Anda di halaman 1dari 5

NAMA MUHAMMAD SYAFAAT BIN AWANG DIN

NO MATRIK BA21110072
PROGRAM SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI SOSIAL
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (FSSK)
SUBJEK UL03102

CA3 - Individual Ongoing Assessment


Soalan 2: Terdapat perbezaan ketara antara kepuasan kandungan media sosial dalam kalangan
generasi muda dan kumpulan generasi tua.

Seperti yang kita tahu, masa kini merupakan era yang semakin maju yang mana pelbagai
kemudahan telah wujud. Antaranya ialah media sosial. Banyak manfaat yang mampu untuk
diperolehi daripada media sosial ini , seperti mampu untuk semua orang mengetahui tentang
perkara-perkara yang berlaku sama ada dalam mahupun luar negara. Media sosial kini
merupakan media sosial yang serba boleh, dan mudah untuk digunapakai oleh semua orang
tidak kira umur muda mahupun tua. Namun begitu, media sosial memiliki tahap kepuasan bagi
2 kategori iaitu kategori muda dan juga kategori yang tua. Perbezaan ini juga amat ketara dalam
semua penggunaan yang telah diguna oleh para pengguna.

Perbezaan yang pertama iaitu dari segi tontonan youtube. Dalam penggunaan youtube
telah disediakan had limit umur dalam penggunaan. Contohnya, untuk kategori muda, mereka
hanya mampu untuk mengakses video-video yang sesuai dengan umur mereka. Hal ini kerana,
untuk mengelakkan generasi muda seperti mereka untuk mengakses video-video yang dilarang.
Dalam video itu, akan dipaparkan logo atau simbol dan juga amaran larangan tontonan bagi
mereka yang berada dibawah umur. Kesannya golongan bawah umur akan mampu untuk
ditapis daripada menonton video-video tersebut. Manakala untuk golongan umur atasan atau
mereka yang golongan tua, mampu untuk mengakses pelbagai bahan yang mereka ingin
melihat. Oleh hal yang demikian, jelaslah disini bahawa perbezaan bagi dua golongan umur ini
dapat dilihat dengan jelas .

Dengan adanya media seperti televisyen dan filem, golongan muda banyak terdedah
kepada pertembungan budaya yang seterusnya membawa kepada pelbagai perubahan. Artis-
artis menjadi pujaan. Nilai kehidupan kehidupan makin berubah antara satu generasi dengan
generasi yang lain. Interaksi dengan anak-anak tidak lagi bersifat sehala. Pandangan bahawa
`ibu dan bapa kemudian anak-anak’ tidak lagi terpakai. Sebaliknya ibu bapa perlu memahirkan
diri menjadi `rakan anak-anak’. Kemahiran mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu
dipupuk. Konsep membuat keputusan untuk anak remaja juga tidak lagi boleh diamalkan.
Sebaliknya gaya berbincang nyata lebih berkesan. Aspek ini lebih mencabar terutama apabila
ibu bapa perlu turut berperanan menyaingi rakan digital anak-anak yang wujud melalui
penggunaan Facebook.
Akhir sekali, Media sosial juga boleh digunakan oleh golongan remaja untuk
mendapatkan perkembangan isu semasa walaupun tidak menonton berita ataupun membaca
surat khabar. Hal ini demikian kerana, saluran televisyen dan juga akhbar harian mempunyai
akaun di media sosial untuk tujuan mengkongsikan tajuk utama setiap hari. Sebagai contoh,
Berita Harian, sebuahmjenama akhbar harian mempunyai seramai 729 ribu orang pengikut di
laman sosial Instagram. Golongan remaja juga boleh menjadikan media sosial sebagai saluran
pendidikan dan pembelajaran. Pada zaman sebelum datangnya media sosial, pembelajaran
dilakukan di kelas dan pusat tuisyen sahaja.

Kesimpulan, media sosial ialah suatu perkara yang sudah menjadi perkara yang wajib
di setiap telefon pintar masyarakat, apatah lagi dalam golonga remaja yang akan menjadi cakna
untuk pembangunan negara pada masa akan datang. Hal ini demikian kerana kebaikan yang
banyak akan dapat dimanfaatkan oleh golongan muda pada zaman sekarang. Bukan itu sahaja,
seseorang yang tidak memiliki akaun media sosial dianggap sebagai jauh daripada radar trend
zaman kini. Tetapi jika laman sosial tidak digunakan dengan etika sosial yang sebenar,
padahnya amat besar berbanding kebaikanya terhadap golongan remaja.
Soalan 1. Terdapat perbezaan ketara terhadap aktiviti media sosial kanak-kanak antara yang
dipantau dan tidak dipantau oleh ibu bapa atau penjaga.

Media sosial merupakan satu rangkaian komunikasi diatas talian (online) yang dapat
menghubungkan para pengguna dari serata dunia. Menurut Kamus Dewan Bahasa, media
merupakan alat perantara, komunikasi atau perhubungan, manakala untuk sosial pula adalah
perihal kemasyarakatan dan pergaulan. Sejarah awal kemunculan media sosial ini bermula pada
tahun 1978 dengan penemuan ‘papan bulletin’ berfungsi untuk muat turun maklumat dan
komunikasi melalui surat eletronik. Media sosial terus berkembang sehingga perkhidmatan
penerbitan blog iaitu Blogger pertama kali dilancarkan pada tahun 1999 oleh Pyra Labs.
Evolusi rangkaian media sosial yang sebenar bermula setelah kemunculan Friendster pada
tahun 2002, diikuti oleh Linkedln yang merupakan jaringan perniagaan oleh golongan
profesional, juga muncul pada tahun 2002. MySpace yang menjadi kegilaan para remaja pula
dibangunkan pada tahun 2003. Kemudian selepas kewujudan Facebook sekitar tahun 2004
pelbagai rangkaian sosial baru telah dicipta, kebanjiran media sosial terus berlaku sehingga
hari ini. Pembaharuan dan penambahbaikan dibuat seiring dengan kemajuan teknologi.
Bagaimanapun untuk pemahaman yang lebih jelas, media pada awalnya merupakan sebuah alat
perantara seperti radio, televisyen atau surat khabar. Media ini mempunyai limitasi yang terhad
dan sukar untuk para pengguna kemukakan pendapat atau pandangan bebas terhadap sesuatu
perkara yang disampaikan. Namun begitu terdapat perbezaan dalam penggunaan media sosial
ini antara kanak-kanak yang dipantau dengan kanak-kanak yang tidak dipantau.

Jika melihat ibu bapa yang sentiasa berada disamping kanak-kanak mereka untuk
mengawasi kanak-kanak mereka dalam penggunaan media sosial, anak-anak mereka ini tidak
akan mudah dalam terpengaruh dengan adegan-adegan yang tidak baik yang ada dalam media
sosial. Kesannya kanak-kanak tidak akan mudah terpengaruh dengan perkara yang negatif yang
terdapat dalam media sosial itu. Tambahan pila, mereka akan sentiasa diajar oleh ibu bapa
mereka tentang pembelajaran secara atas talian. Hal ini akan menyebabkan mereka akan dapat
mengasah fikiran mereka untuk lebih genius dan menarik.
Ibu bapa yang memerhatikan aktiviti media sosial anak-anak mereka boleh
merendahkan peluang anak mereka mengalami masalah tidur. Kanak-kanak yang
menghabiskan lebih banyak masa di media sosial berkemungkinan besar mengalami masalah
tidur seperti insomnia, tidur berlebihan atau kurang tidur. Ibu bapa yang tidak memantau
aktiviti media sosial anak-anak mereka menghadapi risiko anak-anak mereka mengalami
masalah tidur, serta memastikan anak-anak mereka mendapat tidur yang cukup dan berkualiti
untuk aktiviti hari berikutnya.
Buli siber adalah risiko yang lebih besar dalam platform media sosial. kanak-kanak
dalam talian boleh menjadi mangsa buli siber. selalunya kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu
bapa yang tidak dipantau menghabiskan lebih banyak masa di platform media sosial dan
kadangkala bertukar menjadi mangsa buli siber. Ia akan mengancam keselamatan dan
keselamatan remaja. Ia boleh mewujudkan kesan berbahaya termasuk perasaan sakit hati,
kesedihan, kemurungan, kebimbangan, kemarahan, rasa malu, ketakutan, kekecewaan, harga
diri yang rendah, ketidakupayaan untuk mempercayai orang lain, menarik diri, mengelak
daripada perhubungan sosial, prestasi akademik yang lemah, membuli orang lain, dan dalam
kes yang teruk, bunuh diri. Ibu bapa yang memantau aktiviti media sosial anak mereka boleh
mengurangkan risiko Buli Siber dan menjamin kesihatan mental anak-anak mereka.
Ibu bapa hendaklah memerhatikan aktiviti media sosial anak-anak kerana ia boleh
menjejaskan pencapaian akademik mereka. Penggunaan media sosial yang berlebihan
berpotensi menjadi ketagihan. Anda akan mahu menggunakannya lebih banyak lagi anda
menggunakannya. Kanak-kanak sering menggunakan media hiburan semasa waktu belajar,
yang boleh memberi kesan negatif kepada prestasi akademik mereka, terutamanya dari segi
perbendaharaan kata dan tatabahasa. Sementara itu, ibu bapa yang menonton aktiviti media
sosial anak-anak mereka boleh menyemak telefon anak-anak mereka untuk melihat sama ada
ia memberi kesan kepada pencapaian akademik mereka.
Terdapat perbezaan yang ketara antara aktiviti media sosial kanak-kanak yang ditonton
dengan yang tidak dipantau oleh ibu bapa atau penjaga. Jika menyemak imbas profil media
sosial anak anda membuatkan anda berasa sedih, ingat bahawa anda mempunyai kewajipan
dan kewajipan untuk memastikan mereka selamat dalam talian. Anda akan lebih memahami
apa yang anak-anak anda lakukan jika anda memantau aktiviti mereka dan anda akan dapat
menetapkan sempadan yang sesuai. Ini adalah teknik mudah untuk melindungi keselamatan
internet kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai