Anda di halaman 1dari 2

1.

Pengenalan
a. Aktiviti ini dapat membina kekuatan otot di bahagian tangan dan bahu.
b. Teknik melakukan aktiviti mendagu bagi lelaki dan perempuan adalah
berbeza.
c. Alatan yang digunakan ialah palang mendagu.
d. Bilangan repetisi adalah 3 – 5 kali dengan bilangan set 1 – 3.

2. Prosedur Melakukan Aktiviti Ini


a. Pelajar Lelaki
i. Posisi mula. Berdiri tegak, kaki dibuka seluas bahu.
ii. Tangan memegang palang secara supinasi. Tangan, siku, kaki,
badan dan kepala dalam keadaan lurus.
iii. Fleksi siku dan tarik badan ke atas agar kepala melepasi palang.
Kembali ke posisi asal dan ulang aktiviti mengikut kemampuan
maksimum.
iv. Ulang perlakuan untuk set kedua.
v. Ulangi aktiviti ini seberapa banyak yang boleh dalam tempoh 30
saat.
b. Pelajar Perempuan
i. Posisi mula. Tangan memegang palang secara supinasi. Tangan, siku,
kaki, badan dan kepala dalam keadaan lurus.
ii. Fleksi tangan dan tarik badan ke atas agar kepala melepasi palang.
iii. Kembali ke posisi asal dan ulang aktiviti mengikut kemampuan
maksimum.
iv. Ulang perlakuan untuk set kedua.
v. Ulangi aktiviti ini seberapa banyak yang boleh dalam tempoh 30 saat.

3. Aspek Keselamatan ? Apa yang perlu dan tidak boleh dilakukan.


a. Pastikan palang yang digunakan kukuh dan tidak licin.
b. Laraskan ketinggian palang mengikut kesesuaian.
4. Otot-otot terlibat
a. Biceps b. Triceps c. Deltoids

Anda mungkin juga menyukai