Anda di halaman 1dari 7

Hukum Pergerakan Newton (Newtons Law Of Motion)

Hukum Newton Pertama (Hukum Inersia)

Definisi Hukum newton pertama menyatakan bahawa sesuatu jasad akan kekal dalam keadaan pegun atau terus bergerak secara seragam dalam satu hala kecuali apabila ada daya bertindak ke atas jasad itu dan menyebabkan berlakunya perubahan kepada keadaan tersebut.

Hukum ini juga merujuk kepada rintangan terhadap sebarang perubahan yang berkaitan dengan pergerakan. Daya diperlukan untuk memulakan pergerakan, menghalang pergerakan, memecutkan sesuatu objek, menukar arahnya ataupun untuk memberhentikan pergerakannya. Jadi rintangan terhadap perubahan dalam pergerakan juga dikenali sebagai inersia.

Hukum gerakan Newton kedua menyatakan bahawa kadar perubahan momentum adalah berkadar terus dengan daya paduan yang bertindak ke atas objek itu pada arah yang sama dengan arah tindakan itu.

iaitu F = daya paduan; m = jisim objek di bawah pengaruh daya paduan F; v = halaju akhir objek; u = halaju awal objek; t = masa. Disebabkan pecutan objek diberi oleh

Hukum gerakan Newton kedua lebih terkenal dengan formula

Ini bermakna, semua objek berjisim tetap di bawah suatu pengaruh daya paduan F bukan sifar akan mengalami pecutan. Justeru, Hukum gerakan Newton kedua ini juga dikenali sebagai hukum pecutan.

Hukum gerakan Newton ketiga menyatakan bahawa untuk setiap daya tindakan , terdapat satu daya tindak balas yang mempunyai magnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan. Contoh: Apabila seseorang berjalan, tapak kakinya menolak ke lantai ke belakang. Lantai menolak tapak kaki orang itu ke hadapan dengan magnitud daya yang sama. Sebuah buku diletakkan di atas permukaan meja. Berat buku itu bertindak ke atas meja. Meja itu bertindak balas dengan daya yang sama magnitud tetapi pada arah yang bertentangan iaitu ke atas. KONSEP UTAMA DALAM HUKUM NEWTON KETIGA 1.Duduk Bila anda duduk di atas kerusi, tubuh anda akan menghasilkan/mengeluarkan daya tenaga ke arah bawah pada kerusi dan kerusi menghasilkan daya tenaga ke arah atas pada tubuh anda. Terdapat dua tenaga yg terhasil dari hubungan ini iaitu daya tenaga pada kerusi dan juga tubuh badan. Daya tenaga ini dipanggil daya tindakan dan tindak balas 2. Berjalan Semasa kita berjalan, kaki kita akan mengenakan daya ke atas lantai dan lantai akan bertindakbalas dalam keadaan yang sama tetapi bertentangan arah . 3. Berbasikal

Apabila kita membuat satu kayuhan, roda belakang basikal akan menolak kebelakang, oleh demikian ianya akan mendorong /menerjah basikal ke hadapan.

APLIKASI HUKUM NEWTON KETIGA DALAM SUKAN 1. Permainan sofball Apabila seorang pemain sofbol menghayun bat dengan daya yang kuat, dia akan memutarkan anggota badan atasnya. Ini akan menghasilkan tork pada sekeliling aksis menegak pemain tersebut (aksi). Reaksinya, anggota tubuh bawah akan berputar disekeliling aksis menegak pada arah yang bertentangan jika pemain tidak kukuh dirinya di atas padang. Pada kebiasaannya, pemain akan berpijak kukuh pada padang. Oleh itu, tork dipindahkan dari anggota atas badan dialihkan kepada ke padang yang mana bumi akan memindahkan tork yang sama magnitudnya dan arah yang bertentangan ke atas kasut pemain.

2. Fasa Penerbangan Lompat Jauh. Pada masa fasa penerbangan. Kedudukan athlit akan berubah. Apabila athlit menghayun kaki ke arah hadapan atas (ikut pusingan jam), ini bermakna daya aksi telah dikenakan pada bahagian badan yang lain. Bahagian badannya yang lain itu akan kenakan pula daya Reaksi yang sama magnitud dan berlawanan arah dengan daya aksi kepada kaki. Ini menyebabkan bahagian badan yang lain bergerak ke arah hadapan. (ikut pusingan jam)

Hukum newton 1- 3

http://alamsains.blogspot.com/2009/11/hukum-newton.html

Hukum 1 http://zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com/2010/07/hukum-newton-pertama-hukuminersia.html

Sistem Tuas Rangka

Tuas didefinisikan sebagai satu struktur tegar yang bergerak pada satu titik tetap. Tuas terdiri daripada fulkrum, beban dan daya. Tempat paksi tetap dinamakan fulkrum, daya luar yang bertindak ke atas struktur tegar dinamakan daya dan rintangan yang bertindak dinamakan beban. Tuas jasad manusia terdiri daripada:

Tulang sebagai palang Sendi sebagai fulkrum

Penguncupan otot sebagai penghasilan daya Rintangan atau kerja sebagai beban

Tuas boleh dikelaskan kepada:

Kelas pertama Kelas kedua Kelas ketiga

Klasifikasi tuas ini ditentukan mengikut kedudukan daya, beban dan fulkrum.

Tuas kelas pertama

Tuas kelas kedua

Tuas kelas ketiga

Fulkrum terletak antara daya dan beban

Beban terletak antara daya dan Daya terletak antara beban dan fulkrum fulkrum

Menggunakan daya yang kecil untuk mengatasi beban yang besar tetapi pergerakan perlahan

Menggunakan daya yang kecil untuk mengatasi beban yang besar tetapi pergerakan perlahan pada julat yang kecil

Menggunakan daya yang lebih besar tetapi pergerakan pantas

Contoh Penggunaan

Mengangkat tangan di Apabila berjengket atas Dalam permainan badminton, aktiviti merejam dan menerima hantaran bulu tangkis. Sendi pergelangan tangan sebagai fulkrum, otot lengan sebagai daya dan reket sebagai beban. hujung kaki. Hujung kaki bertindak sebagai fulkrum, otot kaki sebagai daya dan berat badan sebagai beban. bahagian siku dan siku bertindak sebagai fulkrum, tangan sebagai beban dan menghasilkan pengecutan otot bicep.

Anda mungkin juga menyukai