Anda di halaman 1dari 1

Sains, Teknologi dan Inovasi

Karangan Jenis Perbincangan


KESAN-KESAN NEGATIF PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL KEPADA REMAJA

Dewasa ini, media sosial amat popular dalam kalangan masyarakat di negara kita
terutamanya golongan remaja. Golongan remaja menjadikan media sosial sebagai medium
untuk mengisi masa senggang mereka. Penggunaan media sosial ini telah membawa kesan
negatif kepada remaja
Penggunaan media sosial secara melampau dapat merenggangkan hubungan antara
golongan remaja dengan ahli keluarga mereka. Hal ini berlaku kerana remaja terlalu asyik
melayan rakan di alam maya. Contohnya, remaja berbual dengan rakan menggunakan
aplikasi Whatsapp, Twitter dan Instagram sehingga mengabaikan orang tersayang yang
berada di hadapan mereka Penggunaan media sosial tanpa kawalan dalam kalangan remaja
menghakis hubungan kekeluargaan.
Selain itu, penggunaan media sosial dalam kalangan remaja menyebabkan
berlakunya pembaziran wang. Dalam hal ini, “wang menjadi seperti air yang mengalir
dengan begitu mudah”. Sebagai contoh, remaja terpaksa membayar bil Internet yang lebih
tinggi untuk melayari media sosial yang disukai oleh mereka. Jelaslah bahawa pembaziran
wang akan berlaku jika remaja terlalu fanatik dengan media sosial.
Seterusnya, remaja menjadi lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Mereka
menghabiskan masa selama berjam-jam sehari dengan menghadap gajet shingga
melupakan perkara-perkara yang lebih penting. Misalnya, mereka gagal menyiapkan latihan
yang diberikan oleh guru, membantu ibu bapa, membuat kerja rumah dan meninggalkan
perintah agama. Tegasnya, penggunaan media sosial melalaikan remaja dalam melakukan
tugas yang telah diberikan kepada mereka.
Satu lagi kesan negatif penggunaan media sosial dalam kalangan remaja ialah
mereka terdedah kepada kes penipuan. Perkara ini berpunca daripada sikap remaja
terutamanya perempuan yang mudah percaya akan kenalan dalam media sosial. Contohnya,
remaja tersebut pergi ke tempat yang telah dijanjikan dengan kenalan dalam media sosial
sehingga dia ditipu dan menjadi mangsa. Secara ringkasnya, sikap remaja yang mudah
terpedaya merupakan punca mereka menjadi mangsa penipuan.
Kesimpulannya, penggunaan media sosial secara keterlaluan hanya membawa kesan
negatif kepada remaja. Golongan remaja perlulah berpada-pada dalam penggunaan media
sosial. Ibu bapa pula hendaklah memantau anak-anak mereka dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai