laku yang
kurang matang. Ibu bapalah adalah insan utama yang berperanan penting untuk memberi
tunjuk ajar dan bimbingan kepada anak mereka berkaitan kelakuan yang baik, bak kata
pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa juga perlu sentiasa menyiapkan
diri dan bersedia untuk mendengar masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka serta
perlu meluangkan masa bersama-sama supaya mereka tidak berasa keseorangan dan
terabai. Hal ini dikatakan demikian kerana akan membantu mereka untuk membentuk nilai-
nilai etika yang baik dan boleh membawa mereka untuk mempunyai pemikiran yang lebih
jauh serta melangkah ke alam dewasa dengan pemikiran yang lebih matang. Ibu bapa juga
perlu mengambil tahu serta mengenali dengan siapa anak mereka berkawan. Tambahan
pula, pengaruh-pengaruh negatif dari rakan-rakan boleh menghancurkan etika dan adab
anak-anak. Ibu bapa boleh membuat pemantauan dari semasa ke semasa anak-anak
mereka supaya dapat memastikan bahawa anak-anak mereka tidak akan melakukan
sesuatu perkara yang tidak baik dengan sewenang-wenangnya apabila berada bersama
rakan-rakan sebaya.

Tunasnya, seseorang remaja perlu mengetahui dan menyedari bahawa ibu bapa
mereka sentiasa memantau pergaulan mereka bersama rakan-rakan, supaya mereka boleh
mengelakkan diri mereka daripada terlibat dengan kegiatan-kegiatan negatif seperti
terlibat dalam pengambilan dadah, merempit, merompak, mencuri dan menyamun. Faktor
situasi juga boleh menyebabkan seseorang individu itu berada dalam keadaan yang
tertekan sehingga boleh menyebabkan seseorang individu itu untuk bertindak di luar norma-
norma masyarakat. Disamping itu, dalam keadaan yang berlaku seseorang individu tidak
akan dapat untuk membezakan apa yang betul dan apa yang salah serta tidak memikirkan
tindakan yang diambil boleh memberikan kesan yang baik atau buruk. Sehubungan
dengan itu, segala keputusan yang diambil haruslah difikirkan terlebih dahulu supaya ia
tidak akan berlanggaran dengan nilai-nilai asas yang ditetapkan dalam masyarakat.
Pembentukkan etika remaja ini bukan sahaja menjadi tanggungjawab dan teladan ibu bapa
serta masyarakat malah kerajaan juga perlu berganding bahu seperti mewujudkan pelbagai
program-program yang dapat membentuk remaja supaya mempunyai kelakuan yang lebih
baik demi masa depan negara. Contohnya adalah (PLKN) iaitu Program Latihan Khidmat
Negara yang terdapat di semua negeri akan dapat memberi tunjuk ajar serta dapat
melatihkan diri seseorang individu untuk mempunyai perwatakan yang positif menerusi
nilai-nilai murni yang diterapkan dalam diri mereka, mempunyai daya ketahanan diri yang
kuat dan memupuk perpaduan kaum supaya bersedia menempuh segala cabaran dan
halangan yang semakin meningkat pada masa depan yang kian mencabar. Natijahnya,
setiap individu haruslah mengamalkan etika yang baik pada setiap masa untuk mencapai
tahap etika yang mulia dan dapat menjadi contoh dan teladan yang baik untuk masa
hadapan serta dapat diamalkan oleh generasi akan datang kelak.
Oleh itu, setiap individu hendaklah mempunyai etika dan adab yang baik serta dapat
diterima oleh masyarakat di sekeliling, contohnya seperti mempunyai sikap amanah,
bertanggungjawab, saksama, adil dan sebagainya. Seseorang individu itu juga perlulah
mempunyai etika professional iaitu mempunyai kecekapan dan keupayaan dalam memikul
sesuatu tanggungjawab yang diberikan berdasarkan ilmu pengetahuan yang ada pada diri
dan kepakaran yang ada dalam diri. Hal ini demikian kerana, melalui etika dan peradaban
baik yang diberi didikan sejak kecil lagi akan membangunkan masyarakat yang berakhlak
mulia, berdisiplin dan mempunyai peradaban tinggi serta berkebolehan untuk memimpin
negara dengan efektif. Oleh itu, negara Malaysia akan dapat membangun serta dikenali dan
disegani di seluruh pelusuk dunia sebagai sebuah negara yang semakin maju dan sebagai
sebuah negara yang lebih banyak melahirkan generasi yang mempunyai nilai etika yang
baik, malah akan dapat menjadi sebagai sebuah negara yang boleh dicontohi oleh negara-
negara yang lain tanpa berbilang kaum.

Anda mungkin juga menyukai