Anda di halaman 1dari 3

MODEL SPM 5

Pada era globalisasi ini, masalah-masalah sosial seperti anak derhaka dan warga emas terpinggir semakin membimbangkan. Bilangan warga emas terpinggir semakin meningkat dari semasa ke semasa kerana masyarakat beranggapan bahawa menjaga seorang warga emas merupakan satu beban berat yang akan menyusahkan mereka. Perkara ini bukan sahaja menyebabkan golongan tua kehilangan kasih sayang daripada anak-anak, malah juga akan memberikan teladan buruk kepada golongan muda terutamanya remaja. Bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya, remaja sering mencontohi tindakan ibu bapa mereka tanpa membezakan tindakan itu betul atau salah. Sebagai contoh, remaja hari ini semakin sukar menerima teguran terutama daripada golongan tua dan sukar didekati oleh golongan tua walaupun datuk dan nenek kandung mereka. Salah satu faktor yang memberikan impak ini adalah disebabkan oleh tindakan masyarakat yang menghantar golongan tua ke rumah warga tua. Terdapat juga faktor-faktor lain yang menyebabkan remaja semakin sukar didekati oleh golongan tua. Antara faktornya adalah disebabkan oleh pola kehidupan masyarakat yang berbeza pada zaman moden ini. Pola kehidupan masyarakat zaman moden yang memisahkan anakanak daripada induk sejak awal usia sangat berbeza dengan pola kehidupan masyarakat zaman dahulu. Pada zaman sebelum zaman moden, anak-anak lebih banyak menghabiskan masa dengan pengasuh atau penjaga mereka. Contohnya, selepas anak-anak balik dari sekolah, mereka akan berjumpa dengan penjaga mereka, iaitu ibu mereka yang sentiasa menjadikan rumah kelihatan bersih dan kemas selain menyediakan makanan untuk mereka. Hal ini seterusnya akan mengeratkan hubungan antara penjaga dengan anak-anak dan seterusnya memberikan kesan jangka panjang terhadap pembentukan watak penyayang dalam sesebuah masyarakat. Sebaliknya, pada zaman moden ini, tidak kira suami mahupun isteri turut bekerja untuk menyara keluarga. Oleh itu, peluang anak-anak untuk berjumpa dengan penjaga mereka adalah rendah. Lama-kelamaan, hubungan keluarga ini akan menjadi tegang. Hal ini seterusnya akan menyebabkan anak-anak lebih suka kepada kehidupan bebas yang tanpa dikongkong dan anak-anak menjadi semakin sukar didekati oleh penjaga mereka. Jelasnya, pola kehidupan masyarakat yang sibuk ini menyumbang kepada faktor remaja sukar didekati oleh golongan tua.

Selain itu, faktor seterusnya adalah disebabkan oleh trend pendidikan mutakhir yang terlalu mengutamakan aspek keduniaan dan materialistik. Hal ini dapat dibuktikan apabila remaja hari ini yang mementingkan kebendaan sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan benda tersebut. Mereka lebih mementingkan kebendaan berbanding dengan agama dan moral. Oleh itu, gaya hidup yang mementingkan agama dan moral telah dipinggirkan dari semasa ke semasa. Pada zaman ini, agama dan moral sudah bertaraf kelas dua berbanding dengan dahulu yang sentiasa diutamakan. Hal ini disebabkan oleh ibu bapa yang tidak memberikan ajaran agama kepada anak-anak sejak kecil. Oleh sebab agama dan moral semakin dipinggirkan, kuasa dalaman yang menggerakkan sikap luhur dan saling menghormati turut semakin hilang. Hal ini demikian kerana sikap luhur ini digerakkan oleh agama dan moral untuk diterapkan oleh setiap lapisan masyarakat. Dengan ini, watak yang bermoral dan penyayang tidak dapat dibentuk. Konklusinya, gaya hidup moden ini menyebabkan masyarakat terutamanya remaja mengutamakan aspek materialistik dan telah mengabaikan agamanya. Hal ini seterusnya menyebabkan mereka bersikap tidak sopan terhadap golongan tua dan sukar didekati oleh mereka. Faktor faktor remaja semakin sukar didekati oleh golongan tua juga ialah pengaruh daripada pelbagai sumber dan budaya asing terutamanya budaya Barat. Remaja semakin terpengaruh dengan budaya Barat sehingga melupakan identiti diri sebagai seorang rakyat Malaysia. Contohnya, terdapat sesetengah remaja yang mencontohi cara pemakaian masyarakat negara Barat yang agak menjolok mata. Mereka juga tidak mempedulikan katakata orang tua di rumah yang menasihati mereka supaya tidak berpakaian sedemikian. Oleh itu, hubungan antara remaja dengan golongan tua menjadi semakin tegang dan akhirnya remaja tidak suka hidup bersama golongan tua. Pada waktu yang sama, remaja turut semakin melampau dengan wujudnya tangan moden dalam media dan ICT. Mereka sangat arif tentang penggunaan komputer manakala orang tua mereka tidak tahu untuk menggunakannya. Oleh hal demikian, mereka merasakan bahawa golongan tua ketinggalan zaman dan tidak mempunyai topik yang sama untuk berbual dengan mereka justeru tidak suka untuk mempedulikan mereka. Jelasnya, kemajuan teknologi menyumbang kepada sebab-sebab remaja semakin sukar didekati oleh golongan tua. Sebagaimana yang kita ketahui, sikap negatif golongan dewasa juga merupakan salah satu faktornya. Rasa hormat terhadap golongan muda oleh golongan dewasa semakin berkurang dari zaman ke zaman. Hal ini dapat dibuktikan apabila terdapat sesetengah ibu bapa yang memukul anak mereka di hadapan orang ramai. Perbuatan ini menunjukkan

mereka langsung tidak menghormati anak-anak mereka. Bukan itu sahaja, golongan dewasa juga tidak mengamalkan budaya kepimpinan melalui teladan dalam kehidupan seharian. Mereka sepatutnya menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan menunjukkan sikap-sikap yang positif kepada mereka. Sebagai contoh, ibu bapa seharusnya menjaga orang tua mereka dengan prihatin tetapi bukan menghantar mereka ke rumah warga tua. Hal ini bukan sahaja dapat menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak, malah juga dapat menerapkan nilainilai positif dalam diri sendiri. Sudah berterang lagi bersuluh remaja kini semakin sukar didekati oleh golongan tua adalah disebabkan oleh pengaruh tindakan golongan dewasa. Di samping itu, faktor yang terakhir ialah gaya dan pendekatan golongan dewasa terhadap golongan muda. Pendedahan kepada golongan muda oleh golongan dewasa tentang pendekatan menghukum, mengherdik dan tanggapan sikap aku lebih dulu makan garam telah membina jurang pemisah antara dua generasi ini. Oleh itu, golongan muda lebih suka bergaul dengan rakan-rakan mereka berbanding dengan orang tua di rumah mereka. Hal ini demikian kerana mereka merasakan bahawa golongan muda dan golongan dewasa tidak mempunyai perbualan topik yang sama. Lama-kelamaan, mereka berasa asing terhadap antara satu sama lain dan hal ini seterusnya menjauhkan hubungan mereka. Dengan ini, golongan dewasa mahupun golongan tua akan berasa sukar untuk mendekati golongan muda akibat sering menghukum dan mengherdik mereka. Jelasnya, golongan dewasa dan golongan tua haruslah menggunakan cara yang positif untuk menghukum anak-anak mereka yang telah melakukan kesilapan. Sebagai kesimpulan, faktor-faktor remaja semakin sukar didekati oleh golongan tua termasuk pola kehidupan masyarakat zaman moden, trend pendidikan dan gaya hidup mutakhir, pengaruh media massa dan juga pengaruh golongan dewasa. Untuk mengelakkan remaja sukar untuk didekati, masyarakat haruslah mengamalkan amalan Yang muda dikasihi, yang tua dihormati supaya dapat memperdekat dua generasi ini, iaitu generasi muda dan juga generasi tua. Amalan ini dapat membentuk masyarakat yang suka menolong dan menghormati orang lain, berbudi perkerti mulia serta dapat menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara golongan tua dengan golongan muda. Untuk memperkasakan amalan ini, masyarakat haruslah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri sendiri. Aktiviti keluarga yang melibatkan golongan muda, golongan dewasa mahupun golongan tua juga harus kerap diadakan. Dengan ini, hubungan antara ahli keluarga dapat dieratkan dan seterusnya dapat mengelakkan remaja daripada sukar didekati oleh golongan tua. ( 1048 patah perkataan )

Anda mungkin juga menyukai