Anda di halaman 1dari 12

3.5.

HUKUM NEWTON
JONNA ANAK RANDOG
SMK BATU KAWA
PADA AKHIR PELAJARAN, PELAJAR DAPAT;

1. Menerangkan Hukum Newton Pertama (Hukum Inersia) dalam


pergerakan sukan.
2. Menerangkan Hukum Newton Kedua (Hukum Pecutan) dalam
pergerakan sukan
3. Menerangkan Hukum Newton Ketiga (Hukum Reaksi) dalam
pergerakan sukan
HUKUM NEWTON
• HUKUM NEWTON menjelaskan mekanik lakuan yang dipengeruhi oleh aplikasi daya.
• Terdapat TIGA jenis HUKUM NEWTON

HUKUM NEWTON HUKUM NEWTON HUKUM NEWTON


PERTAMA KEDUA KETIGA
(Hukum Inersia) (Hukum Pecutan) (Hukum Reaksi)
HUKUM NEWTON PERTAMA (HUKUM INERSIA)
DALAM PERGERAKAN SUKAN

Definisi – menyatakan bahawa sesuatu jasad atau objek akan kekal dalam
keadaan pegun dan yang bergerak akan terus bergerak secara seragam dalam
satu hala sehingga terdapat daya yang bertindak ke atas jasad @ objek itu
sehingga menyebabkan berlakunya perubahan kepada keadaan asal jasad @
Objek tersebut.

Sesuatu jasad atau objek dalam keadaan pegun mempunyai pergerakan sifar
atau tiada arah.
Manakala objek yang bergerak mempunyai kadar pergerakan dan arah.
KONSEP HUKUM NEWTON PERTAMA (HUKUM INERSIA)

Jumlah daya yang perlu untuk mengubah keadaan jasad@ objek berkadar terus
dengan jisim jasad atau objek.

Dalam keadaan pegun, lebih daya diperlukan untuk mengatasi Inersia jasad
@ objek yang berat daripada inersia jasad atau objek yang ringan

Dalam keadaan bergerak, jasad @ Objek yang berat memerlukan lebih daya
uantuk menghentikan atau mengubah arahnya (menyerap momentumnya)

Kurang daya diperlukan untuk mengekalkan kelajuan dan arah sesuatu jasad
yang bergerak (momentumnya)
APLIKASI HUKUM NEWTON PERTAMA DALAM AKTIVITI SUKAN

Sebelum larian – pelari dalam


keadaan pegun.
Semasa memulakan larian – Daya dari
otot kaki membolehkan pelari memecut
dari keadaan pegun

Nyatakan contoh-contoh
sukan @ aktiviti lain yang
mengaplikasikan Hukum
Newton Pertama
HUKUM NEWTON KEDUA (HUKUM PECUTAN) DALAM
PERGERAKAN SUKAN
• Daya mempungai hubungan dengan
pecutan.

Definisi • Pecutan adalah daya yang terhasil


apabila berlaku perubahan halaju
pada jasad atau objek yang sedang
mengalami pergerakan.

• Daya dalam Hukum Newton Kedua


Daya (Hukum Pecutan) merujuk kpd
momentum sesuatu jasad atau objek

Formula • Daya = jisim x pecutan [ F = m x a)


Daya
PRINSIP PECUTAN
• Pecutan sesuatu jasad @ objek yang bergerak adalah berkadar terus
dengan daya yang dikenakan dan berkadar songsang dengan jisim
jasad @ objek tersebut.
• Oleh itu pecutan sesuatu objek @ jasad bergantung pada jisim jasad
tersebut dan daya yang dikenakan ke atasnya.
HUKUM NEWTON KETIGA (HUKUM AKSI REAKSI) DALAM
PERGERAKAN SUKAN

• Boleh dikatakan setiap perbuatan yang


dilakukan akan ada satu tindak balas
Definisi yang sama magnitudnya tetapi arah
tindakan adalah berlawanan arah.

• Daya-daya yang terlibat saling


bertindak antara satu sama lain,
Prinsip bukannya secara berasingan.
Hukum • Daya-daya yang terlibat (Aksi/reaksi)
Newton bertindak ke atas jasad atau objek yang
ketiga berlainan dengan kesan yang berbeza
• Daya-daya ini tidak dapat wujud secara
berasingan
CONTOH HUKUM NEWTON KETIGA

• Apabila bola dilontar ke dinding,


bola tersebut akan mengenakan
Contoh satu daya ke atas dinding (aksi),
1 dan dinding akan mengenakan
daya yang sama magnitudnya ke
arah berlawanan (reaksi).

• Dalam acara lompat tinggi, aksi


fleksi lutut mengaplikasikan
Contoh tindakan daya ke bumi dan daya
2 reaksi dari bumi akan bertindak ke
atas jasad tersebut.
APLIKASI HUKUM NEWTON KETIGA DALAM SUKAN
Renang
• Kaki dan tangan akan mendorong air ke belakang
(Aksi).
• Air pula bertindak sebagai reaksi dengan mendorong
kaki dan tangan ke hadapan supaya perenang dapat
berenang ke hadapan.

Imbangan Balance beam


• Apabila gimnas berasan dirinya akan jatuh , gimnas
akan memutarkan pergerakan lengannya ke arah dia
akan jatuh (Aksi).
• Kesan drp aksi ini menyebabkan bahagian badan
yang lain akan berputar ke arah berlawanan (Reaksi).
• Oleh itu dia tidak akan jatuh dan Berjaya
mengimbangi dirinya di atas balance beam
HUKUM NEWTON

Anda mungkin juga menyukai