Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN INDAH

73000 TAMPIN NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA
SAMBUTAN HARI KOPERASI / KANTIN
SEKOLAH
TAHUN 2020

TEMA
1 UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK 1

1. PENGENALAN
Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) peringkat sekolah diadakan dengan pelbagai aktiviti
berdasarkan garis panduan yang disediakan. Sambutan ini adalah bertujuan untuk memberitahu
kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang
dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jati diri yang murni selaras dengan
prinsip, nilai dan amalan koperasi.

Sambutan HKS telah berjaya menonjolkan koperasi sekolah sebagai satu entiti penting di sebuah
sekolah dalam usaha untuk menyemai nilai-nilai koperasi di kalangan anggota.

Selain daripada itu sambutan HKS merupakan usaha yang diadakan bagi memperkasakan pelajar
(anggota koperasi) terhadap koperasi sekolah. Ia juga sebagai satu kegiatan untuk memupuk budaya
kerjasama dan keusahawanan di samping meningkatkan daya usaha dan kreativiti pelajar.

2. PENYERTAAN

Terbuka kepada 7 Unit Beruniform dan unit-unit yang berminat.

3. PIHAK YANG TERLIBAT DENGAN HKS 2020

Pihak yang akan terlibat secara langsung:

 Koperasi Sekolah
 7 Badan Beruniform
 Kelas PPKI
 Kelab Guru
 Kelab Pembimbing Rakan Sebaya

4. TENTATIF PROGRAM HARI KOPERASI SEKOLAH 2011

BIL AKTIVITI TARIKH HARI


1. Perhimpunan Khas 3 Februari 2020 Isnin
Ucapan Pengerusi Koperasi
Nyanyian Lagu Koperasi
Bacaan Perutusan Menteri Pelajaran
Bacaan Perutusan Menteri Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Pengiktirafan Koperator
Guru dan Pelajar Terbaik
Sijil dan Cederamata ALK 2010-2011
Edaran Tanda Peringatan HKS
2 Aktiviti Pendidikan - Kuiz 4-6 Februari 2020 Selasa-Khamis
3 Aktiviti Sosial 4-6 Februari 2020 Selasa-Khamis
- Gotong-royong
4 Aktiviti Ekonomi - Jualan Pada Hari Koperasi Sekolah 4-6 Februari 2020 Selasa-Khamis

5. ANGGARAN PERBELANJAAN
JUMLAH
BIL PERKARA KUANTITI x HARGA SEUNIT(RM)
(RM)
1 Cenderamata – Penasihat Koperasi 1 orang X 20.00 20.00
2 Cenderamata dan sijil
Ahli Lembaga Koperasi 15 orang X 10.00 150.00
3 Cenderamata dan sijil Koperator
Terbaik 60.00
i) Guru 3 orang X 20.00
ii) Pelajar Lelaki & Perempuan
4 Tanda Peringatan HKS
Ahli Koperasi Guru 80 orang X 7.00 560.00
Ahli Koperasi Pelajar 1000 orang X 020 200.00
5 Hadiah Kuiz 15 orang X 5.00 75.00
6 Makan & minum pelajar 30 orang X 3.00 90.00
7 Perbelanjaan-perbelanjaan lain 200.00
JUMLAH 1425.00

6. SUMBER KEWANGAN

Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Indah, Tampin

HARI KOPERASI SEKOLAH 2020


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN INDAH

Tarikh : 3-6 Februari 2020 (Hari Isnin Perasmian)


Masa : 7.30 Pagi
Tempat: SMK Taman Indah

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Tn Hj Abdul Rahman Bin Safar (Pengetua SMK Taman Indah)


Timb Pengerusi : Pn. Juriah Bt Jantan (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi : En. Bederi Sham Bin Shamsuddin (PK Pentadbiran)
Pn. Fauziah Bt Mansor (PK HEM)
Penyelaras : En. Hamzah Bin Abdul Hamid (Ketua Bidang Kemanusiaan)
Setiausaha : Pn. Rosmarina Bt Mohd Yusof
Bendahari : Pn. Fatimah Zaharah Bt Mohd Kadzri

JAWANTANKUASA PELAKSANA

BIL AJK TUGASAN/AKTIVITI


Perhimpunan Khas - Menyedia dan membaca teks perutusan YB Menteri
- Pn. Rosmarina Bt Mohd Yusof Pelajaran
- Menyedia dan memasang lagu Koperasi
1
- Menyedia dan mengedarkan tanda peringatan HKS
- Memaklumkan aktiviti sepanjang HKS

Pendidikan Aktiviti - Mengendalikan kuiz


Pertandingan Kuiz Spontan - Menyediakan hadiah kepada pemenang
2
- Pn. Fatimah Zaharah Bt Mohd
Kadzri
Aktiviti Ekonomi - Menyedia dan mengurus gerai jualan koperasi semasa
Jualan Hari Karnival Sekolah hari karnival
3 - Pn. Rosmarina Bt Mohd Yusof
- Semua guru koperasi

Aktiviti Sosial - Memilih pelajar seramai 30 orang untuk


- Gotong-royong membersihkan tapak jualan dan kawasan sekitar
4 - Pn. Zanariah Bt Md Saad - Menyediakan plastik sampah dan mengagihkan
kepada pelajar

Buku program - Menyediakan buku program


5 - Pn. Noorul Ain Bt Othman - Mengedarkan buku program kepada guru-guru

Hadiah dan Cenderahati - Menyediakan hadiah dan cenderahati


6 - Pn. Zanariah Bt Md Saad

Dokumentasi - Mengumpulkan maklumat mengenai HKS


7 - Pn. Zaiha - Menyediakan dokumentasi HKS
- Menghantar dokumentasi yang lengkap ke ANGKASA
Disediakan oleh,

Pn Rosmarina Bt Mohd Yusof


Setiausaha Sambutan HKS

Anda mungkin juga menyukai