Anda di halaman 1dari 6

“SMKPO BAGIKU YANG TERBAIK”

“OMARIANS MAKE AMAZING RESULTS”

KERTAS
CADANGAN
PENUBUHAN
STUDIO
TVPSS
KE ARAH PDPc ABAD KE-21

DISEDIAKAN OLEH:
PN SYAHNUR AZURA BINTI MOHD SAUFI
GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA
RINGKASAN AKTIVITI / PROGRAM

Nama aktiviti / Program Penubuhan Studio TVPss

Projek ini adalah satu projek dalam menyokong Pengajaran dan


Pembelajaran (PdP) abad ke 21 serta memainkan peranan yang
Sinopsis aktiviti / Program
sangat penting sebagai medium untuk menyampaikan maklumat
kepada warga sekolah.

1. Memperkembangkan potensi murid dan seterusnya


mengupayakan generasi muda dalam mengharungi cabaran
dunia abad ke-21 dengan lebih cemerlang.
2. Melatih murid berkomunikasi bertepatan dengan kemahiran
literasi maklumat di sekolah serta meningkatkan keyakinan
diri.
3. Mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek kewartawanan,
undang-undang serta penulisan berita.
Objektif 4. Menyampaikan maklumat kepada warga sekolah dan
masyarakat dengan cepat.
5. Mampu memberi persediaan kepada para guru untuk
cabaran dunia ‘virtual’ dengan memahami terma teknologi
bagi memastikan penyampaian PDPc lebih berkesan dan
tidak membosankan serta mampu menarik minat murid.
6. Mampu menukar bilik darjah ‘virtual’ dengan lebih kondusif
dan interaktif dengan menerap elemen KBAT semasa
proses PDPc berlangsung.

Penganjur Pusat Sumber SMK Pengiran Omar

Seluruh warga sekolah SMK Pengiran Omar, Ibu Bapa dan


Penyertaan / Penglibatan
Komuniti

Penyelaras Program Pn Syahnur Azura Binti Mohd Saufi

Anggaran Kewangan RM 1,700.00

Sumber Kewangan Sumbangan


1.0 PENDAHULUAN

Projek ini adalah satu projek khas/inovasi Pusat Sumber Sekolah SMK Pengiran
Omar,dalam menyokong Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) abad ke 21 serta
memainkan peranan yang sangat penting sebagai medium untuk menyampaikan
maklumat kepada warga sekolah.Ia merupakan satu inisiatif aktiviti pendidikan yang
menekankan kemahiran komunikasi, pemikiran kritis, kolaboratif dan kreativiti. TVPss
boleh dijadikan platform untuk mengasah bakat murid dan melahirkan murid yang
berkeupayaan dalam menangani cabaran kerjaya masa kini.

2.0 MATLAMAT

Memupuk, mengasah dan mengembangkan bakat pelajar dan seterusnya membantu


memberi pendedahan awal dalam kerjaya di masa hadapan.

3.0 OBJEKTIF

 Memperkembangkan potensi murid dan seterusnya mengupayakan generasi


muda dalam mengharungi cabaran dunia abad ke-21 dengan lebih cemerlang.
 Melatih murid berkomunikasi bertepatan dengan kemahiran literasi maklumat di
sekolah serta meningkatkan keyakinan diri.
 Mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek kewartawanan, undang-undang serta
penulisan berita.
 Menyampaikan maklumat kepada warga sekolah dan masyarakat dengan cepat.
 Mampu memberi persediaan kepada para guru untuk cabaran dunia ‘virtual’
dengan memahami terma teknologi bagi memastikan penyampaian PDPc lebih
berkesan dan tidak membosankan serta mampu menarik minat murid.
 Mampu menukar bilik darjah ‘virtual’ dengan lebih kondusif dan interaktif dengan
menerap elemen KBAT semasa proses PDPc berlangsung.
4.0 IMPAK

Berikut merupakan impak yang harap dapat dicapai melalui program ini:

 ‘VIRTUAL LEARNING’ akan berlangsung dengan lebih interaktif. Wujud


komunikasi dua hala. Pelajar akan seronok dan jelas dengan penyampaian guru
untuk PDPR.
 Meningkatkan kompetensi guru.
 Murid berupaya menunjukkan kemahiran dan bakat dengan lebih optimum serta
mampu bersaing.
 Meningkatkan kemenjadian murid dalam segala aspek dan bakat.
 Literasi maklumat untuk dapat disalurkan secara digital, cepat dan tepat.
 Murid mampu berfikir dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan berupaya
mengaplikasikan sumber secara optimum.

5.0 SASARAN

 Semua guru
 Semua murid
 Semua Ibubapa, penjaga, masyarakat dan komuniti.

6.0 NAMA PROJEK

Penubuhan TVPss

7.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

 Rujuk Lampiran 1
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

HARGA JUMLAH
NO. JENIS PERBELANJAAN KUANTITI
SEUNIT (RM) (RM)
BETTAIDEAS Heavy Duty Adjustable
1. 1 350.00 350.00
Green Screen Stand
UGREEN less noise USB Stereo sound
2. 1 350.00 350.00
adapter
3. Cat Hijau Studio 1 100.00 100.00

4. Papan tanda Studio 1 250.00 250.00

5. Router Asus 1 350.00 350.00

6. External Hardisk 1 300.00 300.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 1,700.00

10.0 PENUTUP

Pihak kami amat mengharapkan semoga program ini dapat diluluskan serta dilaksanakan
dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan golongan
pendidik yang cemerlang dari semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah,
hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan
bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan
dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar
berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.
11.0 SOKONGAN PENASIHAT / PENGIRING / PEGAWAI / PENGETUA

Disediakan oleh: __________________________________..


PN SYAHNUR AZURA BINTI MOHD SAUFI
Guru Perpustakaan & Media
Penyelaras OMARIAN Inspired Media
SMK Pengiran Omar, Sipitang

Disemak oleh: ____________________________


EN MD YUSSLIN BIN MD YUSOFF
GPK Pentadbiran
SMK Pengiran Omar, Sipitang

Diluluskan oleh: ____________________


EN SUHAIMI BIN BASRI
Pengetua
SMK Pengiran Omar,Sipitang

Anda mungkin juga menyukai