Anda di halaman 1dari 1

Hukum Newton pertama ialah setiap objek akan terus berada dalam keadaan

pegun atau terus bergerak dengan halaju tetap. Jumlah daya yang perlu untuk
mengubah keadaan jasad atau objek berkadar langsung dengan jisim jasad atau
objek. Maksudnya, dalam keadaan pegun, lebih daya diperlukan untuk mengatasi
inersia jasad atau objek yang berat daripada inersia jasad atau objek yang ringan.
Semakin besar jisim sesuatu ibjek, semakin besar inersianya. Contoh aplikasi dalam
aktiviti sukan larian. Sebelum larian, pelari berada dalam keadaan pegun. Semasa
berlepas, daya dari otot kaki membolehkan pelari memcut daripada keadaan pegun.
Hukum Newton Kedua ialah daya paduan atau bersih yang bertindak pada
suatu objek adalah berkadar langsung dengan kadar perubahan momentum objek
itu pada arah yang sama dengan arah tindakan itu. Pecutan sesuatu jasad atau
objek adalah berkadar terus dengan daya yang dikenakan dan berkadar songsang
dengan jisim jasad atau objek itu. Prinsip pecutan adalah jasad atau objek dalam
keadaan pegun akan mengalami pecutan mengikut arah dan daya yang dikenakan
ke atasnya. Selain itu, jasad atau objek yang bergerak pada arah yang sama dengan
daya juga akan mengalami pecutan. Manakala, jasad atau objek yang bergerak
pada arah yang bertentangan dengan daya yang dikenakan akan mengalami
nyahpecutan (jika momentum jasad atau objek lebih tinggi daripada magnitude daya
yang dikenakan), akan bergerak arah bertentangan (jika magnitude daya yang
dikenakan adalah lebih tinggi dari momentum jasad atau objek) dan akan berhenti
(jika momentum jasad atau objek dan momentum daya adalah sama. Contohnya,
lontaran bola sepak ke dalam padang. Tangan dihayun ke belakang untuk
menambahkan daya. Dalam Gerakan menghayun, momentum diperoleh melalui
daya dan arah pergerakan tangan. Keadaan ini memberikan pecutan yang lebih
tinggi dan momentum yang besar diperoleh ketika bola dilepaskan.

Hukum Newton Ketiga ialah setiap daya mempunyai daya tindak balas pada
magnitud sama tetapi pada arah bertentangan. Bagi setiap tindakan (aksi), terdapat
satu tindak balas (reaksi) yang sama magnitud tetapi arah tindakan adalah
berlawanan. Contohnya, apabila sebiji bola dilontarkan ke arah dinding, didapati bola
akan mengenakan satu daya ke arah dinding pula akan mengenakan daya yang
sama ke atas bola dari arah yang berlawanan (reaksi). Aplikasi dalam aktiviti sukan
renang pula, kaki dan tangan akan mendorong air ke belakang (aksi). Air pula
bertindak sebagai reaksi dengan mendorong kaki dan tangan ke hadapan supaya
perenang dapat berenang ke hadapan.

Anda mungkin juga menyukai