Anda di halaman 1dari 6

SEK. KEB.

KLIAS KECIL BEAUFORT


PETI SURAT 191,
89808 BEAUFORT, SABAH
TEL : 087 – 881144 FAX : 087 – 881144

KERTAS KERJA AKTIVITI


MERENTAS DESA SK KLIAS KECIL
2022
KERTAS CADANGAN AKTIVITI MERENTAS DESA SK KLIAS KECIL 2022

1.0 PENDAHULUAN

Merentas desa adalah satu sukan yang melibatkan individu berlari pada pertandingan lapangan yang
terbentang dengan melalui kawasan rupa bumi semulajadi. Lapangan ini biasanya berjarak di antara
4–12-kilometer, yang mungkin melibatkan permukaan rumput dan bumi, melalui hutan dan kawasan
desa, termasuk bukit, tanah rata dan jalan berkerikil. Ia adalah sukan individu dan berpasukan yang
dinilai berdasarkan masa individu dan markah keseluruhan bagi pasukan.Kejohanan Merentas Desa
peringkat sekolah Klias kecil ini dirancang diadakan pada 16 November 2022 (Rabu).

2.0 MATLAMAT

Matlamat kejohanan Merentas Desa ini ialah untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat
baru ke arah kecemerlangan sukan khususnya dalam bidang olahraga agar mereka dapat
menonjolkan diri di peringkat Daerah, Negeri dan Negara serta membudayakan minat bersukan
untuk kesihatan dan kesejahteraan diri dalam kalangan murid. Selain itu, jemputan beberapa buah
sekolah dalam kejohanan ini juga akan dapat mengeratkan silaturahim di antara komuniti dalam zon
Klias ( Sk Nukahan, sk Kota Klias dan Sk Takuli).

3.0 OBJEKTIF

3.1: Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang
cergas

3.2: Mencungkil bakat-bakat murid

3.3: Mengetengahkan atlit yang berkualiti ke peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.

3.4: Memupuk persaingan yang sihat di antara murid.

3.5 Mengeratkan hubungan antara sekolah yang terlibat.

4.0 SASARAN

Semua murid Sk Klias Kecil dan beberapa orang murid daripada sekolah jemputan iaitu Sk Nukahan,
Sk Kota Klias dan Sk Takuli.
5.0 TARIKH & TEMPAT

Tarikh: 16 November 2022

Tempat: Laluan Kg Klias Kecil – Kg Ulu klias- Kg pilajau

7.0 JAWATANKUASA

Penasihat : Pn Fatimah binti Jenteri


Pengerusi : Ag. Syahrole bin Ag Saman.
Naib Pengerusi 1 : Pn. Norhamisah bte Mohd Yassin.
Naib Pengerusi 2 : En. Jakaria bin Md. Taib.
Setiausaha : Pn. Norazah Rima bte Norbidin.
Bendahari : Pn siti Rukainih bte HJ Sani
Makanan : Pn. Aisah bte Aneh.
: Ustzh. Siti Masiraturrasiah
: Pn. Norazah Rima bte Norbidin
: Pn. Masrah Abd Kata
Perasmian : Pn. Sarinah bte Hj. Abd Rahman.
: PN. Mariati bte Jamil.
: Pn. Norhamisah bte Mohd Yassin.
Keselamatan & Kebersihan : Pengawal Keselamatan Sekolah & Pembersihan
sekolah
Peralatan : En. Ag Syahrole bin Ag Saman.
: En. Jakaria bin Md. Taib.
Marshal : En. Johari bin Abd Rahman
: En. Saiful bin Abdul Razak
: En. Rosli
: En. Asmarih bin Zulkiflee.
Dokumentasi : Pn. Mazila binti Mohamed Daud
Hadiah dan Cenderahati : Pn. Farizan bte Jaafar.
: Ustazah Dyg Faridah.
Penjaga check point : Pn. Farizan
: En. Rahman
: En. Asmarih
: En. Jakaria
: PIBG
: Guru pengiring sekolah jemputan
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

NO PERKARA JUMLAH
1. Air mineral RM10 × 5 kotak = RM 50
2. Hadiah pemenang Rm10 × 40 orang = RM400
3. Peralatan (getah, pen, kertas,pelekat) = RM150
4. Kertas Sijil = RM100
JUMLAH RM700

Di sediakan Oleh: Di semak oleh:

...................................... ...........................................
(NORAZAH RIMA BTE NORBIDIN) (AG. SYAHROLE BIN AG SAMAN)
Setausaha Kokurikulum, Penolong Kanan Kokurikulum,
Sk Klias Kecil, Beaufort. Sk Klias Kecil, Beaufort.

Di Sahkan Oleh:

...............................................
(FATIMAH BINTI JENTERI)
Guru Besar,
Sk. Klias Kecil, Beaufort.
Lampiran A (Tentatif)

- 7.00 pagi: Ketibaan Murid dan Guru

7.00 - 7.30 pagi: Ketibaan Ibu bapa/ Sekolah jemputan

7.30 – 8.00 pagi: Senamrobik

8.00 – 10.00 pagi: Aktiviti merentas desa

10.00 – 11.00 pagi: Upacara penutupan & Penyampaian hadiah


Lampiran B (PETA LALUAN)

Anda mungkin juga menyukai