Anda di halaman 1dari 2

BISMILLAH

Yang berusaha,En.Zulkifli Bin Yaacob,guru


besar SK Kamunting.
Yang dihormati,En.Suhaimi bin
Ismail,Penolong Kanan Pentadbiran
Yang dihormati,Pn.Azizan Maznah Binti
Yeob,Penolong Kanan HEM
Yang dihormati,Pn,Norhidayu Binti
Jamali,Penolong Kanan Kokurikulum
Barisan guru-guru yang komited dan
murid-murid yang dikasihi sekalian.
As slm,wbt dan salam sejahtera.
Al-hamdulillah, segala puji bagi Tuhan
sekalian alam.Marilah sama2 kita
panjatkan rasa kesyukuran kerana dengan
izin dan limpah kurniaNya, diberi kita
peluang untuk bersama2 berkumpul dipg
yg mulia ini.
Untuk makluman semua,pada minggu
ini.guru yang bertugas adalah:
1. Cikgu Azlan Shah b. Luckman
2. Pn.Nur Iziana bt Azizan
3. Ustazah Norsiah bt. Razali
4. Ustazah Norzakiah Bt. Kassim
Tema yang diberikan pada minggu ini ialah
Menghormati Guru
Bagaimana cara menghormati guru anda?
Semua tahu bahawa guru adalah suatu
kerjaya yang amat mulia dan disanjung
tinggi oleh masyarakat. Jika pada masa
dulu ibu bapa dan masyarakat amat
memandang tinggi kerjaya perguruan.
Pada masa kini rasa hormat kepada guru
semakin tipis. jadi bagaimanakah kita

semua menerapkan sikap menghormati


guru dalam diri?
# 1 Menumpukan Perhatian
Tumpukan perhatian anda semasa guru
mengajar.
# 2 Jangan Bising
Semasa guru di dalam kelas elakkan
bercakap
dengan
rakan
mahupun
membuat bising. Anda bukan sahaja tidak
menghormati guru yang mengajar. Anda
juga menganggu pelajar lain yang ingin
belajar disebabkan tindakan anda itu.
# 3 Angkat Tangan
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan
maka angkatlah tangan. Jangan sesekali
mencelah semasa guru anda sedang
bercakap dan jangan dengan mengangkat
tangan untuk bertanya adalah isyarat
menunjukkan anda ingin meminta izin
untuk betanya soalan berkaitan apa yang
sedang diajarkan.
# 4 Adap Sopan
Tips
keempat
bagaimana
cara
menghormati
guru
ialah
dengan
berkelakuan dan bercakap dengan sopan
terhadap guru anda. Jangan sesekali
meninggikan suara terhadap guru anda.
Ingat sekiranya anda biadap terhadap
guru anda maka pelajaran anda menjadi
tidak berkat.
# 5 Kerja Rumah

Siapkan
semua
kerja
rumah
yang
diberikan oleh guru anda. Bagaimana cara
anda menghormati guru sekiranya anda
tidak menyiapkan tugasan yang diberikan
itu.
# 6 Salam

Berikan salam ataupun tegur guru anda


apabila terserempak tidak kira di dalam
sekolah mahupun di luar sekolah.
Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai