Anda di halaman 1dari 8

DEFINISI :

* Merupakan acara olahraga jarak dekat (100m,200m dan 400m) yang memerlukan tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk membuat larian sepantas mungkin. * Faktor mempengaruhi larian : - Panjang langkah -Kekerapan langkah * Acara lari pecut menggunakan teknik permulaan gaya dekam.

Lari pecut boleh dibahagikan kepada fasa-fasa berikut:


1)

Fasa permulaan

Blok permulaan membantu pelari untuk memulakan larian dengan cepat. Terdapat banyak variasi yang dicadangkan oleh ramai jurulatih tetapi kita akan melihat gaya, yang dicadangkan oleh Mach seorang atlit dan jurulatih yang berwibawa (dalam Payne, 1985). a) Gaya peluru - Dalam gaya ini blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan. b) Gaya sederhana - Gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. c) Gaya panjang - Blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

i ) TEKNIK MULA LARI PECUT :


a) Persediaan Peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan ke garisan diberi. b) Ke garisan

Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya manakala kaki belakang sedikit ke belakang , kira-kira 30-40cm dan mengimbangkan badan. Bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan. Condongkan badan ke hadapan. Kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan . Jika kaki kiri di hadapan maka tangan kanan mesti diletakkan di hadapan.

c) Sedia -Condongkan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan. -Bengkokkan lutut kaki hadapan. -Kaki belakang tolak ke tanah. -Badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan wisel.

d) DOOM atau mula Pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.

2) Fasa Pecutan
PERGERAKAN TANGAN DAN KAKI:
Selepas 'bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan (bukan ke atas) dimulakan. Diikuti dengan pergerakan kuat tangan dan kaki. Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan.Tangan lain digerakkan: ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.

LUTUT
Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

TEKNIK KELAJUAN MAKSIMUM DAN PENGEKALAN KELAJUAN


Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter. Dalam lari pecut, pecutan berlaku awal dalam larian. Sebenarnya 95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter. Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya. Tambahan pula seseorang atlet tidak mungkin boleh berlari pada kelajuan maksimum lebih dari jarak 14 - 18 meter, maka apa yang diperlukan oleh atlit ialah untuk mengekalkan kelajuan yang lebih rendah dari kelajuan maksimum.

TEKNIK LARIAN DI SELEKOH


Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal'. Untuk memastikan larian selekoh adalah berkesan ataupun untuk rnengimbangkan kuasa 'centrifugal', seorang pelari seharusnya merendahkan badan ke arah dalam. Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam.

3) Teknik Penamat Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah atlet berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya; sebagai contoh 110 m untuk 100 m dan 210 m untuk 200 m. Jadi dengan itu adalah mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan, mengangkat bahu ke atas dan menarik tangan ke belakang.

Teknik Lari Pecut 200 meter dan 400 meter


Berlari dengan hujung kaki. Berlari langkah panjang dengan lutut diangkat sekurang-kurang aras pinggang. Berlari dengan pecutan yang makin meningkat dari awal permulaan hingga ke penamat. Berlari seberapa hampir dengan garisan bahagian dalam lorong masing-masing terutama di selekoh. Berlari dengan kedudukan badan condong ke kiri semasa di selekoh. Sebaik-baiknya pelari berlari terus melepasi garisan penamat tanpa memikirkan untuk mendada.

Anda mungkin juga menyukai