Anda di halaman 1dari 2

Karangan cerita

Soalan:

Semua orang mempunyai hobi kerana hobi memberi pelbagai faedah kepada
kita.
Ceritakan tentang hobi kamu dan faedah yang kamu peroleh daripada
hobi tersebut.

Hobi ialah kegiatan atau aktiviti yang kita lakukan pada waktu lapang.
Boleh dikatakan semua orang mempunyai hobi yang tersendiri. Antara hobi
yang selalu dilakukan ialah memelihara haiwan kesayangan, membaca novel,
berkebun, bermain permainan komputer, memancing, menonton televisyen
dan sebagainya.

Seperti orang lain, saya juga mempunyai hobi . Hobi saya ialah bermain
bola sepak. Hobi ini saya lakukan pada waktu petang selepas belajar dan
menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru.

Saya bermain bola sepak di satu kawasan lapang bersama rakan-rakan


yang tinggal berdekatan dengan rumah saya. Biasanya kami mula bermain
pada pukul 5.30 petang. Kami sering mengadakan perlawanan sesama
sendiri. Ibu bapa saya memberikan galakan kepada saya dengan membeli
kasut bola dan sebiji bola sepak yang bermutu. Hal ini kerana hobi bermain
bola sepak banyak faedahnya.

Melalui hobi ini saya dapat menyihatkan badan. Apabila bermain bola
sepak, saya menggunakan banyak tenaga dan pergerakan. Lemak dan kalori
yang berlebihan dapat dibakar. Dengan ini berat badan saya dapat dikawal
dan mengelakkan terjadinya obesiti.

Selain itu, melalui hobi ini saya mendapat ramai kawan. Secara tidak
langsung saya dapat belajar bergaul dengan orang lain dan merapatkan
hubungan persahabatan dengan jiran-jiran saya. Jiran-jiran sangat penting
kepada kita kerana merekalah yang akan membantu kita jika menghadapi
masalah.

Seterusnya, dengan bermain bola sepak saya dapat meningkatkan


kecergasan mental dan fizikal. Hal ini demikian kerana dalam permainan
bola sepak kita perlu mahir mengawal bola dan melakukan tendangan yang
baik. Kita juga perlu cepat berfikir dan bertindak sekiranya ingin mencapai
kemenangan.

Kesimpulannya, hobi bermain bola sepak yang saya lakukan ini memberi
pelbagai faedah. Hobi ini akan saya teruskan dan amat berharap suatu hari
nanti saya dapat mewakili sekolah dalam permainan ini.
di Mac 17, 2016
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Anda mungkin juga menyukai