Anda di halaman 1dari 5

NO.

RUJ:

KERTAS CADANGAN
PERTANDINGAN “KELAS PATRIOTIK”
SEMPENA HARI KEBANGSAAN KE-66
SK PAGAR MUSEH
SESI AKADEMIK 2023/2024

Guru Besar
SK Pagar Museh
Karangan, Kedah

1. TAJUK KERTAS CADANGAN

PERTANDINGAN “KELAS PATRIOTIK” SEMPENA HARI KEBANGSAAN


KE-66

2. PENGENALAN

Pertandingan Kelas Patriotik diadakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan


Ke-66 pada tahun ini dengan kerjasama PIBG dan Panitia Sejarah. Pertandingan
ini melibatkan semua Kelas Tahap 1 dan Tahap 2. Pertandingan ini bertujuan
untuk menyemarakkan dan sekaligus memperkukuhkan lagi semangat patriotisme
pada kalangan murid-murid khasnya. Setiap kelas perlu menghias dan
mewujudkan suasana sambutan kemerdekaan selaras dengan tajuk pertandingan
iaitu “Kelas Patriotik” dalam kelas masing-masing dengan bertemakan “Malaysia
MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”.
.
3. OBJEKTIF

3.1 Menyemarakkan semangat patriotisme pada kalangan Murid-murid


SK Pagar Museh.
3.2 Mendidik semua warga sekolah menghayati kemerdekaan yang telah
dicapai oleh negara di samping menghargai dan mensyukuri nikmat
kemerdekaan tersebut.

1
3.3 Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan tanahair, berdisiplin dan
bekerjasama.
3.4 Melahirkan murid kreatif dan inovatif.
3.5 Mengeratkan hubungan baik antara murid, guru, waris dan komuniti
setempat.

4. KUMPULAN SASARAN

Semua Kelas Tahap 1 dan Tahap 2

5. STRATEGI PELAKSANAAN

Pertandingan ini melibatkan penyertaan semua guru dan murid secara


menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksana dirangka melibatkan semua kelas bagi
memastikan pelaksanaan pertandingan ini tidak menjejaskan proses PdPc.
Namun, guru-guru digalakkan menerapkan konsep pertandingan ini dalam PdPc
mengikut kreativiti masing-masing. Pertandingan dijalankan dengan kerjasama
semua Guru SK Pagar Museh.

5.1 Jadual Pelaksana

Bil Perkara Tarikh Tindakan


Guru Kelas, Guru
Tempoh menghias 01 Ogos-
i. Pembantu dan
“Kelas Patriotik” 14 September 2023
Semua murid
Pemantauan dan Panel Penilai (GB,
ii. 17 September 2023
Penilaian PK dan AJK PIBG)
Majlis Penutupan Bulan
iii. Penyampaian hadiah AJK Program
Kemerdekaan
Syarat pertandingan,
iv. kriteria penilaian, *Rujuk lampiran
borang pemarkahan

2
6. AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Pn Meriam binti Mustafa


Pengerusi : Pn Nora Azura bt Yahia
Naib Pengerusi I : Tn Hj Yamin bin Nawi
Naib Pengerusi II: Tn Hj Azim bin Azmi
Setiausaha : Pn Sarojah a/p Krishnan
Ahli Jawatankuasa: Semua Guru dan AJK PIBG

7. ANGGARAN PERBELANJAAN

PERTANDINGAN KELAS PATRIOTIK


Bil Kategori Jumlah
1 Johan Tahap 1 dan Tahap 2 Piala Pusingan
2 X RM = RM
2 Naib Johan Tahap 1 dan Tahap 2 2 X RM = RM
3 Saguhati 8 X RM = RM
Jumlah keseluruhan RM

8. SUMBER KEWANGAN

Sumbangan Peribadi
Panitia Sejarah

9. ULASAN JPN/PPD
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

3
10. PENUTUP

Diharapkan melalui Pertandingan “Kelas Patriotik” sempena bulan


kemerdekaan dan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 ini dapat menyemarakkan
lagi semangat patriotisme dalam diri setiap orang murid. Pertandingan ini juga
diharapkan menjadi salah satu medium PdPc yang berguna kepada semua
murid. Semoga pertandingan ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai
matlamat dan objektif yang telah disasarkan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

Nama: Sarojah a/p Krishnan Nama:

Jawatan: Guru Prasekolah Jawatan:

Tarikh: Tarikh:

NO.RUJ:
4
KERTAS CADANGAN
PERTANDINGAN “KELAS PATRIOTIK”
SEMPENA HARI KEBANGSAAN KE-66
SK PAGAR MUSEH
SESI AKADEMIK 2023/2024
____________________________________________________________________

KEPUTUSAN GURU BESAR

Meluluskan Kertas Cadangan Pertandingan Kelas Patriotik

atau

Tidak Meluluskan Kertas Cadangan Pertandingan Kelas Patriotik

ULASAN:
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

(MERIAM BINTI MUSTAFA)


Guru Besar
SK Pagar Museh

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai