Anda di halaman 1dari 9

Lawatan Ke Taman Burung

Pada cuti sekolah lalu, Zahidi pergi ke Taman Burung.


Dia pergi bersama rakan-rakannya. Di sana, mereka
dapat melihat pelbagai jenis burung.

Burung Kakaktua pandai berkata-kata. Burung kakaktua


biasanya dipelihara dirumah.

Burung hantu mempunyai mata yang sangat besar.


Burung hantu keluar pada waktu malam dan tidur pada
waktu pagi.

Bulu burung bangau berwarna putih. Burung bangau


mempunyai kaki dan paruh yang panjang.

Burung merak mempunyai bulu yang sangat cantik.


Burung merak juga mempunyai jambul diatas
kepalanya.

Makanan
Saya suka makan kek coklat.

Bapa suka makan nasi goreng dan bihun sup.

Ibu suka makan piza.

Kakak suka makan nasi ayam.

Adik suka makan aiskrim.

Kami makan bersama-sama.

Pelangi
Irdina suka melihat pelangi.

Dia akan berdiri ditepi jendela setiap kali melihat


pelangi.

Pelangi ada tujuh warna.

Pelangi ada warna merah, jingga dan kuning.

Pelangi juga ada warna biru, hijau, indigo dan ungu.

Kampung Halaman
Nenek Nazri tinggal di kampung. Kampung nenek
Nazri terletak di Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.

Pada musim cuti sekolah, keluarga Nazri akan pulang


ke kampung. Mereka akan tinggal bersama-sama nenek.

Nazri suka tinggal di kampung. Di sana ada bukit,


kebun, sawah padi, perigi, air terjun dan sungai.

Dusun Buah-Buahan Datuk


Pada cuti sekolah lalu, Irfan pulang ke kampung.
Kampung Irfan terletak di Bukit Gantang, Perak.

Di kampung, datuk Irfan ada dusun buah-buahan.


Terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan. Ada pokok
langsat, durian dan rambutan.

Irfan turut membantu datuk di dusun. Irfan mengutip


buah durian yang gugur dan melonggokkan buah
langsat dan rambutan didalam raga.

Irfan sungguh gembira kerana dapat makan buah-


buahan tempatan di dusun datuknya.

Haiwan Peliharaan

Saya membela seekor kucing.


Kucing saya bernama Si Gebu.

Bulu Si Gebu berwarna putih.

Si Gebu sungguh manja.

Si Gebu suka makan ikan.

Si Gebu tidur di dalam kotak.

Saya sayang akan Si Gebu kerana ia sangat baik.

Kebersihan Diri
Haini bangun tidur puluk 6.00 pagi. Dia akan
mengemaskan tempat tidurnya. Seterusnya, dia
membersihkan diri. Dia menggunakan berus gigi dan
ubat gigi untuk menggosok gigi.

Kemudian dia akan mengenakan pakaian yang bersih


dan kemas. Rambutnya disikat rapi agar kelihatan
terurus.

Hani akan bersarapan dengan ibu dan bapanya. Dia


membasuh tangan sebelum dan selepas makan.
Sesungguhnya, Hani amat mementingkan kebersihan.

Rumah Sarah
Saya tinggal di Taman Sentosa.

Rumah saya rumah batu.

Rumah saya dua tingkat.

Rumah saya ada empat bilik.

Bilik saya di tingkat atas.

Di dalam bilik saya ada televisyen.

Halaman rumah saya bersih.

Rumah saya sangat cantik.

Cerita Teladan
Sang Tikus ditangkap oleh Sang Singa. Sang Tikus
merayu kepada Sang Singa agar melepaskannya. Sang
Singa bersetuju dengan syarat Sang Tikus akan
membalas budinya itu. Sang Tikus berjanji akan
membalas budi Sang Singa.

Pada suatu hari, Sang Singa terkena jerat. Sang Tikus


menolong Sang Singa. Ia mengigit jerat itu. Akhirnya
Sang Singa terlepas.

Anda mungkin juga menyukai