Anda di halaman 1dari 4

Media massa mempengaruhi akhlak remaja pada masa kini

Media massa banyak memberi kesan kepada perubahan dunia dari segi ekonomi, politik
dan sosial. Jika pada zaman dahulu gologan muda atau remaja menggunakan masa lapang
mereka dengan aktiviti yang berfaedah seperti aktiviti bermain di luar rumah, berbasikal dan
sebagainya tetapi pada masa kini semuanya sudah berubah yang mana remaja dan kanak-
kanak ketagihan dengan media sosial dan terdedah kepada penggunaan pelbagai peralatan
teknologi seperti televisyen, internet, telefon pintar,permainan video dan sebagainya. Namun
demikian, media massa banyak memberi perkembangan dari segi pendidikan masa kini.
Dalam masa yang sama, media massa juga menyumbang ke arah kesan negatif.
Perkembangan zaman yang semakin moden ini menyebabkan masyarakat khususnya
remaja pada masa kini berlumba-lumba untuk menggunakan media sosial seperti instagram,
twitter, facebook dan sebagainya. Dengan adanya teknologi yang canggih seperti
smartphone dan jaringan internet sekaligus menjadikan makanan harian kepada golongan
remaja pada era globalisasi ini. Salah satu faktor berlakunya keruntuhan akhlak remaja
dalam menghadapi globalisasi masa kini adalah hasil daripada aktiviti, bahan dan
rancangan media massa yang dipaparkan dalam negara.

Salah satu pengaruh media massa ialah golongan muda terutamanya remaja muda
terpengaruh dengan aksi ganas yang semakin menular di media sosial seperti instagram,
whatsapp, telegram dan sebagainya. Mereka cuba meniru aksi ganas tersebut tanpa
memikirkan kesan daripadanya. Remaja agresif yang gemar menonton filem ataupun drama
aksi yang ganas dalam media sosial mempunyai kecenderungan untuk mempunyai tingkah
laku ataupun akhlak yang ganas berbanding dengan mereka yang tidak menontonnya.
Babak aksi ganas yang tidak bermoral ditonton oleh remaja melalui media sosial menjadikan
jiwa seorang remaja tersebut keras dan ganas. Hal ini akan menjadi lebih teruk apabila
remaja mengadaptasikan aksi ganas ini dalam tingkah laku harian mereka. Ini secara tidak
langsung akan menyebabkan kegiatan jenayah seperti kes buli berlaku lebih kerap di
sekolah dalam kalangan remaja mahupun kanak-kanak. Perkara seperti ini haruslah diambil
serius kerana remaja adalah tonggak masa depan dan tingkah laku mereka mencerminkan
imej sesebuah sesebuah negara.

Selain itu, media massa menyebabkan hubungan silaturahim antara remaja dan ahli
keluarga mudah terjejas. Hubungan silaturahim ini boleh dikaitkan dengan perkataan atau
perbuatan di mana cerita perselisihan faham atau cerita buruk tentang ahli keluarga atau
rakan sahabt pun disebarkan dalam laman sosial masing-masing. Hal ini menjadi
ketegangan antara dua hubungan di mana persoalan betul atau salah cerita tersebut tidak
diambil kira dan akhirnya bermasam muka dan tidak bertegur sapa sesama ahli keluarga
dan sahabat handai. Perkara ini sekaligus menjadi sesebuah hubungan itu menjadi huru-
hara disamping meruntuhkan keharmonian hubungan silaturahim yang dibina sedangkan
dalam Islam hubungan silaturahim merupakan perkata yang penting sesame insan. Dalam
dapatan hasil kajian, semakin lama pergaulan secara realiti atau di alam maya, semakin
terhakis hubungan keakraban sesama ahli keluarga mahupun rakan sahabat. Hal ini kerana
masyarakat terutama golongan muda seperti remaja lebih gemar berkomunikasi secara
bisu. Mereka tidak lagi bersuara atau berinteraksi secara bersemuka akan tetapi lebih gemar
menulis teks. Ini secara tidak langsung menyebabkan proses hubungan secara terus tidak
lagi berlaku maka ikatan persaudaraan dan persabahan menjadi semakin renggang bahkan
akhirnya lenyap. Tambahan lagi ia menyebabkan semakin mudah untuk memutuskan ikatan
tali silaturahim dengan menyebarkan cerita tidak benar apatah lagi fitnah di media sosial.

Seterusnya, media massa mempengaruhi perkataan atau perbualan seseorang remaja. Hal
ini dikatakan demikian kerana media massa ini juga menjadi salah satu penyebab kanak-
kanak atau gologan muda pada masa kini menjadi semakin malas serta lemah dalam
menguasai tatabahasa dan juga kemahiran membaca serta bertutur. Namun, sejak akhir-
akhir ini ramai masyarakat yang semakin selesa berkomunikasi menggunakan bahasa yang
kurang sopan dan tidak berhemah di tempat awam dan di media sosial. Ia seolah-olah
menjadi trend komunikasi pada masa kini khususnya remaja. Misalnya, setiap hari kita dapat
melihat laman sosial dibanjiri dengan kata-kata kesat, jijik serta lucah. Hal ini berlaku apabila
ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan media sosial sebagai
tempat untuk mengutuk ataupun menghina seseorang tanpa menghiraukan sensitiviti orang
lain. Kata-kata kesat inilah yang mendorong percakapan negatif generasi muda masa kini.
Ini dapat dibuktikan melalui pelbagai kes-kes yang melibatkan golongan muda terhadap
orang yang lebih tua. Misalnya kes seperti seorang anak menderhaka terhadap ibu bapa
dengan meninggikan suara apabila tidak mendapat benda yang diingini daripada ibu bapa
mereka sehingga ada yang sanggup memukul bahkan ada yang membunuh ibu bapa
mereka sendiri demi menuruti nafsu duniawi mereka. Kesimpulannya, trend bercakap
kurang sopan dan mencarut dalam kalangan generasi muda khususnya remaja hendaklah
diberi perhatian yang lebih serius oleh ibu bapa, masyarakat, pendidik dan pihak berkuasa
supaya dapat melahirkan generasi muda yang lebih berakhlak tinggi.
Disamping itu, media massa mendorong remaja untuk sentiasa berada dalam keadaan lalai
dan membuang masa. Misalnya, terdapat banyak rancangan televisyen yang berbentuk
hiburan semata-mata dan menjadi kegilaan khususnya remaja. Rancangan tidak berfaedah
seperti ini tidak mampu untuk merangsang perkembangan minda dan kemahiran golongan
muda masa kini. Jika kita lihat sekarang, ramai golongan muda lebih meminati kisah-kisah
cinta ataupun drama yang dipaparkan di dalam televisyen tertutamanya golongan wanita
muda sedangkan banyak kisah yang menyimpang daripada ajaran agama dan memaparkan
tindakan yang tidak wajar. Sebagai contoh, drama yang berkisahkan seorang isteri yang
sering melawan arahan suami, menderhaka kepada suami manakala seorang suami
memukul seorang isteri dan lain-lain yang tidak seharusnya ditonton bahkan diteladani.
Drama seperti ini akhirnya menyebabkan golongan muda terikut-ikut dengan watak yang
dipaparkan dan menjadikan tinngkah lakunya di alam realiti yang akhirnya akan membawa
kesan pergaduhan dalam keluarga. Hal ini kerana pada asalnya hanya terpengaruh dan
mereka tidak menganggapnya sebagai satu isu yang besar dan menganggapnya hanya
sebagai lakonan namujn kini itulah hakikat apabila minda kita dipengaruhi. Kelalaian juga
jelas terlihat apabila lebih mementingkan media massa daripada kewajipan syariat Islam.
Misalnya, waktu sesuatu rancangan ataupun drama sama dengan waktu masuknya solat
maghrib, maka kebanyakan daripada penonton khususnya golongan muda akan
menghabiskan dahulu rancangan tersebut walaupun mereka tahu mereka akan solat
dihujung-hujung waktu maghrib. Remaja kini lebih suka membazirkan masa dengan perkara
yang melalaikan sedangkan sahsiah dan ibadah kepada pencipta ditinggalkan dan hanyut
dalam dunia yang tiada realitinya. Sedangkan masyarakat barat pun menganggap masa
sebagai wang dan bangsa Arab menganggap masa seperti pedang, maka perumpamaan ini
jelas menunjukkan bahawa waktu sangat berharga apatah lagi bagi masyarakat Islam
khususnya golongan muda yang sepatutnya memanfaatkan masa dengan perkara yang
membawa kebaikan.

Kesimpulannya, didiklah keluarga dan generasi muda dan generasi baru ini bukan sahaja
dengan ilmu duniawi malah ilmu adab dan akhlak yang baik walaupun zaman sekarang ini
ramai masyarakat yang memandang enteng terhadap perkara ini tetapi dengan akhlak dan
adab yang mulia serta terpuji inilah yang dapat membendung masyarakat baru daripada
terjebak dengan perkara negatif daripada media massa khususnya media sosial ini yang
menjadi ikutan masyarakat muslim pada hari ini. Sebelum “nasi menjadi bubur” maka lebih
baiklah bersama-sama menangani masalah ini bak kata pepatah “mencegah lebih baik
daripada merawat’ sebelum perkara ini menular sehingga tidak mampu lagi untuk dibendung
oleh mana-mana pihak.
Rujukan

Hariyati Ariffin. (2019, November). Bahasa kurang sopan ubah cara komunikasi remaja
masa kini. Diakses daripada

https://www.sinarharian.com.my/article/57798/KHAS/Pendapat/Bahasa-kurang-sopan-ubah-
cara-komunikasi-remaja-masa-kini

Kamarul Azmi Jasmi. (2019, Disember). Media Sosial dan Impak Tingkah Laku Menurut
Islam. Diakses daripada

https://www.researchgate.net/publication/
339400953_Media_Sosial_dan_Impak_Tingkah_Laku_Menurut_Islam

Alzahrin Alias dan Mohd Nasaruddin Parzi. (2015, Mei). Remaja terpengaruh media sosial.
Diakses daripada

https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/05/50941/remaja-terpengaruh-media-sosial

Anda mungkin juga menyukai