Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH


SMK TAMBULION KOTA BELUD

PENGENALAN
Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) ini merupakan sambutan yang diadakan buat julung kalinya
di SMK Tambulion. Sambutan ini telah mula diperkenalkan sejak 1995 dengan aktiviti pertandingan
seperti kuiz koperasi, pidato, penulisan esei dan berpantun di peringkat zon, negeri dan kebangsaan.
Pada tahun 2006, HKS telah diubah format penganjuran apabila sambutan HKS dianjur sendiri oleh
koperasi sekolah dengan pelbagai aktiviti berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak
ANGKASA.

Penyertaan pelajar dalam bidang keusahawanan sama ada secara langsung atau tidak langsung
merupakan matlamat utama sambutan HKS ini agar pelajar dapat didedahkan kepada pengalaman
secara langsung kepada cabaran sebenar dalam aspek kehidupan harian. Aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan dalam sambutan HKS ini merupakan aktiviti pembelajaran di luar kelas kerana para pelajar
diberi pendedahan dan merasai sendiri sendiri apa yang berlaku di sekitar mereka. Sehubungan dengan
itu, program ini juga dapat membantu meningkatkan potensi diri pelajar dari segi fizikal dan kognitif.
Selain itu, sambutan HKS ini juga diharapkan dapat mengeratkan silaturrahim dan menzahirkan
semangat kekitaan antara semua warga SMK Tambulion.

RASIONAL
Memberi pendekatan berkaitan kepimpinan, disiplin dan kemahiran pengurusan yang perlu ada dalam
diri pelajar. Program ini sekaligus dapat meningkatkan keyakinan diri dan ketajaman mental serta
ketahanan fizikal setiap pelajar.

OBJEKTIF
i. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai aktiviti perniagaan dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
ii. Mengumpul dana bagi kelab dan persatuan yang diwakili.
iii. Melibatkan pelajar dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.

TEMA
‘KOPERASI PEMANGKIN KECEMERLANGAN AKTIVITI SEKOLAH’
PERINCIAN PROGRAM
I. Tarikh : 24 OGOS 2017
II. Hari : Khamis
III. Masa : 7.00 pagi – 5.00 petang
IV. Tempat : SMK Tambulion, Kota Belud

SASARAN
Semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tambulion Kota Belud, termasuk murid, guru-guru,
anggota kumpulan sokongan serta ibu bapa murid.

JAWATANKUASA INDUK PELAKSANA


Pengerusi : Encik Jackson Siga
Timbalan Pengerusi : Encik Modily Bangali
Setiausaha : Puan Elsie Madius
Timbalan Setiausaha : Puan Noraisa Masimun
Bendahari : Puan Wan Fauzilah Lagu
Timbalan Bendahari : Puan Jacqueline Gintingan

JAWATANKUASA KERJA
Buku aturcara : Puan Azila Diana Dalinsip
Sijil Penghargaan : Puan Jacqueline Gintingan
Surat Jemputan : Encik Mohd. Mazri B. Masri
Cenderahati : Puan Norfizureen Abdul Momin
Hadiah Pertandingan : Puan Noraisa Masimun
Tapak Bazaar : Cik Salmah Loh
Promosi : Puan Masneh Minsin
Dokumentasi : Puan Elsie Madius
Fotografi & Video : Stalion Broadcast Crew
Peralatan : Ustaz Yapardin B. Haimin
Encik Azmi Nordin
Sistem Siaraya : Encik Romzi Ramlee
Disiplin : Encik Redza Khowarizmi B. Mohd. Jamari
Kebersihan : Cik Maimunah Panatik
Persiapan Tempat : Encik Mislan Karim
Encik Dastin Sibin
TENTATIF PROGRAM HARI KOPERASI SEKOLAH 2017

MASA/
BIL AKTIVITI TINDAKAN
LOKASI
1. Perhimpunan Khas 8.00 – 9.00
Ucapan Naib Pengerusi Koperasi Dataran En. Modily Bangali
Ucapan Perasmian dan Penanaman Pokok En. Jackson Siga
Nyanyian Lagu Koperasi Semua
Bacaan Perutusan Menteri Pelajaran Koperator Pelajar
Bacaan Perutusan Menteri Perdagangan Dalam Koperator Pelajar
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Koperator Pelajar
Pengiktirafan Koperator
- Guru dan Pelajar Terbaik
Sijil dan Cedera Mata ALK April 2016 – Mac 2017
Edaran Tanda Peringatan HKS 2017
2 Aktiviti Pendidikan
- Pendaftaran Keahlian Koperasi 10.00 – 4.00 Pn. Elsie Madius
Kaunter Koperasi
- Kuiz Koperasi 9.30 - 10.00 Pn. Elsie Madius
Lobi sekolah
- Pameran Pendidikan Anti dadah 10.30 – 11.30 En. Mohd. Mazri Masri
Dataran
- Pameran Kesihatan 12.00 – 1.00 Cik Sulinda Tarintim
Dewan Sekolah
3 Aktiviti Sosial
- Pertandingan Futsal En. Romzi Ramlee
- Pertandingan Gubahan 2.00 – 4.00 Pn. Noraisa Masimun
- Pertandingan Mewarna 2.00 – 4.00 En. Matnin Jeep
- Kempen Derma Darah 9.00 – 4.00 Cik Sulinda Tarintim
- Aktiviti Kecergasan 3.30 – 4.30 Cik Dyziny Daulin
- Pertandingan Karaoke 11.00 – 4.00 Encik AzmanAwang
4 Aktiviti Ekonomi
- Bazaar 7.00 – 5.00 Pn. Wan Fauzilah Lagu
ANGGARAN PERBELANJAAN

KUANTITI x HARGA JUMLAH


BIL PERKARA
SEUNIT(RM) (RM)
1 Pokok (saiz besar) 1 batang X 100.00 100.00
3 Cenderamata – Perasmi 1 orang X 30.00 30.00
3 Cenderamata dan sijil ALK 15 orang X 15.00 225.00
4 Cenderamata dan sijil Koperator Terbaik
i) Guru
ii) Pelajar Lelaki & Perempuan 2 orang X 50.00 100.00
2 orang X 25.00 50.00
5 Tanda Peringatan HKS
Ahli Koperasi Guru 30 orang X 15.00 450.00
Ahli Koperasi Pelajar 400 orang X 2.00 800.00
6 Hadiah
- Kuiz koperasi Tempat pertama : RM 10.00 X 2 20.00
- Pertandingan mewarna Tempat kedua : RM 7 X 2 14.00
Tempat ketiga : RM 5 X 2 10.00
7 Makan minum AJK Koperasi 20 orang X 7.50 150.00
8 Perbelanjaan-perbelanjaan lain
- Cenderahati Hospital
- Cenderahati Penceramah 6 orang X 15.00 90.00
- Cenderahati Instruktor Kecergasan
-
9 Banner 1 100.00
JUMLAH 2,139.00

SUMBER KEWANGAN
Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Tambulion Kota Belud Berhad.

PENUTUP
Diharap agar program ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama yang padu daripada pihak sekolah agar
murid mendapat pendedahan serta pengalaman sebenar dalam bidang keusahawanan serta mencungkil
bakat dan minat murid dalam bidang tersebut.

Disediakan oleh,

…………………………..
(ELSIE MADIUS)
Setiausaha Koperasi Sekolah
KERTAS KERJA

SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH

KOPERASI SMK TAMBULION KOTA BELUD BERHAD

ULASAN PENGETUA :

TAHUN 2017

Anda mungkin juga menyukai