Anda di halaman 1dari 22

PERJUDIAN DALAM SUKAN

Disediakan Oleh: Siti Hajar Binti Harun Norsyuhaida Binti Sahari

KONSEP PERJUDIAN
Menurut Kamus Dewan Edisi keMenurut kamus besar Bahasa Melayu Utusan (1995), Perjudian bermaksud menggunakan wang atau sebagainya untuk dijadikan taruhan dalam permainan judi, mempertaruhkan, mempetarungkan dan menggadaikan. Menurut Tesaurus Umum Bahasa Melayu (1990), judi didefinisikan sebagai memperjudikan,mempertaruhkan, mempertarungkan dan menggadaikan yang melibatkan sebagai pertaruhan. Perjudian ialah perihal berjudi iaitu permainan dengan menggunakan wang atau barang-barang berharga sebagai taruhan.(Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 6,2007)

3(1997) , perjudian bermaksud


permainan dengan memakai wang dan sebagainya sebagai taruhan.

ISU-ISU PERJUDIAN DI MALAYSIA


Penjudian Piala Dunia FIFA 2010 di negara Malaysia secara sah diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Malaysia Datuk Dr Awang

Adek Hussin pada 6 Mei 2010. Pertandingan bola


sepak antarabangsa Piala Dunia akan diadakan di Afrika Selatan. Bola sepak Piala Dunia bermula 11 Jun 2010.

Rencana Berita Harian KEGAGALAN OPERASI SECARA SAH DIKATAKAN BERI RUANG PERTARUHAN HARAM BERLELUASA
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata siasatan ke atas 129 orang yang ditahan dalam Ops Soga sejak Piala Dunia

bermula dua minggu lalu, mendapati setiap orang bertaruh


antara RM50 hingga RM2,000. Jumlah yang dikutip boleh mencecah RM30,000 hingga RM40,000 bagi setiap satu

perlawanan atau sehingga RM100,000 untuk tiga


perlawanan sehari.

Akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily melaporkan kaki judi di Hong Kong kehilangan HK$400 juta (AS$52 juta)

dalam pertaruhan haram perlawanan akhir kejohanan


bola sepak Piala Dunia apabila Perancis menewaskan pasukan pilihan Brazil 3-0. William Hill menyatakan kaki judi Asia menyokong kuat Brazil untuk menang, dengan seorang ahli perniagaan Malaysia mempertaruhkan tiga juta dolar HK pada pasukan pilihan itu.

LANGKAH-LANGKAH MEMBANTERAS PERJUDIAN DALAM SUKAN

I.

Polis Malaysia akan bekerjasama dengan Interpol


General Sekretariat Asia Pasific Expert Group on Asia Organised Crime yang berpengkalan di Lyon, Perancis.

II.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap,

Perjudian dan Maksiat Bukit Aman, Datuk Hasnan


Hassan telah dilantik untuk mengetuai pasukan khas membanteras judi bola sepak ini.

III. Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7)


Bukit Aman akan merisik sindiket dan lokasi terbabit.

ISU-ISU PERJUDIAN DI LUAR NEGARA DALAM SUKAN


Pada tahun 2000, kapten pasukan kriket Afrika Selatan, Hansie Cronje mengaku mengambil RM315455.40 pembayaran daripada bookmakers untuk menyediakan mereka dengan maklumat perlawanan bagi menetapkan keputusan permainan.

badan pemantau industri Suruhanjaya Perjudian British telah menyiasat 47 kes taruhan perlawanan penetapan dan menyalahi undang-undang yang dikatakan berlaku pada acara sukan The Independent, British. Badan-badan yang mengawal bola sepak, tenis, kriket, lumba kuda dan sukan lain sedang berbincang dengan menterimenteri kerana berlaku kesukaran terhadap peraturan-peraturan baru dimana mereka berharap dapat menghapuskan apa yang mereka anggap "sebagai risiko yang besar kepada integriti sukan sebagai dadah". Salah seorang pegawai kanan menjelaskan ancaman kepada

peristiwa penonton yang paling popular di negara ini berkata : "bola


sepak, ragbi dan kriket tidak mempunyai masalah dadah, tetapi mereka tahu mereka mempunyai masalah perjudian serius

Faktor kewangan

Pengaruh bookie

SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA PERJUDIAN DALAM SUKAN

Sebagai hiburan

Faktor persekitaran

FAKTOR KEWANGAN
Kaki judi melipatgandakan lagi wang pertaruhannya dengan harapan mendapat kembali wang yang hilang tetapi akhirnya terperangkap dengan hutang. Menawarkan kemungkinan pulangan kewangan segera bagi mereka yang tertekan dari segi ekonomi (Gunnar Myrdal, An American Dilemma).

HIBURAN
Perjudian adalah satu bentuk hiburan yang memerlukan sedikit peralatan dan sesuai terutama mereka yang melakukan rutin kerja yang sama dan membosankan (Gunnar Myrdal, An American Dilemma).

PENGARUH BOOKIE
Terdapat `bookie sanggup membayar beriburibu ringgit jika pemain sanggup mengikut telunjuk mereka. Hal ini jelas terbukti apabila terdapat berita tentang pemain-pemain bola sepak yang didakwa di mahkamah kerana menerima rasuah.

FAKTOR PERSEKITARAN
Banyak sindiket perjudian berleluasa di sekeliling masyarakat Malaysia apabila berlakunya sesuatu sukan seperti perjudian bola sepak dunia 2010.

JENIS-JENIS PERJUDIAN DALAM SUKAN


Menentukan dan mengatur perlawanan. - sebelum pertandingan,keputusan pertandingan telah ditentukan. - sogokan akan diberikan kepada atlet atau pegawai perlawanan untuk mengatur keputusan pertandingan. Bertaruh keputusan pertandingan. - peminat sukan akan bertaruh untuk sesuatu pertandingan . - Contoh : sukan bola sepak jumlah jaringan

KESAN-KESAN PERJUDIAN DALAM SUKAN


Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Abdul Ghani

Minhat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu, Datuk Che


Mat Jusoh menentang judi bola sepak ini kerana tidak akan menyumbang kepada peningkatan mutu bola sepak.

mengakibatkan rasuah di kalangan pemain bola sepak dan sukan


yang lain (Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim). menjatuhkan mutu dan integriti sukan negara.

Kepercayaan peminat sukan terjejas kerana peminat-peminat sukan


berasa tertipu dengan setiap keputusan pertandingan. Mereka tidak akan menyokong atlet atau pasukan yang terlibat dengan rasuah dan perjudian. Menjejaskan hubungan dalam pasukan apabila atlet yang terlibat dengan rasuah dan perjudian akan disisih oleh rakan-rakan sepasukan sehingga timbulnya perasaan kecewa dan menyebabkan prestasi pasukan merosot. Memecahbelahkan keharmonian rumah tangga Memberi kesan dari segi mental dan emosi terutamanya apabila kalah pertaruhan.

Allah telah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 90 yang bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi (berkorban untuk) berhala, dan tenung

nasib dengan anak panah, adalah perbuatan


(keji) dan termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu beruntung.

CARA-CARA MENGATASI PERJUDIAN DALAM SUKAN


Menghayati dan Mengamalkan Rukun Negara Mereka yang terlibat dengan sukan perlu menghayati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara. Amalan ini akan memberi kesedaran kepada atlet-atlet tentang tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Memberikan Penerangan Tentang Gejala


Rasuah dan Perjudian Media massa berperanan penting untuk menerangkan kesan rasuah dan perjudian khusunya dalam sukan. Dengan ini, peminat-peminat sukan akan menyedari kesan negatif gejala rasuah dan perjudian terhadap mutu dan imej sukan negara.

Penglibatan Dalam Ceramah Agama Dan Kursus Motivasi Mereka yang terlibat dengan sukan perlu mengikuti ceramah agama dan kursus motivasi. Usaha ini membantu meningkatkan kesedaran, keinsafan dan semangat dalam kerja berpasukan. Di samping itu, mereka juga perlu diberi insentif agar dapat menaikkan semangat mereka

Peranan Kelab Penyokong Kelab-kelab penyokong berperanan menganjurkan kempen anti rasuah dan perjudian kepada ahli-ahlinya dan peminat sukan. Kempen ini berperanan untuk memberi kesedaran dan menyeru peminat sukan membenci serta membanteras gejala rasuah dan perjudian.

RUJUKAN
Industri Judi di Malaysia-Menghalalkan yang Haram. Retrieved Mac 1, 2013, daripada http://temanteras.wordpress.com/futhuhat/industri-judi-di- malaysiamenghalalkan-yang-haram/ Nick Harris. (2009). Exclusive: Gambling is 'bigger threat to sport than

doping. Retrieved Mac 2, 2013, from


http://www.independent.co.uk/sport/general/others/exclusivegambling-is-bigger-threat-to-sport-than-doping-1638487.html Judi Piala Dunia di Malaysia. Retrieved Mac 1, 2013, daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Judi_Piala_Dunia_di_Malaysia Noor Mohamad Shakil Hameed. (2012). Teban Cemar Piala Dunia. Retrieved Mac 2, 2013, daripada http://dwnmasyarakat.dbp.my/?p=485

(2012). Sindiket Judi Punca. Retrieved Februari 18, 2013, daripada http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20121213/pa_01/Sindiketjudi-punca-utama.

Memorandum Bantahan Judi Sukan. Retrieved

Mac 1, 2013, daripada

http://temanteras.wordpress.com/media-teras/memorandum
bantahan-judi-sukan/ Dr. Zulkefli Ahmad. (2010). Memorandum-Isu Perlesenan Judi Bola Sepak Dan Sukan. Retrieved Mac 1, 2013, daripada http://drdzul.com/2010/05/24/1988/ Jamhariah Jaafar. (2010). Hipokrit Dalam Isu Lesen Judi Piala Dunia. Retrieved Mac 2, 2013, daripada

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Hipokritdalamisulesenjudi
PialaDunia/Article/

Anda mungkin juga menyukai