Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA PERKEMAHAN

2017
TABIKA PERPADUAN KAMPUNG KILIMU

TARIKH : 17 Mac hingga 18 Mac 2017


TEMPAT : GELANGGANG FUTSAL KAMPUNG
KILIMU

Disediakan oleh :

Anjuran
UNIT KOKURIKULUM
SEKOLAH KEBANGSAAN KILIMU
RANAU SABAH.
KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1. PENGENALAN 3
2. NAMA PROGRAM 3
3. MATLAMAT 4
4. OBJEKTIF 4
5. JAWATANKUASA INDUK 5
6. AHLI JAWATAN KUASA 6
7. BUTIRAN PERKEMAHAN 8
8. SASARAN 9
9. BAYARAN PENYERTAAN 10
10. SENARAI TUGAS 11
11. ANGGARAN PERBELANJAAN 12
12. MENU MAKANAN 13
13. TENTATIF PROGRAM 14
14. PENUTUP 15
1.0 PENGENALAN.

Perkemahan pada kali ini merupakan salah satu aktiviti kegiatan luar bilik darjah yang
amat berkesan dalam usaha membentuk sasiah diri sebagai seorang pelajar.

Perkemahan unit beruniform ini mampu mendidik murid di tabika ini untuk lebih
percaya kepada diri sendiri dan berupaya mengatasi segala masalah mengikiut kemampuan
diri murid itu sendiri.
Melalui aktiviti aktiviti yang telah dirancang , murid akan didedahkan dengan situasi
persekitaran yang baru. Ia juga dapat menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan
intrapersonal selain dapat membentu disiplin pelajar semasa perkemahan.
Dengan semangat dan kepercayaan yang telah ditanam kepada murid, adalah
diharapkan program ini akan mencapai objektifnya dan diharapkan agar perkemahan tabika
perpaduan untuk sesi 2017 ini akan dapat memberikan peluang kepada murid-murid
menonjolakn kemampuan diri mereka, Disamping dapat menimba ilmu dan juga dapat
mengeratkan tali persaudaraan sesama murid dan warga tabika perpaduan kampung Kilimu.

2.0 NAMA PROGRAM

PERKEMAHAN TABIKA PERPADUAN KAMPUNG KILIMU 2017.

3.0 MATLAMAT PROGRAM PERKEMAHAN

Antara matlamat program perkemahan ini dilaksanakan ialah seperti berikut:

a. Membina keyakinan diri para pelajar dan berfikir secara rasional apabila menghadapi
situasi yang mencabar.
b. Mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman
bersama-sama rakan, guru dan ibubapa.
c. Menanam rasa kesykuran murid terhadap kurniaan Allah swt dan melahirkan generasi
yang menghargai masa.
d. Menekankan sikap hormat- menghormati sesama insan dan disiplin diri.
e. Menanam sifat ingin berdikari murid sekolah ini dalam kehidupan seharian dan
berfikiran terbuka dan matang.
4.0 OBJEKTIF PROGRAM PERKEMAHAN

Di akhir program ini, para peserta akan dapat:

a. Membina sebuah generasi yang bersemangat patriotisme, cintakan Agama, Bangsa


dan Negara.
b. Menanam sikap bertimbang rasa, tolong menolong, hormat menghormati dan
sentiasa berkerjasama dalam satu pasukan.
c. Membentuk generasi yang bersemangat waja , memiliki keterampilan diri, daya saing
yang sihat, bersemangat bersaing, kreatif, inovatif dan berkarisma dalam menghadapi
pelbagai cabaran dalam aktiviti.
d. Melahirkan suasana yang gembira, ceria dan kasih sayang sesame rakan taulan.

TENTATIF PROGRAM DAN AKTIVITI 17 DAN 18 MAC 2017

BIL AKTIVITI MASA PENGENDALI


1 Pendaftaran peserta 2.30 2.30
2 Memasang khemah 2.30 3.00
3 Ice breaking 3.00 3.30
4 MINUM PETANG 3.30 4.00
5 Riadah petang. 4.00 5.00
6 Mandi , persiapan diri dan makan malam 5.00 6.30
7. Solat Magrib, Kuliah Magrib dan solat Isyak 6.30 8.00
8. Aktiviti Santai 8.00 10.00
pen
- Sambutan hari jadi murid tabika.
- Pakaian beragam pelajar. ( tema bebas )
- Aktiviti ibubapa dan murid. (beauty salon)
9. KUDAPAN 10.00 -10.30
10 Persiapan diri dan tidur di khemah. 10.30 11.00
11. SOLAT SUBUH dan Tazkirah 5.30 6.00
12. MALAYSIA CERGAS 6.00 7.30
- sukaneka pelajar tabika bersama ibubapa.
13. Sarapan pagi dan persiapan diri. 7.30 8.00
14. Majlis penangguhan penutupan perkemahan tabika 8.00 -10.00
perpaduan kampung kilimu sesi 2017.
Penyampaian hadiah pemenang.
15. BREAK CAMP, Minum pagi dan majlis berakhir. 10.00 10.30
5.1 SENARAI AKTIVITI YANG DIPERTANDINGKAN.

AKTIVITI PENGENDALI
Pakaian beragam paling menang.
Solekan pelajar paling cantik
Pelajar paling berdisiplin.
Pelajar paling cerdas.
Ibubapa paling sporting.

Bilangan Peserta Perkhemahan :

1. BILANGAN PELAJAR BERUMUR 6 TAHUN :


2. BILANGAN PELAJAR BERUMUR 5 TAHUN :

JUMLAH :

6.0 JAWATANKUASA PENGELOLA

Pengerusi

Naib Pengerusi

Setiausaha 1 setiasusaha 2

Pn. Pn.

Bendahari

Kem Komanden

Pen. Kem Komanden


7.0 JAWATANKUASA KECIL PERKEMAHAN

AHLIJAWATANKUASA SENARAI TUGAS GURU/ IBUBAPA


TERLIBAT
KETUA PERKHEMAHAN Merancang segala pengisian
DAN PENOLONG aktiviti.
Memastikan segala aktiviti
berjalan dengan lancar dan
selamat.

URUSETIA. Menyediakan borang


penyertaan dan mendaftar
peserta.

PENEMPATAN Memastikan peralatan


perkemahan mencukupi dan
selamat digunakan.
PERALATAN Merancang dan menentukan
peralatan yang diperlukan
untuk program.
Memastikan segala peralatan
dibawa ke tapak
perkhemahan dalam keadaan
baik dan sedia digunakan.
ELEKTRIK DAN Memastikan bekalan elektrik
SIARAYA. sentiasa ada semasa
perkemahan.
Pemberitahuan kepada ppd,
ibubapa dan pelajar.
KESELAMATAN Menyediakan peti
pertolongan cemas yang
lengkap.
Memastikan keselamatan
para peserta terjamin
disepanjang aktiviti.
Mengambil tindakan awal
dengan pantas sekiranya
berlaku kecemasan.
Mengawal disiplin para
peserta sepanjang
perkhemahan.

Merancang dan menentukan


MAKANAN DAN menu makanan
MINUMAN Merancang jadual makan dan
minum peserta, guru dan
ibubpa. Memastikan urusan
semasa makan berjalan
dengan lancar.

Mencatat segala aktiviti yang


DOKUMENTASI/ berjalan.
BULETIN Mengambil foto untuk setiap
aktiviti.
Menyediakan laporan
perkhemahan dan
dokumentasikan.
Berhubung dengan
setiausaha untuk
mendapatkan bahan-bahan
untuk didokumentasikan.

KEROHANIAN Menyelaras dan menjalankan


program untuk slot
keagamaan/ kerohanian.
Memastikan dan Memimpin
para peserta solat berjemaah.
Mengelolakan kuliah
maghrib dan subuh.

HADIAH DAN SIJIL Menyediakan hadiah dan


cenderamata program

JAWATANKUASA Menyediakan borang


AKTIVITI pengadilan semasa
PERTANDINGAN pertandingan dijalankan.
Memastikan aktiviti
pertandingan berjalan seperti
di rancang.

8.0 BUTIRAN PERKEMAHAN

Perkemahan tersebut akan di adakan seperti berikut :

Hari : Jumaat dan Sabtu

Tarikh : 17 hingga 18 MAC 2017


Tempat : GELANGGANG FUTSAL KG. KILIMU

Jurulatih dan fasilitator :

1. Guru tabika perpaduan Ranau.


2. Guru SK Kilimu.
3. Ibubapa Pelajar.

9.0 SASARAN PENYERTAAN.

Program ini adalah untuk pelajar tabika perpaduan kg. kilimu bersama ibubapa dan guru
tabika perpaduan.

10.0 YURAN PENYERTAAN.

Setiap ahli atau peserta dikehendaki membayar yuran penyertaan sebanyak RM__________
Bagi tujuan untuk menampung perbelanjaan seperti berikut :
i. Makan dan minum para peserta
ii. kad Aktiviti
iii. Tanda Nama Peserta
iv. Sijil Penyertaan.
v. Belanja Luar Jangka.

11.0 SUMBER KEWANGAN LAIN.


Sumber kewangan lain dalam menampung perbelanjaan perkemahan unit beruniform
ini ada seperti berikut :
1. sumbangan dari orang perseorangan
(permohonan sumbangan dari YB Ewon Ebin , Dato Amisah Yassin dan puteri umno)
12.0 PERBELANJAAN
Bil Perkara Butiran Jumlah

1. MAKAN DAN MINUM PESERTA


Minum petang RM2.00 x 50 orang x 1 = 50
Makan malam Rm3.00 x50 orang x 1 = 150
Minum malam Rm2.00 x 50 orang x 1 = 50
Sarapan pagi Rm3.00 x 50 orang x 1= 150
Minum pagi Rm2.00 x 50 orang x 1= 50
Makan tengahari Rm3.00 x 50 orang x 1= 150 RM600.00

2. HADIAH
-Tempat pertama Rm20.00 x 5 = 100
Rm15.00 x 5= 75 RM225.00
Rm 10 x 5 = 50

3. Peralatan
- Refill Gas RM30.00 x 1= 30
- Tali Rafia RM5.00 x 4 = 20 RM150.00
- Racun serangga (Ridsect) RM10.00 x 4 = 40
- Lingkaran nyamuk RM5.00 x 2 =10
- Bandage RM20.00 x 1= 20
- Lotion Kuning RM10 x 1 = 10
- Kain Anduh ( Skaf Anduh ) RM5.00 x 4 = 20
4. Khemah Pasang Siap ( 4 orang ) RM80.00 x 3unit = 240 RM240.00

JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN RM1215.00


12 .0 PENUTUP

Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan
insan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Pihak jawatankuasa dengan seberapa
daya merancang dan berusaha untuk merealisasikannya. Apa yang paling penting
adalah keseronokan dan keselamatan serta pengalaman secara realiti para pelajar itu
sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah di sediakan.
Melalui program ini juga, adalah diharapkan ianya berjaya dilaksanakan tanpa berlaku
sebarang kemalangan dan kecederaan. Dengan berakhirnya program ini juga nanti, segala
bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber
rujukan seterusnya merancang dan mengelola program seumpama ini dengan lebih baik
lagi.

DISEDIAKAN OLEH; DISEMAK OLEH;

.. .
( ) ( )

DISAHKAN OLEH;

.
( )

Anda mungkin juga menyukai