Anda di halaman 1dari 47

a)

SEJARAH TENIS Terdapat pelbagai jenis sukan raket yang dimainkan pada zaman ini dan tenis

merupakan permainan yang sangat diminati ramai. Menurut beberapa catatan sejarah, permainan menggunakan bola dan raket sudah dimainkan sejak zaman purba lagi, iaitu di Mesir dan Greece. Pada abad kesebelas, sejenis permainan iaitu Jen de Paume yang menyerupai permainan tenis kini, telah dimainkan buat pertama kalinya di sebuah kawasan di Perancis. Bola yang digunakan disalutkan dengan benang berbulu, manakala pemukulnya hanyalah tangan. Permainan ini kemudiannya diperkenalkan ke Itali dan Britain pada abad ke 13. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan dalam masa yang singkat. Ramai rakyat tempatan menunjukkan minat terhadap permainan ini dan mula bermainnya. Sejak itu perkembangan sukan ini terus meningkat ke negara Eropah yang lain.

Gambaran awal sukan tenis zaman dahulu

Raket bertali pula diperkenalkan kali pertama pada abad ke 15 oleh Antonio da Scalo, seorang paderi berbangsa Itali. Beliau menulis undang-undang umum bagi
1

semua permainan yang menggunakan bola termasuk Itali. Majalah Inggeris Sporting Magazine menamakan permainan ini sebagai tenis padang. Dalam buku Book of Games and Sports yang diterbitkan dalam tahun 1801, menyebutnya sebagai tenis panjang. Tenis pada mulanya merupakan permainan golongan atasan. Tenis gelanggang rumput yang terkenal di zaman Queen Victoria disertai oleh golongan pertengahan yang menjadikannya sebagai peramainan luar.

Kelab tenis pertama ditubuhkan ialah Kelab Leamington di Perancis yang telah diasaskan oleh J.B.Perera, Mejar Harry Gem, Dr. Frederick Haynes dan Dr. Arthur Tompkins pada tahun 1872. Pada masa itu, tenis dikenali sebagai pelota atau lawan raket. Dalam tahun 1874, permainan tenis telah pertama kali dimainkan di Amerika Syarikat oleh Dr. James Dwight dan F.R Sears. Sementara itu, All England Croquet Club pula telah ditubuhkan pada tahun 1868.

Dua tahun selepas itu, ia telah membuka pejabatnya di Jalan Worple, Wimbledon. Pada tahun 1875, kelab ini juga telah bersetuju memperuntukkan sebahagian dari tanahnya untuk permainan tenis dan badminton. Sehubungan dengan itu, satu set undang-undang permainan tenis gelanggang rumput telah digubal. Amerika Syarikat pula telah menubuhkan kelab tenis pertamanya di Pulau Staten. Bermula dari situlah, Amerika Syarikat telah berkembang dengan pesat sekali dalam permainan tenis. Ia telah berjaya melahirkan begitu ramai sekali jaguh tenis yang telah menguasai persada tenis antarabangsa. Kejohanan Tenis Gelanggang Rumput pertama bermula tahun 1877. Seramai 21 orang telah mengambil bahagian. Spencer William Gore telah muncul sebagai juara. Kini kejohanan itu dikenali sebagai Kejohanan Wimbledon.

Namun di Malaysia, permainan tenis mula diperkenalkan pada awal abad ke 20. Persatuan Tenis Malaysia (LTAM) telah ditubuhkan pada tahun 1921. Pada tahun 1953,
2

pertandingan pertama telah diadakan untuk merebut Piala Chua. Beberapa tahun kemudian, bermula pula perlawanan antara Wilayah Utara Malaya dengan Selatan Malaya untuk merebut Piala Guillemard untuk lelaki dan Mc Cabe Peay pula untuk wanita. Kini di Malaysia terdapat pelbagai pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah dijalankan. Malaysia juga turut menyertai pertandingan tenis peringkat antabangsa seperti Piala Davis dan Piala Asia.

Persatuan Tenis Malaysia (LTAM)

Secara keseluruhannya, permainan tenis merupakan salah satu permainan yang termaju dan digemari di seluruh dunia. Ia telah melahirkan ramai jaguh dan bintang tenis yang terkenal seperti Jimmy Connors, John McEnro, Ile Natashe, Bjorn Borg, Boris Becker, Mats Wilander, Stefie Graft, Monica Sles, Martina Hingis, Pete Sampras, Andre Agassi dan ramai lagi. Kini, tenis menjadi satu permainan yang berbentuk komersil yang menawarkan hadiah yang tinggi nilainya.

b)

KEMAHIRAN ASAS

PEMILIHAN RAKET

Apabila memilih raket, dua perkara utama harus diberikan tumpuan iaitu, Saiz genggaman tangan Bagi menentukan saiz genggaman, ukur tapak tangan dan pilih saiz genggaman raket yang sedikit kecil daripada tapak tangan.

Saiz dan berat raket Pemain harus tahu saiz dan berat raket yang sesuai untuk dirinya. Jika terlalu berat dan besar akan menyukarkan pemain untuk memukul bola. Bagi pemain yang baru adalah lebih sesuai menggunakan raket yang lebih kecil saiznya dan lebih ringan.

i.

Cara memegang raket

Cara memegang raket adalah bergantung pada jenis pukulan yang digunakan. Umumnya, terdapat dua jenis cara genggaman raket yang biasa digunakan iaitu cekak hadapan (forehand grip) dan cekak kilas (backhand grip). Kedua-dua cara ini boleh digunakan untuk semua jenis pukulan.

Cara memegang raket


4

Cekak hadapan dan cekak kilas

ii.

Tempoh permainan

Permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemengangan untuk tiga set dikira pemenang. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga set dengan Bagi wanita pula, satu permainan

kemenangan dua set dikira pemenang.

mengandungi tiga set dan kemenagan dua set dikira pemenang. Tiada masa dihadkan bagi sesuatu set atau permainan tetapi pemain yang menamatkan pemainan terlebih dahulu daripada lawannya dikira sebagai pemenang. Masa 10 minit diperuntukkan kepada pemain untuk berehat selepas set ketiga bagi lelaki dan pusingan kedua bagi wanita.

iii.

Pengiraan mata

Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu permainan sekurang-kurangnya ada empat kali servis. Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0, mana-mana pemain yang berjaya memungut mata pertama dikira, 15-0. Mata kedua yang dipungut dikira 30-0 dan mata ketiga dikira 40-0. Mata seterusnya akan menamatkan permainan dan kemenangan kepada pemain tersebut. Sepanjang permainan berlangsung, mata untuk

pemain yang melakukan servis dikira dahulu.

iv.

Memulakan permainan

Permainan ditentukan secara undian iaitu untuk menentukan pemain mana yang memulakan permainan. Pemain (A) yang memulakan servis berdiri dibelakang garisan iaitu di sebelah kanan gelanggang. Manakala pemain lawan (B) pula akan berada di bahagian kanan gelanggangnya. Pemain (A) hendaklah

membuat servis dengan memukul bola ke dalam kawasan servis pemain lawan. Jika terkeluar dari kawasan servis, pemain (A) masih berpeluang melakukan servis kedua. Jika gagal servis kedua, mata akan diberikan kepada pemain lawan (B). Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang, pemain (A) akan membuat servis di sebelah kiri gelanggang untuk mata kedua. Seterusnya kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga seorang daripadanya mencapai kemenangan.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN DALAM PERMAINAN TENIS:

i.

Cekak

Cekak atau cara memegang raket merupakan kemahiran asas utama dalam permainan tenis. Pemain boleh menggunakan pelbagai jenis cekak yang sesuai untuk membuat pukulan. adalah: Cekak eastern Biasanya digunakan bagi pukulan hadapan dan dikenali sebagai cekak jabat tangan. Bagi memastikan cekak yang betul, raket hendaklah dipegang menggunakan tangan kiri, tapak tangan pula hendaklah diletakkan di atas tali raket dan gelongsorkan tangan ke bawah sehingga ke pemegang raket tanpa merubah kedudukan tangan. Cekak jari-jari mengelilingi pemegang seperti berjabat tangan. Jenis cekak yang digunakan dalam permainan ini

Cekak eastern Cekak continental Cekak jenis ini biasanya digunakan bagi permainan di dalam gelanggang konkrit yang mempunyai lantunan bola yang tinggi. Cara cekak yang betul adalah, ibu jari digerakkan mengikut pusingan jam menghala bahagian atas pemegang raket. Dengan itu, tapak tangan akan berada di bawah

pemegang dan ini menyebabkan pukulan bola yang rendah susah dilakukan. Oleh itu, ia amat sesuai untuk pukulan bola melebihi aras pinggang.

Cekak continental

Cekak kilas sebelah tangan Cekak ini susah digunakan ketika bermain terutamanya bagi pemain yang kurang berpengalaman. Untuk mendapatkan cekak yang betul, mulakan

dengan cekak eastern tetapi putarkan ibu jari mengikut pusingan jam supaya berada di bawah tapak tangan yang memegang raket. Tujuannya adalah untuk kekuatan cekak pada pukulan tersebut.

Cekak kilas sebelah tangan Cekak kilas dua belah tangan Cekak ini sama digunakan dalam cekak kilas sebelah tangan tetapi tangan yang satu lagi diletakkan bersebelahan sebelah atas tangan yang mencekak raket untuk memberikan sokongan dan kekuatan.

Cekak kilas dua belah tangan

Cekak pukulan servis dan smesy Bagi membuat pukulan servis dan smesy, pemain digalakkan menggunakan cekak eastern dengan kedudukan muka raket terbuka semasa memukul.

Cekak servis

Cekak pukulan voli Untuk pukulan voli boleh menggunakan cekak yang digunakan dalam pukulan hadapan dan pukulan kilas bagi pemain yang kurang berkemahiran. Bagi yang mahir, pemain boleh menggunakan cekak dalam pukulan servis dan smesy.

Cekak pukulan voli

ii.

Pukulan servis

Pukulan servis merupakan pukulan bagi memulakan permainan atau memulakan perkiraan mata. Berikut merupakan tunjuk cara dalam pukulan servis:

Kedudukan sedia. Jarak kaki adalah seluas bahu dengan jari kaki hadapan menghala tiang jaring sebelah kanan. Hujung kaki hadapan berada kira-kira 8 cm dari garis belakang dan petanda tengah. Bahu menghala ke gelanggang servis dengan lutut dan badan dibengkokkan sedikit ke hadapan.

Bola dipegang dengan hujung jari dan dilambung dari lutut ke arah atas kepala dengan siku yang lurus. Bola dilepaskan apabila lengan betul-betul lurus dan dilambung setinggi yang boleh dicapai dengan raket.

Berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan semasa ayunan ke belakang dan lambungan. Lutut kiri dibengkokkan sedikit untuk imbangan. Lengan dibengkok pada siku apabila raket sampai di belakang bahu.

Semasa hayunan ke hadapan, pinggul berpusing sedikit dan siku menghala ke hadapan. Kedua-dua kaki diluruskan supaya ketinggian dan kekuatan yang maksimum dapat dicapai.

Bola dipukul dengan sentakan dari pergelangan tangan di atas bahu kiri. Semakin tinggi bola dipukul, dapat memastikan ia melintasi jaring dan masuk ke dalam kawasan gelanggang servis pihak lawan.

Ikut lajak. Badan dengan bahu berpusing sehingga raket di bawa ke sebelah kiri ketika memukul untuk mendapatkan pukulan yang berkesan. Berat badan juga dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan.

Kembali kepada kedudukan sedia secepat yang mungkin selepas melakukan pukulan servis.

10

Gerakan semasa pukulan servis

iii.

Pukulan hadapan Merupakan pukulan yang banyak digunakan dalam permainan tenis. Ia merupakan pukulan yang paling mudah untuk dilakukan dan sesuai digunakan untuk pemain yang baru belajar permainan ini. Berikut merupakan tunjuk cara pukulan hadapan:

Kedudukan sedia. Lutut dibengkokkan, badan tegak dan raket berada di hadapan badan. Kaki dibuka seluas bahu dan berat badan berada di hujung kedua-dua kaki. Gunakan cekak eastern dengan tangan kiri menyokong leher raket. Mata sentiasa memandang pada bola.

Berpusing ke sisi dan ayunan ke belakang. Gerakan ini dilakukan serentak apabila bola mendarat di sebelah kanan badan. Kaki kanan melangkah ke hadapan bagi bola rendah, selari dengan garis belakang untuk bola sederhana dan melangkah ke belakang untuk bola tinggi. Raket di bawa ke belakang badan dan kedudukan kepala raket hendaklah selari serta rendah sedikit daripada ketinggian bola. Ayunan dilakukan dengan tenang dan lengan serta siku tidak diluruskan atau dikeraskan.

11

Hayunan ke hadapan. Pergerakan keseluruhan pada lengan dan putaran di buat dari bahagian bahu.raket hendaklah selari dan bergerak sedikit ke atas apabila kaki kiri melangkah ke arah bola. Bola dipukul ketika ia melantun pada aras pinggang pemain. Pergelangan tangan dikeraskan dan

pemindahan berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan. Ikut lajak. Kedudukan muka raket berterusan melalui garis pukulan dan ke atas sehingga ia berhenti. Kedudukan badan tegap dan selari dengan garis tepi, kaki hadapan dibengkok sedikit dan jari kaki belakang atas gelanggang. Berat badan sepenuhnya di atas kaki hadapan. Kembali kepada kedudukan sedia bagi menyediakan diri pemain untuk membuat pukulan seterusnya.

Gerakan semasa pukulan hadapan

iv.

Pukulan smesy Merupakan pukulan yang paling berkesan untuk mendapatkan mata atau kemenangan. Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pemain semasa membuat pukulan ini adalah mengalihkan pandangan dan memukul bola dengan terburuburu. Pukulan ini digunakan sebagai tindakan balas kepada lambungan tinggi daripada pihak lawan. Berikut adalah tunjuk cara pukulan smesy:
12

Kedudukan sedia. Gunakan cekak pukulan hadapan atau cekak continental. Gerak kaki dan ayunan ke belakang. Ia dilakukan serentak apabila bola dalam situasi lob. Raket dibawa ke belakang bahagian bahu. Kedudukan bahu berpusing selari dengan garis tepi. Kaki juga selari dengan garis tepi dan bergerak sehingga berada di bawah bola. Berat badan berada di kaki belakang dan badan bersedia untuk ayunan. Kedua-dua lutut dibengkokkan sedikit.

Hayunan ke hadapan. Bola dipukul dari bahu kiri dengan kaki dan badan diluruskan. Raket hendaklah dipukul dengan sentakan pergelangan tangan bagi memastikan bola jatuh ke gelanggang pihak lawan.

Ikut lajak. Raket hendaklah mengikut lajak ke arah bola yang dipukul dan kemudian ke arah sebelah kiri badan. Kembali kepada kedudukan sedia dengan segera selepas melakukan smesy.

Gerakan semasa pukulan smesy

v.

Pukulan kilas

Pukulan ini sukar dilakukan terutamanya bagi pemain yang baru tetapi ia menjadi lebih mudah jika pemain dapat membayangkan perlakuan yang sama semasa pukulan hadapan. Berikut adalah tunjuk cara dalam pukulan kilas: Kedudukan sedia. Gunakan cekak kilas sebelah tangan semasa berpusing dan ayunan ke belakang.
13

Berpusing. Pergerakan ini dilakukan serentak apabila bola mendarat di sebelah kiri pemain. Kaki kiri melangkah ke hadapan jika bola rendah, selari dengan garisan belakang jika bola sedehana dan ke belakang bagi bola tinggi. Raket dibawa ke belakang, tangan kiri di leher raket dan tapak tangan di atas pemegang raket.

Hayunan ke hadapan. Keseluruhan ayunan tangan berputar dari bahu dan pinggul. Raket bergerak sedikit ke atas kaki kanan yang melangkah ke arah bola. Bola dipukul di hadapan badan dengan pergelangan tangan dikeraskan. Berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan dan mata memandang pada bola.

Ikut lajak. Muka raket dihayun terus mengikut pukulan bola seberapa jauh yang boleh ke atas siku sehingga berhenti. Kepala raket berada lebih tinggi dari pergelangan tangan. Lutut hadapan dibengkokkan sedikit dengan hujung jari kaki belakang mencecah gelanggang.

Kembali kepada kedudukan sedia.

Gerakan semasa pukulan kilas sebelah tangan

14

vi.

Pukulan kilas dua belah tangan

Pukulan ini menggunakan cekak pukulan kilas tetapi tangan kiri mencekak raket disebelah atas tangan kanan. Kedudukan sedia. Kekalkan cekak pukulan kilas dengan tangan kiri memegang raket hampir dengan tangan kanan. Berpusing, tukar cekak dan hayunkan ke belakang. Pergerakan dilakukan apabila bola mendarat di sebelah kiri pemain. Kaki kiri melangkah mengikut arah bola yang datang. Kedudukan badan membongkok sedikit ke hadapan bagi membolehkan pukulan dan hayunan yang kuat. Hayunan ke hadapan. Keseluruhan pergerakan hayunan kedua-dua tangan agak terkawal dari putaran bahagian badan dan pinggul. Raket dihayun dengan kaki kanan melangkah ke arah bola yang hendak dipukul. Kedua-dua pergelangan tangan dikeraskan dan mata sentiasa memandang pada bola. Ikut lajak. Hayunan diteruskan selepas melakukan pukulan tanpa kedua-dua tangan melepaskan raket sehingga berhenti. Mata memerhati pada bola yang dipukul untuk ketepatan pukulan. Kembali kepada kedudukan sedia selepas melakukan pukulan.

Gerakan semasa pukulan kilas dua belah tangan


15

vii.

Pukulan voli hadapan Pukulan ini merupakan pukulan yang dilakukan sebelum bola menyentuh gelanggang. Berikut adalah tunjuk cara pukulan voli hadapan:

Kedudukan sedia. Berada di antara garis servis dan jaring. Gunakan cekak pukulan hadapan. Berpusing dan hayun ke belakang. Kedua-dua gerakan ini dilakukan dengan cepat. Kaki kanan berpusing sedikit ketika pinggul dan bahu kira 45 0 menghala ke jaring. Kepala raket berada di atas aras pergelagan tangan dan berat badan di atas kaki kanan.

Hayunan ke hadapan. Kedudukan muka raket bersudut tepat semasa menyentuh bola. Perlakuan dilakukan dengan cekak yang kemas,

pergelangan tangan dan lengan dikeraskan. Bola dipukul ketika berada di hadapan kaki kiri dengan ketinggian kepala raket di atas aras pergelangan tangan. Kaki kiri melangkah bersama-sama dengan berat badan ketika memukul. Kembali kepada kedudukan sedia selepas melakukan pukulan.

Gerakan semasa pukulan kilas dua belah tangan


16

c)

ASAS KEJURULATIHAN

1.0 PENGENALAN Tenis ialah satu permainan yang boleh dimainkan di dalam gelanggang sama ada di luar mahupun di dalam dewan yang tertutup. Tenis boleh dimainkan oleh semua peringkat umur, lelaki dan wanita secara perseorangan, beregu dan beregu campuran. Antara peralatan utama yang diperlukan untuk permainan tenis adalah seperti gelanggang, raket dan bola. Selain itu, peralatan pemain juga harus disediakan

2.0 ALATAN 2.1 Gelanggang Permukaan gelanggang tenis hendaklah rata dan bebas daripada sebarang gangguan. Ia boleh dalam bentuk gelanggang berumput atau diperuat daripada kayu, simen atau parguay. Ukukran gelanggang tenis adalah 23.77 meter (78 kaki) panjang dan 8.23 meter (27 kaki) lebar untuk perseorangan dan 10.98 meter untuk keseluruhan gelanggang. Semua garisan atau tanda didalamnya hendaklah jelas dan sebaikbaiknya dengan garisan putih. 2.2 Jaring Jaring untuk permainan tenis dibuat daripada dawai keluli, kapas atau rami yang dipintal dan digantungkan kepada kabel yang tahan karat dan dlitupi dengan pita putih. Bahagian bawah jaring hendaklah menyentuh tanah dan bahagian atasnya mesti 0.91 meter tinggi pada titik tengahnya dan 1.07 meter pada kedua-dua bahagian tiangnya. Jaring hendaklah dipasang tegang semasa permainan. 2.3 Raket Terdapat pelbagai jenis raket yang boleh dipilih oleh seseorang pemain. Ada raket yang bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket juga adalah berbeza. Namun, bagi pemain lelaki berat raket hendaklah diantara 282.7 hingga 396.9 gram. Manakala bagi wanita pula beratnya hendaklah diantara 368 hingga 382 gram. Pemain harus memilih raket yang sesuai dengannya, terutama dari segi keselesaan pengangannya.
17

2.4 Bola Bola tenis biasanya hijau kekuningan. Berat satu-satu bola tenis ialah diantara 56.7 hingga 58.5 gram. Saiznya pula ialah diantara 6.35 hingga 6.65 cm diameter. Bola tenis harus dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering. 2.5 Pakaian Pemain Setiap ahli sukan digalakkan mengenakan pakaian yang sesuai untuk permainan. Pakaian tersebut hendaklah tidak menjadi penghalang yang boleh mengganggu perjalanan sesuatu permainan. Bagi sukan berpasukan, pakaian seragam hendaklah dipakai. . Bagi sukan perseorangan, pemakaian pakaian seragam juga perlu walaupun mereka bermain secara perseorangan atau beregu. Pakaian pemain tenis terdiri daripada seluar pendek atau seluar trek panjang, baju-T berkolar atau tanpa kolar, stoking dan kasut getah. Untuk pemain wanita pula, skirt atau seluar panjang sukan digunakan. Biasanya semua peralatan ini berwarna putih. 3.0 Pegawai Permainan Pegawai utama dalam sesuatu perlawanan tenis adalah pengadil. Pengadil akan berada di tepi bahagian tengah gelanggang, iaitu diluar tempat jaring dipasang. Biasanya temapt duduk khas disediakan untuk pengadil. Pengadil akan menentukan peraturan dan undang-undang permainan dipatuhi oleh pemain, mengira pungutan mata dan memulakan dan menamatkan permainan. Pengadil akan dibantu oleh beberapa orang pegawai permainan lainnya yang terdiri daripada seorang pengadil jaring dan beberapa orang penjaga garisan dn pengadil servis. Selain itu, terdapat juga dua orang pencatat mata dan pemungut bola dalam permainan yang bertaraf kebangsaan atau antarabangsa.

18

4.0 CARA BERMAIN 4.1 Memilih raket Apabila memilih raket dua perkara utama harus diberi tumpuan iaitu : Saiz gengaman tangan Saiz dan berat raket

Raket-raket yang lebih ringan dan kecil saiznya adalah lebih sesuai bagi mereka yang baru atau mula bermain tenis. 4.2 Cara memegang raket tenis Cara mmegang raket bergantung kepada jenis pukulan. Terdapat dua jenis atau cara memegang raket tenis iaitu cekak hadapan dan cekak kilas. Dalam permainan, seseorang pemain boleh menukarkan cara memegang raket dari masa ke semasa bagi menyesuaikan pukulan yang dibuatnya. Rasa selesa semasa pegangan raket perlulah diutamankan. 4.3 Tempoh permainan Sesuatu permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemenangan untuk tiga set dikira pemenang. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga set dengan kemenangan dua set dikira sebagai pemenang. Untuk bahagian wanita pula, satu permainan mengandungi tiga set dan kemenangan dua set dikira pemenang. Tiada masa dihadkan bagi sesuatu set, yang pastinya pemain yang menamatkan permainan lebih dahulu daripada lawannya dikira pemenang. Masa 10 minit diperuntukan kepada pemain untuk berehat selepas set ketiga bagi lelaki dan pusingan kedua bagi wanita.

19

4.4 Cara mendapatkan mata Kiraan mata dalam permainan tenis agak berbeza daripada permainan badminton. Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu permainan sekurang-kurangnya ada empat kali servis. Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0.Mana-mana pemain yang berjaya memungut mata pertama, matanya dikira 15-0; mata kedua yang dipungut dikira 30-0; dan jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka dikira 40-0. Mata seterusnya yang diperolehi oleh pamain berkenaan menamatkan permainan dan

kemenangankepadanya. Sepanjang permainan, mata untuk pembuat servis dikira dahulu. Apabila kedua-dua pemain mencapai tiga mata sam, matanya dikira 40-40 dan ini memaksa dius. Untuk mencapai kemengan salah seorang pemaian harus mendapatkan dua mata melebihi lawannya. Dengandemikian, permula servis perlu mendahului lawannya dengan satu mata. Untuk mendapatkan mata kedua pemain akan membuat servis disebelah kiri gelanggangnya puladan pungutan mata akan dikira seperti yang diterangkan tadi. Seseoarang pemain harus memperolehi enam mata dahulu untuk emenani sesuatu set. Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5 , permainan diteruskan sehingga salah seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya. Dalam sesuatu permainan terdapat lima set maksimum untuk menentukan kemenangan. Bergantung pada jumlah set yang dimainkan, seseorang pemain dikira pemenang apabila dia mendahului tiga set daripada lawannya.

4.5 Memulakan permainan Permulaan permainan ditentukan secara undian , iaitu bagi menentukan permain mana yang akan memulakan permainan. Setelah penentuan dibuat, dan para pegawai permainan sudah bersedia, maka permainan boleh dimulakan.

20

Permulaan servis akan berdiri di belakang garisan belakang, iaitu di tempat membuat servis yang disediakan disebelah kanan gelanggangnya. Pemain lawan akan berada dibahagian kanan gelanggangnya. Pembuat servis (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke kawasan servis lawan. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis lawan ini, pembuat sevis masih berpeluang membuat servis itu dengan servis kedua. Jika bola daripada servis kedua ini juga terkeluar, maka mata diberikan kepada pemain lawan (B). Setelah servis bersih dibuat, maka kedua-dua pemain akan berusaha mematikan ke kawasan lawannya. Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang pemain berkenaan akan membuat sevis di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata kedua. Selepas itu kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga salah seorang daripada mereka mencapai kemenangan.

4.6 Dalam permainan dan Tamat permainan Bola dikira dalam permainan selagi pengadil belum membuat keputusan bola itu mati. Dalam hal begini, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang kecuali atas persetujuan pengadil. Bagi permainan beregu, mana-mana pemain boleh memukul bola kecuali semasa membuat servis kerana pembuat servis yang berhak sahaja dibenarkan. Pengadil utama yang mengawasi permainan akan memberikan isyarat jika permainan ditamatkan. Permainan ditamatkan setelah pemenang ditentukan. Bahagian lelaki

pertandingan yang diiktirafkan ialah dalam tiga set terbaik dan bagi wanita ia dimainkan dalam dua set terbaik. Apabila permainan tamat, kedua-dua pemain bersalaman sesama sendiri dan dengan pengadil.

21

d)

ASAS KEPEGAWAIAN 1.0 PENGENALAN Asas kepegawaian dalam sukan Tenis merupakan keperluan

pengetahuan asas bagi mana-mana pihak yang ingin mengajurkan atau mengadili sesuatu perlawan tenis sama ada dari peringkat paling rendah sehingga ke perlawanan yang paling berprestij. Oleh itu pengetahuan asas seperti peratuaran, keadaan gelanggang, dan peralatan yang digunakan haruslah mengikut kehendak dan format sesuatu pelawanan. Asas bagi kepegawaian merupakan komponen yang tidak kurang pentingnya dalam sesuatu penganjuran pelawanan tenis, hal ini bertujuan bagi memastikan kelancaran sesuatu perlawanan dan menjaga imej sukan tenis itu sendiri. Antara komponen kepegawaian yang harus diketahui ialah keadaan persediaan tempat, iatu keadaan gelanggang. Seterusnya pengguanaan alatan seperti keadan bola, raket, jaring dan lain-lain dan teemasuk juga pakaian pemain. Selain itu, peraturan permainan dan cara kiraaan mata juga termasuk dalam komponen kepegawaian sukan tenis ini.

2.0 ASAS KEPEGAWAIAN 2.1 Keadaan Gelanggang Keadaan gelanggang yang sesuai dan mengikut spesifikasi perlawanan mestilah bebas daripada bahaya yang mampu memberi risiko kecederaan kepada pemain seperti keadaan yang basah dan licin, tiada unsur-unsur luar seperti objek-objek tajam seperti batu dan paku, dan permukaan gelanggang yang masih dalam keadaan elok iaitu bebas daripada sebarang lubang dan rekahan. Permukaan gelanggang yang bersesuaian selalunya diperbuat daripada gelanggang berumput atau diperuat daripada kayu, simen atau parguay.
22

Berikut merupakan contoh gelanggang dan ukurannya;

Rajah 2.1

Rajah 2.2
23

2.1.1 Jaring

Rajah 2.1.1 Jaring tenis merupakan pembahagi kawasan gelanggang tenis, ia ditempatkan ditengah-tengah gelanggang ketinggian 91.4 cm pada titik tengahnya dan pada bahagian tepi atau pada bahagian tiangnya 107 cm. Material bagi sesebuah jaring tenis ialah gabunga daripada 3 bahan iaitu dawai, kapas atau rami yang dipintal menjadikannya lebih kukuh dan stabil.

3.0 Keperluan Alatan 3.1 Bola Tenis

Bola tenis merupakan bola yang berdiameter sekitar 6,7 cm dan berat antara 56 59 gram. Biasanya bola tenis berwarna kuning kehijauan (fluorescent) agar

24

terlihat jelas. Bola Tenis diselubungi serat halus agar tetap bersifat aerodinamis, sehingga tetap memantul dan melambung di udara dengan baik. 3.0 Raket Tenis

Ukuran Raket tennis bermacam-macam dimulai dari 85-116. untuk mudahnya, semakin besar ukuran raket maka akan membuat sweetspot lebih besar dan akan membuat elastisiti dari rendah meningkat sehingga akan mudah menghasilkan kuasa yang tinggi, tapi akan membuat sangat susah dalam mengontrol pukulan. dan sebaliknya, semakin kecil ukuran kepala raket akan membuat mudah untuk mengawal pukulan. Bingkai raket kebiasaannya diperbuat daripada aluminium, karbon fiber, keluli dan plastik ia bergantung kepada jenama raket tersebut. Terdapat perbezaan berat pada raket ini iaitu bagi acara lelaki berat raket hendaklah antara 282.7-396.9 gram, manakala bagi acara wanita iailah anatara 368-382 gram.

25

3.3 Pakaian Pemain Pakaian bagi pemain tenis haruslah menikut etika pemakaian iaitu pkaian yang bersesuaian dengan keadaan permaian. Hal ini bertujuan untuk memudahkan lagi pergerakan pemain sewaktu beraksi dalam perlawanan. Tiada pakaian yang khusus untuk sukan tenis kecuali kasut. Oleh itu para pemain bebas memilih pakaian yang mereka rasakan selesa dan mengikut etika pemakaian sukan. Antara contoh pakaian ialah, berseluar trek panjang baju-T yang

berkolar,berstoking dan berkasut khas untuk permaianan tenis. Bagi pemain wanita pula mereka boleh memilih sama ada untuk memakai seluar panjang mahupun skirt sewaktu bermain. Kebiasaannya pakaian set putih akan dikenakan oleh pemaian-pemain untuk pelawanan-perlawanan utama .

4.0 Pegawai Permaian Pengadil merupakan pegawai utama dalam seuatu permaian tenis untuk membuat kiraan mata dan menentukan kejuaraan untuk sesuatu perlawanan. Kedudukan pengadil adalah pada bahagian tepi jaring iaitu pada bahagian tengah gelanggang. Terdapat juga pembantu pengadil yang akan membantu ketua pengadil khususnya untuk menjaga garisan tepid an garisan belakang untuk menentukan bola kedudukan bola. Selain itu, terdapat dua orang penmungut bola dan pencatat mata bagi perlawanan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa.

4.1.1 Tempoh permainan Sesuatu permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemenangan untuk tiga set dikira pemenang. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga set dengan kemenangan dua set dikira sebagai pemenang. Untuk bahagian wanita pula, satu permainan mengandungi tiga set dan kemenangan dua set dikira pemenang. Tiada masa dihadkan bagi
26

sesuatu set, yang pastinya pemain yang menamatkan permainan lebih dahulu daripada lawannya dikira pemenang. Masa 10 minit

diperuntukan kepada pemain untuk berehat selepas set ketiga bagi lelaki dan pusingan kedua bagi wanita. 4.2 Kiraan mata Kiraan mata dalam permainan tenis agak berbeza daripada permainan badminton. Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu permainan sekurang-kurangnya ada empat kali servis. Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0.Mana-mana pemain yang berjaya memungut mata pertama, matanya dikira 15-0; mata kedua yang dipungut dikira 30-0; dan jika mata ketiga berjaya dipungutnya, maka dikira 40-0. Mata seterusnya yang diperolehi oleh pamain berkenaan menamatkan permainan dan kemenangankepadanya.

Sepanjang permainan, mata untuk pembuat servis dikira dahulu. Apabila kedua-dua pemain mencapai tiga mata sam, matanya dikira 4040 dan ini memaksa dius. Untuk mencapai kemengan salah seorang pemaian harus mendapatkan dua mata melebihi lawannya.

Dengandemikian, permula servis perlu mendahului lawannya dengan satu mata. Untuk mendapatkan mata kedua pemain akan membuat servis disebelah kiri gelanggangnya puladan pungutan mata akan dikira seperti yang diterangkan tadi. Seseoarang pemain harus memperolehi enam mata dahulu untuk emenani sesuatu set. Bagaimanapun, jika kedudukan terikat pada 5-5 , permainan diteruskan sehingga salah seorang pemain mencapai dua mata melebihi lawannya. Dalam sesuatu
27

permainan

terdapat

lima

set

maksimum

untuk

menentukan

kemenangan. Bergantung pada jumlah set yang dimainkan, seseorang pemain dikira pemenang apabila dia mendahului tiga set daripada lawannya. 4.3 Memulakan permainan Permulaan permainan ditentukan secara undian , iaitu bagi menentukan permain mana yang akan memulakan permainan. Setelah penentuan dibuat, dan para pegawai permainan sudah bersedia, maka permainan boleh dimulakan. Permulaan servis akan berdiri di belakang garisan belakang, iaitu di tempat membuat servis yang disediakan disebelah kanan

gelanggangnya. Pemain lawan akan berada dibahagian kanan gekanggangnya. Pembuat servis (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke kawasan servis lawan. Jika bola pertama terkeluar daripada kawasan servis lawan ini, pembuat sevis masih berpeluang membuat servis itu dengan servis kedua. Jika bola daripada servis kedua ini juga terkeluar, maka mata diberikan kepada pemain lawan (B). Setelah servis bersih dibuat, maka kedua-dua pemain akan berusaha mematikan ke kawasan lawannya. Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang pemain berkenaan akan membuat sevis di sebelah kiri gelanggang pula untuk mata kedua. Selepas itu kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-gilir sehingga salah seorang daripada mereka mencapai kemenangan.
28

4.4 Dalam permainan dan Tamat permainan Bola dikira dalam permainan selagi pengadil belum membuat keputusan bola itu mati. Dalam hal begini, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang kecuali atas persetujuan pengadil. Bagi permainan beregu, mana-mana pemain boleh memukul bola kecuali semasa membuat servis kerana pembuat servis yang berhak sahaja dibenarkan. Pengadil utama yang mengawasi permainan akan memberikan isyarat jika permainan ditamatkan. Permainan ditamatkan setelah pemenang ditentukan. Bahagian lelaki pertandingan yang diiktirafkan ialah dalam tiga set terbaik dan bagi wanita ia dimainkan dalam dua set terbaik. Apabila permainan tamat, kedua-dua pemain bersalaman sesama sendiri dan dengan pengadil.

Seorang pegawai tenis adalah pegawai yang memastikan bahawa perlawanan atau kejohanan yang dijalankan mengikut Peraturan Persekutuan Antarabangsa Tenis, iaitu International Tennis Federation (ITF) dan peraturan lain yang

ditetapkan. Di peringkat tertinggi, satu pasukan sehingga sebelas pegawai boleh diberikan kepada satu pertandingan tenis pada bila-bila masa yang diberikan . pegawai-pegawai yang dipecahkan kepada kategori dan mempunyai

tanggungjawab mereka masing-masing dalam setiap pertandingan tenis. Tetapi ,kebanyakan perlawanan tenis banyak dijalankan dengan tiada pegawai-pegawai yang hadir atau bertugas semasa pertandingan dijalanakan. 5.0 Pensijilan Pegawai tenis disahkan oleh persatuan Negara masing-masing.

ITF( International Tennis Federation ) juga memperakui pegawai-pegawai dalam kategori kerusi pengadil,pengadil dan ketua pengadil. Setiap persijilan ITF atau
29

lencana ini dibahagikan kepada empat peringkat iaitu persijilan.

Pertama,

lencana putih adalah dianggap mencukupi untuk merasmikan pada tahap tertinggi tenis dalam Negara sendiri rasmi dan tidak dibahagikan ke dalam kategori. Berikut adalah yang tinggil tiga itu iaitu gangsa (pengadil kerusi sahaja), perak dan lencana emas dianggap persijilan antarabangsa. Pegawai-pegawai antarabangsa yang dilihat pada peringkat tertinggi permainan seperti Grand Slam, ATP dan WTA Tours dan Fed dan Piala Davis.

5.1 Pengadil Kerusi (Chair Umpire ) Pengerusi Pengadil adalah pihak berkuasa yang terakhir pada semua soalan fakta semasa perlawanan. Soalan fakta termasuk sama ada atau tidak bola, panggilan biarkan perkhidmatan atau memanggil suatu kesalahan kaki. Dalam perlawanan di mana pengadil selaras juga ditugaskan. Pengadil kerusi mempunyai hak untuk membatalkan jika mereka yakin bahawa satu kesilapan yang jelas telah dibuat. Pengadil kerusi sering terletak di kerusi tinggi di tengahtengah gelanggang,. Bangku adalah untuk pemain kepada kedua-dua belah

kerusi. Dari kedudukan ini, pengadil kerusi panggilan skor perlawanan kepada pemain dan penonton di antara mata. Pada kesimpulan mata, permainan atau set, pengadil kerusi dan pemain akan menginsuranskan supaya mereka

mengikuti peraturan-peraturan ITF pada kadar permainan. Kerusi pengadil adalah bertanggungjawab untuk melengkapkan kad skor, rekod sejarah, rasmi perlawanan. Selain daripada memanggil dan menyimpan skor, pengadil kerusi adalah berhak untuk menilai penalty bagi pelanggaran kod kelakuan pemain. Kod tingkah laku serta penalty adalah berbeza dengan kuasa persaingan. Di Amerika Syarikat di bawah Sistem Penalti Point USTA, kerusi pengadil boleh menghukum pemain kerana penyalahgunaanpemain dengan

berlengah-lengah atau tidak senonoh yang boleh dilihat atau didengar, raket dan bola, penderaan lisan atau fizikal pemain atau pengadil dan dan lain-lain kelakuan yang tidak sportif.
30

5.2 Pengadil Line (Line Umpire ) Pengadil line memberi perhatian kepada semua pukulan yang berkaitan dengan garis yang yang ditetapkan. Pengadil line merupakan sebahagian daripada satu pasukan antara satu dan Sembilan pengadil talian. Setiap pengadil line yang diberikan oleh pengadil kerusi adalah dalam satu baris atau dalam mana-mana kedudukan yang sejajar. Sebagai contoh, pengadil sejajar di sebelah penerima mungkin telah meliputi perkhidmatan garis tengah. Kemudian servis berpindah ke salah satu tidak memasuki gelanggang. Pengadil line memerlukan pemain tenis yang bermahir. Pengadil line akan memberi isyarat dengan membuat panggialan keluar diikuti dengan melanjutkan bahu lengan yang tinggi member isyarat bola keluar. Pengadil line akan member isyarat selamat atau baik dengan memegang kedua-dua belah tangannya bersama-sama dan lutut yang tinggi di hadapan badan. Kadang-kala pengadil line tidak dapat member isyarat yang tepat kerana kelihatan telah dihalang oleh pemain bola. Pada masa itu, kiraan mata adalah tanggungjawab pengadil kerusi.

5.3 Off-court Officials 5.3.1 Referee Referee adalah pegawai yang bertanggungjawab untuk memastikan bahawa persaingan yang adil dan mengikuti Peraturan ITF Tenis. Referee akan menyelia dari semua aspek permainan dalam kejohanan termasuklah tingkah laku pemain, jurulatih, penonton dan pegawai pegawai yang menjalankan tugas. Pengadil ini mesti ada pada bila-bila masa semasa perlawanan sedang dimainkan. Pengadil juga merupakan pihak yang berkuasa yang muktamad terhadap semua soalansoalan undang-undang tenis. Mana-mana pemain boleh merayu tafsiran undangundang tenis tenis pengadil kerusi kepada pengadil perlawanan atau pengadil
31

timbalan.

Dalam

membuat

keputusan

atas

rayuan,pengadil

mesti

mempertimbangkan keputusan. Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil juga bertanggungjawab untuk membuat kejohanan dan diadakan selaras dengan peraturan-peraturan pertandingan. Pengadil juga harus menjalankan tugas

mengikut jadual kejohanan perlawanan tersebut. Pengadil yang bertugas harus meerangkan prosedur dan peraturan-peraturan untuk pemain dan jurulatih dan masa tamat. Masa yang untuk berehat tidak ada pertambahan kerana ini akan ditafsirkan sebagai kelebihan yang tidak adil.

5.3.2 Ketua Pengadil (Chief Umpire)

Ketua pengadil adalah digunakan terutamanya dalam satu pertandingan besar professional dan bertanggingjawab untuk pemgambilan pengawai-pegawai untuk perlawanan tenis. Dalam perlawanan permainan, ketua pengadil akan bertugas dalam gelanggang dan mempunyai kebolehan untuk membatalkan pengadil.

Ketua pengadil juga harus mengumpul kad markah daripada pengadil kerusi pada akhir perlawanan tenis.

32

e) PENGURUSAN PENGELOLAAN(PENYEDIAAN KERTAS KERJA)

KERTAS KERJA PERTANDINGAN TENIS TERTUTUP IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN TAHUN 2010
PENGANJUR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN TARIKH 10 APRIL 2010 TEMPAT GELANGGANG TENIS IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN, 14000 BUKIT MERTAJAM
33

PERTANDINGAN TENIS TERTUTUP IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN TAHUN 2010

1.0 Pengenalan Sukan tenis merupakan salah satu sukan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sukan teras negara. Namun, negara agak ketandusan bakat muda bagi sukan ini terutama bagi peringkat remaja. Menyedari hakikat ini,Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun telah mengambil inisiatif unuk mencukil bakat-bakat muda terutama dalam kalangan remaja dengan penganjuran pertandingan tenis ini.

2.0 OBJEKTIF a) Memperkenalkan dan mempromosikan sukan tenis dalam kalangan generasi remaja. b) Memajukan sukan tenis sebagai sukan tera di peringkat institute seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. c) Melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dan sihat dari segi rohani,jasmani,intelek dan sosial. d) Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar di IPGM Kampus Perlis terutamanya dalam pembangunan sukan tenis

34

3.0 Tentatif Pelaksanaan Tarikh Masa Tempat : 10 April 2010 (Sabtu) : 8.00 pagi 6.00petang : Gelanggang Tenis Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun

4.0 Pengelolaan/Penganjuran Kelab Tenis IPGM Kampus Tuanku Bainun

5.0 Penaja Utama a) Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun. b) Unit Kokurikulum (GERKO) IPG Kampus Tuanku Bainun. c) Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Tuanku Bainun. d) ADIDAS MALAYSIA SDN.BHD

6.0 Sasaran Peserta Semua warga IPG Kampus Tuanku Bainun tidak kira dari mana-mana bahagian termasuk pekerja rendah am,pelajar mahupun pensyarah.

7.0 Bayaran Penyertaan Bayaran bagi setiap peserta ialah RM15 (termasuk minum pagi,makan tengahari)

35

8.0 Jawatankuasa Pengelolaan Kejohanan Jawatankuasa khas pengelolaan kejohanan ini yang telah dilantik oleh Kelab Tenis IPG Kampus Tuanku Bainun Penaung Penasihat Ketua Pengelola Timbalan Ketua Pengelola 1 Setiausaha Bendahari Jawatankuasa Kecil: Pengurusan Majlis Penyelaras Program Penyelaras Peralatan Penyelaras Kepengadilan Penyelaras Kebajikan dan Cenderamata Penyelaras Protokol : Mohd Iqram bin Mohd Amin : Mohd Nor Hidayat bin Muhammad Nordin : Mior Hakimi bin Syuib : Veera a/l Kunasegaran : Mohd Salleh bin Idris : Siti Halijah binti Johan : Puan Hajjah Rohani : Tuan Haji Daud bin Mad Saman : Muhd Ridzuan bin Azmi : Mohamad Naim bin Mohamad Zul : Nurul Nadhira binti Mahfudz : Mohamad Faiz bin Zulkifli

36

9.0 Kewangan 9.1 Perbelanjaan

PERKARA BAJET Minum pagi untuk peserta,pengurus dan RM 5.00 X 50 pengadil Makan tengahari untuk peserta,pengurus RM10.00 X 50 orang dan pengadil Khemah ( VIP dan peserta ) Minuman (Air Mineral ) Hadiah Peserta RM150.00 X 6 buah RM10.00X 15 kotak RM 600 .00(Johan) RM400 Johan) Rm200.00 (Ketiga) Sijil Penghargaan Urusan Pentadbiran Banner RM150.00 X 1 RM2.00X 50 orang .00

JUMLAH(RM) RM250.00

RM 500.00

RM 900.00 Rm150.00 RM 600 .00

(Naib RM400.00 RM200.00

RM100.00 RM500.00 RM150.00

JUMLAH

RM3750

37

9.2 Pendapatan PERKARA Bayaran daripada peserta (Rm15 X 50 penyertaan) Sumbangan Penaja-Penaja 1.Unit Kokurikulum dan Jabatan PJK 2.ADIDAS MALAYSIA SDN BHD Peruntukan dari IPGM Kampus Tuanku Bainun RM1250 Rm1250 RM1000 JUMLAH RM750

JUMLAH

RM4250

10.0 Penutup Kerjasama dari semua pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung adalah diharapkan bagi melancarkan lagi perjalanan program yang julung-julung kali diadakan ini. Disediakan oleh:

(NURUL NADHIRA BINTI MAHFUDZ) Setiausaha, Kejohanan Tenis, Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun

38

LAMPIRAN 1 Jadual Tentatif Program Masa


7.30 pagi - 8.00 pagi

Acara
Pendaftaran Peserta Majlis Perasmian (disempurnakan oleh

8.30 pagi - 9.30 pagi

Puan Hajjah Rosnani) Pengarah IPGM Kampus Tuanku Bainun Kejohanan dimulakan

10.30 pagi 1.00 petang

( pusing awal secara round robin)

1.00 petang 2.30 petang 2.30 petang 5.30 petang 6.00 petang 6.30 petang

Rehat/Jamuan Tengahari/Solat

Makan

Pusingan 2 kalah mati/ separuh akhir/ akhir Penyampaian Hadiah/Bersurai

39

PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN TENIS TERTUTUP IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN

1.0

NAMA PERTANDINGAN
Kejohanan Tenis Tertutup IPGM Kampus Tuanku Bainun Tahun 2010

2.0

PENGANJUR
Kelab Tenis IPGM Kampus Tuanku Bainun

3.0

PENGELOLA
Jawatankuasa Kelab tenis IPGM Kampus Tuanku Bainun

4.0

PERATURAN UMUM
Menggunakan undang-undang dan peraturan Kesatuan Lawn Tenis Dunia dan Lawn Tenis Malaysia

5.0

PERATURAN TAMBAHAN
Selain daripada peraturan-peraturan di atas,Jawatankuasa Penganjur adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan

tambahan,selaras dengan matlamat penganjuran.

6.0

JENIS PERTANDINGAN
Kejohanan Individu

7.0

HADIAH-HADIAH
Tempat pertama-RM600,trofi dan sijil Tempat kedua -RM400,trofi dan sijil Tempat ketiga -RM200,trofi dan sijil
40

8.0

ACARA PERTANDING
Setiap pemain hanya dibenarkan untuk mendaftar menggunakan satu nama sahaja.Pemain yang didapati mendaftar sebanyak dua kali akan dibatalkan penyertaannya.

9.0

PENDAFTARAN PESERTA-PESERTA
Peserta yang ingin menyertai pertandingan hendaklah mendaftar sekurang-sekurangnya 2 minggu sebelum pertandingan bermula. Para peserta hendaklah mendaftar menggunakan borang asal yang mempunyai cop Kelab Tenis IPGM Kampus Tuanku Bainun. Borang penyertaan boleh didapati daripada Ahli Jawatankuasa Kelab

10.0

PENGESAHAN PESERTA-PESERTA
-Para peserta perlu mengesahkan kehadiran pada pagi pertandingan dengan mendaftar diri di kaunter kehadiran. -Peserta yang gagal berbuat demikian akan dikira tidak hadir dan penyertaannya akan dikira terbatal dengan sendirinya. (SELEPAS ITU SEMUA PERTUKARAN ATAU PENGGANTIAN TIDAK AKAN DILAYAN) TAKLIMAT PENGURUS PENGURUS PASUKAN Semasa taklimat ini,hanya penarikan diri TANPA penggantian dibenarkan

11.0

12.0

PENARIKAN DIRI SEMASA KEJOHANAN DIJALANKAN Jika didapati seseorang peserta setelah disahkan semasa Taklimat Pengurus-Pengurus Pasukan, tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acaranya, KECUALI jika dapat mengemukakan surat pengesahan sakit/ cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan, atlet berkenaan tidak
41

akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.

Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mengambil bahagian dalam pusingan awal, tanpa surat pengesahan sakit/ cedera daripada Peegawai Perubatan Kejohanan, adalh dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.

Seseorang pesserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai Perubatan Kejohanan, hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan

Kejohanan kepada Pengurus Kejohanan.

13.0 13.1

MELAPORKAN DIRI PESERTA Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung.Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta.

13.2

Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diriterus kepada Pegawai Teknik dalam arena pertandingan

42

13.3

Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara mereka TIDAK AKAN DIBUAT.Maklumat meminta peserta melaporkan diri hanya disiarkan dipapan kenyataan di tempat Penyelia Peserta.Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan.

13.4

Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan mempunyai peralatan permainan masing-masing yang lengkap

13.5

Apabila melaporkan diri unutk tiap-tiap acara, seseorang peserta mesti menunjukkan nombor daftar peeserta sebagaimana yang didaftarkan kepada Penyelia Peserta berkenaan.Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi, peserta berkenaan TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai acara itu.

13.6

Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara mereka dimulakan, TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai acara itu.

14.0

PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena pertandingan diiringi oleh Penyelia Peserta.

15.0

MEMANASKAN BADAN Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan.

43

16.0

BANTAHAN Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 LTM, kecuali perkara-perkara berikut :

16.1

Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan (under protest) dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada Kelab Tenis IPGM Kampus Perlis kelak.

16.2

Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada lima belas (15) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara pusingan awal.

16.3

Tiga puluh (30) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acaraacara peringkat akhir.

16.4

Sebarang bantahan bertulis keapda Juri Rayuan mesti disertai dengan wang Pertaruhan sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Sahaja)
44

17.0

HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola Kelab Tenis IPGM Kampus Perlis, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu.Jika berlaku pemindaan, pengurus-pengurus pasukan akan diberitahu.

17.1

Jawatankuasa Pegelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undang-Undang LTM terkini

. 18.0 18.1 HAL-HAL LAIN Tempat-tempat khas akan disediakan untuk pesserat-peserta dan pegawai-pegawai.Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut. 18.2 Selain daripada Pegawai-pegawai Teknik yang bertugas dan pesertapeserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPAPUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN. 18.3 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian,

45

kecacatan anggota, kehilangan anggota badan / harta benda atau sebarang kecederaan lain berlaku : a. Semasa perajalanan pergi dan balik dari sekolah ke kompleks sukan b. Semasa kejohanan dijalankan c. Di dalam dan di luar kawasan kompleks sukan 18.4 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan

kesejahteraaan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah.

46

BIBLIOGRAFI

a) http://bobezani.tripod.com/tenis.htm b) http://prasso.wordpress.com/2007/09/20/peraturan-permainan-tenis/ c) http://teknikbermaintennis.blogspot.com/ d) http://www.pongworld.com/more/rules.php e) http://en.wikipedia.org/wiki/Table_tennis

47

Anda mungkin juga menyukai