Anda di halaman 1dari 10

NAMA MUHAMMAD SYAFAAT BIN AWANG DIN

NO MATRIK BA21110072
PROGRAM SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI SOSIAL
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (FSSK)
PENSYARAH PROF.DR. ROSAZMAN BIN HUSSIN

AT10603 PENULISAN AKADEMIK

TAJUK ESEI : “FAKTOR-FAKTOR DAN IMPAK RASUAH DALAM DUNIA SUKAN”


1.0 PENDAHULUAN
Seperti yang kita semua ketahui, dunia sukan ini sudah lama wujud, dari zaman dahulu lagi.
Sukan merupakan salah satu aktiviti yang memiliki banyak kesesuaian, sepertinya sukan yang
memerlukan sifat agresif,minda,ekstrem dan lain-lain. Dalam sukan juga ada melibatkan
peserta,pengadil,penonton dan lain-lain, tamabahan pula dalam sukan juga selalunya
disediakan habuan yang istimewa kepada para pemenang yang memenangi sukan yang
dipertandingkan. Jika dilihat dari sejarah kita, bukti penglibatan sukan dalam kalangan
masyarakat adalah pada zaman pemerintahan Muhammad Shah, putera kedua Sultan Mansur
Shah di Melaka, yang mana beliau telah dihukum oleh ayahandanya sendiri untuk menerajui
negeri Pahang selepas baginda menikam Tuan Besar anak Bendahara Paduka Raja Tun Perak
yang telah menjatuhkan dastar bagindasemasa bermain sepakraga dengan tidak sengaja.
Tambahan pula, sukan merupakan antara aktiviti yang boleh menitikberatkan semangat yang
ada dalam diri masyarakat tidak kira mereka yang terlibat dalam sukan mahupun mereka yang
hanya sekadar menjadi penyokong. Manakala, rasuah boleh didefinisikan Penerimaan atau
pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan
atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri
daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun. Sebagai contoh,
seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai
kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik kontraktor berkenaan. Namun
kedua-dua definisi yang dikemukakan ini amatlah saling berkait rapat dan sering terjadi tidak
kira dimana sahaja ia dianjurkan. Iaitu isu rasuah dalam dunia sukan. Seperti yang kita tahu,
rasuah dalam dunia sukan telah merosakkan imej sukan yang mana dalam sukan akan
terwujudlah semangat patriotism dalam kalangan peserta yang bertanding untuk negara
mereka, tambahan pula kerana rasuah, keharmonian dalam sukan itu tidak dapat dirasa oleh
mereka yang bertanding dan juga mereka yang melihat. Oleh hal yang demikian kerana
terdapat beberapa faktor dan juga impak rasuah di dalam dunia sukan ini.
2.0 FAKTOR BERLAKUNYA RASUAH DALAM DUNIA SUKAN
2.1 ASPEK EKONOMI
Seperti yang kita semua ketahui, dalam keadaan dunia sekarang ini, kesemuanya
memerlukan ekonomi yang kukuh, tambahan pula kenaikan harga barang yang semakin
meningkat dari masa ke semasa, hal ini telah menyukarkan lagi kepada seluruh masyarakat
di dunia ini jika mereka tidak memiliki ekonomi yang kukuh. Perkara ini berkait rapat dengan
para atlet sukan yang terlibat dalam sukan, terutama sekali bagi mereka yang sudah
berkeluarga. Mereka terpaksa bertungkus-lumus dalam berlatih agar mereka mendapat elaun
tambahan daripada majlis kesukanan mereka. Jika mereka tidak dibayar lebih ataupun mereka
mengalami masalah gaji tertunggak, mereka akan mengalami masalah ekonomi dalam
kehidupan seharian mereka. Oleh hal yang seperti inilah yang mendorong para atlet sukan
mengambil rasuah dalam dunia sukan. Ia adalah kerana, mereka tidak mempunyai
pendapatan untuk mereka menyara keluarga mereka, kesannya nama mereka akan menjadi
buruk dimata masyarakat. Tambahan pula, ia boleh juga disifatkan sebagai ketamakan yang
ada dalam diri individu. Contohnya dalam cetakan berita bernama yang dicetakkan pada tahun
2021 ada mengatakan , bahawa ada pemain bola sepak Kuala Lumpur yang pernah menerima
rasuah ataupun lebih ringkasnya mengatur perlawanan dengan pasukan yang lain kerana
jumlah yang ditawarkan adalah tinggi, pemain yang terlibat adalah seramai 17 orang pemain.
Hal-hal seperti ini sering dipandang remeh oleh para pemain bola sepak walaupun dalan
perundangan persatuan amat melarang kes-kes rasuah seperti ini. Jelaslah bahawa dalam hal
ekonomi juga merupakan antara faktor berlakunya rasuah dalam dunia sukan.
2.2 KELEMAHAN DALAM PENGURUSAN
Kelemahan dalam pengurusan mana-mana pasukan juga merupakan antara faktor
berlakunya rasuah dalam dunia sukan. Hal ini adalah demikian kerana, pihak-pihak yang
terlibat dalam menjadi organisasi dalam pengurusan pasukan haruslah memainkan peranan
yang penting dalam menjaga segala kebajikan pemain mereka. Contohnya, mereka hendaklah
membayar gaji pemain-pemain mereka yang sudah bertungkus-lumus dalam pertandingan
yang disertai. Segala keringat yang mereka keluarkan akan menjadi sia-sia jika gaji mereka
tidak dibayar malah diabaikan. Seperti yang termaktub dalam perjanjian antara pemain
dengan pasukan, pihak pengurusan dalam pasukan hendaklah mematuhi segala syarat yang
dimaktubkan dalam perjanjian yang ada dalam kontrak pemain bersama kontrak. Contohnya
dalam borang Persatuan Bola Sepak Malaysia ada menyatakan “Setiap Pasukan dikehendaki
mematuhi obligasi kewangannya kepada Pemain dan Pasukan-pasukan lain mengikut terma
yang dinyatakan di dalam Kontrak yang ditandatangani antara Pemain Profesional dan dalam
perjanjian perpindahan”. Perkara seperti kelemahan dalam pengurusan sukan ini sering dilihat
dalam sukan bola sepak dan juga sukan badminton, yang mana perkara ini sering berulang
dari tahun ke tahun. Peminat sukan tanah air seakan-akan sudah lali dengan isu-isu seperti
ini. Kesan daripada kelemahan pengurusan ini apabila gaji tidak dibayar, pemain akan
mengambil rasuah daripada pasukan lain untuk menampung kos sara hidup mereka. Pihak -
pihak yang tidak bertanggungjawab ini boleh dikatakan sebagai dalang kepada faktor
berlakunya rasuah dalam dunia sukan. Tambahan pula, pihak-pihak yang tidak
betanggungjawab seperti mereka yang gila kuasa, akan mengupah pihak atasan untuk
mengekalkan mereka dalam organisasi pasukan semata-mata hanya menginginkan wang.
Mereka langsung tidak memikirkan masalah-masalah yang perlu diatasi seperti penaiktarafan
fasiliti sukan. Malahan mereka mengambil wang yang diberi untuk menaiktaraf fasiliti sukan
itu sebagai duit poket mereka. Jelaslah bahawa kelemahan dalam pengurusan merupakan
salah satu daripada fakor berlakunya rasuah dalam dunia sukan , tidak kira dalam ataupun
luar negara.
2.3 MENGAMBIL KESEMPATAN
Selain itu, mengambil kesempatan juga merupakan salah satu faktor adanya rasuah
dalam dunia sukan. Apakah yang dimaksudkan dengan mengambil kesemptan adalah, pihak-
pihak yang tidak bertanggungjawab membuat perjanjian dengan mana-mana agensi yang
mempunyai kewangan yang nilainya agak tinggi. Contohnya mereka membuat pertaruhan
dengan meletakkan pemain sebagai mangsa. Contohnya dalam perlawanan badminton.
Sekiranya ada pemain yang sedang mengalami masalah gaji dalam persatuan mereka, dan
hal itu akan sering digumbar gambirkan ke dalam berita sukan. Kesannya , berita itu akan
sering tular ke serata dunia. Oleh hal yang demikian, maka wujudlah beberapa syarikat besar
yang akan mengambil kesempatan kepada pemain tersebut. Seperti contoh, jika kejohanan
besar dilangsungkan, seperti piala Thomas, kejohanan dunia, olimpik dan lain-lain, sudah
tentu hadiah yang ditawarkan adalah juga besar, dan untuk tambahan, jika pemain yang
mengalami masalah gaji itu juga mengambil bahagian dalam kejohanan besar tersebut dan
mara sehingga ke perlawanan akhir dan kemudian bertemu dengan pemain syarikat besar,
sudah tentu mereka akan cuba untuk memujuk pemain itu untuk kalah dengan pemain
mereka. Mereka akan memberi ganjaran yang lebih lumayan berbanding hadiah yang
ditawarkan itu. Kesannya pemain yang terlibat akan menerima ganjaran itu. Dalam hal ini,
dalam satu liputan astro awani ada menyatakan bahawa terdapat dua pemain badminton
negara Malaysia pernah terlibat dalam kes rasuah, dan kini pemain itu telah digantung
perlawanan badminton selama 15 tahun ke atas. Selain itu, pihak-pihak yang berwajib juga
seirng mengambil kesempatan keatas wang yang telah diagihkan oleh kementerian sukan dan
juga daripada mana-mana ngo-ngo yang menaja pasukan itu untuk tujuan penaiktarafan
pemain. Contohnya wang yang mereka terima biasanya berjumlah wang yang banyak, dan
mereka hanya mengeluarkan sedikit shaja untuk pemain mereka, selebihnya menreka akan
membayar pihak atasan untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan tujuan persendirian
mereka seperti membeli kereta mewah untuk mereka. Jelaslah disini bahawa, kes mengambil
kesempatan juga merupakan salah satu datipada faktor berlaku rasuah dalam dunia sukan.
3.0 IMPAK RASUAH DALAM DUNIA SUKAN
3.1 MEROSAKKAN KARIER DAN NAMA PASUKAN DALAM DUNIA SUKAN
Seperti yang kita smua sudah maklum, jika mengambil rasuah dalam mana-mana
perkara, sudah tentu ia akan menggugat karier kehidupan kita, tidak kira dalam
keselamatan,pendidikan,perubatan dan lain-lain. Namun hal ini amat ketara jika dilihat dalam
aspek sukan. Yang mana karier seseorang sebagai atlet yang Berjaya akan tercemar. Hal ini
kerana, jika mengikut mana-mana perundangan dalam dunia sukan, isu pengambilan rasuah
atau mengatur perlawanan , seseorang itu boleh dikenakan tindakan yang amat keras dan
kejam. Contohnya mereka yang terlibat akan digantung dari menyertai mana-mana kejohanan
yang besar, ataupun mereka dikenakan denda untuk membayar kepada pihak berwajib
dengan jumlah yang besar. Mereka juga boleh dibuang dari persatuan atau pasukan mereka.
Perkara ini sudah banyak kali terjadi dalam mana-mana pasukan bola
sepak,olahraga,badminton di Malaysia ini. Tambahan pula, untuk aspek social, mereka akan
menjadi malu dengan masyarakat disekeliling mereka . hal ini kerana, perkara seperti ini akan
diakhbarkan dalam surat khabar dan juga berita dalam televisyen. Masyarakat akan
memandang serong terhadap mereka. Selain daripada itu, keluarga mereka juga akan terbabit
sama, contohnya, anak-anak atlet yang terlibat dalam rasuah akan dicemuh,dihina dan
dikutuk oleh rakan-rakan mereka di sekolah. Perkara seperti ini akan menyebabkan anak-anak
mereka mengalami masalah jatuh semangat untuk belajar kerana sering diejek berkenaan
orang tua mereka yang merupakan atlet terlibat dalam gejala rasuah ini. Contoh atlet dunia
yang pernah terlibat dalam dunia rasuah ini adalah Taufik Hidayat iaitu pemenang pingat
emas olimpik Athens 2004. Dalam berita harian online ada menyatakan yang Taufik ada
memberi wang kepada bekas Menteri belia dan sukan iaitu imam Nahrawi. Selain itu, impak
daripada mengambil rasuah akan menyebabkan mereka akan mengalami masalah dalam
motivasi. Mereka seakan tidak mempunyai hala tuju disebabkan motivasi sebagai atlet
telahpun punah. Hal ini kerana, mereka sering dipandang hina dimana sahaja mereka pergi.
Keinginan mereka untuk mengambil bahagian dalam sukan seakan terpudar. Selain daripada
itu, keunggulan sesebuah negara dalam suatu sukan itu akan merosot, kerana pemain
handalan yang terlibat dalam rasuah akan digantung daripada menyertai mana-mana
kejohanan terbesar dunia. Hal ini akan membuka ruang dan peluang kepada mana-mana
pemain yang lain daripada negara lain untuk menonjol. Jelaslah bahawa, impak daripada
mengambil rasuah dalam dunia sukan sangatlah perlu dipandang serius agar masalah rasuah
dalam sukan dapat diatasi dengan cepat.
3.2 MUTU SUKAN NEGARA MEROSOT
Mutu sukan negara merosot juga merupakan salah satu daripada impak mengambil
rasuah dalam sukan. Hal ini kerana, pemain tidak akan menunjukkan prestasi mereka yang
sebenar disebabkan rasuah dan mereka telah dikawal oleh wang panas yang diberikan oleh
pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kesannya, mutu sukan negara akan menjadi teruk
dan merosot. Tambahan pula, jika mutu sukan merosot, para pemain akan mendapat tekanan
daripada pihak atasan mereka, mereka akan sering dimarahi oleh jurulatih dan pengurus
mereka. Tambahan pula jika perkara seperti itu berlaku, mereka akan kelyar dari pasukan dan
proses pembangunan pemain semula akan terganggu. Pasukan akan mengalami masalah
dalam rombakan pasukan dan individu. Mereka terpaksa menyediakan pelbagai kertas kerja
untuk dibentangkan dalam minit mesyuarat mereka sendiri. Tambahan pula, jika kekurangan
pemain dalam pasukan, jurulatih akan malas dalam melatih pemain-pemain yang lain. Hal ini
akan menyebabkan mutu sukan negara akan merosot. Selain itu juga, penaja akan menarik
balik semula tajaan daripada pihak mereka kepada sesebuah pasukan yang ditaja kerana
prestasi mereka semakin menurun. Contohnya, pasukan bola sepak felda united yang dulunya
sesebuah pasukan yang gah kini tidak mengambil bahagian dalam liga professional Malaysia,
hal ini kerana pihak pengurusan mereka telah mengalami bankraop kerana terlibat dalam
rasuah. Kesannya, kes ini telah mengganggu mutu sukan negara, seluruh negara telah
memandang rendah dengan liga di bola sepak di Malaysia. Selain itu, mutu sukan negara juga
akan merosot kerana semua perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia telah diatur oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab dan diterima bulat-bulat oleh pemain. Perlawanan seperti
itu akan menyebabkan nama pasukan negara menjadi buruk dimata dunia, kerana kekalahan
yang dialami akibat daripa perlawanan yang telah diatur oleh mereka-mereka yang tidak
beranggtungjawab. Jika dilihat daripada sejarah lampau, dulu Malaysia memiliki seorang
pemain bola sepak yang berkaliber selain daripada Allahyarham Moktar Dahari atau lebih
dikenali sebagai supermokh. Pemain yang dikatakn itu adalah Matlan Marjan, seorang pemain
yang berasal daripada Sabah. Beliau telah digantung dalam perlawanan bola sepak seumur
hidup. Sejak dari haritu, mutu bola sepak negara sering dilanda dengan isu-isu hangat seperti
rasuah, jelas disini, mutu sukan negara pada ketika itu sangat merosot jauh, apabila Malaysia
sering mengalami kekalahan. Dan kesannya, jika Malaysia mengalami kekalahan, mereka
selalu dipandang seakan-akan diberi rasuah. Maka jelaslah betapa besarnya impak rasuah
dalam dunia sukan. Selain itu, pihak yang bertanggungjawab seperti pengurus pasukan
terpaksa mengambil inisiatif-inisiatif lain untuk mengembalikan zaman-zaman kegemilangan
bola sepak tanah air setelah berhadapan beberapa kemelut seperti rasuah dalam organisasi,
rasuan dalam kalangan pemain. Mereka juga terpaksa menggunakan duit yang mereka ada
untuk mengadakan program motivasi pemain untuk meniup semula semangat mereka untuk
bermain untuk negara, setelah dipandang serong oleh peminat pasukan sendiri. Oleh hal yang
boleh dilihat daripada sejarah terdahulu untuk dijadikan rujukan betapa pengambilan rasuah
ini mampu menyebabkan mutu sukan negara merosot dan sangat jelas dikatakan ia juga
merupakan salah satu impak daripada mengambil rasuah dalam dunia sukan di masa kini. Hal
ini tidak seharusnya dipandang sebelah mata.
3.3 HILANG MINAT TERHADAP SUKAN DAN DIPINGGIRKAN
Seperti yang sedia maklum, dalam sukan, selain semangat yang ada dalam diri sendiri,
penyokong juga merupakan antara tunjang sesebuah pasukan itu menjadi pasukan yang
hebat dan gah di mata dunia. Dengan adanya penyokong yang berjiwa juara, bukan hanya
pasukan, malahan nama negara juga akan disegani di persada dunia. Oleh hal yang demikian,
betapa pentingnya penyokong ini dalam dunia sukan. Namun dalam sukan, apa sahaja boleh
berlaku. Contohnya, jika pasukan atau individua ada yang terlibat dalam isu rasuah, sudah
tentu para penyokong akan mogok dengan mereka yang terlibat itu. Tambahan pula, mereka
akan hilang minat dalam menyaksikan sukan itu kerana rasuah yang diambil oleh pemain
ataupun pasukan yang mereka ingin saksikan. Kerana perlawanan yang sudah diatur tidak
akan menampilkan aksi yang bertenaga dan segar. Tambahan pula, jika ada pemain yang
terlibat dalam gejala rasuah, sudah tentu pemain itu akan dipinggarkan oleh rakan
sepasukannya, perkara ini akan mengakibatkan semangat pemain itu dalam sukan akan pudar
dan dia akan berasa malu dan akan menyebabkan adanya rasa untuk berhenti daripada
melibatkan diri dalam dunia sukan. Selain itu, jika dia dipinggirkan dari pasukan, dia akan
berpotensi untuk mengalami stress kerana sudah dipinggirkan dari pasukan. Selain itu,
kesannya juga akan berpanjangan, jika nama pemain yang terlibat sudah direkodkan dalam
buku rasuah. Kerana, tidak aka nada mana-mana pasukan yang ingin mengambilnya sebagai
ahli pasukan kerana diketahui adanya masalah rasuah dari mana-mana pasukan yang pernah
diwakilinya. Hal ini akan menyebabkan dia akan mengalami masalah dalam pendapatan.
Kerana dia tidak memiliki mana-mana sumber pendpatan jika dia hanya bergelar seorang atlet
atau pemain bola yang tidak menjalankan perniagaan, masalah ini juga akan melibatkan
keluarganya yang perlu ditampungnya selain daripada kos sara hidup persendirian dan
keluarga. Hilang minat dalam sukan boleh mengakibtakan suasana sesuatu sukan itu akan
menjadi rosak, kerana tidak ada sorakan daripada penyokong disebabkan masalah rasuah
yang menyelebungi mana-mana pasukan. Tambahan pula, sukan dalam sesebuah negara itu
pada mata dunia tidak menyeronokkan malahan menjadi bosan. Dunia sukan seharusnya
merupakan sebuah aktiviti yang harus diraih oleh penduduk dunia, namun jika berlakunya
rasuah dalam sukan, dan mengakibatkan hilangya keghairahan dalam bersukan, semangat
menyaksikan sukan, sukan di dunia ini akan menajdi sebuah aktiviti yang membosankan
kerana, segala keputusan perlawanan akan boleh dijangka kerana perlawanan yang diatur
dan sejarah yang membuktikan rasuah itu wujud dalam dunia sukan. Tambahan pula,sukan
pada ketika ini tidak melibatkan hanya pemain, malahan penyokong tegar juga terlibat dalam
memeriahkan lagi dunia sukan ini. Jelaslah bahawa, hilang minat dalam sukan dan
dipinggirkan merupakan salah satu impak daripada pengambilan rasuah dalam dunia sukan.
3.3 MERUGIKAN PELBAGAI PIHAK
Dalam dunia sukan yang adanya rasuah, sudah tentu boleh dilihat banyaknya kerugian
yang dialami. contohnya, jika rasuah yang diambil oleh mana-mana pemain telah diketahui
umum, pemain pasukan itu boleh dikenakan tindakan gantung perlawanan atau dibuang dari
dunia sukan. Hal ini akan merugikan pasukannya. Kerana pasukannya terpaksa untuk
membuat rombakan pemain semula, dan akan memakan masa yang agak lama dalam mencari
pemain yang sesuai dengan perancangan pengurusan. Selain itu, bajet yang telah dikeluarkan
untuk pemain terbabit akan hangus tanpa pulangan semula kerana digantung daripada
menyertai mana-mana sukan, dan terpaksa mengeluarkan bajet baru untuk pemain yang baru
masuk menggantikan tempat pemain itu. Antara kerugian yang boleh diambil kira adalah,
seperti tajaan pakaian,kasut makanan, tiket penerbangan,gaji pemain,elaun pemain dan lain-
lain perkara. Tambahan pula, pemain yang dikenakan tindakan juga akan mengalami
kerugian, yang mana dia tidak akan dibayar semula oleh pasukannya atau pengurusannya,
malahan dia terpaksa untuk membayar denda yang dikenakan oleh pihak yang
bertanggungjawab yang telah mengenakan dia tindakan undang-undang rasuah. Jelaslah
bahawa impak daripada mengambil rasuah dalam dunia sukan amat merugikan pelbagai pihak
termasuk diri sendiri.
4.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, dalam sukan ini, semua pihak harus memainkan peranan yang
amat penting dalam memastikan tidak berlakunya gejala-gejala yang tidak diingingi berlaku
terutama sekali rasuah dalam sukan. Hal ini adalah kerana, ia bertujuan untuk menjaga imej
sukan negara yang kini semakin maju, namun jika berlakunya rasuah dalam sukan, ia mampu
untuk merosakkan semula imej negara. Tambahan pula, ia adalah amat penting kerana, ia
bertujuan untuk prospek atlet-atlet muda Malaysia yang kini sedang meningkat naik, ia
penting untuk mereka mengambil pengajaran daripada atlet-atlet yang terdahulua yang
pernah terlibat dalam isu rasuah ini. Selain itu, pembangunan dalam sukan juga merupakan
suatu perkara yang sangat penting, seperti menaiktaraf fasiliti, penjagaan kebajikan yang baik
dari akar umbi sehingga ke peringkat senior. Jika dilihat, banyak fasiliti dalam mana-mana
pasukan di Malaysia ini masih dalam keadaan yang tidak maju, tidak seperti pasukan bola
sepak Johor Darul Takzim yang mana mereka dilengkapi dengan fasiliti yang seakan bertaraf
dunia. Hal ini kerana, pasukan ini tidak pernah terlibat dalam isu rasuah dan lain-lain. Jika
dibandingkan dengan pasukan liga Malaysia yang lain, mereka jauh ketinggalan, apabila fasiliti
mereka yang ada tidak standing dengan pasukan JDT, ia adalah demikian kerana, masalah
rasuah yang sering berlaku dalam pasukan mereka itu. Setiap pihak haruslah meainkan
peranan yang sangat penting dalam memastikan pasukan mereka masing-masing akan selalu
mampu untuk maju lebih kehadapan dengan memastikan kebajikan pemain mampu dijaga
dengan baik,terhindar daripada masalah rasuah dalam pasukan. Sejajar dengan matlamat
Persatuan Bola Sepak Malaysia yang ingin ke piala dunia, mereka haruslah mengambil kira
semua isu-isu seperti ini dari sekarang untuk memastikan tiada pengkhianatan berlaku dalam
pengurusan dan pasukan, jika tidak, Hasrat dan impian para penyokong di Malaysia untuk
menyaksikan pasukan Malaysia bermain di peringkat yang lebih tinggi tidak akan kesampaian.
Oleh hal yang sedemikian rupa, penulis berharap, semua pemain mahupun atlet mana-mana
sukan untuk menjauhkan diri daripada terlibat dengan gejala rasuah dalam dunia sukan untuk
memastikan karier mereka sebagai atlet negara akan dapat diselamatkan dan masa depan
negara dalam sukan akan lebih terjamin dan suatu hari nanti negara Malaysia akan menjadi
sebuah negara yang sangat digeruni dalam mana-mana sukan yang disertai, seperti contoh
beberapa tokoh sukan negara iaitu Dato Lee Chong Wei yang pernah memegang gelaran
pemain badminton nombor satu dunia, Dato Nicol Ann David yang merupakan pernah
memegang gelaran pemain skuasy nombor satu dunia.
RUJUKAN
Ahmad Faisal Mohamed Fiah,Pensyarah Kanan,Fakulti Komunikasi dan Pengajian
Media,Universiti Teknologi MARA (2019), peristilahan dalam dunia sukan.
https://www.researchgate.net/publication/337563093_Peristilahan_Dalam_Dunia_Sukan

Bernama, (januari 31,2021), Rasuah dalam bola sepak boleh rencatkan pembangunan atlet
https://www.astroawani.com/berita-sukan/rasuah-dalam-sukan-boleh-rencatkan-
pembangunan-atlet-280606

Persatuan Bola Sepak Malaysia (edisi,2019),peraturan status dan perpindahan pemain,


https://fam.org.my/sites/default/files/downloads/Peraturan%20Status%20dan%20Perpinda
han%20Pemain_Edisi%202019.pdf

Berita Harian (mei 10,2020), Taufik Hidayat mengaku memberi rasuah kepada bekas Menteri
sukan https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2020/05/687355/taufik-hidayat-mengaku-
beri-rasuah-kepada-bekas-menteri-sukan

Muhammad Zafri bin Hussaini, 1171149,Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti
Sains Islam Malaysia (USIM) Disiarkan pada 11 Ogos 2020 , Memajukan sukan tanggungjawab
bersama,http://www.myaidconference.com/uploads/6/2/6/7/62670651/157._rencana_zafri_
-_umum_memajukan_sukan_tanggungjawab_bersama.pdf

Anda mungkin juga menyukai