Anda di halaman 1dari 6

Justifikasi

1. Sikap ketamakan
Pengadil yang tamak selalunya akan mudah terlibat dengan gejala
rasuah ini. Hal ini kerana pengadil tidak dapat menolak syarat atau
habuan yang diberikan kepada beliau apabila sikap ketamakan yang
tinggi dalam diri pengadil tersebut.

2. Sindiket perjudian
Bookie merupakan dalang yang mencari kesempatan untuk
memberi, menerima, menawar dan menuntut sesuatu terutamanya
berdasarkan kuasa dan kedudukan masing-masing dan mereka
tidak mengambil kira liga bola sepak itu popular atau tidak, asalkan
ada peluang mereka akan meneruskan kegiatan. Mereka akan
merasuah pengadil bagi mengawal keputusan perlawanan supaya
mereka dapat mengaut keuntungan.

3. Penyalahgunaan kuasa
Pengadil boleh menyalah

gunakan

kuasa

pengadil

untuk

membatalkan atau tidak sahkan jaringan pemain dengan alasan


tertentu

walaupun

bola

tersebut

apabila

pengadil

tersebut

diarahkan untuk berbuat demikian. Oleh itu, secara tidak langsung


pengadil dapat mengatur keputusan perlawanan.

4. Elaun pengadil yang rendah


Kemungkinan elaun pengadil yang rendah adalah punca berlakunya
rasuah dalam sukan bola sepak. Disebabkan kos hidup yang
semakin

meningkat

tetapi

elaun

yang

masih

rendah

telah

menyebabkan pengadil mencari alternatif lain untuk menambah


mata pencarian mereka.

5. Kelemahan undang-undang
Kelemahan undang-undang juga merupakan punca berlakunya
rasuah. Hukuman yang dikenakan kepada penerima dan pemberi
rasuah

tidak

begitu

berat.

Selain

itu,

mereka

juga

dengan

senangnya melepaskan diri daripada dakwaan rasuah kerana


kelemahan undang-undang. Akhirnya, mereka tidak gentar untuk
memberi dan menerima rasuah.

6. Kurang kesedaran moral


Pengadil yang menerima
pentingnya

etika

sebagai

rasuah
seorang

kurang

kesedaran

pengadil.

Setiap

tentang
kerjaya

mempunyai etika kerja tersendiri. Sebagai seorang pengadil,


tugasnya adalah memastikan mengadili setiap perlawanan dengan
adil tetapi disebabkan kurang kesedaran moral pengadil tidak
memandang berat dengan etika dia sebagai seorang pengadil.

7. Keinginan menang yang tinggi


Terdapat sesetengah persatuan atau kelab bola sepak yang ingin
mengekalkan kemenangan mereka telah membuat keputusan untuk
merasuah pengadil supaya mereka boleh menang. Mereka berbuat
demikian supaya pengadil boleh memihak kepada mereka dan
mereka boleh mengekalkan kejuaraan mereka.

Cadangan

1. Memperbaiki undang-undang berkaitan rasuah


Pihak berkuasa harus mengkaji semula undang-undang yang
berkaitan

dengan

rasuah.

Contohnya,

pihak

berkuasa

boleh

pertimbangkan semula hukuman yang dikenakan kepada penerima


dan pemberi rasuah. Selain itu, pihak berkuasa juga boleh mengkaji
bagaimana hendak memastikan pemberi dan penerima rasuah akan
disabitkan kesalahan rasuah dan bukannya membiarkan mereka
terlepas begitu sahaja.

2. Sistem pendidikan
Pendidikan juga memainkan

peranan

yang

penting

dalam

membendung gejala rasuah ini. Melalui pendidikan, generasi muda


harus diberi penekanan bahawa kesalahan menerima dan memberi
rasuah. Generasi muda harus mempunyai pemikiran bahawa rasuah
adalah salah dari segi undang-undang dan juga etika moral.
Pendidikan bukan di sekolah sahaja tetapi juga melalui didikan
keluarga. Ibu bapa harus menjadi teladan yang baik kepada anakanak dengan tidak terlibat dalam rasuah walaupun dalam perkara
yang remeh-temeh. Didikan agama juga penting kerana seseorang
yang mempunyai iman yang kuat akan dapat mengatasi ketamakan
dia dan tahu betapa bersalahnya perbuatan rasuah.

3. Meningkatkan elaun pengadil


Pihak yang berkaitan harus mengkaji semula elaun untuk pengadil
supaya para pengadil tidak menggunakan alasan bahawa elaun
tidak mencukupi. Dengan ini, dengan peningkatan elaun pengadil
barulah seimbang dengan peningkatan kos hidup yang semakin
tinggi.

4. Membanteras sindiket perjudian


Pihak berkuasa harus mewujudkan jawatankuasa khas untuk
membanteras sindiket perjudian kerana bookie merupakan punca
utama rasuah dalam sukan bola sepak. Hal ini kerana bookie akan
memberi habuan yang tinggi kepada pengadil jikalau pengadil
mengatur keputusan perlawanan seperti yang dikehendaki. Oleh itu,
jawatankuasa khas hanya akan menyiasat sindiket perjudian yang
aktif dan mencari bukti untuk menangkap mereka yang terlibat.
Apabila sindiket judi telah dibanteras, rasuah dalam sukan bola
sepak akan berkurang.

5. Melaporkan harta pengadil


Setiap pengadil diwajibkan untuk mengisi borang tentang harta
yang dimiliki oleh mereka. Hal ini adalah untuk memastikan bahawa
harta

yang

dimiliki

oleh

mereka

adalah

setimpal

dengan

pendapatan mereka. Jikalau terdapat perbezaan antara harta


dengan pendapatan mereka maka penyiasatan terhadap pengadil
tersebut akan dijalankan. Melalui penyiasatan yang dijalankan maka
akan mengetahui adakah pengadil tersebut terlibat dalam rasuah.
Dengan itu, pengadil tidak mempunyai keberanian untuk menerima
rasuah keran mereka tahu jikalau harta mereka tidak setimpal
dengan pendapatan mereka, mereka akan disiasat dengan mereka
akan didakwa atas kesalahan rasuah.

6. Peranan jawatankuasa penganjur


Peranan jawatankuasa penganjur juga boleh mengurangkan gejala
rasuah dalam sukan bola sepak. Antara peranannya ialah tidak
mengumumkan nama pengadil yang akan mengadili perlawanan.
Hal ini adalah untuk mengelakkan persatuan atau kelab merasuah
pengadil untuk kemenangan persatuan atau kelab mereka. Selain
itu, jawatankuasa penganjur harus memastikan bahawa pengadil

tersebut adalah mematuhi etika pengadil untuk mengelakkan


berlakunya rasuah dalam perlawanan tersebut.

7. Peranan pemimpin persatuan atau kelab bola sepak


Pemimpin persatuan harus mempunyai fahaman bahawa setiap
perlawanan terdapat pihak yang kalah dan yang menang. Pemimpin
juga harus menerima hakikat bahawa adalah mustahil pemainpemain dapat mengekalkan kemenangan untuk setiap perlawanan.
Oleh itu, pemimpin tidak seharusnya merasuah pengadil supaya
pasukan beliau dapat memenangi setiap perlawanan.

Kesan

1. Mutu sukan merosot


Hal ini kerana setiap keputusan perlawanan telah diatur. Oleh itu,
pemain-pemain tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang dan
pengadil pula tidak mengadili perlawanan dengan adil kerana telah
menerima rasuah tertentu. Akhirnya, mutu sukan bola sepak
semakin merosot.

2. Kepercayaan peminat sukan terjejas


Keadaan permainan yang terlibat dengan gejala rasuah akan
mengundang kemarahan peminat sukan yang jujur dan prihatin
kepada sukan bola sepak. Hal ini kerana setiap perlawanan telah
diatur dan mereka rasa tertipu dan tidak menghormati sukan
tersebut. Akhirnya, mereka hilang kepercayaan terhadap sukan.

3. Semangat kesukanan semakin pudar


Para peminat hilang kepercayaan terhadap sukan bola sepak dan
mereka tidak lagi menyokong bola sepak. Selain itu, lama-kelamaan
pemain juga tidak bermain dengan bersungguh-sungguh dan
beranggapan bahawa usaha mereka hanya sia-sia kerana setiap
perlawanan telah diatur .

4. Mencemarkan imej sukan negara


Rasuah dalam sukan bola sepak akan menjejaskan imej negara. Hal
ini keran sukan bola sepak adalah sukan yang paling popular di
seluruh dunia. Oleh itu, jikalau terdapat rasuah dalam sukan ini
akan mendapat liputan yang meluas dan akhirnya nama negara
akan terjejas.

Anda mungkin juga menyukai