Anda di halaman 1dari 8

SK.

PEKAN PUTATAN,PENAMPANG
88200 PUTATAN
KOTA KINABALU, SABAH.
NO. TEL:- 088-761941 NO. FAX :-088-763625
Email:xba4126@moe.edu.my
Email:skpp88@ymail.com
___________________________________________________________________________

TUGASAN PROJEK MUDAH

A. PENGENALAN
i. Nama Murid / Kumpulan : Murid Tahun 4 Anggerik
ii. Kelas : 4 Anggerik
iii. Sekolah : SK Pekan Putatan
iv. Guru Pembimbing : En. Sopian Bin Mohamad

B. KANDUNGAN KURIKULUM
i. Tema : BUMI DAN ANGKASA :
Buku Teks Sains Tahun 4 : 160 hingga 166
ii. Tajuk : BUMI
iii. Mata Pelajaran : Sains

C. NOTA PAUTAN

Putaran dan Peredaran Bumi

1. Bumi dan semua planet lain beredar mengelilingi Matahari mengikut orbit masing-
masing.
2. Bumi berputar pada paksinya dan pada masa yang sama beredar mengikut orbitnya
mengelilingi Matahari.
3. Paksi ialah garis bayangan yang menghubungkan Kutub Utara dan Kutub Selatan. 
Arah dan Tempoh Semasa Putaran dan Peredaran Bumi

1. Bumi berputar pada paksinya dari arah Barat ke Timur.


2. Satu putaran lengkap mengambil masa 24 jam atau 1 hari.
3. Bumi beredar mengelilingi Matahari pada orbitnya mengikut arah lawan jam.
4. Satu peredaran lengkap mengambil masa 1 tahun atau 365 ¼ hari.

Kesan Putaran Bumi pada Paksinya

1. Putaran bumi pada paksinya menyebabkan berlakunya beberapa kejadian:


1. Kejadian siang dan malam
1. Bahagian bumi yang menghadap Matahari akan mengalami siang.
2. Bahagian bumi yang terlindung daripada cahaya Matahari akan
mengalami malam.
2. Kedudukan matahari kelihatan seperti berubah-ubah terbit dari Timur dan
benam ke Barat
3. Perubahan panjang dan arah bayang-bayang
D. STANDARD KANDUNGAN, STANDARD PEMBELAJARAN DAN STANDARD
PRESTASI

MATA STANDARD STANDARD STANDARD


PELAJARAN KANDUNGAN PEMBELAJARAN PRESTASI

Sains 9.2 Putaran dan Murid boleh: 1. Menyatakan Bumi berputar


Tahun 4 Peredaran Bumi pada paksinya dan pada masa
9.2.1  Menyatakan Bumi yang sama beredar mengikut
berputar pada paksinya dan orbitnya mengelilingi Matahari.
pada masa yang sama beredar
mengikut orbitnya 2. Menjelaskan tentang daya
mengelilingi Matahari. graviti bumi.

9.2.2  Memerihalkan putaran 3. Memerihalkan kesan putaran


dan peredaran Bumi dari aspek Bumi.
arah dan tempoh.
4. Menaakul kepentingan daya
9.2.3  Memerihalkan kesan graviti bumi.
putaran Bumi pada paksinya
dengan menjalankan aktiviti. 5. Merumus tentang putaran dan
peredaran Bumi menggunakan
9.2.4  Menjelaskan lakaran grafik.
pemerhatian tentang putaran
dan peredaran Bumi melalui 6. Berkomunikasi secara kreatif
lakaran, TMK, penulisan atau dan inovatif tentang kesan lain
lisan secara kreatif. yang disebabkan oleh putaran dan
peredaran Bumi.

i. Objektif Projek :
Murid dapat memahami konsep Bumi berputar pada paksinya dan pada masa yang
sama beredar mengikut orbitnya mengelilingi Matahari.

ii. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran : Kaedah Projek Mudah/Ringkas


E. ARAHAN /CONTOH PANDUAN

1. Mulakan dengan bola Styrofoam atau Polisterine. Walaubagaimana pun anda


boleh menghasilkan bola dengan menggunakan kertas surat khabar yang digumpal
atau menggunakan belon yang ditampalkan dengan menggunakan kertas surat
khabar.
2. Menghasilkan Bumi dengan menggunakan belon :
i. Tiup belon kemudian tampalkan belon anda dengan menggunakan
kertas surat khabar dengan menggunakan gam.
ii. Tampal setebal yang boleh bagi memastikan bentuk bulat terhasil
pada permukaan belon.
iii. Keringkan belon anda dalam jangkamasa 1 hari atau 2 hari
bergantung kepada saiz belon anda.
iv. Kemudian warnakan belon anda dengan menggunakan warna air
atau yang sesuai.
v. Warnakan bumi anda dengan menggunakan warna biru muda
sebagai latar utama.
vi. Tunggu sehingga kering. Kemudia hasilkan corak permukaan
daratan permukaan belon/bumi anda tadi.
vii. Warnakan permukaan tersebut mengikut kesesuaian yang anda
kehendaki.

Video Rujukan Menghasilkan Model Bumi : https://youtu.be/BwqMlJ3h724

Hasilkan corak permukaan bumi pada belon/bumi yang telah kering tadi
Warnakan permukaan belon/bumi anda yang telah kering tadi dengan dengan warna daratan
dan sebagainya
Hasilkan permukaan gunung pada model bumi anda dengan menggunakan tampalan kertas
surat khabar yang digam. Keringkan dan warnakan dengan menggunakan warna coklat.

Tambahkan model-model seperti kereta, orang atau pokok pada model bumi anda untuk lebih
kreatif dan menarik.Boleh menggunakan model yang dilukis sendiri dan gunakan lidi untuk
diletakkan pada model bumi anda.
Tambahkan awan dengan menggunakan kapas dan lidi pada model bumi anda.Gantungkan
model bumi anda agar lebih menarik atau di dirikan agar lebih stabil.

G. JADUAL PELAKSANAAN

i. Tempoh Pelaksanaan : 2 Minggu


ii. Tarikh Mula : 20 Oktober 2020| Selasa
iii. Tarikh Penghantaran : 02 November 2020 | Isnin

MINGGU AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN


1 dan 2 1. Murid diminta menghasilkan sebuah Model Bumi.
2. Murid dibimbing ahli keluarga yang ada di rumah bagi melaksanakan projek
ringkas tersebut.
3. Sekiranya mempunyai akses internet, sumber rujukan dari pautan link yang
diberikan boleh dijadikan sebagai panduan atau rujukan ketika membuat projek
atau merujuk pada arahan yang telah disertakan.
https://youtu.be/BwqMlJ3h724
4. Murid boleh menyediakan penghasilan projek dari bahan buangan yang di
persekitaran atau yang bersesuaian.
5. Hati-hati ketika menjalankan penghasilan projek dan sentiasa UTAMAKAN
KESELAMATAN ANDA terutama apabila melibatkan penggunakan peralatan
tajam seperti pisau dan sebagainya.
6. Murid harus memahami terlebih dahulu konsep pembelajaran yang
diketengahkan bagi pelaksanaan projek ini iaitu BUMI dalam aplikasi Model
BUMI anda. Sumber rujukan buku teks Sains Tahun 4 boleh dilihat pada muka
surat 160-166.
7. Murid boleh berpandukan arahan yang diberikan ketika membina projek
berkenaan. Sila ikut langkah demi langkah dan minta bantuan dari ahli keluarga
sebagai bimbingan.
8. Murid boleh menghias Model BUMI masing-masing mengikut kesesuaian
dengan menggunakan bahan yang sedia ada di rumah sebagai bonus dan markah
tambahan kepada projek yang telah dihasiikan.
9. Murid diminta untuk menggambar semasa penghasilan projek tersebut dan
hendaklah dihantar kepada guru sebagai rujukan dan perekodan.
10. Hasil karya murid perlu Digambar dan disimpan untuk dibawa ke sekolah
sebagai bukti setelah tamat tempoh PKPD BERSASAR COVID19.
11. Setiap murid berhak menghasilkan Model Gitar yang sesuai dan mengikut
kemampuan masing-masing dan kreatif.

H. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

i. Instrumen yang digunakan : Model Rekaan Projek - BUMI


ii. Rubrik Pentaksiran : Merujuk Standard Prestasi DSKP

Anda mungkin juga menyukai